Sabtu, 30 Mei 2015

Karies Gigi Bahayakah Pada Anak Kita


Pernahkah kita melihat kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun mempunyai gigi yang kecoklatan atau hitam?Warna putih pada giginya pula seperti terhakis? Apakah faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami keadaan gigi tersebut?

Puncanya adalah disebabkan oleh KARIES GIGI atau PEREPUTAN GIGI. Fenomena ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak  semenjak berusia seawal satu atau dua tahun lagi.

BAGAIMANA KARIES BERLAKU

Karies gigi berlaku apabila lapisan luar (yang dikenali sebagai enamel) gigi mula mereput. Gigi akan mula mereput apabila tahap pH oral (mulut) berada dibawah 5.5 (berasid). Fenomena berasid berpunca terutamanya disebabkan oleh asid organik yang di hasilkan oleh bakteria dalam mulut. Bakteria ini terjadi hasil daripada pengambilan Gula Ekstrinsik. 

 Gula Ekstrinsik - Gula yang tidak terdapat dalam struktur sel dan boleh berlaku secara semulajadi dalam makanan dan minuman. 

Contoh makanan dan minuman yang mempunyai Gula Ekstrinsik


  • Segala jenis manisan, gula dan coklat
  • kek dan biskut
  • Roti, pastri dan pai buah-buahan
  • Puding span dan segala jenis puding
  • Buah buahan kering
  • Gula yang ditambah ke dalam minuman dan sewaktu peyediaan makanan
  • Bijirin sarapan yang manis
  • Jem, kaya, jeruk
  • Ais krim
  • Buah-buahan dalam tin
  • Minuman ringa bergula
  • Minuman berasaskan susu (susu kocak)
  • Gula yang terdapat dalam minuman beralkohol

KESAN DARIPADA KARIES GIGI

Kesan yang paling ketara ialah kesan akut (serta merta) seperti kesakitan gigi dan kesan jangka masa panjang seperti mengalami kesukaran untuk makan dan kualiti hidup yang berkurang.

22 TIPS UNTUK KURANGKAN KARIES GIGI

  1. Hadkan pengambilan gula Ekstrinsik
  2. Hadkan pemberian susu botol hanya untuk pengambilan air dan susu
  3. Elakkan mencelup atau mencicah biskut atau roti kedalam gula, contohnya minuman yang manis atau madu
  4. Kurangkan pengambilan gula semasa penyediaan makanan ketika memasak
  5. Gantikan pencucu mulut yang manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah buahan.
  6. Menyediakan jus dalam bentuk yang kuran pekat, sudah dicampur dengan air tanpa gula dalam cawan (nisbah 50:50)
  7. Semak label makanan untuk kandungan gula
  8. Pilih makanan yang kurang gula atau makanan yang berlabel ' gula rendah/ bebas gula'. Kandungan gula tidak boleh melebihi daripada 5g setiap 100g makanan pejal atau 2.5g per cecair 100ml.
  9. Carila alternatif jika kandungan gula yang disenaraikan adalah tinggi atau jika kandungan gula disenaraikan pada senarai tiga terawal dalam senarai ramuan.
  10. Berhati-hati dengan sebarang vitamin atau makanan tambahan smaa ada dalam bentuk kunyahan ataupun cecair yang mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi. Baca label terlebih dahulu atau semak dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.
  11. Jarakkan masa pengambilan satu hingga dua jam antara satu makanan atau minuman manis dengan makanan seterusnya. Jarakan masa ini adalah perlu untuk membolehkan air liur menuetralkan semula keadaan berasid di dalam mulut dan membenarkan proses pengaktifan mineral berlaku.
  12. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi Gula Ekstrinsik hanya pada waktu makan utama, sebaliknya ELAKKAN daripada mengambil pada waktu senggang seperti sewaktu menonton tv. Banyakkan minum air kosong antara waktu makan utama.
  13. Hidangkan makanan pencuci mulut bersama-sama makanan atau minuman yang tidak mengandungi Gula Ekstrinsik seperti buah-buahab, sayur-sayuran, kekacang dan juga produk tenusu.
  14. Hanya minum air kosong, susu dan teh antara waktu makan
  15. Mengurangkan masa interaksi dengan gula Ekstrinsik didalam mulut. Contoh menghisap gula-gula.
  16. Elakkan amalan menidurkan bayi / kanak - kanak dengan botol susu di dalam mulut mereka.
  17. Bersihkan gigi dan gusi dengan kain kasa atau tuala mula selepas selesai penyusuan botol.
  18. Mengalakkan anak minum dari cawan secara beransur - ansur  dan cuba berusaha untuk menghentikan kanak-kanak daripada penyusuan botol.
  19. Jangan galakkan anak mengemam atau menyimpan makanan atau minuman manis dalam tempoh yang lama di dalam mulut
  20. Menggalakan memberus gigi setiap hari atau ajar anak berkumur terutamanya selepas makan atau selepas pengambilan makanan ringan.
  21. Melakukan rawatan pemeriksaan gigi secara berkala.
  22. Beri anak sumber pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dengan semua nutrien penting.
Ibu bapa mestilah memberi pendedahan awal terhadap bahayanya makanan manis  dan memberi contoh teladan yang baik terhadap anak mereka.Dengan pengambilan diet yang seimbang dan berkhasiat akan membina dan mengekalkan gigi yang kuat dan gusi yang sihat, disamping mengamalkan semua tips diatas kesihatan gigi anak-anak kita pasti akan terjamin, inshaallah.


Ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478


Selasa, 26 Mei 2015

7 Kesilapan Pasangan Sukar Hamil


Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengimpikan sebuah keluarga yang mempunyai kehadiran cahaya mata. Tapi tidak semua pasangan berkesempatan untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.

Tahukah anda banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan yang boleh menjejaskan pasangan anda untuk hamil.

7 Kesilapan sukar hamil yang selalu dipandang remeh bagi setiap pasangan adalah:-

1) Penggunaan Pelincir

Tahukah anda, penggunaan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Sebenarnya semua gel pelincir boleh merosakkan sperma. Cara terbaik untuk memperbaiki hubungan anda adalah dengan cuba pertingkatkan pelincir semula jadi anda. Lakukan lebih banyak 'foreplay' sebelum memulakan hubungan intim. Dengan kaedah begini lebih banyak pelincir semula jadi terhasil untuk membantu sperma terus hidup.

2) Simpan Sperma

Ada pasangan beranggapan dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini merupakan kesilapan yang paling besar!!! Memang benar, jika disimpan , sperma mungkin lebih banyak. Tetapi sebenarnya kebanyakan sperma sudah menjadi lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur. Oleh itu, jika anda ingin hamil, sperma yang segar memang diperlukan.

3) Pengambilan Vitamin C

Sebenarnya dengan pengambilan Vitamin C secara istiqamah, sangat bagus untuk meningkatkan kesuburan . Tahukah anda, dengan pengambilan Vitamin C ini ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tidak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan serviks pula. Seeloknya hanya boleh diambil tidak lebih 1,000mg kadungan vitamin C setiap hari.  

4) Tekanan

Tekanan merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kepada untuk sukar hamil. Sebagai contoh, bila ada yang bertanyadan mengatakan 'relakslah' ini sebenarnya akan menambahkan lagi tekanan pada pasangan. Selalu lakukan terapi untuk menghilangkan stress dan tekanan seperti ketawa daripada memaksa diri untuk bertenang.

5) Makanan

Selalunya wanita yang hamil tahu makanan apa yang patut dijauhi untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil ramai yang tidak ambil tahu tentang perkara ini. Contohnya jika anda ingin hamil, sila jauhkan dari memakan ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, namun jangan elak semua ikan yang ada kerana ada ikan yang kaya dengan sumber protein, vitamin D, dan asid lemak Omega yang bagus untuk membantu kehamilan.

6) Minuman Berkafien

Rasanya ramai dikalangan kita yang suka minuman yang berunsurkan kafien. Selain rasanya yang menyedapkan, ditambah dengan bau aroma yang menyelerakan, sudah pasti ramai dikalangan kita yang menyukainya. Ada kajian yang mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup untuk mengurangkan peuang untuk hamil bagi wanita sehingga 50% peratus dalam tempoh 12 bulan. Jadi jika anda penggemar kopi dan ingin untuk hamil, silalah ambil perhatian dan cuba untuk mengurangkan mengambil kafien setiap hari.

7) Ubat-Ubatan Yang Mesti Dijauhi Kaum Lelaki

Ada pelbagai ubat-ubatan yang secara tidak langsug boleh mempengaruhi proses kehamilan anda. Sebagai contoh jika suami anda ada mengambil ubat merawat ulser, masalah gastrik, ubat tekanan tinggi sebenarnya boeh mempengaruhi dan mempunyai kesan buruk  terhadap tahap pengeluaran sperma dan juga kesuburan mereka. Sebaliknya cuba amalkan sumber supplemen yang lebih baik seperti Zink Complex, Vitamin C dan Vitamin E yang sememangnya kaya dengan selenium yang boleh membantu mempertingkatkan tahap kesuburan dan keaktifan sperma pasangan anda.

Bagi pasangan yang belum lagi dikurniakan anak, cuba elakkan perkara diatas yang boleh menyukarkan peluang untuk hamil. Kita berusaha dan selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah SWT untuk menentukan segalanya. Banyakkan berdoa pada Allah moga diberi peluang untuk hamil.


Ikhlas dari hati, 
Rabiatul
(012-5584478)
vitaminsihatalami.blogspot.com




Sabtu, 16 Mei 2015

Inginkan Perut Yang Kempis Seperti Miranda Kerr? Tips Untuk Kurangkan Lemak Perut


Wow cantiknya tubuh badan model antarabangsa ni.. tiada langsung benjolan lemak di badannya jeles tengok!! Nak juga merasa badan macam si dia, tapi.... hrmm lemak oh lemak kenapalah banyak sangat kat badan ni?..

Pernah mengalami masalah seperti diatas? Terutamanya lemak di perut? Rasanya ramai yang mengalami masalah seperti ini terutama bagi kaum wanita yang sudah melahirkan anak.. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum kawin, masyaallah pinggang bak sepeti kerengga, perut pula langsung tidak kelihatan. Tetapi bila dah memasuki alam perkahwinan dilema lemak diperut menjadi igauan mimpi buruk bagi kaum wanita. Kaum lelaki juga tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama, tetapi mereka tidak seperti kita yang ingin nampak cantik seperti zaman remaja, Bagi kaum lelaki, boroi juga nampak hensem..hihi..

Bukan mudah untuk kita menutup benjolan-benjolan lemak di badan bila dah mengalaminya, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi personaliti dan penampilan kita. Secara tidak langsung level self confidence kita akan berkurangan.

Sebenarnya lemak yang terkumpul di perut dan mendap organ tubuh akan mendedahkan diri kita kepada masalah penyakit yang serius seperti diabetes dan penyakit jatung. 

Bagaimana lemak di perut boleh terjadi?

Lemak diperut disebut sebagai lemak viseral, ia berperanan sebagai mengocak hormon stress seperti kortisol dan komponen yang mencetuskan keradangan,cytokines yang akan menejaskan pengeluaran insulin tubuh. Kesannya kita akan terdedah kepada dua penyakit yang kronik seperti tadi.

Namun kita jangan berasa bimbang jika kita mengamalkan secara berterusan  tips untuk kurangkan lemak perut.


  • Melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berbasikal atau berenang
  •  Mengambil makanan yang lebih berunsurkan protein 
  • Pilih makanan yang mengandungi lemak polyunsaturated (lemak tak tepu)
  • Ambil satu atau dua sudu makan cuka
  • Amalkan yoga atau bersenam untuk menurunkan berat badan
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Elakkan bangun lewat pada hujung minggu
  • Minum 2-3 cawan teh hijau sehari.
  • Amalkan minum segelas air masak sebelum makan
  • Makan perlahan-lahan sehingga lumat
  • Jangan amalkan makanan segera dan minuman berkabonat
  • Banyakkan makanan buah - buahan sebagai hidangan snek
  • Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan
  • Jangan tinggal sarapan pagi
  • Sentiasa lakukan 'push up'

Contoh Senaman untuk mengurangkan lemak di perut



Mulai dari hari ini jom amalkan  tips untuk kurangkan lemak perut untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini. 

Selamat mencuba !!!



ikhlas dari
Rabiatul
(012-5584478)
vitaminsihatalami.blogspot.com

Risau HB Rendah ketika Hamil? Bagaimana untuk mengatasinya

Pernah mengalami anemia / HB atau tekanan darah rendah ketika hamil? Walaupun anda tidak hamil sekalipun tapi mengalami masalah yang sama seperti saya? Kalau diikutkan history kesihatan saya, saya ni memang mengalami masalah tekanan darah rendah walaupun tidak mengandung, dari zaman remaja lagi, tapi saya ni jenis yang aktif so saya dah tahu condition badan saya tidak berada dalam keadaan yang normal. 


Bagi sesetengah ibu yang mengandung mesti akan mengalami masalah HB rendah. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah yang sama ketika mengandungkan kali pertama dan kedua. Masa mengandung kali pertama dulu, keadaan HB saya tak der perubahan langsung dari kandungan seusia dua bulan hinggalah ke 9 bulan dan masa nak tunggu kelahiran pun bacaan HB saya hanya 9 g/L sahaja. Paling tinggi pun bacaan yang pernah saya terima 9.8g/L. Memang setiap bulan tahan telinga dengar radio lama berbunyi dari nurse klinik kesihatan. Apalagi kena cucuklah jawabnya, masa ni redha jerlah.. Nak buat macam mana saya dah berpantang dan ikut petua orang lama dari pelbagai aspek untuk elak dri HB rendah setiap bulan, tapi masih juga terjadi. Minuman berkafein memang saya tak sentuh langsung, Setiap pagi dan malam saya hanya minum susu, buah dan sayur memang makanan wajib setiap hari diambil, itu belum lagi makan supplimen yang diberi oleh doctor and farmasi.. (masa ni tak tahu lagi pasal Shaklee).

Bila HB kita rendah kita akan selalu pitam, ini memang selalu terjadi pada saya dulu, boleh dikatakan setiap bulanlah saya mengalaminya. Lebih-lebih lagi bila waktu panas terik memang akan selalu terjadi pitam.

Untuk kehamilan ketiga ni saya dah tak mengalami masalah HB rendah lagi, Alhamdulillah bacaan dah kembali normal dan jarang terkena serangan pitam. Sekarang usia kandungan saya dah mencecah 5bulan setengah. Mungkin berkat saya amalkan secara istiqamah set kesihatan optimum untuk kesihatan diri saya, sejak saya dah mula pegi kerja dengan motor. Sebenarnya untuk ketahanan badan saya yang setiap hari menyedut udara ‘segar’ dari asap kenderaan dan terkena hujan setiap hari sejak dah mula pergi kerja dengan husband 

Rupa-rupanya bila saya amati set kesihatan optimum ni sama dengan set awal kehamilan, memang 2 in 1 supplemen Shaklee ni. Beli satu set dapat dua kebaikan seperti yang saya rasai sekarang ni. Berbaloi dan value for money. 

Bukan tu je, rakan-rakan di ofis hairan dengan stamina badan saya walaupun mengandung tetapi sentiasa cergas dan aktif sepanjang masa. Alhamdulillah saya tidak mengalami keletihan walaupun kadang-kadang seharian bergerak. Ada juga yang tegur perubahan pada wajah saya yang makin cerah, diaorang ingat saya amalkan produk yang makin popular sekarang ni Qu Puteh, nak tergelak juga di buatnya sampai macam tu sekali andaian diaorang,hihi. Sebenarnya saya tak mengambil pun sebarang produk lain selain dari SHAKLEE je. Nak tahu rahsianya, inilah penangan ESP dan Vitamin C yang terlajak laris dipasaran sekarang ni. 

Hanya mengamalkan satu full set sahaja banyak kelebihan yang saya dapat untuk diri saya. Memang menguntungkan, all in one semuanya.


Info 

Di sini saya nak kongsikan sedikit info mengenai apa itu Anemia / HB atau tekanan darah rendah supaya kita boleh mengatasinya dikemudian hari.

Apakah bacaan HB normal bagi orang dewasa serta ibu mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah punca bacaan HB yg rendah?

· Kurang zat besi / folate / vitamin B12
· Pendarahan
· Kanser
· Penyakit buah pinggang/ hati
· Hypothyroidism
· Thalassemia

Apakah risiko ibu mengandung yg mempunyai bacaan HB yang rendah.

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Apakah simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

· Sentiasa letih
· Pening kepala atau pitam
· Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
· Warna kulit bertukar menjadi pucat
· Penurunan berat badan
· Kadar denyutan jantung yang cepat
· Lemah daya ingatan

Bagi para ibu yang hamil jangan sesekali tidak ambil kisah jika anda mengalami tekanan darah rendah. Ini kerana jika ibu hamil dan mengalami masalah hb atau tekanan darah rendah berkemungkinan boleh mengalami keguguran dan melahirkan bayi pra matang.

Bagi ibu yang mengalami simptom ini perlu pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi dan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta berkhasiat, selain memastikan minum air secukupnya. Ibu hamil juga harus duduk atau baring jika berasa lemah dan pitam bagi mengelak terjatuh dan mengalami kecederaan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengiring ke kanan semasa tidur bagi meningkatkan aliran darah ke jantung.


Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum ibu hamil yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478


FREE CONSULTATION
SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang




SET KEHAMILAN SHAKLEE :KEPERLUAN NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL


Anda tercari-cari supplemen untuk kehamilan anda? Supplemen Shaklee ada menyediakan rangkaian Set Kehamilan Shaklee yang membantu ibu-ibu yang hamil mendapat nutrisi yang lengkap dan mencukupi ketika di alam kehamilan. Apabila anda mengambil nutrisi yang lengkap disepanjang tempoh kehamilan, badan anda tidak akan berasa tidak bermaya dan lemah malah lebih ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda menitikberat tentang pengambilan sumplemen yang lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan harian anda ketika hamil.


Untuk Set Kehamilan Shaklee ini ia terdiri daripada trimester 1, 2 dan 3 :

- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Sustained Release Vitamin C
- Ostematrix
- Omega


Option : ESP + Pappermint Ginger Plus

Anda boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.

Selain itu boleh juga mengambil Peppermint Ginger Plus untuk para ibu yang mempunyai masalah loya dan angin ketika diawal kehamilan.



Set Kehamilan Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:


· lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil

· tahan berbulan-bulan

· boleh dimakan bersama ahli keluarga

· harga yang sangat berbaloi

· semulajadi (bukan sintetik)

· tidak memberi sebarang kesan sampingan

· bonus kesihatan dan kecantikan extra

· juga sesuai dijadikan set berpantang

· terbukti selamat dan berkesan


Khasiat yang terkandung didalam Set Kehamilan Shaklee


~ Multivitamin(Vita-lea) ~
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

~ Sustained Realese Vita-C ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

~ Omega -3(Omega Guiard) ~
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

~ Ostematrix ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Kandungan Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrik merupakan penyelesaian bagi mereka yang mengalami masalah sembelit ketika hamil. Ini kerana magnesium akan bertindak untuk melancarkan proses pembuangan.
~Energy Soy Protein~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. Merupakan sumber protein bagi keperluan badan kita.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


Ingin membuat pembelian??

boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


ATAU 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .

Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.

COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC,KL