Jumaat, 17 Ogos 2018

Anda Mengalami Sakit Kepala? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Rata-rata diantara kita semuanya pernah terkena serangan sakit kepalakan. Sakit kepala ni merupakan gangguan kesihatan yang paling biasa terjadi.

Sakit kepala ni mempunyai pelbagai jenis samaada yang berbentuk ringan ataupun jenis yang lebih serius. Bila dah diserang sakit kepala ni, sedikit sebanyak akan mengganggu akitiviti harian anda, bukan?

I

Jenis Sakit Kepala ni terdiri daripada beberapa katogeri,antaranya:

1.Tension Headache
Sakit kepala yang berpunca daripada kita mengalami stress, tension ini akan melibatkan saraf-saraf otak kepala akan menegang dan terasa sakit. Kadang kala ia akan menjejaskan penglihatan kita juga seperti jarak penglihatan anda menjadi kurang jelas.

2.Migrain Headache
Migrain boleh berlaku kerana pembuluh darah berada dalam keadaan yang tidak stabil,tidak terurus dan akan menjadi bengkak akibat disebabkan oleh faktor tekanan,pemakanan dan sebagainya.

3. Sinus Headache
Sakit kepala jenis Sinus ini sering terjadi disebabkan oleh radang,bengkak ataupun jangkitan yang belaku melibatkan organ lain. Sakit kepala jenis ini akan menyebabkan demam terjadi.


Punca Sakit Kepala

* Stress dan tekanan
* Perut kosong dan tidak makan
* Tiada tenaga dan kurang pengambilan gula
* Tidak cukup tidur atau insomnia sepanjang malam
*Tekanan darah tinggi dan juga risiko mengalami hypertension
* Makanan tidak lawas dan dihadam dengan sempurna
* Sering terdedah dengan radioaktif teknologi seperti gadjet, handphone, komputer,laptop dan sebahainya yang boleh menyebabkan sakit kepala berlaku
* Hormon tidak stabil dan kadang kala disebabkan oleh tanda-tanda awal datang period.
* Ketagih mengambil minuman berkafien atau bikarbonat  dan beralkohol
* Mempunyai alergi ataupun alahan
* Makanan tidak lawas dan dihadam dengan sempurna.
* Mempunyai sinus,selsema,demam panas dan sebagainya.
* Tanda-tanda awal hamil

Cara Atasi Sakit Kepala Dengan Cepat Dan Berkesan

1. Guna Limau Nipis
Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut picit bahagian kepala yang rasa sakit.

2. Urut Dengan Minyak Panas
Salah satu cara yang cepat berkesan adalah dengan mengambil minyak panas seperti minyak kapak dan dilumurkan dibahagian kepala,tengkuk dan dibelakang telinga. Kemudian diikuti dengan urutan ringan dikawaaan tersebut.

3. Jauhi MSG
MSG atau dikenali sebagai Monosodium Glutamat yang selalu digunakan dalam masakan untuk meningkatkan rasa. Sebenarnya dengan pengambilan MSG dengan kerap akan merangsang neuron dan sekaligus boleh menyebabkan terjadinya migrain dan sakit kepala.

4. Guna Pek Ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di atas kepala. Ini akan kita buat rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack,balutksm sahaja ais yang dibeli dipasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

5. Guna Epal dan Cuka Epal
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan sebagai alternatif merawat sakit kepala. Dikatakan bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala,manakala cuka epal dapat mengembalikam keseimbangan adid dan alkali dalam badan.
Caranya terasa sakit kepala,makan sepotong epal yang ditaburkan dengan garam,kemudian minum air masak.
Bagi cuka epal,letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam.Basahkan tuala dengai air campuran tadi dan letakkam di atas kepala yang terasa sakit.

6. Rendam Kaki Dalam Bekas Air Panas
Satu lagi cara adalah dengan merendamkan kaki anda ke dalam bekas yang berisi air panas. Dengan cara ini ia menarik pengaliran darah ke bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala.

7. Minum Air Elektrolit
Ada yang mengatakan dengan meminum air elektrolik seperti 100 plus revive dan sebagainya dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan dan merupakan salah satu cara untuk menghilangkan sakit kepala. Elak jadikan air tersebut sebagai minuman harian kerana ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi, cukup sekadar minum ketika mengalami sakit kepala.

8. Letakkan Kain Basah Di dahi
Letakkan kain basah yang sejuk di atas dahi sambil baring. Dengan cara ini ia akan mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya tidak terlalu rasa tertekan.

9. Rehatkan Diri
Apabila sakit kepala menyerang, cubalah untuk rehatkan badan daripada melakukan aktiviti. Cuba cari tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi bising.

10. Rawatan Akupuntur
Bagi mereka yang kerap mengalami masalah sakit kepala yang kerap dan berulang-ulang, anda boleh dapatkan rawatan alternatif seperti rawatan akupuntur.

11. Minum Air Dengan Secukupnya
Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2liter setiap hari. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi,anda dapat menghindari daripada dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala.

Cara alternatif lain untuk mengurangkan sakit kepala adalah dengan pengambilan suplemen B Complex dan Ostematrix.  Jom layari video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.



Jika masalah sakit kepala masih lagi berlarutan,  segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui lebih details lagi masalah sakit kepala anda.

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA





Tiada ulasan: