Sabtu, 25 April 2015

Sukar Tidur Waktu Hamil: Penyebab dan Cara Mengatasi


Berita kehamilan pada setiap individu memang ditunggukan bagi pasangan yang baru berumah tangga mahupun yang dah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Memang seronok bila kita dapat tahu yang kita dah mengandung. Apabila sudah memasuki fasa perubahan yang berlaku dalam badan kita semasa hamil, maka bermulalah episod gangguan tidur sekaligus akan menyebabkan kita kurang bertenaga pada keesokan harinya. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan.

Dalam fasa awal kehamilan, sesetengah individu mungkin mendapati loya membuat mereka tidak boleh tidur. Apabila kandungan kita semakin membesar, simptom-simptom lain mungkin mengganggu rehat kita. Antaranya seperti:

· pedih ulu hati
· lenguh kaki
· berdengkur, samada anda sendiri atau suami
· sesak nafas
· hidung tersumbat
· bimbang mengenai keadaan bayi dan tanggung jawab sebagi ibu
· sakit-sakit dan lenguh badan
· menagalami kejang kaki

Ini belum lagi faktor apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, maka makin kerap terasa tendangannya. Dan memandangkan waktu rehat kita dan bayi tidak sama, tidur kita mungkin akan terganggu oleh tendangannya pada waktu malam. Selain itu kekerapan kita ke tandas pada waktu malam juga antara menyumbang faktor kita mengalami sukar tidur.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk memudahkan saya tidur?

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu kita tidur dengan lebih baik, ketika kita hamil.  
Dapatkan jadual tidur yang tetap

  • Cuba latih badan untuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Memanglah enak jika dapat bangun lewat terutamanya pada hujung minggu, tetapi kita mungkin sukar untuk tidur pula pada waktu malam.

Rehat sebelum tidur


  • Mulakan rutin tidur dengan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mandi, atau minum minuman panas. Buatlah aktiviti ini selama lebih kurang 20 hingga 30 minit sebelum masuk tidur.

Jadikan bilik tidur selesa untuk tidur

  • Gunakan langsir yang tebal untuk menghalang cahaya daripada masuk. Gunakan penyumbat telinga untuk menghindar bunyi bising. Cahaya dan bunyi bising boleh mengejutkan kita daripada tidur yang tidak lena.Salah satu faktor ibu hamil akan rasa panas daripada biasa, jadi sebelum tidur pasangkan kipas atau aircond terlebih dahulu untuk sejukkanlah bilik kita.

Gunakan katil anda hanya untuk tidur

  • Jika kita biasa menggunakan komputer riba atau menonton televisyen di atas katil, hentikan tabiat ini. Gunakan katil untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti tidur ,membaca dan sebagainya.


Belajar tidur mengiring ke kiri

  • Latih diri kita untuk tidur mengiring ke kiri dalam masa beberapa bulan pertama kehamilan. Posisi ini boleh membantu peredaran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) dan membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Posisi ini juga membantu kita lebih selesa dan tidur dengan lebih baik sewaktu kandungan semakin membesar.

  • Jika kita terjaga daripada tidur dan mendapati posisi tidur kita dalam keadaan menelentang, pusing sahaja ke sisi kiri dan tidur semula. Boleh cuba menggunakan bantal untuk membantu kekal dalam posisi tersebut dan menghalang kita daripada berbaring menelentang semasa tidur.


Ambil Kalsium sebelum tidur

  • Pastikan kita mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.Sila baca info mengenai Kalsium

Extra Bantal untuk tubuh badan

  • Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang. Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.


Apakah makanan dan minuman yang boleh menjejaskan tidur saya?

Berhati-hati dengan kafein

Kita akan tidur lebih lena jika tidak mengambil minuman berkafein dalam tempoh enam jam sebelum masuk tidur. Kafein terkandung dalam kopi, teh (termasuk teh hijau), minuman kola, minuman tenaga dan coklat.

Oleh kerana ia adalah stimulan, kafein membuatkan akan rasa lebih segar, dan ini bukan sesuatu yang kita inginkan sebelum tidur.


Makan hidangan yang ringan dan ringkas

Makanan yang berlemak atau pedas, coklat, buah-buahan sitrus, alkohol dan kopi boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketakcernaan. Begitu juga makan terlalu banyak hampir pada waktu tidur. Sebaliknya, jangan makan hidangan berat dan makanlah lebih awal. Kemudian, beri masa dua atau tiga jam kepada badan untuk menghadam makanan sebelum anda masuk tidur.

Snek sebelum tidur dapat mengelakkan loya

Walau bagaimanapun, jika kita mengalami mabuk hamil pagi, lebih baik jika kita elakkan perut daripada kosong. Cuba kunyah biskut kering sebelum tidur.


Kurangkan minum pada sebelah petang dan malam

Waktu kehamilan memang disarankan untuk minum lebih banyak air,tetapi cuba kurangkan minum menjelang waktu malam. Ini dapat mengelakkan daripada terpaksa pergi ke tandas pada tengah malam.

 Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum hawa yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com

Masalah Sembelit Di Awal Kehamilan



Siapa pernah mengalami masalah sembelit ketika hamil? Memang akan rasa terseksa diri. Samalah dengan apa yang saya alami sekarang ni. Memang menyeksakan dan badan pun akan rasa lain macam je.Sebelum ni saya memang jenis ke toilet setiap pagi, tapi disebabkan perubahan hormon ketika pregnant ni, susah pula rasanya.


Pregnant kali ketiga ni betul-betul menduga masalah pembuangan saya, Sebelum ni langsung tidak mengalami masalah untuk ke toilet. Mungkin pregnant kali ni, saya kurang pengambilan air masak, kerana tekak saya hanya boleh terima air yang masam je, kalau air masak tu hanya minum bila perlu. Kalau minum dalam kuantiti yang banyak mulalah tekak rasa loya tahap maksimum.

Jom kita cari punca kenapa Sembelit boleh terjadi ketika hamil?

Sembelit adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan ia menyerang wanita hamil disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, seterusnya tidak dapat melakukan penghadaman dengan lancar dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras.

Tahap sembelit berbeza-beza, ada yang tidak membuang air besar selama berhari-hari, ada yang najis keras dan sukar dikeluarkan sehingga menyebabkan pendarahan.

Sebenarnya sembelit ini lebih cenderung kepada kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza.

Ada orang membuang air besar setiap hari, ada orang membuang air besar dua hari sekali. Oleh itu, yang menjadikan seseorang itu sembelit ialah tahap kekerasan najisnya.

Apa yang saya lakukan untuk mengelak sembelit setiap hari?

Disebabkan tekak saya tidak dapat menerima kandungan air masak yang banyak untuk di minum, so saya terpaksa mencari alternative lain untuk melawaskan system penghadaman saya. Disini ada beberapa panduan untuk anda yang mengalami masalah sembelit yang sama macam saya.



Perkara wajib yang saya lakukan setiap hari untuk elak sembelit :-

1. Makan buah-buahan terutama buat orange sebelum makan tengahari dan makan malam.

2. Minum jus yorgart atau air orange sunquick sebelum tidur dan selepas bangun tidur setiap pagi. (memang berkesan amalkan sebelum anda minum or makan di waktu pagi)

3. Setiap pagi makan kurma 3 biji.

Cuba amalkan setiap hari memang anda akan rasa perut memulas untuk ke toilet. Selain itu saya juga mengamalkan minum ESP setiap malam dan ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk melancarkan lagi proses pembuangan saya.

Antara tips yang berguna yang boleh dikongsi bersama adalah:-

1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.

2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.

3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam

4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang…

1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan 
  • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
3. Dapatkan nasihat doktor
  • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.

Perlu Diingatkan, Jangan sesekali mengambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil. 
ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com)

Sabtu, 18 April 2015

Mengapa Sukar Mengajar Anak Lelaki Berbanding Perempuan?





Sebagai parents, kita sering menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam mengajar dan mendidik anak-anak. Terutama sekali kalau kita berhadapan dengan anak lelaki? Kenapa anak lelaki sering dikaitkan dengan masalah sukar fokus, kurang tumpuan, lebih suka bermain dan cepat bosan dengan sesuatu perkara yang dilakukan?  Sebaliknya tidak pada anak perempuan?

Saya pun mengalami masalah yang sama dalam mengharungi cabaran dalam mendidik anak lelaki. Memang pening sebenarnya untuk mendidik anak lelaki ni, lebih-lebih lagi bila dah pandai berkata--kata. Macam anak saya kalau di suruh buat ulangkaji pelajaran macam-macam alasan yang diberi, kadang-kadang tak sampai 10 minit dah mula bermain. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebenarnya dengan kerenah anak lelaki ni.

Kenapa Anak Lelaki Sukar Untuk Diajar?

Kajian yang dilakukan oleh Micheal Gurian pada tahun 2005, di dalam buku tertitan beliau, The Mind of Boys mendapati Neuroscience yang menjelaskan perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar.

Kenapa? Jom kita lihat perbezaannya.

Pra Kelahiran (Janin Lelaki)
  1. Membina hormon testosteron
  2. Pergerakan janin lebih aktif, tidak duduk diam kerana kurang hormon serotonin.
  3. Bahagian cortex (otak fikir) perlahan pembinaannya
  4. Selepas 6 minggu, jantinanya jelas dan otak berubah
  5. Kurang fleksibel
  6. Aktif pada 'braim stem' otak primitif
  7.  Saiz 10 peratus lebih besar daripada otak perempuan
  8. Corpus callosum (penghubung otak kiri dan kanan) kecil. Otak kiri kanan kurang berhubung.
  9. Mengeluarkan sikit serotonin (agen diam) sebab itu dia aktif di dalam rahim ibu.
 Pra Kelahiran (Janin Perempuan)
  1. Membina estrogen
  2. Janin kurang aktif dalam rahim sebab banyak hormon serotonin (agen diam)
  3. Bahagian cortex (otak fikir) cepat pembinaannya
  4. Kurang hormon testosteron meyebabkan otak tidak berubah kekal menjadi perempuan
  5. Lebih fleksibel
  6. Aktif pada cingulate gyrus (sistem limbik)
  7. Saiz otak kecil dari lelaki
  8. Corpus callosum 20 % lebih besar daripada lelaki. Otak kiri dan kanan sentiasa berhubung
  9. Mengeluarkan banyak serotonin (agen diam) sebab itu dia kurang aktif di dalam rahim ibu.  
Bayi Lelaki (2bulan - 2tahun)
  1. Suka barang mainan kasar
  2. Melihat objek sekejap-sekejap tetapi aktif
  3. Masa memandang emaknya adalah sekejap
  4. Satu minggu belum boleh mengenal bunyi bayi menangis
  5. Empat bulan belum dapat mengenali muka orang dalam gambar
  6. Sensitif pada makanan masin
  7. Kurang sensitif kepada ransangan di kulit , tidak suka di peluk
  8. Cepat marah dan belum ada empati
  9. Sudut pandangan sempit tetapi mendalam
  10.  Mudah mengenali warna yang terang 
  11. Mata kiri jelas berfungsi
  12. Kurang sensitif pada bunyi bising
  13. Kurang mengenal emosi
  14. Kurang berminat bahasa perlahan dan nyanyian
Bayi Perempuan (2bulan - 2tahun)
  1.  Suka mainan anak patung yang lembut
  2. Melihat objek lama-lama dan pasif
  3. Suka memandang muka emak dengan lama
  4. Satu minggu sudah boleh mengenal bunyi bayi menangis
  5. Empat bulan  dapat mengenali muka orang dalam gambar
  6. Sensitif pada rasa pahit dan suka manis
  7. Sensitif kepada ransangan fizikal dan kulit, suka di peluk
  8. Mudah bersedihkerana menggunakan emosinya
  9. Sudut pandangan luas (wide angle)
  10. Mudah mengenali warna yang terang  dan lembut
  11. Kedua-dua mata jelas berfungsi
  12. Sensitif pada bunyi bising / kuat. Selesa dengar bunyi lembut, suara belaian dan nyanyian
  13. Cekap mengenal emosi
  14. Tiga kali lebih baik kemahiran membaca dan menyanyi daripada lelaki
Kanak-kanak Lelaki (2tahun - 6tahun)
  1. Bercakap lambat berbanding perempuan
  2. Umur 4 tahun setengah, baru boleh fahami apa yang dituturkan
  3. Kelihatan minat menerokai lapangan apabila pandai berdiri
  4. Umur tiga tshun ototnya kelihatan
  5. Kurang upaya 'Multitask'
  6. Pendengaran baik di telinga kanan
  7. Daya ingatan kuat dengan pendengaran
  8. Mudah abai suara daripada ibu bapa
  9. Fizikal agresif, suka main kasar dengan ibu bapa
Kanak-kanak Perempuan (2tahun - 6tahun)
  1. Bina perbendaharaan kats lebih awal daripada lelaki
  2. Umur tiga tahun Percakapannya boleh difahami
  3. Walaupun boleh berdiri ,tidak berminat meneroka lapangan
  4. Umur tiga tahun, lemak di tisu jelas kelihatsn
  5. Boleh 'Multitask'  - boleh buat banyak kerja dalam satu masa'
  6. Kedua-dua teliga berfungsi dengan baik
  7. Mudah ingat melalui visual
  8. Mudah respon pada suara terutama sekali suara yang biasa didengari
  9. Main dalam kumpulan (berkerjasama) dan minat dibelai.
Jika melihat pada perbezaan diatas, sudah pasti kita sebagai ibu dan ayah dapat mengetahui sedikit sebanyak rentak anak-anak kita. So, lepas ni janganlah kita comparekan anak kita dengan anak yang lain, sebab setiap seorang anak yang diberi oleh Allah ada keistimewan yang tersendiri yang boleh kita banggakan suatu hari nanti. Semoga dengan sedikit info dari saya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan kita mengenai perkembangan anak-anak kita.Allahuallam...