Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Apabila tekanan darah tinggi, ia akan merosakkan saluran darah, jantung dan buah pinggang. Ini boleh membawa kepada SERANGAN JANTUNG, STROK dan masalah lain.
Tekanan darah tinggi juga dikenali sebahagai "PEMBUNUH SENYAP" kerana ia tiada tanda gejala bila ianya berlaku.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Sebenarnya senang saja, kita perlulah menukar gaya hidup kita ke arah lebih sihat.
Makanan segar yang tidak diproses keseluruhannya mempunyai sumber kalium yang tinggi. Contoh sumber makanan yang mengandungi kalium tinggi : Daging, ikan, produk tenusu yang tanpa lemak / rendah lemak, buah - buahan segar dan sayur sayuran.
Sebut pasal kalium, tahukah kita apa tu KALIUM??
Sebenarnya senang saja, kita perlulah menukar gaya hidup kita ke arah lebih sihat.
- Kurangkan berat badan yang berlebihan
- kurangkan pengambian garam
- Lebihkan senaman
- Berhenti merokok atau pengambilan tembakau
- Limitkan pengambilan alkohol sekurang - kurangnya 2 kali sehari.
- Dapatkan 3500 mg Kalium dalam diet kita setiap hari.
Sebut pasal kalium, tahukah kita apa tu KALIUM??
Kalium atau potassium adalah mineral penting yang membantu mengatur fungsi jantung, tekanan darah, dan saraf dan aktiviti otot. Kalium juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan protein dan membantu menjaga pH yang tepat dalam tubuh. Mereka yang mendapat pengambilan kalium lebih tinggi cenderung mempunyai tekanan darah lebih rendah dan orang dengan tingkat darah rendah kalium yang sedang menjalani pembedahan jantung berisiko lebih tinggi untuk mengembangkan aritmia jantung. Pengambilan natrium yang berlebihan boleh meningkatkan keperluan tubuh kalium.
sumber : http://www.healthspannetwork.com/members/healthy-living/managing-blood-pressure/
BOLEH DAPATKAN SET TEKANAN DARAH TINGGI SHAKLEE
hubungi saya :
012 - 558 4478 (rabiatul)
FB: vitaminsihatalami
COD: Batu Caves, Bandar Country Homes, Bandar Tasik Puteri, KLCC