Suburkah pasangan anda?
Soalah pertama yang bermain di fikiran anda jika korang belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah berkahwin selama 2tahun?
Bab subur ni bukan hanya pada perempuan sahaja tau, malah kaum suami pun wajib melakukan pemeriksaan bersama.
Mari kita lihat tanda-tanda amaran yang menunjukkan korang suami isteri berkemungkinan tidak subur.
1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap
Haid yang tidak tetap atau tidak langsung datang adalah tanda jelas masalah dalam penghasilan telur. Ini bermakna seseorang wanita tersebut mengalami masalah ketidakseimbangan hormon
2. Hilang nafsu dan daya fungsi seksual
Jika seseorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitksn, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi atau ada benjolan di buah zakar besar kemungkinan mempunyai masalah kesuburan.
3. Datang haid yang banyak dan senggugut yang menyakitkan
Hampir 5-10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak, berkemungkinan mempunyai masalah fibroid rahim.
Manakala masalah senggugut yang menyakitkan pula mungkin petanda penyakit endometriosis yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan.
4. Gangguan Penglihatan
Sekiranya anda mengalami masalah haid yang tidak teratur diikuti dengan masalah gangguan penglihatan kemungkinan anda menghidap Prolaktinoma.
Prolaktinoma ini adalah sejenis tumor bukan kanser dibahagian kalenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan.
5. Rambut berlebihan
Jika anda mempunyai masalah rambut atau bulu yang berlebihan itu salah satu tanda anda mengidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). PCOS antara punca masalah ketidaksuburan.
6. Masalah berat badan yang berlebihan
Menurut Center for Disease Control hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti.
7. Masalah Tiroid
Masalah tiroid juga mampu menjejaskan ovulasi seseorang wanita. Menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, hasil kajian mendapati hampir 2.3% wanita tidak dapat hamil kerana menghidap hiperaktif tiroid.
8. Hubungan intim yang menyakitkan
Kesakitan ketika melakukan hubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, bila anda kekurangan hormon estrogen bermakna anda menghampiri kearah menopaus.
9. Kurang vitamin D
Secara umumnya vitamin D ni untuk kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan. Namun ada kajian yang dilakukan, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.
Sumber : Fox News
Rabiatul
0125584478
Founder Anggun Legacy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan