Memaparkan catatan dengan label BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERTINDAK UNTUK MENGHALANG PENYAKIT KRONIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERTINDAK UNTUK MENGHALANG PENYAKIT KRONIK. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2018

Mengapa Vivix Sangat Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

Kita sedia maklum pesakit buah pinggang tak boleh minum air kosong lebih dari 500ml sehari.

Jadi, kalau nak makan supplemen pun mesti ambil supplemen yang tak perlu consume air banyak namun tetap efektif!

Jadi, vivix adalah pilihan yang tepat untuk pesakit buah pinggang, kerana Vivix tak perlu consume air kosong banyak bila kita mengamalkannya.

Ramai juga sedia maklum pesakit buah pinggang perlu buat dialisis 3-4 kali seminggu. Proses dialisis ini mengambil setengah hari dan paling lama sehari.

Kebiasaannya lepas buat dialisis, badan akan rasa lemah dan tak bermaya.

Jadi, jika anda menghadapi masalah kegagalan fungsi buahpinggang, ambillah Vivix sebagai sokongan untuk tubuh badan agar tidak lesu dan penat.



BAGAIMANA VIVIX DAPAT MEMBANTU?

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu:

📍Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang

📍Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal

📍Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang

📍Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit

📍Mengurangkan proses lipid peroksida

📍Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

Selagi boleh ikhtiar, kita ikhtiar dengan VIVIX untuk pesakit yang mengalami masalah buah pinggang ni..

TTestimoni pengguna yang berikhtiar dengan mengamalkan vivix untuk masalah buah pinggang.



Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478

COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG

SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC

PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA

Isnin, 13 November 2017

Luka Teruk Akibat Diatebes Bertambah Baik Dengan Vivix

Hari ni Kak Tun nak berkongsi pesakit kencing manis yang mengamalkan Vivix untuk masalah yang dihadapi beliau.

Gambar dibawah ni merupakan gambar kaki seorang wanita berumur 50an yang memghadapi masalah kencing manis yang kronik sehinggakan luka dikaki beliau merebak dan menjadi teruk  sehingga nampak tulang akibat kencing manis yang beliau hadapi.



Gambar disebelah kiri menunjukkan keadaan kaki beliau yang sewaktu ini  belum lagi mengamalkan vivix. 

Gambar disebelah kanan pulak menunjukkan perubahan positif dimana bahagian luka yang ternampak tulang kaki tadi telah ditumbuhi isi yang merupakan tisu baru. 

Beliau hanya consume Vivix semata-mata selama 3minggu berturut-turut secara konsisten, alhamdulillah hasilnya isi tumbuh dengan cepat dan dapat menutupi bahagian tulang yang terdedah.

Selain tu beliau juga mencuba menyapu vivix dan Krim Herbal Blend dipermukaan yang luka sebagai pengganti penggunaan cream hospital yang dibekalkan, selepas dressing luka dibuat.

Ini kerana menurut kata customer ni, beliau mengalami kegatalan di kawasan permukaan yang luka tadi selepas apply cream daripada hospital. Jadinya Vivix dan Herbal blend sebagai ganti cream yang disapu selepas dressing.

Tau tak bila datang ke hospital untuk rawatan luka beliau, doktor yang merawat beliau puji dengan perubahan positif pada luka beliau.  Kata doktor tu "Permukaan luka pun nampak cantik bersih dan isi yang tubuh pun sihat kemerahan".

Itulah kelebihan Vivix yang sememangnya 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol. Ini kerana Polifenol yang terkandung dalam Anggur Muscadine membantu melambatkan proses pencernaan dan penyerapan berlakunya pengumpulan gula yang tinggi dalam darah.





4 Cara Vivix Shaklee Membantu Pesakit Diabetes / Kencing Manis?

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan Kencing Manis / Diabetes yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Kandungan Polifenol yang terkandung dalam Anggur Muscadine di dalam Vivix akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis / Diabetes.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE.


YOUR TRUSTED SID
RABIATUL 
012-5584478

COD
BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG
JALAN TAR/ KLCC
SELAYANG 

Khamis, 2 November 2017

Promo Bulan NOVEMBER 2017 - Twin Pack Vivix Kembali

PART 1 - Promo Bulan November Shaklee

PROMOSI TWIN PACK VIVIX KEMBALI

Alhamdulillah kita dah masuk November!  Dah nak sampai ke penhujung tahun 2017

Bulan ni sememangnya tersangat special bagi mereka yang ingin jadi ahli Shaklee.

Bulan ini Shaklee dengan berbesar hatinya melakukan beberapa promo offer yang best untuk anda dan insan yang tersayang!


Dan yang paling special Shaklee offer Twin Pack Vivix  DISKAUN 5% untuk semua AHLI BARU yang mendaftar bulan November ini.

Yezza betul!!.
Bestnya korang yang belum jadi ahli tu moleklah grab peluang ni. Shaklee bagi offer LESS 5% ni khas untuk orang baru aje tau!. Kami orang lama ni tak dapat pun diskaun tu..sedih,huhu. Kami hanya mampu tengok je promo ni. 😂

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee dengan senang dan mudah?

Dengan pembelian : Beli 2 botol Vivix dalam satu resit.

Automatik anda layak dapat semua di bawah ni.

✅ Dapat Harga Ahli Diskaun RM200
✅ Diskaun lagi 5% Promosi NOVEMBER 2017
✅ Automatik PERCUMA YURAN KEAHLIAN Shaklee (jimat  RM 68.90)

✅ Tengah bulan depan BONUS RM36.00 masuk ke account bank anda.
✅ PERCUMA Postage (jimat RM 10.60)

HARGA PROMOSI BERMULA 1-30 NOVEMBER 2017 sahaja tau!

Nak Kak Tun bantu awak dapat SEMUA kelebihan di atas? Cepat Call Kak Tun ye :-)


YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang
Jalan TAR/ KLCC
Selayang

#JadiAhliShakleeFREE

Isnin, 23 Oktober 2017

Selamatkah ESP Shaklee Untuk Pesakit Diabetes Dan Ibu Hamil Yang Ada GDM

Adakah minuman ESP ni sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu hamil yang ada GDM?



Diabetes atau kencing manis adalah satu penyakit yang boleh dikatakan sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. 

Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit diabetes sehinggalah mengalami pelbagai gejala penyakit yang boleh menjejaskan kualiti hidup mereka.

 Sebelum itu mari kita ambil tahu dahulu bagaimana diabetes boleh terjadi kepada kita.

Faktor Penyebab Penyakit Diabetes atau Kencing Manis

1. Stress / Tension 
Apabila kita gagal menguruskan stress, stress yang tinggi akan melemahkan sistem imun badan kita. 

2. Kurang Bersenam 
Faktor yang selalu dipandang ringan adalah akibat daripada kurang melakukan aktiviti fizikal (sedentary). Senaman dapat melindungi seseorang daripada mendapat penyakit diabetes iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensiviti insulin. Apabila kita bersenam, ia dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dan gula dalam otot-otot dalam badan kita sekaligus dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah. 

3. Makan Makanan Tinggi Gula dan Lemak
Salah satu punca utama penyebab diabetes adalah makan makanan yang  tinggi gula dan lemak. Makanan seperti ini menjadi punca kepada kenaikan berat badan yang pada akhirnya meningkatkan insulin sehingga terkena risiko diabetes.

4. Berat Badan Berlebihan atau Obesiti 
Lebih daripada 85%   penderita diabetes adalah daripada faktor memiliki berat badan yang berlebihan.

5. Keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke dalam hospital mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif.



Tahukah anda, diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Adakah minuman soya ESP Shaklee boleh membantu pesakit Diabetes dan Ibu Hamil Yang Ada GDM?

Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 

Indeks Glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. 

Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang...



ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.

Tahukah anda, diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Pesakit Diabetes dan Ibu-ibu Hamil yang ada sejarah GDM?

Tahu tak korang ESP ni mempunyai kaitan terhadap sensitiviti insulin.

Antara sebab  pesakit diabetes mengalami rintangan terhadap insulin ialah kerana sel badan mereka telah kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.

Kajian menunjukkan pengambilan asid amino arginine dapat meningkatan dan memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin.

Dalam bahasa yang mudah, kehadiran arginine dalam tubuh dapat membantu sel badan untuk  lebih sensitif terhadap hormon insulin. Maka  kadar gula dalam darah pada sesuatu masa dapat dikawal dengan lebih baik.

Tahukah anda,
Dalam ESP Shaklee ada kesemua jenis asid amino termasuklah arginine tadi.

Maka sebab itulah ESP sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes bagi membantu mengawal gula dalam darah mereka.




















Kesimpulannya ESP Shaklee memang sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu-ibu hamil yang mengalami masalah GDM untuk mengamalkannya. Jangan takut untuk mencuba kerana ESP shaklee memang terbukti keberkesanannya.

Jadi lebih baik mencegah sebelum melarat.

Boleh dapatkan full set kurangkan gula untuk tahap keberkesanan yang lebih efektif lagi.



Atau jika anda tak mampu untuk mengambil  atau menelan tablet, boleh juga mengamalkan Vivix Shaklee untuk mengurangkan tahap bacaan gula anda.



YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/ KLCC
Selayang


Selasa, 19 September 2017

Tips Dan Amalan Untuk Mengurangkan Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% rakyat Malaysia mengidap penyakit darah tinggi.



Mari kita amalkan 10 Tips Untuk mengurangkan Tekanan Darah Tinggi yang dialami.

1. Kurangkan berat badan
Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. 

2.  Bersenamlah dengan kerap
Cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.

3. Kurangkan pengambilan garam
Hadkan pengambilan garam hanya 2.3g sehari. Kurangkan juga pengambilan kicap,telur atau iksn masin. Ini kerana garam boleh meningkatkan tekanan darah.

4. Jangan merokok
Kesan nikotin merokok dapat tingkatkan tekanan darah tinggi sehingga 10mm Hg sehingga sejam. Jika anda kerap merokok sepanjang hari, bacaan tekanan darah anda juga boleh menjadi tinggi.

5. Kurangkan Stress
Stress boleh mengakibatkan kita terkena strok dan boleh mengakibatkam serangn jantung. Stress juga boleh memudaratkan tahap kesihatan kita dan boleh menyebabkan sistem imun badan kita jadi lemah.

6. Makan bawang putih
Bawang putih memang banyak kelebihan dan manfaar untuk menangani pelbagai jenis penyakit. Kandungan Allicin yang terkandung dalam bawang putih boleh menurunkan tekanan darah kita. Kajian mendapati setiap dos yang mengandungi 1.8miligram Allicin dapat menurunkan tekaman darah sebanyak 10% dalam tempoh 2minggu.

7.  Makan tembikai di pagi hari
Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas. Tahukah anda, dengan memakan tembikai ia dapat membantu menurunkam tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asud amino L-arginine, seterusnya menghasilkan,nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkam rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

8. Ambil minyak ikan
Kajian mendapati dengan pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar.Ia juga telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, disamping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan tahap kolestrol baik HDL.

9. Makan bunga raya
Bunga raya telah digunakan secara semulajadi untuk merawat tekanan darah. Kajian juga mendapati bunga raya berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah,  seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

10. Minum air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium.Kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuklah jantung. Terdapat kajian menyatakan dengan meminum air kelapa dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

11. Sirap bluberi
Buah bluberi kaya dengan quertin dan flavonoid yang boleh menjamin dan kesihatan jantung anda.

Selamat beramal dengan tips yang diberikan..

RABIATUL 
012-5584478

Selasa, 28 Mac 2017

Penyakit Alzheimer Boleh Pulih Dengan Resveratrol

BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU PESAKIT ALZHEIMER

Alzheimer adalah sejenis penyakit yang berkait rapat dengan saraf dan neurologi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para saintis, penyakit Alzheimer bukanlah sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzeimer adalah keadaan dimana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehingga pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Ia juga tersembunyi dan berbahaya.

Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia boleh menghilangkan daya kognitif pesakit secara beransur-ansur dan memberi kesan kepada sifat pesakit.

Ia mula dilihat seawal umur 40 hingga 65 tahun. Ia adalah sebahagian yang tidak normal dalam proses penuaan. Banyak faktor yang boleh dikaitkan untuk penyakit Alzheimer, antaranya faktor umur, persekitaran, pemakanan dan inflamasi.



Antara Simptom penyakit Alzheimer's :

1 - Cepat lupa atau hilang ingatan
2 - Sukar membuat perkara mudah walaupun ianya sesuatu yang sering dilakukan
3 - Keliru dengan masa, hari dan tempat.
4 - Masalah penglihatan
5 - Sukar untuk bercakap atau menulis dengan betul
6 - Sering kehilangan barang kerana masalah lupa
7 - Suka mengasingkan diri
8 - Kurang atau lemah pertimbangan dalam menilai sesuatu perkara
9 - Mood sering bertukar dan mudah terasa hati.


Bagaimana Penyakit Alzheimer's boleh terjadi?

Seperti yang kita ketahui, penyakit Alzheimer's ini berkaitan dengan pengecutan saiz otak. Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.








Bagaimana Resveraterol membantu dan memberi manfaat kepada pesakit Alzheimer's?

Otak kita terdiri daripada asid lemak dan ia perlu dilindungi daripada lemak teroksida.
Bagi pesakit Alzheimer's, otak mereka akan menghasilkan peptida yang tidak normal atau protein yang dipanggil amiloid Beta. Protein ini mewujudkan tekanan oksidatif dan menghasilkan jumlah radikal bebas yang sangat tinggi.

Radikal bebas adalah molekul tidak bebas. Ia mengambil ion dan elektrin daripada molekul yang stabil untuk menstabilkan diri mereka sendiri.
Penyakit Alzheimer's ini akan menghasilkan plak pada otak. 

Faktor-faktor ini seterusnya akan membunuh sel-sel otak yang sihat dan menyebabkan terjadinya neurodegeneration pada pesakit Alzheimer's.

Resveratrol mempunyai keupayaan untuk memastikan kelangsungan hidup sel-sel otak dengan melindungi otak kita daripada tekanan pengoksidaan dan memerangkap untuk memusnahkan radikal bebas.

Apa yang boleh dilakukan ialah cegah sebelum ia menyerang. Kita tak dapat halang radikal bebas tapi kita mampu meminimumkan kesannya. 

Kajian selama bertahun-tahun membuktikan resveratrol mampu mengatasi masalah kerosakan sel otak. Ia bertindak dengan 2 cara:

1. Meningkat aliran oksigen melalui udara di dalam otak. Maka otak menjadi segar dan aktif.
2. Menyekat aktiviti radikal bebas dalam otak yang menyebabkan "wayar putus". Sifat anti-radang resveratrol mengelak pembentukan plak protein yang menyebabkan neuron otak tidak dapat berhubung.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015, mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemerosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti. 

Didapati bahawa kadar protein beta amiloid kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit yang lain.

Jadi dengan pengambilan Resveratrol secara konsisten boleh mengelakkan pesakit Alzheimer's dalam keadaan kronik..

Ha!!bila sebut je pasal Resveratrol mesti teringat pasal VIVIX!! :-)

Yess!! Vivix...
Minuman kesihatan  yang kaya dengan antioksidan Resveratrol dan Polifenol untuk kesihatan tubuh menyeluruh.






Mengandungi campuran botani yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel- sel penuaan semulajadi. 

Anggur muscadine adalah kandungan utama dalam vivix yang tinggi antioksida dan phytokimia yang melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas. 

Menurut Havard School of Public Health,  memakan makanan yg kaya dgn antioksida terbukti mampu menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, Alzheimer's  dan penyakit kronik yang lain. 

Polyganum cuspidatum adalah sumber yang kaya dengan resveratrol. Terbukti melambatkan proses penuaan selular,  menyokong pertahanan selular dan membaiki DNA. 

Purple carrot dan european elderberry. Dua gabungan unik untuk kandungan polifenol antosianin yang tinggi. Antioksidan yang kuat. Manfaat kesihatan yang banyak. Menyokong kesihatan selular, menyekat tindak balas tekanan biologi. 

Bahan- bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya ekslusif untuk shaklee. 

Sebab itulah pengambilan Vivix selana 30hari = jumlah resveratrol di dalam 3,000 gelas wine. Tapi janganlah pula kita minum wine pula,HARAM hukumnya..

Ambillah Vivix yang semestinya HALAL dan mempunyai kajian yang menyeluruh tentang kebaikan Vivix..

Marilah kita hadiahkan sebotol Vivix pada ibu,ayah kita yang tercinta,supaya mereka terhindar dari penyakit Alzheimer's ni..

Nilai kesihatan lebih tinggi daripada wang ringgit..bertindaklah sekarang!!





Isnin, 13 Mac 2017

Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Untuk Menghalang Penyakit Kronik.

Ramai customer tanya Vivix ni ubat ke? Dah banyak viral kat alama maya tentang Vivix ni boleh sembuhkan pelbagai penyakit..

Sejujurnya saya akan bagitahu customer, Vivix bukanlah ubat dan tak boleh sembuhkan penyakit puan/encik. Penyembuh penyakit tu Allah SWT. Vivix cuma membantu dalam pembaikan sel yang telah rosak dalam tubuh badan kita. Bila sel dah elok, vivix akan beri perlindungan terhadap sel. 

Bila sel dah pulih, vivix membantu untuk meningkatkan tenaga sel. Seterusnya akan meningkatkan prestasi sel. 

Jadi biila badan kita mempunyai sel yang sihat, automatik fizikal kita akan lebih sihat dan tiadalah penyakit datang menjelma.

Nak tahu bagaimana Vivix menjalankan kerjanya dalam tubuh badan kita? Bagaimana Vivix bertindak untuk menghalang penyakit kronik berlaku?

Penerangan mengenai Vivix seperti berikut..

Dalam kajian yang telah dilakukan, ramuan Vivix telah menunjuk kesan kepada 4 mekanisma penting dalam penuaan pada sel.



Apakah 4 mekanisma penting tersebut?



1. Membaiki dan melindungi sel DNA


Satu-satunya suplemen yang mampu memperbaharui sel di peringkat DNA berbanding suplemen lain di pasaran.
Vivix boleh repair / membaiki DNA yang rosak dengan sendirinya. Vivix juga mampu mengawal genatik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

Sebagai contoh, kita mudah terdedah dengan benda-benda yang boleh menyebabkan kerosakan sel DNA seperti pencemaran udara, air serta penggunaan bahan kimia dalam teknologi makanan. Akibat dari serangan ini, sel DNA kita akan mengalami kerosakan yang boleh menganggu fungsi sel serta jangka hayat hidup sel.

Ekstrak yang terdapat di dalam vivix bertindak dengan melindungi dan memperbaiki sel DNA agar dapat menjalankan fungsi sel serta memberi jangka hayat sel yang sepatutnya.

2. Membaiki DNA Yang Rosak dan Mengurangkan Inflamasi

Setiap hari sel tubuh kita diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pengkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel badan dan usia kita. 

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan jangka hayat sel.

Kandungan Resveratrol di dalam Vivix bertindak dengan mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sel.

Vivix memberi kesan positif dalam mengawal genetik.

3.Meningkatkan Tenaga Dalam Sel (MITOKONDRIA)




Apa itu Mitochondria?
Mitochondria merupakan sumber tenaga kepada sel, jadi ia sangat penting dalam memastikan sel dapat berfungsi sepenuhnya. Apabila mitochondria semakin merosot maka fungsi sel juga turut terjejas.

Vivix akan membantu dan memainkan peranan hebatnya dimana ramuannya akan menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru) mithochondria unruk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

Sebatian ekstrak itu adalah resveratrol dan juga polyphenol yang terdapat di dalam Anggur Muscadine.

4. Melambatkan pembentukan protien AGE (Advanced Glycation End products)


Apa itu Protein AGE?
Protein AGE terbentuk daripada molekul gula yang melekat pada protein yang membawa kepada perubahan struktur. AGE akan mempercepatkan proses pengoksidaan pada sel dan penimbunan AGE akan berlaku.

Penimbunan berlebihan protin AGE boleh menyebabkan kerosakan sel yang akan menjejaskan fungsi sel serta jangka hayat sel.

Jadi apabila makin bertambah protien AGE, sel tidak dapat menjalan fungsi dengan sebaiknya dan menyebabkan punca pelbagai penyakit.

Ekstrak polyphenol yang terdapat di dalam Vivix yang mana 10x lebih kuat dari resveratrol merupakan bahan yang dapat melambatkan pembentukan protin AGE.

Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang membantu mencegah dan melambatkan penghasilan AGE Protein.

Jadi inilah cara bagaimana Vivix bertindak dalam mengawal punca pelbagai penyakit dari akar umbi iaitu dari sel itu sendiri.

Apabila sel dapat berfungsi dengan baik maka kebarangkalian untuk mendapat penyakit kronik adalah berkurangan.

Shaklee Distributor & Shaklee Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang( Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang