Sebagai parents, kita sering menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam mengajar dan mendidik anak-anak. Terutama sekali kalau kita berhadapan dengan anak lelaki? Kenapa anak lelaki sering dikaitkan dengan masalah sukar fokus, kurang tumpuan, lebih suka bermain dan cepat bosan dengan sesuatu perkara yang dilakukan? Sebaliknya tidak pada anak perempuan?
Saya pun mengalami masalah yang sama dalam mengharungi cabaran dalam mendidik anak lelaki. Memang pening sebenarnya untuk mendidik anak lelaki ni, lebih-lebih lagi bila dah pandai berkata--kata. Macam anak saya kalau di suruh buat ulangkaji pelajaran macam-macam alasan yang diberi, kadang-kadang tak sampai 10 minit dah mula bermain. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebenarnya dengan kerenah anak lelaki ni.
Kenapa Anak Lelaki Sukar Untuk Diajar?
Kajian yang dilakukan oleh Micheal Gurian pada tahun 2005, di dalam buku tertitan beliau, The Mind of Boys mendapati Neuroscience yang menjelaskan perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar.
Kenapa? Jom kita lihat perbezaannya.
Pra Kelahiran (Janin Lelaki)
- Membina hormon testosteron
- Pergerakan janin lebih aktif, tidak duduk diam kerana kurang hormon serotonin.
- Bahagian cortex (otak fikir) perlahan pembinaannya
- Selepas 6 minggu, jantinanya jelas dan otak berubah
- Kurang fleksibel
- Aktif pada 'braim stem' otak primitif
- Saiz 10 peratus lebih besar daripada otak perempuan
- Corpus callosum (penghubung otak kiri dan kanan) kecil. Otak kiri kanan kurang berhubung.
- Mengeluarkan sikit serotonin (agen diam) sebab itu dia aktif di dalam rahim ibu.
- Membina estrogen
- Janin kurang aktif dalam rahim sebab banyak hormon serotonin (agen diam)
- Bahagian cortex (otak fikir) cepat pembinaannya
- Kurang hormon testosteron meyebabkan otak tidak berubah kekal menjadi perempuan
- Lebih fleksibel
- Aktif pada cingulate gyrus (sistem limbik)
- Saiz otak kecil dari lelaki
- Corpus callosum 20 % lebih besar daripada lelaki. Otak kiri dan kanan sentiasa berhubung
- Mengeluarkan banyak serotonin (agen diam) sebab itu dia kurang aktif di dalam rahim ibu.
- Suka barang mainan kasar
- Melihat objek sekejap-sekejap tetapi aktif
- Masa memandang emaknya adalah sekejap
- Satu minggu belum boleh mengenal bunyi bayi menangis
- Empat bulan belum dapat mengenali muka orang dalam gambar
- Sensitif pada makanan masin
- Kurang sensitif kepada ransangan di kulit , tidak suka di peluk
- Cepat marah dan belum ada empati
- Sudut pandangan sempit tetapi mendalam
- Mudah mengenali warna yang terang
- Mata kiri jelas berfungsi
- Kurang sensitif pada bunyi bising
- Kurang mengenal emosi
- Kurang berminat bahasa perlahan dan nyanyian
- Suka mainan anak patung yang lembut
- Melihat objek lama-lama dan pasif
- Suka memandang muka emak dengan lama
- Satu minggu sudah boleh mengenal bunyi bayi menangis
- Empat bulan dapat mengenali muka orang dalam gambar
- Sensitif pada rasa pahit dan suka manis
- Sensitif kepada ransangan fizikal dan kulit, suka di peluk
- Mudah bersedihkerana menggunakan emosinya
- Sudut pandangan luas (wide angle)
- Mudah mengenali warna yang terang dan lembut
- Kedua-dua mata jelas berfungsi
- Sensitif pada bunyi bising / kuat. Selesa dengar bunyi lembut, suara belaian dan nyanyian
- Cekap mengenal emosi
- Tiga kali lebih baik kemahiran membaca dan menyanyi daripada lelaki
- Bercakap lambat berbanding perempuan
- Umur 4 tahun setengah, baru boleh fahami apa yang dituturkan
- Kelihatan minat menerokai lapangan apabila pandai berdiri
- Umur tiga tshun ototnya kelihatan
- Kurang upaya 'Multitask'
- Pendengaran baik di telinga kanan
- Daya ingatan kuat dengan pendengaran
- Mudah abai suara daripada ibu bapa
- Fizikal agresif, suka main kasar dengan ibu bapa
- Bina perbendaharaan kats lebih awal daripada lelaki
- Umur tiga tahun Percakapannya boleh difahami
- Walaupun boleh berdiri ,tidak berminat meneroka lapangan
- Umur tiga tahun, lemak di tisu jelas kelihatsn
- Boleh 'Multitask' - boleh buat banyak kerja dalam satu masa'
- Kedua-dua teliga berfungsi dengan baik
- Mudah ingat melalui visual
- Mudah respon pada suara terutama sekali suara yang biasa didengari
- Main dalam kumpulan (berkerjasama) dan minat dibelai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan