Memaparkan catatan dengan label SET GASTRIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET GASTRIK. Papar semua catatan

Khamis, 19 Oktober 2017

Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.


Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017  hinggalah 20.10.2017.

Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!

Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?

Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-

1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.

2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.

3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.

4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.

5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita. 

Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis

3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain

4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut

5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus

6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu

Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?

📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan

📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis

📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan

📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang

📍Anda yang mempunyai masalah sembelit

📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.

Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee

• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir


Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n

Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang

Selasa, 3 Oktober 2017

Cara Atasi Sakit Gastrik Secara Semulajadi

Gastrik?
Siapa yang pernah alaminya mesti rasa serik kalau gastrik datang menyerang. Kak Tun dulu bukan sekadar gastrik malah ada juga masalah angin hempedu. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, Kak Tun memang tak boleh lewat makan dan perut pun tak boleh dibiarkan kosong, nanti angin gastrik datang menyerang. Kalau tersilap makan pula, ape lagi angin hempedu pula menjelma. Kalau dua penyakit ni dah bergabung, terguling-guling ler Kak Tun menahan sakit.

Sebab tu sebelum pergi sekolah, pagi-pagi buta dah kena paksa makan nasi dan minum susu panas. Bukan tu aje, mak Kak Tun akan beri bekal makanan lagi untuk dimakan waktu rehat. Beginilah rutin harian Kak Tun setiap hari masa zaman sekolah. Paling Kak Tun tak suka kena minum susu, kadang-kadang tu sampai nak muntahlah dibuatnya..

Ok, disini Kak Tun nak berkongsi info mengenai gastrik.

APA ITU GASTRIK?
Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perit untuk mencernakan makanan.
Ketika kita berasa lapar atau badan memerlukan makanan perut kita akan merembaskan asid gadtrik ini.

Jika tidak terdapat makanan di dalam perut,maka asid ni akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini akan berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi nipis.




Dr. Sukumar Nadesan dari Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, dari KPJ Tawakal Specialist Hospital berkata:
 "Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis".

TANDA-TANDA GASTRIK
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti berikut:-
1. Sakit perut dan rasa tidak hadam makanan. Sakit perut selalunya dirasau di bahagian atas perut.
2. Rasa pening kepala
3. Mengalami angin di dalam badan.    Terasa sakit di bahagian ulu hati,      kerap sendawa dan kentut yang kerap.
4.Rasa,mual, loya dan muntah
5. Badan rasa lemah lesu
6. Berat badan menurun
7. Najis menjadi hitam atau gelap ( kerana ia sebati dengan darah)
8. Hilang selera makan

FAKTOR YANG MENYEBABKAN GASTRIK

1. Pengambilan alkohol yang berlebihan
2. Gemar makan makanan yang pedas
3. Merokok
4. Gemar makan makanan yang masam
5. Gemar makan makanan yang bergoreng / berminyak
6. Stress / mengalami tekanan emosi
7. Gemar makanan yang berangin
8. Gemar minum berunsurkan kafien
9. Suka mengambil ubat tahan sakit

Bila dah terkena gastrik ni, bukannya boleh hilang begitu aje, gastrik ni akan kembali menyerang bila kita tersalah makan. 

Tapi jangan risau, masalah gastrik ni boleh diatasi dengan mudah tanpa perlu sentiasa berjumpa dengan doktor atau kalau keadaan paling teruk kena ambil suntikan untuk meredakan kesakitan yang dialami. Amalkan Set Gastrik Shaklee ni, inshaallah ada perkembangan positifnya.

Set Gastrik Shaklee ni terdiri daripada ESP, Peppermint Ginger Plus, Ostematrix dan B Complex.

Jom kita lihat fungsi setiap satunya.

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. 
Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. 
Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri daripada pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan angin berlebihan.
Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.


3. Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan mengambil susu atau kalsium. Ini kerana kalsium adalah bersifat beralkali. 
Ia membantu meneutralkan keasidan dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati dan membantu melegakan otot.


4. B Complex
Mempunyai sumber vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan eh tubuh badan kita dan untuk sistem saraf kita.
Bertindak sebagai penenang sekaligus mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik.

Kak Tun lebih suka berubat dengan cara makan suplemen daripada nak kena cucuk setiap kali bertandang ke klinik.. Lagi satu ubat angin yang warna putih tu,tak tertelan rasanya bils nak makan... Bila dah amalkan Set Gastrik Shaklee ni, alhamdulillah tiada lagi serangan gastrik yang dialami.

Kalau korang nak mencuba boleh hubungi Kak Tun ye..

Shaklee Independent Distributor
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang.
Jalan TAR / KLCC


Khamis, 3 Julai 2014

GASTRIK vs PUASA: PUASA BOLEH MENYEBABKAN GASTRIK?


Bila tiba bulan ramadhan bulan yang memerlukan umat islam berpuasa, penyakit GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Tapi tahukah anda GASTRIK sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa. Masa zaman kanak-kanak dulu saya merupakan salah seorang pengidap GASTRIK; tapi alhamdulillah saya boleh berpuasa penuh seperti rakan-rakan yang lain.

Apa Itu GASTRIK?


GASTRIK adalah keradangan pada lapisan perut,ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa yang pendek ataupun secara berperingkat – peringkat ataupun dalam jangka masa yang panjang.





Bagaimana GASTRIK Boleh Terjadi?


GASTRIK  terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastrik iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.





Adakah GASTRIK Berbahaya?
Penyakit GASTRIK di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.


Langkah - Langkah Untuk Mengelak dan Mengawal Gejala GASTRIK. 

· Elak pengambilan makanan pedas dan masam
· Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual 
  makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit
· Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan berempah, berminyak, bergoreng
  dan berlemak · Kurangkan minuman beralkohol 
· Berhenti merokok
· Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan
· Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan
· Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom 
  gastrik · Banyakkan bersenam 
· Belajar mengendalikan tekanan



Gejala GASTRIK 

· Hilang berat badan
· Tiada selera makan 
· Muntah 
· Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
· Bahagian atas perut terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit
· Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman 
  beralkohol
· Mual
· Pedih hulu hati

GASTRIK  tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.

Bagi mereka yang mempunyai sejarah 
GASTRIK , jangan risau samaada boleh berpuasa atau tidak kerana GASTRIK  mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajar.

Kami Di SHAKLEE juga menawarkan Set GASTRIK yang memang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik terutamanya di bulan Ramadhan ini. Di sini saya sertakan harga full set untuk Set GASTRIK, tapi jika anda mempunyai kekangan kewangan anda boleh memilih untuk mendapatkan SET BUDGET mengikut keupayaan kewangan anda.





SET GASTRIK

OSTIMATRIX = RM 61.00 (120 BIJI)
PEPPERMINT GINGER PLUS = RM 45.00 (90 BIJI)
B COMPLEX = RM 53.75 (120 BIJI)
ESP 850 GRAM = RM 150.00

TOTAL HARGA : RM 309.75

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.

COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC