Pernahkah kita melihat kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun mempunyai gigi yang kecoklatan atau hitam?Warna putih pada giginya pula seperti terhakis? Apakah faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami keadaan gigi tersebut?
Puncanya adalah disebabkan oleh KARIES GIGI atau PEREPUTAN GIGI. Fenomena ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak semenjak berusia seawal satu atau dua tahun lagi.
BAGAIMANA KARIES BERLAKU
Karies gigi berlaku apabila lapisan luar (yang dikenali sebagai enamel) gigi mula mereput. Gigi akan mula mereput apabila tahap pH oral (mulut) berada dibawah 5.5 (berasid). Fenomena berasid berpunca terutamanya disebabkan oleh asid organik yang di hasilkan oleh bakteria dalam mulut. Bakteria ini terjadi hasil daripada pengambilan Gula Ekstrinsik.
Gula Ekstrinsik - Gula yang tidak terdapat dalam struktur sel dan boleh berlaku secara semulajadi dalam makanan dan minuman.
Contoh makanan dan minuman yang mempunyai Gula Ekstrinsik
- Segala jenis manisan, gula dan coklat
- kek dan biskut
- Roti, pastri dan pai buah-buahan
- Puding span dan segala jenis puding
- Buah buahan kering
- Gula yang ditambah ke dalam minuman dan sewaktu peyediaan makanan
- Bijirin sarapan yang manis
- Jem, kaya, jeruk
- Ais krim
- Buah-buahan dalam tin
- Minuman ringa bergula
- Minuman berasaskan susu (susu kocak)
- Gula yang terdapat dalam minuman beralkohol
KESAN DARIPADA KARIES GIGI
Kesan yang paling ketara ialah kesan akut (serta merta) seperti kesakitan gigi dan kesan jangka masa panjang seperti mengalami kesukaran untuk makan dan kualiti hidup yang berkurang.
22 TIPS UNTUK KURANGKAN KARIES GIGI
- Hadkan pengambilan gula Ekstrinsik
- Hadkan pemberian susu botol hanya untuk pengambilan air dan susu
- Elakkan mencelup atau mencicah biskut atau roti kedalam gula, contohnya minuman yang manis atau madu
- Kurangkan pengambilan gula semasa penyediaan makanan ketika memasak
- Gantikan pencucu mulut yang manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah buahan.
- Menyediakan jus dalam bentuk yang kuran pekat, sudah dicampur dengan air tanpa gula dalam cawan (nisbah 50:50)
- Semak label makanan untuk kandungan gula
- Pilih makanan yang kurang gula atau makanan yang berlabel ' gula rendah/ bebas gula'. Kandungan gula tidak boleh melebihi daripada 5g setiap 100g makanan pejal atau 2.5g per cecair 100ml.
- Carila alternatif jika kandungan gula yang disenaraikan adalah tinggi atau jika kandungan gula disenaraikan pada senarai tiga terawal dalam senarai ramuan.
- Berhati-hati dengan sebarang vitamin atau makanan tambahan smaa ada dalam bentuk kunyahan ataupun cecair yang mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi. Baca label terlebih dahulu atau semak dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.
- Jarakkan masa pengambilan satu hingga dua jam antara satu makanan atau minuman manis dengan makanan seterusnya. Jarakan masa ini adalah perlu untuk membolehkan air liur menuetralkan semula keadaan berasid di dalam mulut dan membenarkan proses pengaktifan mineral berlaku.
- Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi Gula Ekstrinsik hanya pada waktu makan utama, sebaliknya ELAKKAN daripada mengambil pada waktu senggang seperti sewaktu menonton tv. Banyakkan minum air kosong antara waktu makan utama.
- Hidangkan makanan pencuci mulut bersama-sama makanan atau minuman yang tidak mengandungi Gula Ekstrinsik seperti buah-buahab, sayur-sayuran, kekacang dan juga produk tenusu.
- Hanya minum air kosong, susu dan teh antara waktu makan
- Mengurangkan masa interaksi dengan gula Ekstrinsik didalam mulut. Contoh menghisap gula-gula.
- Elakkan amalan menidurkan bayi / kanak - kanak dengan botol susu di dalam mulut mereka.
- Bersihkan gigi dan gusi dengan kain kasa atau tuala mula selepas selesai penyusuan botol.
- Mengalakkan anak minum dari cawan secara beransur - ansur dan cuba berusaha untuk menghentikan kanak-kanak daripada penyusuan botol.
- Jangan galakkan anak mengemam atau menyimpan makanan atau minuman manis dalam tempoh yang lama di dalam mulut
- Menggalakan memberus gigi setiap hari atau ajar anak berkumur terutamanya selepas makan atau selepas pengambilan makanan ringan.
- Melakukan rawatan pemeriksaan gigi secara berkala.
- Beri anak sumber pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dengan semua nutrien penting.
Ibu bapa mestilah memberi pendedahan awal terhadap bahayanya makanan manis dan memberi contoh teladan yang baik terhadap anak mereka.Dengan pengambilan diet yang seimbang dan berkhasiat akan membina dan mengekalkan gigi yang kuat dan gusi yang sihat, disamping mengamalkan semua tips diatas kesihatan gigi anak-anak kita pasti akan terjamin, inshaallah.
Ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
Tiada ulasan:
Catat Ulasan