Bulan lepas, Si Hannah pun dah terkena tempias terkena jangkitan sakit mata, kesudahannya ibu kenalah ambil cuti seminggu. Virus ni tak berakhir di sini saja tau, si kakak dah reda, adik pula terkena jangkitan, alahai, fengsan ibu nak oi!!
Selang beberapa hari en hubby pula terkena jangkitan yang sama. Jadinya si Husna dikuarantinkan di rumah dengan ayah.
Baru-baru ni ibu dan abang pula dah ada tanda-tanda terkena jangkitan sakit mata juga. Tapi nasib baik keadaan kami berdua tak berapa serius, virus ni main-main dengan kami, kejap ada, kejap tak der. Mata ibu masih lagi bengkak tapi tak berapa merah..
ok saya akan terangkan masalah sakit mata dan puncanya dan cara merawat supaya anda boleh take action as soon as possible supaya virus ini tak berjangkit pada yang lain.
PENYEBAB SAKIT MATA
Terdapat beberapa penyebab kepada masalah sakit mata ni tau, antaranya:
1. Sakit mata disebabkan oleh jangkitan virus ataupum bakteria yang dipanggil "konjunktivitis". Ini boleh berlaku pada semua orang tidak kira muda ataupun tua. Jangkitan ini akan mengakibatkan berlaku kegatalan serta kemerahan yang apabila berlaruyan mendatangkan sakit mata.
2. Disamping itu,sakit mata juga boleh terjadi akibat daripada masalah glaukoma. Masalah ini terjadi kerana berlakunya peningkatan pada tekanan mata. Ini akan menyebabkan rasa ketidakselesaan pada mata dan boleh berlakunya sakit mata.
3. Sakit mata juga boleh terjadi dengan penggunaa kanta sentuh. Kanta sentuh sememangnya sensitif dan harus digunakan secara yang baik. Ini kerana, jika berlakunya sebarang jangkitan pada kornea akan mengakibatkan sakit mata.
GEJALA SAKIT MATA
1. Mata Kemerahan
2. Air Mata Berlinangan
3. Gatal
4. Pedih
5. Sakit
6. Kabur Penglihatan / Langsung Tak Dapat Melihat
7. Sakit Kepala
8. Demam
9. Terasa Seperti Ada Sesuatu Dalam Mata
10. Mata Menjadi Kering Dengan Lebih Cepat
1. KONJUNKTIVITIS BAKTERIA
Ini merupakan jangkitan pada bahagian konjunktiva mata oleh bakteria yang menyebabkan berlakunya sakit mata. Oleh itu, mata juga akan berasa gatal serta kelihatan merah sahaja.
2. KONJUNKTIVITIS VIRUS
Ini merupakan sejenis jangkitan virus pada bahagian konjunktiva mata. Masalah ini juga apabila berlarutan akan mendatangkan masalah sakit mata.
3. KONJUNKTIVITIS ALERGI
Merupakan sejenis masalah yang berpunca daripada alahan. Sebagai contoh, individu tersebut mempunyai alahan habuk,jadi jika habuk memasuki mata ianya boleh mengakibatkan tindak balas negatif dalam mata yang boleh membawa kepada masalah sakit mata.
Jadinya jika mata anda sudah kelihatan merah dan terdapat tanda-tanda seperti ini:
1. Mata pedih sehingga sukar membuka mata
2. Mata mengalami photophbia berasa terlalu silau
3. Mata menjadi rabun
4. Mata menjadi bengkak dan bertahi
Maka bersegeralah berjumpa dengan doktor kerana ini menandakan anda sudah terkena jangkitan virus SAKIT MATA!!
Jom hayati video ini bagaimana untuk menghindari penyakit sakit mata yang berlarutan.
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan