Memaparkan catatan dengan label LECHITIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LECHITIN. Papar semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2017

Susu Meriah Ibu Gembira Tiada Lagi Kerisauan : Set Penyusuan Shaklee

Setiap ibu yang melahirkan anak mesti ingin memberi penyusuan yang terbaik dan eksklusif untuk anaknya, tetapi tak semua ibu -ibu di luar sana berpeluang memberi penyusuan pada anak mereka sehingga anaknya berusia sekurang-kurangnya 2tahun.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan proses penyusuan tidak berjaya. Antara rungutan yang selalu kita dengar seperti air susu kurang sejak dilahirkan.Bukan itu aje ada juga ibu-ibu yang kekurangan ilmu penyusuan yang menyebabkan mereka hanya bertahan separuh jalan sahaja.


Eh!, banyak pula bebelan Kak Tun dalam entry kali ni, minta ampun...😅😅

Sebenarnya,Kak Tun nak bercerita dan berkongsi pengalaman proses penyusuan untuk ketiga-tiga cahaya mata Kak Tun.

Masa anak sulung Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif hanya 4bulan sahaja, bukan air susu tak ada tau tapi kekurangan ilmu didadakan, almaklumlah baru pertama kali ada anak,Kak Tun lebih mendengar kata-kata "orang dewasa" disekeliling Kak Tun. Kak Tun dah selamat beri susu formula untuk menyenangkan tugas pengasuh yang menjaga Haziq di taska.
Yerlah Kak Tun dulu keje dengan Company Contractor, jadi kadang-kadang jika ada tender terpaksa balik lambat dan jika ada meeting diluar,memang tak sempat nak pam susu badan. Siapa yang pernah melalui saat bengkak susu tu memang menyakitkan. 

Masa ni memang tak ambil sebarang suplemen atau makanan tambahan untuk memperbanyakkan air susu, tapi dah tertulis rezeki untuk Haziq, air susu Kak Tun sentiasa ada sehinggalah Haziq berusia hampir 5tahun.

Haziq ni walaupun di taska minum susu formula,tapi dekat rumah langsung tak nak minum susu formula,pegang botol susu pun dia buat muka geli. Pernah satu ketika botol susu yang ada dirumah dicampaknya dalam tong sampah gara-gara tak nak minum susu botol dirumah. 

Maybe disebabkan bercampur susu di awal usia,antibodi badan pun tak berapa nak kuat kot, kerap juga si Haziq ni kena demam,selsema, dan yang paling teruk sekali dua kali terkena chicken pox yang jenis besar dan yang jenis halus. Dua kali juga terkena virus HFMD sebelum usianya menjangkau 3tahun.


Untuk anak yang kedua Hannah, alhamdulillah Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif sehingga hannah berumur 1 tahun sahaja.  

Masa Hannah ni,Kak Tun dah mengamalkan supplemen. Bukan suplemen untuk memperbanyakkan susu, tetapi supplemen untuk kesihatan diri Kak Tun. Bila dah terbiasa makan suplemen, jadi bila si Hannah dilahirkan, Kak Tun continue aje amalan makan suplemen ni. Cuma Kak Tun add on alfalfa yang terkenal sebagai penggalak penghasilan susu ibu.

Masa Hannah ni, Kak Tun memang bersungguh untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuknya, yerlah dah belajar daripada kesilapan yang lepaskan..

Masa Hannah ni, kuantiti susu tak sama macam Haziq dulu, susu tak semeriah sangat, lagipun susu daripada breast sebelah kanan tidak memberi kerjasama, kalau dipam, paling banyak boleh dapat 4oz je, berbezalah dengan air susu disebelah kiri yang penghasilannya melebihi sebelah kanan. Dari situlah bermulanya Kak Tun mengambil suplemen Shaklee untuk memperbanyakkan air susu untuk Hannah. 

Waktu mengepam hanya di ofis semata-mata sebanyak 3kali,sebab kalau dirumah memang tak sempat nak mengepam, cuma bila weekand days baru berkesempatan boleh mengepam untuk dijadikan stok.

Alhamdulillah,bila dah mengamalkan suplemen ni, susu jadi lebih pekat dan meriahlah,sehinggalah usia Hannah menjangkau 8bulan, air susu jadi semakin berkurang.

Masa ni memang sedih sangat, selalunya bila sekali pam boleh dapat dalam 8-9oz,tetapi kali ni susu drop ke 6oz sahaja. Ape lagi Kak Tun memang risau sangat, mulalah mencuba pelbagai resepi untuk memperbanyakkan air susu.

Malangnya, air susu semakin drop, dan pada masa yang sama, rupa-rupanya Kak Tun 'terpregnant' sekali lagi. Bila keadaan semakin berlarutan, Kak Tun cuba bercerita masalah yang Kak Tun hadapi pada pakar laktasi, barulah Kak Tun tahu, makin meningkat usia kandungan kita, setengah orang hormon susu semakin berkurang. Ini ilmu baru juga ni,barulah Kak Tun tahu kenapalah air susu semakin berkurang.

Jadinya Kak Tun tekad dan berusaha untuk buat stok susu sehinggalah Hannah berusia setahun. Masa ni memang Kak Tun struggle untuk menyimpan stok susu Hannah, nasib baik si Hannah ni, dah start diberi makanan tambahan, jadinya susu hanya diperlukan ketika waktu tertenru sahaja, bukan setiap masa.

Memang sedih tau bila bekalan susu makin berkurang, bayangkan bila 10minit pam hanya dapat 2oz je..Masa ni hanya Allah yang tahu perasaan Kak Tun.. Air susu Kak Tun terus tiada bila kandungan Kak Tun mencecah umur 3bulan. Masa ni Hannah lagi 3minggu nak setahun.. Sedih sangat, bila malam Hannah merenget susu tak cukup, terpaksa berkorban beri stok yang ada di taska. Stok susu pyn makin berkurang dan licin teruslah dari peti ais tu..

Tapi perancangan Allah maha hebat, Allah mempermudahkan urusan Hannah minum susu formula tanpa sebarang masalah, 1st time beri terus je minum minum tanpa menolak..syukur sangat.Tapi walaupun hanya setahun aje dapat merasai susu badan Kak Tun, tapi berkat Kak Tun mengamalkan Shaklee ni, Hannah jarang terkena demam, selsema mahupun batuk yang berpanjangan.. Kalau ada pun demam manja gitu, hari ni kena esok lusa dah sembuh..


Bila si adik lahir, masalah baru pula timbul.. Si kakak juga nak menyusu bersama.. Nak tak nak terpaksalah Kak Tun beri juga sebab hati seorang ibukan tak sampai hati tengok si Hannah ni merajuk  dan protes tak nak makan dan minum, asyik merengek nak susu badan aje.

Sekali lagi suplemen untuk ibu menyusu diperlukan.. Kali ni Kak Tun amalkan sepenuhnya, dah 2orang anak yang menyusu, jadi kuantiti susu perlu banyak untuk menampung keperluan dua orang puteri Kak Tun.

Alhamdulillah walaupun baru 2bulan perjalanan menyusuan untuk si Husna, kali ni kuantiti susu amatlah banyak, sekali pam Kak Tun boleh dapat 12oz, syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk anak Kak Tun kali ni..


Ha! lagi satu Kak Tun dah amalkan LECITHIN ni dari hari pertama lagi untuk elak dari berlakunya susu tersumbat terutama sekali untuk breast sebelah kanan Kak Tun ni.

Nak tau hasilnya? Alhamdulillah breast sebelah kanan ni mampu menghasilkan kuantiti susu sebanyak 5-6oz sekali pam dalam masa 5minit saje. Masa Hannah dulu memang susah sangat nak dapat kuantiti susu sebegitu.. 

Kekerapan direct breastfeeding pun menjadi punca pengeluaran susu menjadi banyak..mana taknya bila dirumah seorang melekat disebelah kiri, seorang lagi melekat disebelah kanan..

Dan yang paling bestnya walaupun kakak dan adik menyusu bersama, tidur memang sah-sah tak cukup ler, lepas turn adik menyusu, baru lelap 10minit, kakak pula nak menyusu.

Tapi Kak Tun rasa syukur sangat badan tak terasa penat  dan letih yang terlampau, sebabnya set penyusuan Shaklee memang banyak membantu memberi tenaga yang cergas sepanjang hari, ESP memang Kak Tun amalkan supaya perut tak terasa lapar bila 2orang anak memerlukan serentak.

Bukan aje kesihatan Kak Tun bertambah baik, malah anak-anak Kak Tun juga dapat manfaat bersama.

Bekalan susu pun makin meriah dan pekat, pendek kata cepat kenyanglah..

Tau tak berat badan Kak Tun pun dah makin menunjukkan penyusutan juga. Kak Tun suka!!  

Nak tahu apa yang Kak Tun amalkan?
Set Penyusuan yang lengkap seperti B Complex, Vitamin C, Vitalea,Alfalfa, ESP, Lecithin dan Ostematrix add on Omega Guard.


Buat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif, sememangnya terbaiklah dan disyorkan bagi ibu-ibu yang ingin mencuba untuk memperbanyakkan susu untuk anak yang dicintai. 

Berjuang sebelum mengalah, berusaha selagi terdaya.. Carilah ilmu penyusuan supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita..

Rabiatul
SID SHAKLEE
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang


Khamis, 23 Mac 2017

Penyebab Anda Kurang Bermotivasi, Tiada Semangat Dan Selalu Hilang Fokus Untuk Berjaya?

Selalu hilang motivasi?
Hilang semangat?
Hilang fokus?
Mood ke laut setiap hari?



Kalau korang selalu menghadapi situasi seperti diatas, itu bermakna korang kekurangan  aktiviti neurotransmitter dalam tubuh badan anda?

Hari ni kita belajar fakta Sains pula ye..

Apa itu NEUROTRANSMITTER?

Neurotransmitter merupakan penghantaraan maklumat di sinaps dilakukan melalui bahan kimia. Untuk memastikan mesej dihantar tidak hilang, ia banyak memerlukan elektrolik. 


Jika kita kekurangan elektrolik kita mungkin menghadapi situasi seperti tidak mengingati apa yang perlu kita lakukan.Sebagai contoh, pada mulanya kita ingin membeli ikan A di pasar, tetapi bila dah sampi di pasar kita terlupa ikan jenis apa yang perlu dibelikan.

Maksudnya jika elektrolik berkurangan mesej yang kita ingin ingati atau sampaikan terputus ditepi jalan. 

Elektronik berkurang apabila kehilangan sel otak, neuron akan melalui proses penuaan atau sakit. Ini menyebabkan fungsi otak semakin lemah. Otak akan menjadi lemah dan mengganggu proses mengingat sesuatu perkara.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku tubuh badan kita perlu lengkap dengan sumber vitamin yang boleh meningkatkan kembali elektrolik untuk mengelakkan kita daripada kehilangan memori dan seterusnya terlupa dan tak ingat apa yang kita ingin lakukan.





Disini Kak Tun cadangkan vitamin yang sesuai untuk mereka yang selalu mengalami masalah hilang motivasi, fokus, semangat dan mood selalu ke laut aje..

ESP

ESP Merupakan sumber protein yang terbaik untuk tubuh badan kita. Protein ini membantu menghasilkan sel baru dan menggantikan sel yang telah mati. 
Protein ini diperlukan untuk menghasilkan hormon enzim, antibodi dan neurotransmitter.

Di dalam ESP terdapat kandungan Phenylalanine yang penting untuk tubuh sebab ia menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis 2 neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran iaitu dopamine dan norep-inephrine.

OMEGA GUARD

Asid lemak omega 3 membantu mengaktifkan otak dengan membuat hubungan yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah di otak dan mempertingkatkan sinaps otak. Omega Guard membantu melembapkan kaki dihujung neuron dan penghantaran mesej menjadi lancar dan cepat .

Didalam Omega Guard ada DHA yang merupakan sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acerylcholine dan membantu sel otak berhubung.

LECHITIN

Dikenali sebagai makanan otak saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neurotransmitter ( berkaitan short term memory)

B COMPLEX

Vitamin B Complex Shaklee yang lengkap dengan 8jenis vitamin B yang diperlukan oleh sel badan kita.
Vitamin B adalah diangggap sebagai "spark plug" didalam badan. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tetapi tidak dinafikan B Complex boleh membuatkan seseorang itu cepat merasa lapar..

Kekurangan Vitamin B pada seseorang akan menyebabkan kita cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit kusam dan tension.

Fungsi B Complex dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang boleh menyebabkan badan dapat mengatasi stress dengan baik.

PERFORMANCE DRINK

Didalam performance drink mengandungi elektronik penting seperti ion sodium dan pottasium yang sangat diperlikan oleh sistem saraf. Ia berperanan untuk melancar lompatan neurotransmitter kepada neuron yang lain supaya mesej yang bakal disampaikan akan tersampai.

Jadi bagi mereka yang  mengalami masalah selalu tiada motivasi, hilang fokus, hilang semangat, tak der mood selalu dalam diri kita bolehlah mencuba set  ini supaya anda sentiasa bermotivasi dan aktif selalu.


Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee JalanTAR/KLCC
Pengedar Shaklee Selayang

Khamis, 15 September 2016

Klinik Bergerak Ketika Bercuti

Mood cuti dah datang..adui malas dah rasa nak pg keje,rumah pun tak abis berkemas lagi,si bambam Hannah ni langsung tak nak berenggang dengan ibu.Susah ibu nak bergerak untuk buat koje.
Kena buat checklist nampak gayanya ni,kalau tak,ada yang tertinggal barang nanti.
Hrmm antara barang yang wajib bawa sekali vitamin harian saya ler..perkara pertama yang akan disimpan dalam beg,supaya nanti tak lupa.
Ada beg khas untuk vitamin ni,segala jenis vitamin yang nak bawa memang terus masuk dalam beg ni.Tak boleh nak bayangkan kalau terlupa bawa,mesti rasa tak sempurna je..Dalam beg ni bukan aje vitamin si ibu aje,malah untuk hubby dan anak-anak mesti ada sekali.
Tak kisah angkut sebotol-sebotol, kalau ada emergency pada ahli family yang lain,boleh bagi je stok yang ada.lagipun naik kete pegi travel mana-mana tak penat pun nak angkut beg vitamin ni..
Bak kata pepatah lama " sediakan payung sebelum hujan.saya dah sediakan 'klinik bergerak',anda bagaimana?

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#traveldenganvitamin


Rabu, 14 September 2016

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Aktiviti harian setiap malam,wajib telan semuanya.Dah seharian penat bekerja di office,waktu malam wajib belai diri sendiri dengan Vitamin Combo ni - ESP,Alfalfa,Lechitin,Peppermint Ginger Plus dan Ostematrix.Kalau orang yang tak biasa,mesti hairan awat banyak sangat nak kena telan vitamin ni..Sebenarnya setiap satunya mempunyai fungsi yang diperlukan dalam badan kita.
Saya salah seorang ibu yang menyusukan anak,jadi saya memang memerlukan semua vitamin ni untuk menggantikan nutrisi yg telah diberikan kepada anak saya.
Ibu menyusu seperti saya memang memerlukan sumber protein dalam pemakanan.Dengan Shaklee semuanya mudah sahaja,hanya perlukan 3 scoop bancuh dan shake, dah ready untuk minum..lagipun boleh pelbagai perisa mcm yg saya buat campur dgn susu segar perisa coklat..nyum2 memang sedap.ESP elok untuk saya kembali bertenaga,kurang lesu,perbanyakkan kuantiti susu dan yg paling best baik untuk kulit wajah kita.
Alfafa ni saya amalkan 10biji sehari.Selain untuk penyusuan,alfalfa ni dah jadi macam jamu bagi wanita,alfalfa ni ala-ala kacip fatimah gitu fungsinya.Bukan itu aje,ianya baik untuk sistem penghadaman dan pembuangan.
Kalau nak kurus memang kena rajin makan lechitin ni.Lechitin ni agen terbaik dalam mengumpul segala lemak yang tak diperlukan dalam badan,lagi satu kalau kita mengalami bengkak susu memang cepat-cepatlah makan lechitin,inshaallah bengkak akan surut.
Pappermint Ginger Plus pula saya akan makan kalau perut saya mengalami sakit menyucuk akibat angin.Ibu menyusu ni pantang makan lewat sikit,pasti perut senang masuk angin,bila perut dh masuk angin, inilah fungsi Peppermint ni bila dah makan, serta merta angin yang terkumpul dalam perut akan keluar.Perut akan rasa ringan sangat..
Sebelum tidur wajib ambil Ostematrix ni sumber kalsium terutama bagi ibu menyusu.Kalau badan rasa lesu,lenguh-lenguh,tidur tak lena memang wajib ambik, gerenti pagi esok bila bangun dari tidur,badan akan rasa segar je,hilang segala sakit-sakit badan.Bukan itu aje,sistem pembuangan juga lancar.Setiap hari hanya perlukan 4biji saje.
Bestkan!! Saya dah mencuba dan dah dapat manfaat daripadanya,anda bila lagi?
Saya nak anda rasai manfaatnya bersama..
#tsunamishaklee
#pststim9
#ESP
#Lechitin
#Alfalfa
#PeppermintGingerPlus
#Ostematrix
#sihatsemulajadi
#PengedarRawangKLSelangor


Rabu, 25 September 2013

LECHITIN

Apakah itu Lecithin?

Lecithin merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita.

Lecithin bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing.


KEISTIMEWAAN LECHITIN SHAKLEE

Apa yang istimewa, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol .Bagi yang beli Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6 tablet/day.. Jangan tak tahu Lecithin Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak. 



KEBAIKAN LECHITIN

Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 


Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.