Memaparkan catatan dengan label 9 tanda lelaki dan wanita tidak subur KETAHUI KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 9 tanda lelaki dan wanita tidak subur KETAHUI KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2018

Mengapa Vivix Sangat Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

Kita sedia maklum pesakit buah pinggang tak boleh minum air kosong lebih dari 500ml sehari.

Jadi, kalau nak makan supplemen pun mesti ambil supplemen yang tak perlu consume air banyak namun tetap efektif!

Jadi, vivix adalah pilihan yang tepat untuk pesakit buah pinggang, kerana Vivix tak perlu consume air kosong banyak bila kita mengamalkannya.

Ramai juga sedia maklum pesakit buah pinggang perlu buat dialisis 3-4 kali seminggu. Proses dialisis ini mengambil setengah hari dan paling lama sehari.

Kebiasaannya lepas buat dialisis, badan akan rasa lemah dan tak bermaya.

Jadi, jika anda menghadapi masalah kegagalan fungsi buahpinggang, ambillah Vivix sebagai sokongan untuk tubuh badan agar tidak lesu dan penat.



BAGAIMANA VIVIX DAPAT MEMBANTU?

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu:

📍Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang

📍Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal

📍Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang

📍Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit

📍Mengurangkan proses lipid peroksida

📍Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

Selagi boleh ikhtiar, kita ikhtiar dengan VIVIX untuk pesakit yang mengalami masalah buah pinggang ni..

TTestimoni pengguna yang berikhtiar dengan mengamalkan vivix untuk masalah buah pinggang.



Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478

COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG

SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC

PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy