Khamis, 16 Februari 2017

Tips Mengatasi Masalah Kewangan

Masuk je tahun baru, dah ada pengumuman kenaikan harga minyak pula. Bila harga minyak naik,apalagi segala barang keperluan harian naik jugalah harganya. Zaman sekarang ni gaji RM 6000.00 seorang pun dah tak mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan family kita.

 

Memang banyak beza zaman dulu dengan sekarang,jika kita pergi ke pasaraya dengan RM 100.00 boleh dapat penuh troli..ini zaman dululah,TETAPI zaman sekarang, nilai RM 100.00 ni dah macam RM 10.00 je, duit macam air tak nampak nilainye..

Jadi bermulanya tahun baru ni,Kak Tun sarankan pada anda semua jomlah kita merancang perbelanjaan kita sebaik-baiknya supaya kita tidak mengalami masalah ketidakcukupan duit ditengah bulan. 

Disini Kak Tun nak berkongsi beberapa tips mengatasi masalah kewangan yang mudah yang boleh kita praktikkan bersama-sama demi kebaikan kita juga.

Antara tipsnya:- 

🔖Buatkan satu buku perbelanjaansetiap tahun.Tuliskan semua senarai perbelanjaan kita setiap bulan. Kalau boleh berbincang dengan pasangan dengan merujuk pada buku perbelanjaan untuk kita ketahui senarai perbelanjaan yang perlu kita wajib diutamakan dahulu.

🔖Tuliskan dan rekodkan semua hutang yang ada.
Bila tulis nampaklah yang kita ni memang serious nak bayar hutang. Bila kita rekod segala aktiviti perbelanjaan kita,dati situ kita boleh tahu flow aliran keluar masuk duit kita setiap bulan.Jadinya tak derlah masalah ketidakcukupan duit dipertengahan bulan.

🔖 Elakkan membeli segala keperluan harian dengan menggunakan kad kredit. Sebaliknya biasakan diri dengan membayar dengan kaedah tunai.Dengan cara sebegini,kita tak der terlebih berbelanja.

🔖Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10%  - 20% duit gaji bulanan kita untuk keperluan kita dimasa akan datang. Kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi dimasa akan datang,jadinya simpanan yang ada ni dapatlah membantu masalah kita nanti.

🔖Kekalkan hubungan baik dengan ayah dan ibu .Jaga silaturrahim kekeluargaan kita inshaallah  akan mendatangkan rezeki yang tak disangka. 

🔖Masalah kewangan berpunca dari diri sendiri yg dibuat berbulan lepas atau setahun lepas..So,kawal dan rancang dari sekarang supaya sebulan lagi atau beberapa tahun lagi korang tidak dibelenggu dengan masalah hutang. Kalau tak korang akan pening kepala untuk menyelesaikan masalah hutang.

🔖Buat business yang tak perlukan modal besar.Ketahui kelebihan diri sendiri yg boleh dijadikan perniagaan. Zaman sekarang ni kena pandai cari dan rebut peluang di depan mata.. 
Carilah biz sambilan yang boleh dibuat dari rumah tanpa perlu memikirkan masalah urusan anak-anak.

Macam Kak Tun pun buat biz partime juga, hanya buat dirumah aje, modal pun tak besar cuma RM 79.00 aje.

Lagi satu, kalau kita betul-betul dah buntu, tertekan dan tak tahu bagaimana  nak selesaikan masalah kewangan kita,nasihat Kak Tun, kita kembalilah kepada sang pencipta. Cubalah mulakan solat diawal waktu, perbanyakkan sedekah,walaupun waktu tu kita memang menghadapi krisis kewangan,sedekah dengan nilai yang sedikit pun tak ape,kerana nilainya disisi Allah adalah besar.

Amalkan zikir ni sebanyak yang mungkin setiap hari tak kiralah dimana korang berada untuk bebas masalah kewangan :

 🔷 Ya Fattah , Ya Razzak " - 111 kali
🔷kalau  mampu , buat lah 1000 kali .

Inshaallah korang akan perolehi rezeki yang tidak disangkakan oleh Allah swt..

Shaklee Distributor & Shaklee Business Leader
📱RABIATUL 012-5584478


pengedar Shaklee Rawang 
pengedar Shaklee Jalan TARKLCC 
pengedar Shaklee Selayang

Tiada ulasan: