Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung"..
Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu?
Malu..
Stress..
Semangat down..
Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.
Antara punca penyebab ketidaksuburan seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM.
Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-
1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.
Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali
2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan.
Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.
3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.
Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan.
PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.
4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.
5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik.
Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.
6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.
7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.
8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan.
Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".
Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.
Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Rabiatul
Founder Anggun Legacy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan