Selasa, 19 September 2017

Tips Dan Amalan Untuk Mengurangkan Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% rakyat Malaysia mengidap penyakit darah tinggi.



Mari kita amalkan 10 Tips Untuk mengurangkan Tekanan Darah Tinggi yang dialami.

1. Kurangkan berat badan
Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. 

2.  Bersenamlah dengan kerap
Cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.

3. Kurangkan pengambilan garam
Hadkan pengambilan garam hanya 2.3g sehari. Kurangkan juga pengambilan kicap,telur atau iksn masin. Ini kerana garam boleh meningkatkan tekanan darah.

4. Jangan merokok
Kesan nikotin merokok dapat tingkatkan tekanan darah tinggi sehingga 10mm Hg sehingga sejam. Jika anda kerap merokok sepanjang hari, bacaan tekanan darah anda juga boleh menjadi tinggi.

5. Kurangkan Stress
Stress boleh mengakibatkan kita terkena strok dan boleh mengakibatkam serangn jantung. Stress juga boleh memudaratkan tahap kesihatan kita dan boleh menyebabkan sistem imun badan kita jadi lemah.

6. Makan bawang putih
Bawang putih memang banyak kelebihan dan manfaar untuk menangani pelbagai jenis penyakit. Kandungan Allicin yang terkandung dalam bawang putih boleh menurunkan tekanan darah kita. Kajian mendapati setiap dos yang mengandungi 1.8miligram Allicin dapat menurunkan tekaman darah sebanyak 10% dalam tempoh 2minggu.

7.  Makan tembikai di pagi hari
Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas. Tahukah anda, dengan memakan tembikai ia dapat membantu menurunkam tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asud amino L-arginine, seterusnya menghasilkan,nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkam rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

8. Ambil minyak ikan
Kajian mendapati dengan pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar.Ia juga telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, disamping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan tahap kolestrol baik HDL.

9. Makan bunga raya
Bunga raya telah digunakan secara semulajadi untuk merawat tekanan darah. Kajian juga mendapati bunga raya berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah,  seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

10. Minum air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium.Kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuklah jantung. Terdapat kajian menyatakan dengan meminum air kelapa dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

11. Sirap bluberi
Buah bluberi kaya dengan quertin dan flavonoid yang boleh menjamin dan kesihatan jantung anda.

Selamat beramal dengan tips yang diberikan..

RABIATUL 
012-5584478

Tiada ulasan: