Khamis, 14 Ogos 2014

EMOSI TIDAK MENENTU DISEBABKAN HORMON BERUBAH??

Perubahan Hormon Boleh Mempengaruhi Emosi Perempuan? 

Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang insan yang bergelar PEREMPUAN. Inilah yang perlu dilalui oleh seorang wanita dalam meneliti setiap fasa kehidupan mereka. Perubahan ini mungkin akan menjadikan seorang wanita itu begitu Sensitif, mudah tersinggung, cepat marah dan sebagainya. Perubahan emosi ini boleh berlaku pada sesiapa saja asalkan insan ini bergelar wanita..


Kenapa perkara ini boleh terjadi? Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami oleh setiap wanita itu sendiri. Perkara ini diakui oleh semua Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi. Perubahan hormon ini biasanya tidak akan disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan pasangan mereka. Sebahagian besar wanita tidak memahami perubahan emosi yang dialami mereka. Ini kerana emosi dan perasaaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

Emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.

Bagaimana Hormon Terjadi?


Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit. Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi. Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid

- Fasa selepas melahirkan anak

- Fasa selepas menopaus (putus haid)

A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.

B. Fasa selepas melahirkan anak

Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh 
mendapat psikosis.

C. Fasa menopaus (putus haid)

Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.

Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:

- kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)

- cepat marah

- mudah tersinggung 

- sukar tidur

- rasa panas 

- pelupa

- Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan 

- fikiran bercelaru

Bagi menangani masalah ini, Setiap insan bergelar perempuan perlu menitik beratkan masalah hormon yang dialami. Salah satu usaha ialah dengan mencari sumber suplimen yang boleh memperbetulkan hormone dalam badan kita. 

Di Shaklee ada penyelesaiannya, GLA Complex memang sesuai bagi mereka yang mengalami masalah hormon. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai GLA Complex boleh ke link ini ya..



Di Shaklee, Set Senggugut/PMS/Murung ini juga boleh diamalkan untuk memperbetulkan hormon dalaman kita.. Amalkan secara beristiqamah inshaallah memang ada kesannya..


Ingin membuat pembelian??


boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405


ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.




COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC




Tiada ulasan: