Memaparkan catatan dengan label Perut Kembung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perut Kembung. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2018

Kebaikan ESP Untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Entry kali ni saya nak berkongsi kelebihan mengamalkan ESP ketika mengandung anak kedua dan ketiga.

Memang banyak sangat perbezaan keadaan saya mengamalkan ESP ketika hamil. Masa anak pertama saya belum lagi mengenali ESP, jadi ketika mengandungkan si abang, memang kerap letih, lemah, lesu dan cepat pitam. Bayangkan saya hampir pitam disaat genting ketika nak melahirkan si abang, sebab saya dah kehilangan banyak tenaga kerana contraction selama 17 jam.


Tahu tak korang, dalam ESP ni mengandungi Acid amino yang membentuk protein penting untuk pembentukan tisu ibu dan baby sendiri. Lagi lagi semasa 2nd dan 3rd trimester.

Memang banyak kebaikan ESP ni untuk keperluan ibu dan anak.


Kebaikan ESP Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Umum diketahui yang protein ini adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan semasa hamil. Tapi ESP dapat beri lebih lagi. Antara kebaikannya:

1- Kekal Bertenaga Walaupun Alahan

ESP ni mempunyai indek glisemik yang rendah. Di mana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan rasa bertenaga untuk jangka masa yang panjang.


2- Kurang Rasa Nak Muntah

Tengah alahan makan apa pun tak lalu. Seeloknya ambil makanan yang lambat hadam macam ESP.

Dengan itu kuranglah angin masuk dalam perut. Tak makan nasi, tapi tetap rasa perut terisi. Taklah teruk muntah-muntah.

3- Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Terima kasih kepada indek glisemik rendah dalam ESP. Sifatnya yang lambat dicerna menyebabkan ibu akan rasa kenyang lebih lama.

Baik untuk ibu yang sukar nak makan semasa awal kehamilan. Selain itu juga baik untuk ibu yang terlebih selera makan semasa kehamilan. Risiko obesiti dapat dibendung.

4- Berat Naik Dengan Sihat

ESP tak mengandungi kalori yang tinggi. Sebab ianya lansung takde gula tambahan. Sangat elok diminum ketika hamil supaya berat tak naik mendadak.

Dan senang nak turun berat semasa dalam pantang nanti.

5- Urusan Harian Lancar

Biasanya bila alahan akan banyak kerja tertangguh. Baik kerja di pejabat mahupun di rumah. Pengambilan susu soya untuk ibu hamil ESP ini menyebabkan ibu kuat untuk melawan alahan.

Urusan harian dapat dilakukan dengan baik.

6- Kurangkan Risiko Keguguran

ESP berperanan untuk menguatkan otot rahim bagi mengelakkan terjadinya keguguran. Sebab tulah ESP ni digalakkan minum diawal trimester semasa proses kehamilan.

Bagi ibu yang kerap mengalami keguguran, kekurangan protein adalah salah satu sebab utama. ESP dapat membekalkan protein yang cukup bagi mengelak masalah ini.

7- Bayi Membesar Dengan Baik

Protein secukupnya diperlukan oleh ibu bagi memastikan bayi membesar dengan baik di dalam perut. Ia mengandungi zat dan nutrisi yang sangat membantu perkembangan otot dan otak bayi.


8- Selain itu, ESP membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan cantik. Bayi yang bakal lahir Insyaallah sihat sempurna dan comel.

9- ESP juga penting untuk keperluan air ketuban. Kekurangan air ketuban boleh menyebabkan baby mengalami kecacatan atau meninggal sebelum waktunya.

Sebab tulah ESP ni turut berada dalam Set Kehamilan Shaklee. Saya cadangkan anda cubalah Set Kehamilan Shaklee ni dari awal trimester sehinggalah nak bersalin, memang best! Anda akan kekal bertenaga walaupun anda tengah bertarung untuk melahirkan baby anda. Saya dah merasai kebaikannya, jadi anda perlu mencuba! :-)


Antara Testimoni ibu hamil yang mengamalkan ESP.



Pengedar Sah Shaklee

RABIATUL

0125584478

COD

Bandar Country Homes, Rawang

Sekitar KLCC dan Jalan TAR.


Selasa, 3 Oktober 2017

Cara Atasi Sakit Gastrik Secara Semulajadi

Gastrik?
Siapa yang pernah alaminya mesti rasa serik kalau gastrik datang menyerang. Kak Tun dulu bukan sekadar gastrik malah ada juga masalah angin hempedu. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, Kak Tun memang tak boleh lewat makan dan perut pun tak boleh dibiarkan kosong, nanti angin gastrik datang menyerang. Kalau tersilap makan pula, ape lagi angin hempedu pula menjelma. Kalau dua penyakit ni dah bergabung, terguling-guling ler Kak Tun menahan sakit.

Sebab tu sebelum pergi sekolah, pagi-pagi buta dah kena paksa makan nasi dan minum susu panas. Bukan tu aje, mak Kak Tun akan beri bekal makanan lagi untuk dimakan waktu rehat. Beginilah rutin harian Kak Tun setiap hari masa zaman sekolah. Paling Kak Tun tak suka kena minum susu, kadang-kadang tu sampai nak muntahlah dibuatnya..

Ok, disini Kak Tun nak berkongsi info mengenai gastrik.

APA ITU GASTRIK?
Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perit untuk mencernakan makanan.
Ketika kita berasa lapar atau badan memerlukan makanan perut kita akan merembaskan asid gadtrik ini.

Jika tidak terdapat makanan di dalam perut,maka asid ni akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini akan berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi nipis.




Dr. Sukumar Nadesan dari Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, dari KPJ Tawakal Specialist Hospital berkata:
 "Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis".

TANDA-TANDA GASTRIK
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti berikut:-
1. Sakit perut dan rasa tidak hadam makanan. Sakit perut selalunya dirasau di bahagian atas perut.
2. Rasa pening kepala
3. Mengalami angin di dalam badan.    Terasa sakit di bahagian ulu hati,      kerap sendawa dan kentut yang kerap.
4.Rasa,mual, loya dan muntah
5. Badan rasa lemah lesu
6. Berat badan menurun
7. Najis menjadi hitam atau gelap ( kerana ia sebati dengan darah)
8. Hilang selera makan

FAKTOR YANG MENYEBABKAN GASTRIK

1. Pengambilan alkohol yang berlebihan
2. Gemar makan makanan yang pedas
3. Merokok
4. Gemar makan makanan yang masam
5. Gemar makan makanan yang bergoreng / berminyak
6. Stress / mengalami tekanan emosi
7. Gemar makanan yang berangin
8. Gemar minum berunsurkan kafien
9. Suka mengambil ubat tahan sakit

Bila dah terkena gastrik ni, bukannya boleh hilang begitu aje, gastrik ni akan kembali menyerang bila kita tersalah makan. 

Tapi jangan risau, masalah gastrik ni boleh diatasi dengan mudah tanpa perlu sentiasa berjumpa dengan doktor atau kalau keadaan paling teruk kena ambil suntikan untuk meredakan kesakitan yang dialami. Amalkan Set Gastrik Shaklee ni, inshaallah ada perkembangan positifnya.

Set Gastrik Shaklee ni terdiri daripada ESP, Peppermint Ginger Plus, Ostematrix dan B Complex.

Jom kita lihat fungsi setiap satunya.

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. 
Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. 
Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri daripada pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan angin berlebihan.
Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.


3. Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan mengambil susu atau kalsium. Ini kerana kalsium adalah bersifat beralkali. 
Ia membantu meneutralkan keasidan dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati dan membantu melegakan otot.


4. B Complex
Mempunyai sumber vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan eh tubuh badan kita dan untuk sistem saraf kita.
Bertindak sebagai penenang sekaligus mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik.

Kak Tun lebih suka berubat dengan cara makan suplemen daripada nak kena cucuk setiap kali bertandang ke klinik.. Lagi satu ubat angin yang warna putih tu,tak tertelan rasanya bils nak makan... Bila dah amalkan Set Gastrik Shaklee ni, alhamdulillah tiada lagi serangan gastrik yang dialami.

Kalau korang nak mencuba boleh hubungi Kak Tun ye..

Shaklee Independent Distributor
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang.
Jalan TAR / KLCC


Khamis, 11 Ogos 2016

Masalah Angin Dalam Badan: Atasi Dengan Garlic dan Peppermint Shaklee

Saya ni tak boleh makan sebarangan terutama makanan yang berangin macam pucuk paku,nangka,jantung pisang,daun ubi kayu dan seangkatan dengannyelah,tapi rugi pulak kalau tak rasa sikit,betul tak?
Bila dah rasa,sedaplah pula,tambah lagi sikit,hihi.
Padahnya,kalau termakan alamatnya 10minit lepas tu perut dah start kembung,angin berpusing-pusing sampai sakit tulang belakang kadang-kadang tu angin memusing sampai kepala pun pening sekali hingga muntah-muntah.Ini dah kira teruklah keadaan yang pernah saya alami.
Bila jadi macam ni,mak akan tumbuk halia  sampai halus dan perah untuk dapatkan air halia pekat suruh saya minum,bukan itu aje,bakar kejap bawang putih,pastu suruh kunyah dan telan macam tu je.
Tapi bila dah ada Shaklee,tak yah dah susah payah nak tumbuk halia dan bakor bawang putih,hanya ambil je #PeppermintGingerPlus untuk menggantikan halia dan ambik #GarlicComplex gantikan bawang putih.Lagipun kandungannya sama saje dengan yang asli,tiada bahan chemical lagi,semuanya semulajadi.
Segala angin jahat dalam perut tu semuanya abis keluar tak sampai 10minit kita telan pillnya..
Pada saya angin dalam badan ni keluar melalui kentut, ada yang melalui sendawa, bergantung pada badan seseorang.Percaya tak,bila dah abis segala angin keluar,badan akan rasa ringan seringannya,best kan!!
Apalagi bagi sesiapa yang mengalami nasib macam saya,cuba try test #PeppermintGinger dan #GarlicComplex pasti korang puas hati.perut pun kempis je.

Jangan segan dan malu calling-calling ler teman ye.

Rabiatul 012-5584478
COD: Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#sihatsemulajadi
#PeppermintGingerPlus
#GarlixComplex
#inikisahsaya