Mesti orang akan ingat kalau perempuan je mesti macam-macam benda yang ada dalam beg yang di bawa hari-hari. Tapi tak semua perempuan macam tu.
Saya kalau pergi kerja, takdernye nak bawa banyak barang sebab naik motor ngan hubby. So kalau boleh sesimple yang boleh, coz saiz beg pun xderlah besar cukup-cukup boleh kepit kat bahu.
Malulah pula nak dedahkan apa yang ada dalam beg ni. haha!!!
Sebelum tu nak bagitahu Handbag tu dapat hadiah dari US.. Terima kasih banyak2 buat adik teman qusyairi and ainul.. Macam tahu je saya memerlukan beg yang simple dan tidak terlalu besar..Oklah ni Senarai barang mengikut kepentingannya adalah:
1) semestinya wallet, tak boleh tinggal kena bawa sentiasa..
2) handphone. Yang ni pun sama penting kena bawa kehulu dan kehilir.
3) minyak angin cap kapak, wajib ada dalam beg sentiasa.Memang diperlukan bila tiba-tiba terkena serangan sakit kepala or period pain.
4) kunci rumah.Ini pun sama memang kena bawa je kemana nak pergi.Pernah sekali tu tertinggal haru biru dibuatnya terpaksalah duduk kt depan rumah sehingga mr hubby balik.
5) kad pekerja- Hari bekerja memang kena bawalah kalau tak xboleh masuk ofislah gamaknya.
6) nota peribadi-Tak derlah peribadi sangat, yang penting ada no contact yang perlu dicontact kalau terjadi apa-apa pada saya.
7) tissue,cermin dan lipstik- Wajib ada je dalam beg untuk kegunaan waktu emergency ke..hehe!! Lipstik ni selalunya standby kalau tiba-tiba ada meeting ngan big boss je, supaya bos nampak kita sentiasa ceria je.haha
8) pen-mesti kena ada dalam beg sebab kadang-kadang kita memerlukan untuk mencatit maklumat yang urgent ke..
9) buku asmaul husna-buku zikir harian ni saya akan guna bila ada masa terluang or bila hati tak rasa tenang..banyak membantu untuk saya disaat-saat genting.
10) power bank-perlu bawa selalu if ada meeting di luar ofis adalah juga penyelamat nyawa hphone kita.
11) earphone- sejak naik moto ni memang bawa je setiap hari.Mana taknya 40 minit duduk atas motor tu boleh mendatangkan mrngantul, so ada earphone boleh dengar radio kesukaan saya ikimfm.
Wow!!! 11 item jugalah yang wajib ada dalam beg saya. Ada lagi ke yang tertinggal?Hrmm rasanya cukuplah kot itu je barang dibawa hari-hari.
Ha! anda pula bagaimana??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan