Jumaat, 17 Ogos 2018

Anda Mengalami Sakit Kepala? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Rata-rata diantara kita semuanya pernah terkena serangan sakit kepalakan. Sakit kepala ni merupakan gangguan kesihatan yang paling biasa terjadi.

Sakit kepala ni mempunyai pelbagai jenis samaada yang berbentuk ringan ataupun jenis yang lebih serius. Bila dah diserang sakit kepala ni, sedikit sebanyak akan mengganggu akitiviti harian anda, bukan?

I

Jenis Sakit Kepala ni terdiri daripada beberapa katogeri,antaranya:

1.Tension Headache
Sakit kepala yang berpunca daripada kita mengalami stress, tension ini akan melibatkan saraf-saraf otak kepala akan menegang dan terasa sakit. Kadang kala ia akan menjejaskan penglihatan kita juga seperti jarak penglihatan anda menjadi kurang jelas.

2.Migrain Headache
Migrain boleh berlaku kerana pembuluh darah berada dalam keadaan yang tidak stabil,tidak terurus dan akan menjadi bengkak akibat disebabkan oleh faktor tekanan,pemakanan dan sebagainya.

3. Sinus Headache
Sakit kepala jenis Sinus ini sering terjadi disebabkan oleh radang,bengkak ataupun jangkitan yang belaku melibatkan organ lain. Sakit kepala jenis ini akan menyebabkan demam terjadi.


Punca Sakit Kepala

* Stress dan tekanan
* Perut kosong dan tidak makan
* Tiada tenaga dan kurang pengambilan gula
* Tidak cukup tidur atau insomnia sepanjang malam
*Tekanan darah tinggi dan juga risiko mengalami hypertension
* Makanan tidak lawas dan dihadam dengan sempurna
* Sering terdedah dengan radioaktif teknologi seperti gadjet, handphone, komputer,laptop dan sebahainya yang boleh menyebabkan sakit kepala berlaku
* Hormon tidak stabil dan kadang kala disebabkan oleh tanda-tanda awal datang period.
* Ketagih mengambil minuman berkafien atau bikarbonat  dan beralkohol
* Mempunyai alergi ataupun alahan
* Makanan tidak lawas dan dihadam dengan sempurna.
* Mempunyai sinus,selsema,demam panas dan sebagainya.
* Tanda-tanda awal hamil

Cara Atasi Sakit Kepala Dengan Cepat Dan Berkesan

1. Guna Limau Nipis
Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut picit bahagian kepala yang rasa sakit.

2. Urut Dengan Minyak Panas
Salah satu cara yang cepat berkesan adalah dengan mengambil minyak panas seperti minyak kapak dan dilumurkan dibahagian kepala,tengkuk dan dibelakang telinga. Kemudian diikuti dengan urutan ringan dikawaaan tersebut.

3. Jauhi MSG
MSG atau dikenali sebagai Monosodium Glutamat yang selalu digunakan dalam masakan untuk meningkatkan rasa. Sebenarnya dengan pengambilan MSG dengan kerap akan merangsang neuron dan sekaligus boleh menyebabkan terjadinya migrain dan sakit kepala.

4. Guna Pek Ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di atas kepala. Ini akan kita buat rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack,balutksm sahaja ais yang dibeli dipasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

5. Guna Epal dan Cuka Epal
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan sebagai alternatif merawat sakit kepala. Dikatakan bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala,manakala cuka epal dapat mengembalikam keseimbangan adid dan alkali dalam badan.
Caranya terasa sakit kepala,makan sepotong epal yang ditaburkan dengan garam,kemudian minum air masak.
Bagi cuka epal,letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam.Basahkan tuala dengai air campuran tadi dan letakkam di atas kepala yang terasa sakit.

6. Rendam Kaki Dalam Bekas Air Panas
Satu lagi cara adalah dengan merendamkan kaki anda ke dalam bekas yang berisi air panas. Dengan cara ini ia menarik pengaliran darah ke bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala.

7. Minum Air Elektrolit
Ada yang mengatakan dengan meminum air elektrolik seperti 100 plus revive dan sebagainya dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan dan merupakan salah satu cara untuk menghilangkan sakit kepala. Elak jadikan air tersebut sebagai minuman harian kerana ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi, cukup sekadar minum ketika mengalami sakit kepala.

8. Letakkan Kain Basah Di dahi
Letakkan kain basah yang sejuk di atas dahi sambil baring. Dengan cara ini ia akan mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya tidak terlalu rasa tertekan.

9. Rehatkan Diri
Apabila sakit kepala menyerang, cubalah untuk rehatkan badan daripada melakukan aktiviti. Cuba cari tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi bising.

10. Rawatan Akupuntur
Bagi mereka yang kerap mengalami masalah sakit kepala yang kerap dan berulang-ulang, anda boleh dapatkan rawatan alternatif seperti rawatan akupuntur.

11. Minum Air Dengan Secukupnya
Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2liter setiap hari. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi,anda dapat menghindari daripada dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala.

Cara alternatif lain untuk mengurangkan sakit kepala adalah dengan pengambilan suplemen B Complex dan Ostematrix.  Jom layari video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.



Jika masalah sakit kepala masih lagi berlarutan,  segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui lebih details lagi masalah sakit kepala anda.

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA





Khamis, 16 Ogos 2018

YOUTH Skincare Alami Perbezaannya

Korang pakai skincare jenama apa ye? Sesuai tak dengan kulit muka anda?

Skincare anda dari bahan semulajadi tak? Bahaya tau kalau memilih skincare yang bukan daripada bahan semulajadi, kerana apa yang diapply dimuka atau badan kita senang diserap kedalam tubuh sekaligus terus ke aliran darah.

 Ini akan mengakibatkan kerosan pada sel anda dimasa akan datang. Bila sel dah banyak yang rosak, anda senang untuk dijangkiti penyakit kronik!! Takutkan!

Sempena bulan Ogos ni, ada promosi produk skincare YOUTH ni. 

Kenapa perlu pilih YOUTH?
Set Youth merupakan Premium Skincare yang terbukti keberkesanannya melalui kajian sains( #provenbyscience).

Iany terdiri daripada 2set iaitu:

SET 1
Youth Renew And MaintainSet
Mengandungi Item Berikut;
1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Activating Serum
4. Age Defense Moisturizer - SPF 50
5. Advanced Renewal Night Cream - Light / Rich

SET 2
Youth IntensiveTreatment &Repair
Mengandungi Item Berikut;
1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Activating Serum
4. Age Defense Moisturizer - SPF 50
5. Advanced Renewal Night Cream - Light / Rich
6. Radiance  C E

Siapa Yang Sesuai menggunakannya
1. Yang ada masalah jerawat, whitehead, blackhead, wrinkles and fine lines.
2. Yang nak bagi muka tegang. Muda dari usia sebenar.
3. Yang ada masalah liang pori muka besar.
4. Jenis muka terlalu kering atau terlebih minyak.
5. Yang nak cerahkan kulit muka.
6. Yang nak pudarkan parut.

Kelebihan Set Ini jika dibeli pada bulan Ogos ini?
1. Automatik dapat harga untuk ahli
2. Keahlian percuma (worth Rm65)
3. Free Postage (worth Rm10)
4. Cash Bonus RM48
5. Free Facial Cleanse & Firm Device (Promosi August 2018)
6. Cara penggunaan/pakai diajar
Nak tahu tak hasilnya selepas,menggunakan Skincare YOUTH ni?
Saya belanja testimoni yang dah menggunakan YOUTH ni lebih daripada 2bulan.

Jom lihat video penggunaan facial Cleance &  Firm Device yang super best ni!


TESTIMONI PENGGUNA YOUTH

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan Youth skincare bulan ini.

Pembelian boleh dilakukan melalui cash ataupun penggunasn card credit.


Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA

Selasa, 7 Ogos 2018

Punca Dan Gejala Sakit Mata

Tahun ni banyak pula virus berjangkit yang menyerang kanak-kanak. Terbaru dapat perkabaran dari taska, virus sakit mata telah menular. Dari budak sekolah rendah, hinggakan ke ustazah dan bayi pun terkena virus yang sama.

Bulan lepas, Si Hannah pun dah terkena tempias terkena jangkitan sakit mata, kesudahannya ibu kenalah ambil cuti seminggu. Virus ni tak berakhir di sini saja tau, si kakak dah reda, adik pula terkena jangkitan, alahai, fengsan ibu nak oi!!

Selang beberapa hari en hubby pula terkena jangkitan yang sama. Jadinya si Husna dikuarantinkan di rumah dengan ayah.

Baru-baru ni ibu dan abang pula dah ada tanda-tanda terkena jangkitan sakit mata juga. Tapi nasib baik keadaan kami berdua tak berapa serius, virus ni main-main dengan kami, kejap ada, kejap tak der.  Mata ibu masih lagi bengkak tapi tak berapa merah..

ok saya akan terangkan masalah sakit mata dan puncanya dan cara merawat supaya anda boleh take action as soon as possible supaya virus ini tak berjangkit pada yang lain.


PENYEBAB
SAKIT MATA
Terdapat beberapa penyebab kepada masalah sakit mata ni tau, antaranya:

1. Sakit mata disebabkan oleh jangkitan virus ataupum bakteria yang dipanggil "konjunktivitis". Ini boleh berlaku pada semua orang tidak kira muda ataupun tua. Jangkitan ini akan mengakibatkan berlaku kegatalan serta kemerahan yang apabila berlaruyan mendatangkan sakit mata.

2. Disamping itu,sakit mata juga boleh terjadi akibat daripada masalah glaukoma. Masalah ini terjadi kerana berlakunya peningkatan pada tekanan mata. Ini akan menyebabkan rasa ketidakselesaan pada mata dan boleh berlakunya sakit mata.

3. Sakit mata juga boleh terjadi dengan penggunaa kanta sentuh. Kanta sentuh sememangnya sensitif dan harus digunakan secara yang baik. Ini kerana, jika berlakunya sebarang jangkitan pada kornea akan mengakibatkan sakit mata.

GEJALA SAKIT MATA
1. Mata Kemerahan
2. Air Mata Berlinangan
3. Gatal
4. Pedih
5. Sakit
6. Kabur Penglihatan / Langsung Tak Dapat Melihat
7. Sakit Kepala
8. Demam
9. Terasa Seperti Ada Sesuatu Dalam Mata
10. Mata Menjadi Kering Dengan Lebih Cepat

Sakit Mata Konjunktivitis ni ada beberapa jenis juga antaranya:

1. KONJUNKTIVITIS BAKTERIA
Ini merupakan jangkitan pada bahagian konjunktiva mata oleh bakteria yang menyebabkan berlakunya sakit mata. Oleh itu, mata juga akan berasa gatal serta kelihatan merah sahaja.

2. KONJUNKTIVITIS VIRUS
Ini merupakan sejenis jangkitan virus pada bahagian konjunktiva mata. Masalah ini juga apabila berlarutan akan mendatangkan masalah sakit mata.

3. KONJUNKTIVITIS ALERGI
Merupakan sejenis masalah yang berpunca daripada alahan. Sebagai contoh, individu tersebut mempunyai alahan habuk,jadi jika habuk memasuki mata ianya boleh mengakibatkan tindak balas negatif dalam mata yang boleh membawa kepada masalah sakit mata.

Jadinya jika mata anda sudah kelihatan merah dan  terdapat tanda-tanda seperti ini:
1. Mata pedih sehingga sukar membuka mata
2. Mata mengalami photophbia berasa terlalu silau
3. Mata menjadi rabun
4. Mata menjadi bengkak dan bertahi

 Maka bersegeralah berjumpa dengan doktor kerana ini menandakan anda sudah terkena jangkitan virus SAKIT MATA!!

Jom hayati video ini bagaimana untuk menghindari penyakit sakit mata yang berlarutan.



Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA





Isnin, 6 Ogos 2018

Tips Merawat Sakit Mata Supaya Cepat Baik Dan Sembuh

Sebenarnya tidak semua sakit mata ni memerlukan rawatan doktor. Sakit mata yang disebabkan oleh bakteria dan virus sahaja memerlukan susulan rawatan yang rapi dari doktor kerana ianya boleh mengakibatkan penularan virus ke individu yang lain.

Di sini saya kongsikan tips-tips rawatan sakit mata supaya cepat baik

1. TUAM DENGAN TUALA SEJUK
Tips rawatan ini sesuai diamalkan bagi mata yang mengalami alahan.
Caranya gunakan tuala yang bersih yang telah dibalut dengan beberaoa ketulan ais dan tuamkan pada mata yang bengkak. Ia akan membantu mengecutkan salur darah yang mengembang lalu melegakan simptom bengkak, sakit dam gatal pada mata.



2. JARAKKAN SKRIN DARIPADA MATA
Jarakkan penglihatan mata anda memandang ke arah skrin pada jarak yang dekat kerana ia boleh menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat.


3. KURANGKAN MASA PANDANG TV, KOMPUTER DAN TELEFON
Bila terlalu lama memandang skrin boleh menyebabkan mata mudah sakit,menjadi merah dan gatal-gatal. Kalau boleh hanya ambil masa 20minit sahaja untuk memandang ke arah skrin dan diselang seli dengan melakukan aktiviti lain.


4. ELAK MEROKOK
Asap rokok dan merokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan bakteria seperti katarak, sindrom mata kering dan diabetic retinopathy.


5.DAPATKAN TIDUR SECUKUPNYA
Jika tubuh badan tidak mendapat rehat yang cukup,mata akan mengalami kesan jika badan letih akibat kurang tidur.
Ini kerana jika tubuh badan dapat rehat yang cukup,sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang boleh membawa kemudaratan pada diri.


6. KENAL PASTI FAKTOR ALAHAN YANG MENYEBABKAN MASALAH MATA MERAH
Alahan boleh menyebabkan masalah kegatalan pada mata yang boleh menyebabkan mata menjadi bengkak dan merah.


7. TUAM DENGAN TUALA SUAM
Jika mata merah disebabkan oleh situasi mata penat akibat terlalu banyak membaca, menggunakan komputer atau fokus pada sesuatu alatan.
Caranya gunakan tuala yang telah dipanaskan sehingga suam untuk dituamkan pada kelopak mata selama 10-20minit.



8. TITIK MATA DENGAN "ARTIFICAL EYE DROP"
Bila terkena sakit mata,penggunaan eye drop memang sesuai untuk merawat mata yang kering,sekaligus boleh melegakan simptom sampingan yang lain.



9. BANYAKKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI:
a) Lemak asid Omega3 seperti salmon,kacang dan flaxseed
b) Vitamin C, E dan Zink seperti brokoli,kubis bunga, strawberi, oren, tomato, saderi, dan bayam.
c)Lutien dan zeaxanthin seperti kacang hijau,cili benggala oren, jagung, oren, dan mangga
d) Vitamin B2, dan B6 seperti telur,bijirin,produk tenusu,tuna dan biji bunga matahari.
d) Minum air antara 8 hingga 10 gelas setiap hari.




Bagi saya, masa anak-anak terkena jangkitan sakit mata, saya dah boostkan sistem imun saya dengan beberapa suplemen yang boleh meningkatkan sistem imuniti badan saya semasa anak-anak dikuarantinkan di rumah, jadinya,kebarangkalian untuk berjangkit tu amatlah rendah.

Antara vitamin yang wajib saya ambil setiap hari seperti :
Garlic Complex (sebagai antibiotik semulajadi)
Vitamin C (untuk tingkatkan sistem imunisasi badan dan bantu melawan virus)
Carotomax (untuk rawatan mata secara menyeluruh)
Nutriferon ( berupaya mengaktifkan interferon supaya peka pada sebarang serangan bakteria dan secara tidak langsung meningkatkan imuniti tubuh)
B Complex (untuk kesihatan mata yang sihat).

Dah hasilnya setelah hampir sebulan, dari seorang anak ke seorang anak yang terkena jangkitan, terjangkit pula pada sang suami,akhirnya saya terkena juga, tapi yang seronoknya bukanlah berminggu tapi hanya 4hari sahaja jangkitan sakit mata. Alhamdulillah berkat saya mengamalkan vitamin tersebut setiap hari secara konsisten.

http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2018/08/punca-dan-gejala-sakit-mata.html?m=1

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA.

Khamis, 2 Ogos 2018

Kebaikan ESP Untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Entry kali ni saya nak berkongsi kelebihan mengamalkan ESP ketika mengandung anak kedua dan ketiga.

Memang banyak sangat perbezaan keadaan saya mengamalkan ESP ketika hamil. Masa anak pertama saya belum lagi mengenali ESP, jadi ketika mengandungkan si abang, memang kerap letih, lemah, lesu dan cepat pitam. Bayangkan saya hampir pitam disaat genting ketika nak melahirkan si abang, sebab saya dah kehilangan banyak tenaga kerana contraction selama 17 jam.


Tahu tak korang, dalam ESP ni mengandungi Acid amino yang membentuk protein penting untuk pembentukan tisu ibu dan baby sendiri. Lagi lagi semasa 2nd dan 3rd trimester.

Memang banyak kebaikan ESP ni untuk keperluan ibu dan anak.


Kebaikan ESP Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Umum diketahui yang protein ini adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan semasa hamil. Tapi ESP dapat beri lebih lagi. Antara kebaikannya:

1- Kekal Bertenaga Walaupun Alahan

ESP ni mempunyai indek glisemik yang rendah. Di mana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan rasa bertenaga untuk jangka masa yang panjang.


2- Kurang Rasa Nak Muntah

Tengah alahan makan apa pun tak lalu. Seeloknya ambil makanan yang lambat hadam macam ESP.

Dengan itu kuranglah angin masuk dalam perut. Tak makan nasi, tapi tetap rasa perut terisi. Taklah teruk muntah-muntah.

3- Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Terima kasih kepada indek glisemik rendah dalam ESP. Sifatnya yang lambat dicerna menyebabkan ibu akan rasa kenyang lebih lama.

Baik untuk ibu yang sukar nak makan semasa awal kehamilan. Selain itu juga baik untuk ibu yang terlebih selera makan semasa kehamilan. Risiko obesiti dapat dibendung.

4- Berat Naik Dengan Sihat

ESP tak mengandungi kalori yang tinggi. Sebab ianya lansung takde gula tambahan. Sangat elok diminum ketika hamil supaya berat tak naik mendadak.

Dan senang nak turun berat semasa dalam pantang nanti.

5- Urusan Harian Lancar

Biasanya bila alahan akan banyak kerja tertangguh. Baik kerja di pejabat mahupun di rumah. Pengambilan susu soya untuk ibu hamil ESP ini menyebabkan ibu kuat untuk melawan alahan.

Urusan harian dapat dilakukan dengan baik.

6- Kurangkan Risiko Keguguran

ESP berperanan untuk menguatkan otot rahim bagi mengelakkan terjadinya keguguran. Sebab tulah ESP ni digalakkan minum diawal trimester semasa proses kehamilan.

Bagi ibu yang kerap mengalami keguguran, kekurangan protein adalah salah satu sebab utama. ESP dapat membekalkan protein yang cukup bagi mengelak masalah ini.

7- Bayi Membesar Dengan Baik

Protein secukupnya diperlukan oleh ibu bagi memastikan bayi membesar dengan baik di dalam perut. Ia mengandungi zat dan nutrisi yang sangat membantu perkembangan otot dan otak bayi.


8- Selain itu, ESP membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan cantik. Bayi yang bakal lahir Insyaallah sihat sempurna dan comel.

9- ESP juga penting untuk keperluan air ketuban. Kekurangan air ketuban boleh menyebabkan baby mengalami kecacatan atau meninggal sebelum waktunya.

Sebab tulah ESP ni turut berada dalam Set Kehamilan Shaklee. Saya cadangkan anda cubalah Set Kehamilan Shaklee ni dari awal trimester sehinggalah nak bersalin, memang best! Anda akan kekal bertenaga walaupun anda tengah bertarung untuk melahirkan baby anda. Saya dah merasai kebaikannya, jadi anda perlu mencuba! :-)


Antara Testimoni ibu hamil yang mengamalkan ESP.



Pengedar Sah Shaklee

RABIATUL

0125584478

COD

Bandar Country Homes, Rawang

Sekitar KLCC dan Jalan TAR.


Jumaat, 27 Julai 2018

Mengapa Vivix Sangat Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

Kita sedia maklum pesakit buah pinggang tak boleh minum air kosong lebih dari 500ml sehari.

Jadi, kalau nak makan supplemen pun mesti ambil supplemen yang tak perlu consume air banyak namun tetap efektif!

Jadi, vivix adalah pilihan yang tepat untuk pesakit buah pinggang, kerana Vivix tak perlu consume air kosong banyak bila kita mengamalkannya.

Ramai juga sedia maklum pesakit buah pinggang perlu buat dialisis 3-4 kali seminggu. Proses dialisis ini mengambil setengah hari dan paling lama sehari.

Kebiasaannya lepas buat dialisis, badan akan rasa lemah dan tak bermaya.

Jadi, jika anda menghadapi masalah kegagalan fungsi buahpinggang, ambillah Vivix sebagai sokongan untuk tubuh badan agar tidak lesu dan penat.



BAGAIMANA VIVIX DAPAT MEMBANTU?

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu:

📍Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang

📍Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal

📍Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang

📍Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit

📍Mengurangkan proses lipid peroksida

📍Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

Selagi boleh ikhtiar, kita ikhtiar dengan VIVIX untuk pesakit yang mengalami masalah buah pinggang ni..

TTestimoni pengguna yang berikhtiar dengan mengamalkan vivix untuk masalah buah pinggang.



Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478

COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG

SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC

PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA

Gejala Vertigo Tiada Lagi Dengan Vivix Shaklee


GEJALA VERTIGO TIADA LAGI DENGAN VIVIX SHAKLEE

" pernah tak rasa badan berputar2 atau melayang?" 
haa..salah satu penyebab Vertigo

Apa itu Vertigo?

📌Vertigo ni merupakan satu keaadan di mana seseorang merasa dirinya atau ruangan di sekelilingnya berpusing. Perasaan ini disebabkan oleh virus, penurunan aliran darah ke otak, trauma kepala, migrain, maslah saraf tunjang, maslah berkaitan dengan ENT, ubat-ubatan dan sebagainya.

📌Vertigo ni antara puncanya adalah bila anda melakukan perubahan posisi secara mendadak.

📌Vertigo ni sebenarnya bukan sejenis penyakit, tapi ianya merupakan satu gejala penyakit yang berpunca dari pelbagai aspek. Vertigo ini boleh berlaku beberapa saat, beberapa jam, beberapa hari malah juga berbulan.

📌Pada kebiasaannya masalah vertigo disebabkan oleh masalah dalaman pada bahagian telinga atau sistem vestibular. Antara masalah yang sering berlaku ialah pemendapan dan pembentukkan kalsium dalam salur telinga, penyakit Meniere dan jangkitan virus pada sistem vestibular. Masalah jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan dan akan mengganggu saraf yang bertanggungjawab pada keseimbangan badan.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Oleh Vertigo 
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
✔Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
✔Gerakan mata yang tidak normal. Ini merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
✔Tubuh rasa berdebar-debar. 
✔Telinga terasa berdengung. 
✔Pandangan kabur. 
✔Rasa mual tekak dan hendak muntah.
✔Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat. 
✔Nadi berdenyut dengan cepat. 
✔Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan. 
✔Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran. .
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

Kenapa Kak Tun suggest Vivix untuk mereka yg ada masalah Vertigo?

👉 Vivix merupakan antioksidan terbaik yang membantu dalam pemulihan fungsi sel, melambatkan penghasilan AGE protein yang menyebabkan penuaan dan membantu meningkatkan penghasilan mitokondria dalam badan yang meningkatkan penghasilan tenaga diperingkat sel

Jadi, Vivix bertindak dengan memperbaiki sel-sel yang telah rosak dan meningkatkan prestasi sel kepada yang lebih baik.

Kita cuba dan berikhtiar, inshaallah akan di beri kesembuhan.Menjaga dan memulihara kesihatan itu adalah di tuntut.

Jika anda atau orang yang anda kenal ada alami sakit #vertigo  ni. Boleh cuba VIVIX  shaklee.

Ikhtiar dan moga Allah beri kesembuhan. . 

SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER
Rabiatul
012-5584478
COD : Rawang, Kuala Lumpur (Jalan TAR/KLCC), Selayang