Memaparkan catatan dengan label PEPPERMINT GINGER PLUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEPPERMINT GINGER PLUS. Papar semua catatan

Ahad, 18 Disember 2016

Kenapa Tubuh Badan Kita Perlu Detoks? Berkesan Ke Detoks Cara Shaklee?

DETOKS?
Pernah dengar tak?

Tahu tak apa itu DETOKS?
Detoks ni merupakan satu proses normal badan untuk menyingkirkan ataupun meneutralkan toksin melalui organ-organ detoks dalam tubuh badan kita seperti usus,buah pinggang dan hati.

KENAPA PERLUNYA DETOKS?
Tahu tak korang punca segala jenis penyakit adalah berpunca daripada toksin yang terlalu banyak di dalam tubuh badan. Jika kita tidak pernah buat sebarang detoks, kemungkinan terdapat  lebih  daripada 8kilo toksin yang menghuni tubuh badan kita.Tak kesian ke kat organ tubuh kita yang setiap hari bekerja keras untuk membuang segala toksin yang merbahaya di dalam tubuh kita.

PERNAH TAK KORANG NENGALAMI MASALAH SEPERTI INI?
🐛Sembelit dan sukar buang air besar
🐛Tumbuh jerawat dan ruam
🐛Berat badan susah nak turun
🐛Mood tidak menentu
🐛Badan mudah lesu
🐛Cepat marah
🐛Senang cemas
🐛Perut kembung
🐛Hilang tumpuan dan fokus
🐛Kurang bersemangat dan lesu
🐛Senang dapat penyakit demam dan selsema
🐛Susah nak tidur
🐛Mulut berbau

Kalau korang ada mengalami simptom diatas,ini tandanya badan korang penuh dengan TOKSIN dan perlu lakukan DETOKS.

Detoks ni ada banyak jenis,antaranya
🌿Detoks Parasit
🌿Detoks Usus
🌿Detoks Logam
🌿Detoks hati
🌿Detoks seluruh badan

Antara detoks di atas saya pernah menyertai program detoks parasit.Saya memilih soft detoks parasit yang mengambil masa 2minggu. Kenapa soft detoks? Ini kerana saya masih lagi menyusukan bayi.Ha! Jangan tak tahu ibu menyusu pun boleh lakukan detoks juga tau!.
Sepanjang program detoks parasit ni berlangsung,kami tidak dibenarkan menyentuh makanan yang mengandungi pembiak parasit yang aktif di dalam tubuh badan.Antaranya gula putih, gandum dan sumber gluten, makanan yang diproses, makanan yang tidak dimasak dengan baik,makanan ringan dan minuman bergula.Ini memang pantang larang dalam detoks parasit tau!. Kami digalakkan makan makanan yang berunsurkan sayur,salad,buah-buahan,makanan yang direbus dan dipanggang aje.air masak menang wajib ambil lebih daripada 3 liter sehari tau.

Hasilnya dalam masa dua minggu tu, berat saya turun 2kilo,badan semakin ringan, tak mudah mengantuk,badan rasa segar sangat dan yang bestnya pengeluaran susu makin bertambah!bestkan detoks ni..

So, bagi mereka yang belum melakukan  detoks,cepat-cepatlah lakukan detoks, hasilnya memang bestlah! Lagipun bila kita dah lakukan detoks,organ kita kembali bersih,jadinya tubuh kita dapat menyerap nutrien dari pemakanan yang kita makan secara optimum. Sebab itulah,disarankan lakukan detoks sekerap yang mungkin,supaya apa jenis vitamin dan suplemen yang kita ambil akan lebih berkesan penyerapan nutriennya pada tubuh badan kita.
Ok, untuk bulan ni dah boleh mulakan program detoks, boleh pilih detoks mana yang korang suka ye!!...

Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL
012-5584478


Khamis, 15 September 2016

Klinik Bergerak Ketika Bercuti

Mood cuti dah datang..adui malas dah rasa nak pg keje,rumah pun tak abis berkemas lagi,si bambam Hannah ni langsung tak nak berenggang dengan ibu.Susah ibu nak bergerak untuk buat koje.
Kena buat checklist nampak gayanya ni,kalau tak,ada yang tertinggal barang nanti.
Hrmm antara barang yang wajib bawa sekali vitamin harian saya ler..perkara pertama yang akan disimpan dalam beg,supaya nanti tak lupa.
Ada beg khas untuk vitamin ni,segala jenis vitamin yang nak bawa memang terus masuk dalam beg ni.Tak boleh nak bayangkan kalau terlupa bawa,mesti rasa tak sempurna je..Dalam beg ni bukan aje vitamin si ibu aje,malah untuk hubby dan anak-anak mesti ada sekali.
Tak kisah angkut sebotol-sebotol, kalau ada emergency pada ahli family yang lain,boleh bagi je stok yang ada.lagipun naik kete pegi travel mana-mana tak penat pun nak angkut beg vitamin ni..
Bak kata pepatah lama " sediakan payung sebelum hujan.saya dah sediakan 'klinik bergerak',anda bagaimana?

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#traveldenganvitamin


Rabu, 14 September 2016

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Aktiviti harian setiap malam,wajib telan semuanya.Dah seharian penat bekerja di office,waktu malam wajib belai diri sendiri dengan Vitamin Combo ni - ESP,Alfalfa,Lechitin,Peppermint Ginger Plus dan Ostematrix.Kalau orang yang tak biasa,mesti hairan awat banyak sangat nak kena telan vitamin ni..Sebenarnya setiap satunya mempunyai fungsi yang diperlukan dalam badan kita.
Saya salah seorang ibu yang menyusukan anak,jadi saya memang memerlukan semua vitamin ni untuk menggantikan nutrisi yg telah diberikan kepada anak saya.
Ibu menyusu seperti saya memang memerlukan sumber protein dalam pemakanan.Dengan Shaklee semuanya mudah sahaja,hanya perlukan 3 scoop bancuh dan shake, dah ready untuk minum..lagipun boleh pelbagai perisa mcm yg saya buat campur dgn susu segar perisa coklat..nyum2 memang sedap.ESP elok untuk saya kembali bertenaga,kurang lesu,perbanyakkan kuantiti susu dan yg paling best baik untuk kulit wajah kita.
Alfafa ni saya amalkan 10biji sehari.Selain untuk penyusuan,alfalfa ni dah jadi macam jamu bagi wanita,alfalfa ni ala-ala kacip fatimah gitu fungsinya.Bukan itu aje,ianya baik untuk sistem penghadaman dan pembuangan.
Kalau nak kurus memang kena rajin makan lechitin ni.Lechitin ni agen terbaik dalam mengumpul segala lemak yang tak diperlukan dalam badan,lagi satu kalau kita mengalami bengkak susu memang cepat-cepatlah makan lechitin,inshaallah bengkak akan surut.
Pappermint Ginger Plus pula saya akan makan kalau perut saya mengalami sakit menyucuk akibat angin.Ibu menyusu ni pantang makan lewat sikit,pasti perut senang masuk angin,bila perut dh masuk angin, inilah fungsi Peppermint ni bila dah makan, serta merta angin yang terkumpul dalam perut akan keluar.Perut akan rasa ringan sangat..
Sebelum tidur wajib ambil Ostematrix ni sumber kalsium terutama bagi ibu menyusu.Kalau badan rasa lesu,lenguh-lenguh,tidur tak lena memang wajib ambik, gerenti pagi esok bila bangun dari tidur,badan akan rasa segar je,hilang segala sakit-sakit badan.Bukan itu aje,sistem pembuangan juga lancar.Setiap hari hanya perlukan 4biji saje.
Bestkan!! Saya dah mencuba dan dah dapat manfaat daripadanya,anda bila lagi?
Saya nak anda rasai manfaatnya bersama..
#tsunamishaklee
#pststim9
#ESP
#Lechitin
#Alfalfa
#PeppermintGingerPlus
#Ostematrix
#sihatsemulajadi
#PengedarRawangKLSelangor


Khamis, 11 Ogos 2016

Masalah Angin Dalam Badan: Atasi Dengan Garlic dan Peppermint Shaklee

Saya ni tak boleh makan sebarangan terutama makanan yang berangin macam pucuk paku,nangka,jantung pisang,daun ubi kayu dan seangkatan dengannyelah,tapi rugi pulak kalau tak rasa sikit,betul tak?
Bila dah rasa,sedaplah pula,tambah lagi sikit,hihi.
Padahnya,kalau termakan alamatnya 10minit lepas tu perut dah start kembung,angin berpusing-pusing sampai sakit tulang belakang kadang-kadang tu angin memusing sampai kepala pun pening sekali hingga muntah-muntah.Ini dah kira teruklah keadaan yang pernah saya alami.
Bila jadi macam ni,mak akan tumbuk halia  sampai halus dan perah untuk dapatkan air halia pekat suruh saya minum,bukan itu aje,bakar kejap bawang putih,pastu suruh kunyah dan telan macam tu je.
Tapi bila dah ada Shaklee,tak yah dah susah payah nak tumbuk halia dan bakor bawang putih,hanya ambil je #PeppermintGingerPlus untuk menggantikan halia dan ambik #GarlicComplex gantikan bawang putih.Lagipun kandungannya sama saje dengan yang asli,tiada bahan chemical lagi,semuanya semulajadi.
Segala angin jahat dalam perut tu semuanya abis keluar tak sampai 10minit kita telan pillnya..
Pada saya angin dalam badan ni keluar melalui kentut, ada yang melalui sendawa, bergantung pada badan seseorang.Percaya tak,bila dah abis segala angin keluar,badan akan rasa ringan seringannya,best kan!!
Apalagi bagi sesiapa yang mengalami nasib macam saya,cuba try test #PeppermintGinger dan #GarlicComplex pasti korang puas hati.perut pun kempis je.

Jangan segan dan malu calling-calling ler teman ye.

Rabiatul 012-5584478
COD: Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#sihatsemulajadi
#PeppermintGingerPlus
#GarlixComplex
#inikisahsaya


Rabu, 9 Oktober 2013

PEPPERMINT GINGER PLUS

PEPPERMINT GINGER PLUS



Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Selain diambil begitu sahaja, pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Siapa yang Memerlukan Peppermint Ginger Plus
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
Manfaat Peppermint Ginger Plus

1) Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

2) Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3) Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4) Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut