Selasa, 23 September 2014

Hari ke 3:Tempat Makan Best Aroma Ikan Bakar

Lama dah dengar pasal Aroma Ikan bakar, Jeram, Selangor..Akhirnya sampai juga disini. Alhamdulillah,memandangkan ada famili yang nak membuat berhajat..semua terus jadi dan bergerak dengan famili..semua berkumpul kat  kawasan rawat dan rehat di kundang menggunakan lebuhraya Latar..keluar tol Ijok je semua terus arah menggunakan waze..habis ceruk kampung kami lalu sebab kalau ikut waze dia akan gunakan jalan pintas..

Dalam hampir sejam drive sampai ke destinasi yang dituju.. Kami sampai disana hampir pukul 6 petang, orang memang dah ramai..ape lagi kami round semua tempat duduk yang sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik .kat sini meja terdapat 3 kategori samada yang percuma atau dikenakan bayaran kalau duduk di dalam bamboo..perut pun dah lapar dek kerana perjalanan yang lama..next kami pergi tengok jenis seafood yang ada..memang terbaik dan banyak pilihan makanan laut..

Dah habis memilih, kami semua sambung berselfi..sedar2 makan dah sampai..cepat juga servisnya..
Selesai posing semua dah bersedia memulakan acara makan-makan seafood..Antara lauk yang ditempah adalah sup ayam untuk anak-anak, pari bakar, siakap masak stim, kerapu dan jenahak masak masam manis, pepahat masak pedas dan kerabu mangga..banyak juga..Bolehkah habis semua??

Rasa memang boleh tahan..habis makan semua bersandar di pondok bamboo..memang terbaik dan kalau ada rezeki boleh datang lagi..Jangan lupa cuba..


Sampai dah..tersergam papan tanda kedai..
 Papan tanda pun menarik..Jangan salah kedai..
 
Kalau nak pemandangan yang cantik dan romantik kena duduk di kawasan bamboo tetapi kena modal caj ye..Harga seperti di gambar.


Dua jejaka comel sedang berposing di bawah sinaran matahari
Selfie dulu di tepi pantai
 

Banyak pilihan seafood seperti ikan kembung, siakap, jenahak, terubuk, kerapu, senangin,pari, pepahat, sotong, udang, lala, pepahat, mengikut harga semasa dan dimasak mengikut selera kita..
Pemandangan matahari terbenam yang mendamaikan
Ahli keluarga yang turut serta..
Semua hidangan yang telah siap..pergh sungguh menggiurkan..
Habis licin..gambar tauke yang sudi belanja..
Terima kasih kepada adik dan famili yang sudi belanja..Moga terus sukses dan dimurahkan rezeki

Gambar Selfi bersama keluarga..

Isnin, 22 September 2014

Hari ke5: Apa Yang Ada Beg Saya

Mesti orang akan ingat kalau perempuan je mesti macam-macam benda yang ada dalam beg yang di bawa hari-hari. Tapi tak semua perempuan macam tu.
Saya kalau pergi kerja, takdernye nak bawa banyak barang sebab naik motor ngan hubby. So kalau boleh sesimple yang boleh, coz saiz beg pun xderlah besar cukup-cukup boleh kepit kat bahu.

Malulah pula nak dedahkan apa yang ada dalam beg ni. haha!!!

Sebelum tu nak bagitahu Handbag tu dapat hadiah dari US.. Terima kasih banyak2 buat adik teman qusyairi and ainul.. Macam tahu je saya memerlukan beg yang simple dan tidak terlalu besar..Oklah ni Senarai barang mengikut kepentingannya adalah:

1) semestinya wallet, tak boleh tinggal kena bawa sentiasa..

2) handphone. Yang ni pun sama penting kena bawa kehulu dan kehilir.

3) minyak angin cap kapak, wajib ada dalam beg sentiasa.Memang diperlukan bila tiba-tiba terkena serangan sakit kepala or period pain.

4) kunci rumah.Ini pun sama memang kena bawa je kemana nak pergi.Pernah sekali tu tertinggal haru biru dibuatnya terpaksalah duduk kt depan rumah sehingga mr hubby balik.

5) kad pekerja- Hari bekerja memang kena bawalah kalau tak xboleh masuk ofislah gamaknya.

6) nota peribadi-Tak derlah peribadi sangat, yang penting ada no contact yang perlu dicontact kalau terjadi apa-apa pada saya.

7) tissue,cermin dan lipstik- Wajib ada je dalam beg untuk kegunaan waktu emergency ke..hehe!! Lipstik ni selalunya standby kalau tiba-tiba ada meeting ngan big boss je, supaya bos nampak kita sentiasa ceria je.haha

8) pen-mesti kena ada dalam beg sebab kadang-kadang kita memerlukan untuk mencatit maklumat yang urgent ke..

9) buku asmaul husna-buku zikir harian ni saya akan guna bila ada masa terluang or bila hati tak rasa tenang..banyak membantu untuk saya disaat-saat genting.

10) power bank-perlu bawa selalu if ada meeting di luar ofis adalah juga penyelamat nyawa hphone kita.

11) earphone- sejak naik moto ni memang bawa je setiap hari.Mana taknya 40 minit duduk atas motor tu boleh mendatangkan mrngantul, so ada earphone boleh dengar radio kesukaan saya ikimfm.

Wow!!! 11 item jugalah yang wajib ada dalam beg saya. Ada lagi ke yang tertinggal?Hrmm rasanya cukuplah kot itu je barang dibawa hari-hari.

Ha! anda pula bagaimana??

Sabtu, 20 September 2014

Hari Ke2: Resepi Bagaimana Mendidik Anak Soleh

Disini saya nak berkongsi pengalaman saya dalam mendidik dan mengamalkan   10 resepi Anak Soleh dari Prof. Dr.Muhaya.

1.) Kirimkan/ Sedekahkan Al fatihah bila tiba-tiba teringatkan anak.

tips ni memang selalu saya amalkan setiap solat 5 waktu. Kepada ibu dan ayah semasa membaca surahAlFatihah, sampai ke ayat ke5 "Iyyakanakbudu Waiyyakanastain" yang bermaksud "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..." time ni korang berdoalah seketika, mintalah apa-apa hajat yang berhubung kait dengan anak kita..selepas tu teruskan bacaan sampai abis surah AlFatihah. Teruskan berdoa pada Allah semoga kita dikurniakan anak yg soleh, diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat, dan selebihnya kita mestilah bergantung harap dan serahkan segala urusan anak kita kepada Allah SWT untuk menjaganya.amin..

2.)  Pandang Wajah Anak Semasa Tidur

Rasanya tips ni ramai ibu yang dah pernah lakukan pada anak.Seeloknya ketika anak tidur inilah waktu yang sesuai untuk kita pandang wajahnya sambil kita ucapkan apa yang kita harapkan pada anak kita.
Ayat yang selalu saya cakap dan ulang sentiasa pada anak saya " ibu harap haziq boleh jadi anak yang soleh, dengar cakap ibu ayah cikgu, jadi anak yang rajin solat, mengaji,baca buku, jadi anak yang pandai dan baik akhlaknya.
Sebenarnya semasa anak tidur bila kita berkata sesuatu dengannya rohnya akan mendengar apa yang kita cakapkan. Apa yang kita tuturkan adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3.) Lakukan Solat Hajat Disisinya

Kalau kita yang jenis rajin bangun solat malam, sebaik-baiknya solatlah disisi anak kita. Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengannya. Dengan cara sebegini secara tersirat kita beritahu padanya yang kita sering berdoa untuk kesejahteraan dirinya. Dengan cara sebegini akan mengukuhkan lagi kasih sayang kita padanya.Inshaallah anak kita akan tahu yang kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk dirinya.

4.) Minta Dikasihani

Sentiasa ucapkan bahawa kita ni bila-bila masa je Allah akan ambil nyawa kita. Saya selalu pesan pada anak saya "ibu nak haziq jadi anak yang soleh supaya dapat kita boleh masuk syurga dan jumpa Allah bersama".

5.) Peluklah Anak Selalu

Bab ni memang saya buat selalu...Saya amalkan waktu kejutkan anak bangun tidur, semasa hantar pergi tadika, semasa ambil dari tadika, semasa anak saya merajuk, menangis, dalam keadaan marah dam srmada nak tidur..pendek kata memang setiap masa lah..Tapi percayalah kalau anda amalkan masa dia tengah marah pujuk dan peluk, inshaallah hatinta tak akan keras..Saya dah amalkan sejak anak saya berumur setahun lagi..Memang ada kesannya.

6.) Sentiasa Meminta Maaf

Sentiasalah kita merendahkan ego kita untuk meminta maaf pada anak kita..Maafkan perbuatannya setiap masa walaupun kadang- kadang kita rasa geram sangat. Muhasabah diri kita, saya percaya apa yang dia buat hanyalah untuk dapatkan perhatian kita.Yerlah dah seharian dia tak berjumpa kita of courselah bila nampak kita dia nak perhatian kita pula.
Sebenarnya perbuatan memaafkan akan melembutkan hati anak kita dan dia akan mudah mendengar kata kita.inshaallah.

7.) Jaga Tutur Kata
Ha! bab ni memang penting dan perlu ambil berat.Sebagai ibu dan ayah kita perlu menjaga tutur kata kita, JANGAN sesekali kita ucapkan perkataan yang tidak elok dan melukakan hati anak. Memang kadang-kadang kita ada juga terlepas cakap tapi cepat- cepat kita beristighfar dan minta maaf dengan segera dengan anak kita.Alhamdulillah bila saya dah amalkan pada anak saya, bila saya terkuat volume suara haziq dengan cepat suruh saya minta maaf sebab dia kata nanti Allah tak sayang ibu..huhu.
Kalau kita tak nak anak kita ucapkan perkara yang tak elok mulai dari dia kecil kita kena kawal perkataan yang keluar dari mulut kita.

8.) Selalu Amalkan / Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

Ayat 40 surah Ibrahim ni memang saya selalu amalkan setiap kali lepas solat maghrib. Surah ni memohon supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dal golongan yang tetap mendirikan solat.

[Wahai Tuhanku!Jadikanlah Daku Orang Yang Mendirikan Solat dan Demikianlah juga Zuriat Keturunanku. Wahai Tuhan Kami Perkenankanlah Doa Permohonanku ] amin.

9.) Selalu Ingatkan Anak Supaya Menjadi Anak Yang Soleh.

Bukan senang nak mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah SWT. Tapi kita sebagai ibu bapa kena terapkan mengenai keagungan Allah, kenapa perlu menjadi anak soleh sejak dari kecil lagi. Ini kerana minda dan fikiran mereka mudah menerima apa yang kita ajarkan..bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Waallahualam.

10.). Berzikir Ketika Menyediakan Makanan

Tak kiralah ketika basuh beras ke, sayur ke, kita berzikir dan niatkan " Ya Allah Lembutkanlah Hati Anak-Anakku..kalau boleh sebut nama anak kita..... Untuk Faham Agamanya", Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Menjadi Nasi"...

Kenapa kita perlu dia faham agama? kerana anak kita yang tak faham agama boleh membaw kita ke neraka.

Seeloknya basuh beras mrngikut arah lawan jam ( seperti orang bertawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad SAW .

Semoga bermanfaat bagi kita semua..amin

Jumaat, 19 September 2014

Hari Ke4: Tips Kemas Rumah

Hari ni saya nak bercerita pasal cara mudah kemas rumah. Saya ni sebenarnya seorang yang mementingkan kekemasan dan kebersihan. Pantang ada sampah sikit dah mulalah aktiviti saya tak kiralah kalau tengah malam ke,nak keluar pegi keje ke, tak kisah waktunya asalkan nampak tak berkenan kat mata je mesti kemas. Kata orang tua rumah kita ni melambangkan cara hidup kita..hrmm entahlah betul ke tidak..

Rasanya tabiat saya ni sedikit sebanyak dari abah saya.Abah saya ni kalau mengemas dah tak pandang kiri kanan semuanya dia buang. So saya dan adik-adik yhang lain akan pastikan kami ni kena kemas dulu almari buku kami sebelum abah buat spotcheck.Kalau tak, nayalah kami mana yg tak berkenan kat mata abah akan 'selamat' masuk dalam tong sampah.Tak der harapanlah lepas tu nak dapatkan balik barang yang kita perlukan tu..huhu

TIPS KEMAS RUMAH YANG BERKESAN

1. SEDEKAH / JUAL BARANG YANG TIDAK PERLU
Cara saya mudah je, bagi barang-barang yang rasanya tak guna lagi saya akan simpan elok-elok dalam kotak pastu terus sedekah pada yang memerlukan.

2. SEDIAKAN BOX BERPENUTUP
Saya akan beli box besar yang ada penutup untuk saya simpankan barang yang saya rasa boleh digunakan lagi di kemudian hari.Tak kiralah baju ke, barang peribadi ke,pinggan mangkuk ke yang penting barang-barang ni tak nampak bila dilihat orang.Lepas tu saya akan susun elok-elom di tepi sudut dalam bilik.so senang nak cari nanti. Ha! barang permainan dan bahan bacaan anak saya pun saya letak dalam box juga, jadi tak derlah bersepah merata-rata.

3. SEDIAKAN PENYANGKUT PAKAIAN
Ini khas untuk seluar sebenarnya.Al-maklumlah hubby saya ni suka benar tukar seluar expecially jeans, pastu tak bagi saya basuh selalu. Katanya nanti reputlah jeans dia.Selalunya cukup je seminggu saya akan kaut semua masuk dalam mesin ler.haha. Selalunya penyangkut ni saya akan letak belakang pintu so orang tak derlah nampak sangat selain untuk elak daripada sangkut di tingkap or di tempat yang tak sepatutnyalah. Almaklumlah tabiat lelaki ni ikut suka dia je nak letak mana.(tapi tak semua lelaki macam tu)

4.STORAGE BAG
Storage bag ni saya beli di cosway. Storage bag ni ada pelbagai jenis saiz dan corak,dan harganya pun berpatutan,memang berbaloi kalau nak simpan toto, comforter,  bantal, selimut...Bukan apa kalau simpan dalam beg ni tak derlah cepat berhabuk..Kat rumah saya, barang-barang seperti yang saya sebutkan ni memang banyak.Senang kalau family datang berkumpul dah ada semua.Tapi kalau nak jimat guna plastik sampah paling besar dan tebal. Kaedah ini pun saya guna juga untuk simpan carpet,bantal dan balut car seat anak saya.So jika nak susun tu tak derlah nampak berselerak sangat dan yang paling penting barang kita terselamat dari terkena habuk.

5.) KABINET/RAK BERPENUTUP
Ini bukan kabinet yang besar-besar tu, kabinet biasa yang boleh di dapati di giant, tesco, jusco... alah yang murah-murah je.Kat rumah saya kabinet ni sebenarnya dari zaman saya bujang lagi, sayang nak buang sebab masih ok lagi keadaannya.So saya gunakan untuk simpan stok barang-barang keperluan harian saya kat dalamnya.Bukan apa bila berpenutup ni orang yang datang rumah kita tak derlah nampak segala-segala khazanah yang tak best dipandang di tempat yang tidak sepatutnya.Lagi satu untuk mengelak dari anak saya main semua stok ni.

6.) BAKUL BESAR.
Kat rumah saya memang wajib ada bakul yang paling besar .Bakul ni saya gunakan untuk letak pakaian kotor, pakaian bersih, periuk belanga, mainan anak dan keperluan yang lain. contohnya bakul pakaian bersih je ada dua satu untuk saya dan suami, satu lagi khas untuk anak saya..kalau seminggu baju tak berlipat tak derlah berlonggok kainnya..

Sebenarnya banyak lagi tips kemas rumah yang mudah untuk kita praktiskan.. Macam saya almari lama dan rak yang tak digunakan lagi saya sayang nak buang tapi sebaliknya saya ubah menjadi tempat simpan barang agar ia kelihatan teratur..

Faktor kekemasan itu penting terutama sekali rumah kita. sesibuk mana pun kita rumah wajib kemas.. Lagipun tahap kesihatan abak kita turut terjamin kerana tidak terddah dengan kuman dan virus yang ada dalam rumah kita akibat daripada sikap kita sendiri.

Rumah kita melambangkan keperibadian kita..Dalam Al Quran pun mementingkan kekemasan itu sebahagian daripada ibadah kita.Tak perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kelihatan cantik dan mewah, tetapi cukuplah jika kita tekad merajinkan diri untuk melakukannya.Allahualam...

Khamis, 18 September 2014

Hari 1: Seorang insan yang bergelar Rabiatul Adwiyah.

Bila jari jemariku mula berbicara...

Rabiatul Adwiyah Razali, Itulah namaku. Pada mulanya aku sendiri tertanya-tanya kenapalah mak dan abah memberi nama yang memang uniklah untukku..Dari zaman sekolah hinggalah zaman bekerja ada lagi yang tidak boleh menyebut namaku dengan sempurna expecially kawan-kawan cinaku..terbelitlah lidah diaorang kalau pertama kali menyebut namaku, dan bermacam-macam sebutan yang keluar dari mulut mereka.

Bila dah dewasa,barulah kutahu makna disebalik nama unik ini.. Rupanya nama unik ini adalah salah seorang serikandi islam/ wali Allah yang mengabdikan dirinya hanya pada Allah swt. Allahuakhbar!! Bagaimana diri ini ingin menjadikan hamba Allah yang benar-benar mengabdikan diri padaNya.Kalau nak disamakan ibarat langit dan bumi.Terlalu banyak lagi ruang-ruang yang lopong yang perlu aku isi untuk menjadi wanita hebat seperti pemilik asal namaku.. Doakan agar diriku menjadi insan yang sentiasa memilih ke jalan yang diredhai oleh Allah swt.amin.

Ok kembali di alam nyata..Siapakah saya? Aku dilahirkan di johor, kampung arwah atok sebelah mak. Tanggal 19.10.1981 tepat pukul 1.55 pagi lahirlah diri ni..aku membesar di Taiping Perak.Bersekolah pun di Taiping..

Ha! sebut pasal sekolah ni, saya ni seorang yg aktif bersukan sejak dari sekolah rendah hinggalah ke universiti.. saya pernah mewakili daerah seumur 10 tahun lagi masa tu darjah 4.Acara yang saya masuk lompat jauh dan lompat tinggi.

Kalau perempuan mesti suka sukan netballkan, tp saya tidak berapa minat. Sebaliknya saya lebih pada acara balapan.. Majoriti acara balapan saya masuk, nak buat macam mana cikgu suruh saya masuk jerlah. Lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, acara 100m, 4x100, 4x200 muka sayalah kat padang..sampailah sekolah menengah. Sebenarnya parent saya tak tahu saya masuk acara sukan ni, kalau tahu mesti tak bagilah.. Pengalaman yang tak boleh saya lupakan saya dapat gelaran Olahragawati sebabnya saya oecah rekod untuk lompat tinggi dan jauh..time cikgu umumkan pun saya tak tahu yang saya boleh sampai ke tahap tu..

masuk sekolah menengah dan universiti saya sahut cabaran baru pula cuba main bola tampar dan hoki..tapi acara balapan still lagi saya main..tamakkan saya ni!! haha!!

Ok saya ni jenis yang suka berdikari sendiri almaklumlah anak sulong.lagi satu bila orang dah kenal saya baru dia tahu saya ni peramah rupanya..eceh puji diri sendiri pula.. Lagi satu sifat negatif saya, saya mudah gelabah..tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh control gelabah saya ni.

Family? Saya dah berfamily. Usia perkahwinan saya dah hampir mencecah 7 tahun akhir tahun ni .Punya seorang anak saje dah berusia 5 tahun, dah 2 kali keguguran, yang 1st saya kena DnC masa tu usia kandungan saya baru 3 bulan; yang ke dua rasanya baru berapa minggu je saya sendiri tak sedar sebab yang saya tahu dah lewat beberapa hari bila period bukan keluar darah macam period tapi berketul- ketul. tapi xperlah dah tak der rezeki dari Allah lagi..Still berharap satu hari nanti Allah akan  makbulkan doa saya untuk tambah zuriat lagi..Kesian kat anak saya selalu tanya dalam perut ibu ada baby tak..tak ke mengalir air mata saya.Setiap kali jumpa baby mesti anak saya akan cium beberapa kali dan mengusap- usap kepala baby.. sedih hati saya bila tengok situasi macam tu.. Doakan untuk saya ye kawan- kawan..

Saya ni bekerja sebagai jurukur
bahan/quantity serveyor/ cost engineer dalam bidang construction.. Asalnya nak jadi akauntan tapi abah dah daftar saya masuk sekolah teknik kenalah pergi..tapi tak per walaupun saya tak dapat jadi akauntan tapi koje saya ni pun dah macam akauntan juga; still kira duit juga..hehe.

Inilah serba sedikit pasal diri saya.. sebenarnya banyak lagi yang nak tulis disini tapi nanti menjela- jela pula..

Khamis, 14 Ogos 2014

EMOSI TIDAK MENENTU DISEBABKAN HORMON BERUBAH??

Perubahan Hormon Boleh Mempengaruhi Emosi Perempuan? 

Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang insan yang bergelar PEREMPUAN. Inilah yang perlu dilalui oleh seorang wanita dalam meneliti setiap fasa kehidupan mereka. Perubahan ini mungkin akan menjadikan seorang wanita itu begitu Sensitif, mudah tersinggung, cepat marah dan sebagainya. Perubahan emosi ini boleh berlaku pada sesiapa saja asalkan insan ini bergelar wanita..


Kenapa perkara ini boleh terjadi? Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami oleh setiap wanita itu sendiri. Perkara ini diakui oleh semua Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi. Perubahan hormon ini biasanya tidak akan disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan pasangan mereka. Sebahagian besar wanita tidak memahami perubahan emosi yang dialami mereka. Ini kerana emosi dan perasaaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

Emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.

Bagaimana Hormon Terjadi?


Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit. Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi. Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid

- Fasa selepas melahirkan anak

- Fasa selepas menopaus (putus haid)

A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.

B. Fasa selepas melahirkan anak

Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh 
mendapat psikosis.

C. Fasa menopaus (putus haid)

Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.

Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:

- kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)

- cepat marah

- mudah tersinggung 

- sukar tidur

- rasa panas 

- pelupa

- Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan 

- fikiran bercelaru

Bagi menangani masalah ini, Setiap insan bergelar perempuan perlu menitik beratkan masalah hormon yang dialami. Salah satu usaha ialah dengan mencari sumber suplimen yang boleh memperbetulkan hormone dalam badan kita. 

Di Shaklee ada penyelesaiannya, GLA Complex memang sesuai bagi mereka yang mengalami masalah hormon. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai GLA Complex boleh ke link ini ya..



Di Shaklee, Set Senggugut/PMS/Murung ini juga boleh diamalkan untuk memperbetulkan hormon dalaman kita.. Amalkan secara beristiqamah inshaallah memang ada kesannya..


Ingin membuat pembelian??


boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405


ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.




COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC




Selasa, 12 Ogos 2014

MULUT BERBAU: MASALAH GIGI vs MASALAH LIDAH


Bagaimana situasi anda jika berhadapan dengan masalah mulut berbau? adakah anda perlu memakai topeng seperti ini?



APA PENYEBAB YANG BOLEH MENYEBABKAN MULUT BERBAU?

Pernahkah anda mengalami situasi mulut berbau? Realitinya, individu yang mengidap penyakit mulut berbau tidak sedar dan sukar mengesan yang dirinya berhadapan dengan masalah itu lantaran terbiasa dengan bau yang dihidunya sehari-hari.

Memang kelakar tapi itu sebenarnya yang berlaku. Mereka langsung tidak tahu dan yakin dengan keadaan itu jika tiada siapa menegur. Masalahnya, sanggupkah kita nak menegurnya kerana sudah menjadi adat dan budaya kita, mahu jaga hati orang dan tidak mahu sesiapa berkecil hati.

Cara paling efektif bagi anda atau sesiapa bagi memastikan kita tidak berdepan masalah ini adalah dengan bertanyakan kepada pasangan, sanak saudara atau kawan rapat sama ada bau mulut anda normal atau sebaliknya.

Tapi jangan sekali-sekali berkecil hati dengan maklum balas yang diterima jika anda seorang daripada mangsa berdepan penyakit ini kerana setidak-tidaknya kita tahu cara untuk menghilangkannya dan tidak terus yakin bercakap dengan orang.

Selain itu juga, terdapat sejenis alat yang digunakan doktor gigi untuk mengukur kandungan sulfur dalam nafas pesakit. Selepas diperiksa, rupa-rupanya anda disahkan doktor menghidap masalah mulut berbau. Usah cepat terasa hati sebaliknya cari jalan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau itu.

Cara lain yang boleh menghilangkan masalah ini adalah dengan memberus gigi setiap hari dan kalau betul anda seorang individu yang berpenyakit ini, apa kata berus kita sekerap mungkin untuk keselesaan sendiri.

Amalan memberus gigi perlu dilakukan dengan betul. Tidak cukup dengan berus, anda dinasihatkan supaya menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria dan lebihan makanan yang berkumpul di celah gigi.

Dengan mempraktikkan cara berkenaan, bakteria sukar menghasilkan sulfur seterusnya mengelakkan mulut berbau.

Berus lidah

Mungkin ada yang memandang remeh soal pembersihan lidah ketika menggosok gigi. Ingat, seperti yang dikatakan sebelum ini yang bakteria mudah menyorok di rekahan serta belakang lidah.

Pada masa sama, anda boleh menggunakan pembersih lidah yang banyak dijual di farmasi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di bahagian belakang pemberusnya atau pilihan berus gigi yang lembut dan gosok perlahan-lahan sehingga lidah kelihatan bersih.

Kalau anda ingin memastikan masalah ini tidak langsung terkena pada diri anda, apa kata gosok gigi setiap kali selepas makan kerana setidak-tidaknya bau makanan tadi tidak terus melekat dalam mulut dan seterusnya menghasilkan bau kurang selesa.

Sekiranya anda gagal memberus gigi selepas makan, kunyah gula-gula getah yang bebas kandungan gula. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan sisa makanan yang terperangkap di ‘kawasan’ yang ‘dalam’ seterusnya merangsang pengeluaran air liur.

Kemudian, perbanyak mengambil air suam. Air adalah elemen paling utama dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sebab itu, dua liter air sehari adalah sukatan yang cukup sesuai.

Bagi memudahkan kerja, isi air di dalam botol bagi memudahkan proses menyukat. Secara tidak langsung, teknik ini membuatkan mulut anda sentiasa basah dengan air, malah pada masa sama berfungsi merangsang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.

Cuba langkah mudah ini bagi memastikan masalah mulut berbau tidak ada dengan kita kerana masalah ini tidak patut terjadi terutama kepada anak muda seperti kita.


JANGAN MALAS BERUS LIDAH!

TIPS ATASI MULUT BERBAU







Bagi malas nak amalkan seperti di atas, anda boleh mengamalkan Set Shaklee untuk Mulut Berbau..



Ingin membuat pembelian sendiri? Hanya tekan butang  'ORDER NOW' 



ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC



SOSEJ: ADAKAH BAIK UNTUK ANAK!!

Sebenarnya ramai para ibu bapa yang tidak mengetahui tentang kebenaran tentang sosej yang selalu kita beli di mana-mana pasaraya. Sebut je sosej ramai yang suka akan keenakan rasanya, bukan saja kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga. Zaman sekarang ni, memang telah menjadi tabiat bagi sesetengah keluarga yang menghidangkan sosej sebagai menu utama dalam pemakanan harian kita.
Disini saya akan mendedahkan tentang kebenaran Sosej yang disukai ramai ini...



5 Kebenaran Tentang Sosej ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia ‘deadly’ Dangerous seperti :

· - Nitrite

· - Heterocyclic Amines (HCAs)

· - Starch

· - Various types of meat!

· - High Salts

· - High Fructose Syrup

· - High MSG

· - Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)

· - Perservatives


2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan lebih 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.

4) Ibu mengandung yang makan Sosej  lebih 1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!

5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :

· Kanser Usus – 50%

· Kanser Pundi Kencing – 59%

· Kanser Perut – 38%

· Pankreas – 67%


Ini bukan Fakta yang di reka – Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!

Kalau boleh jauhkan ataupun jarang-jarangkan makan tapi lebih elok kalau ‘Haram’ kan ia dari anak-anak kita!

‘Share’ This Info If You Seriously Concern – Let other mothers know the truth!

Care For Our Lovely Kids!

MENGUNGKAP RAHSIA KEISTIMEWAAN SURAH AL FATIHAH




1 AL-FATIHAH  
Baca 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami.


2 AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air  mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman .


3 AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental.


4 AL-FATIHAH 
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan.


5 AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6 AL-FATIHAH 
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.




DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA. INSYAALLAH.


Marilah kita sama-sama amalkan. Yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk kita jadikan ia pedoman supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu pada masa hadapan.Wallahualam bi sawab.

Isnin, 11 Ogos 2014

GLA SHAKLEE vs EVENING PRIMROSE OIL (EPO)? MANA PILIHAN HATI..

APA ITU GLA?

GLA atau dikenali sebagai Gamma-linolenic acid adalah sejenis asid lemak yang memberi banyak manfaat pada kesihatan kita, iaitu mampu melawan keradangan.

Gamma-linolenik asid biasanya diperoleh daripada bahan-bahan seperti Evening Primrose Oil (EPO), Borage Seed Oil, dan Blackcurrant Oil apabila digunakan dalam makanan tambahan.

Dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (bahan-bahan seperti hormon yang membantu untuk mengawal selia sistem imun ). Ia diklasifikasikan sebagai omega-6 asid lemak.

Badan manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan GLA. GLA boleh juga didapati daripada sayur-sayuran yang dimakan. Apabila seseorang itu tidak makan sayur-sayuran yang mencukupi; badan mereka mungkin mengalami kekurangan yang boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.


KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE
GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega – 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.






KANDUNGAN DALAM GLA SHAKLEE

1. Borage Seed Oil : 17% - 25%

2. Blackcurrant : 15% - 20%

3. EPO : 7% - 10%


KENAPA BORAGE SEED OIL?

Borage (Borago officinalis) merupakan herba yang berasal ke Syria yang telah merebak di seluruh Timur Tengah dan Mediterranean. Tekstur borage adalah kasar, sejenis herba yang berbulu besar dan kurang berkarisma (dari segi penampilan). Bunga Borage dan daun boleh dimakan dan biji borage sering digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat tinggi dalam asid gamma-linolenik (GLA).

Di Negara Eropah, Borage selalu digunakan oleh penduduk untuk sindrom prahaid (PMS) dan gejala menopaus. Borage juga popular di kalangan wanita tua. Borage jugadikenali dengan ciri-ciri anti-radang dan telah dikaji untuk rawatan penyakit gusi, artritis reumatoid, dan asma.






KENAPA SUNFLOWER OIL?

Minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap dimampatkan dari biji benih bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak bunga matahari biasanya digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan rumusan dalam penghasilan kosmetik. Minyak bunga matahari mula dihasilkan pada tahun 1835 di Empayar Rusia. Pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia kini adalah Ukraine, Rusia dan Argentina.

Minyak bunga matahari adalah monotaktepu (MUFA) / politaktepu (PUFA) campuran asid kebanyakannya ‘Oleic acid’ (Omega-9) dan ‘Linoleic Acid’ (omega-6)dari kumpulan minyak. Kandungan minyak yang dihasilkan dari benih antara 22-36% (purata, 28%): kernel mengandungi minyak 45-55%. Minyak yang dinyatakan adalah warna kuning cahaya dengan rasa yang ringan dan menyenangkan; manakala minyak yang bertapis berwarna kuning pucat.

Mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah - low-density lipoprotein -(LDL, "buruk") kolesterol. Terdapat beberapa bukti bahawa menggunakan minyak bunga matahari dalam diet adalah lebih berkesan daripada minyak zaitun untuk menurunkan kepadatan lipoprotein rendah (LDL) kolesterol.

Artritis.

• Sembelit.

• Keadaan Kulit, apabila digunakan ke atas kulit.

• penyembuhan luka, apabila digunakan untuk kulit.






MANFAAT DAN KELEBIHAN UTAMA GLA SHAKLEE

  • HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Borage dapat merawat ulser, mengeluarkan Virus, Melegakan Kelesuan, Membersihkan kahak, Meringankan kebas urat saraf dan Meningkatkan stamina.

  • MENGAWAL SELIA ESTROGEN DAN TESTOSTERON
GLA dapat membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simpton PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

  • MELAMBATKAN MENOPAUS
GLA dapat memperbaiki symptom menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman,depresi. Pengambilanjangka panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus, member tone pada uterus untuk mendapatkan kulit lebih muda.

  • MENETANG KANSER
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistum imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

  • MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Selain itu dapat meringankan sait dan bengkak yang terdiri dari rheumatism dan arthritis.


  • MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY
GLA dapat mengurangkan masalah penyakit prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

  • MENGHALANG KOMPILAKASI DIABETES
GLA dapat membantu merendahkan gula darah, juga berkesan bagi mereka yang mengalami diabetes semasa hamil dan di usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI
GLA dapat menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dapat mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

  • MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT
Memperbaiki rambut kering dan dapat mengatasi masalah rambut gugur.


  • PELANSINGAN DAN MENGHALANG TAMBAH BERAT BADAN
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, member tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Elok diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.


  • HIPERAKTIF DAN AUTISMA (ADD/ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


credit to:
http://www.healthline.com/natstandardcontent/borage-seed-oil#1

http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-40-sunflower%20oil.aspx?activeingredientid=40&activeingredientname=sunflower%20oil

http://altmedicine.about.com/od/efa/a/Gamma-Linolenic-Acid.htm



Jumaat, 11 Julai 2014

CINCH ENERGY TEA MIX :TEMAN SETIA BERIBADAT DI BULAN RAMADAN

Sebut je bulan Ramadhan ramai yang mengalami simptom mengantuk,letih, penat,melepek, lebih-lebih lagi Ramadhan kali ini kita dihidangkan dengan pesta bola piala dunia. Bagi peminat tegar bola tentu sekali sanggup berjaga seawal 2.00 pagi sampailah ke saat-saat bersahur, rasanya tak sempat nak lelapkan mata dah terus bersiap sedia untuk keluar bekerja. Bayangkanlah tubuh anda yang tidak mempunyai rehat yang cukup semestinya anda akan merasa puasa kali ni sangat membebankan dan silap haribulan langsung tidak menghayati maksud berpuasa itu sendiri.

Tapi bagi diri saya, nasib baiklah saya ni bukannya peminat tegar bola, cuma suami saya je tapi disebabkan bulan ramadhan dia lebih menumpukan perhatian kepada ibadah dan kerja-kerja yang melambak kat ofis, so terpaksalah melupakan hasrat untuk stayback tengah malam..hehe.

Yerlah bayangkan kalau tidur lambat kena bangun awal pagi, bila nak pegi keje rasanya macam kereta je yang bawa diri teman..bukannya teman yang bawa kete.. lagi-lagi dengan deruan angin semulajadi lagilah buat mata anda makin mengecil dan mengecil… Kenapa tak guna aircond je? Saya mempunyai sejarah silam bila memandu menggunakan aircond diwaktu pagi.. so sejak kejadian tersebut saya dah tak menggunakan aircon.Bukan itu saja, nak mulakan solat tahajud pun payah nak buka mata, syaitan banyak sangat bergayut kat mata teman.

Nak tahu macam mana saya mengatasi masalah tersebut?


Ha! Memperkenalkan Cinch Energy Tea Mix… Bila anda dah merasai anda akan mengetahui Cinch Energy Tea ni bukan sebarangan tea yang terdapat di pasaran.. Cinch Energy Tea ni memang luarbiasa yang mampu membangkitkan Tenaga Dalaman secara semulajadi dan cepat, memang Menakjubkan!!!

Pengalaman saya bila pertama kali minum 
Cinch Energy Tea ni, terasa satu aura yang membangkitkan tenaga dalaman saya yang sebelum ni macam penat,lemah dan tak bermaya; tapi bila seteguk Cinch Energy Tea ni masuk dalam badan saya terus terasa aura segar dan bertenaga keluar dari tubuh saya. Bayangkan mata yang tahan mengantuk tiba-tiba kelihatan segar? Pastu langsung tak rasa mengantuk apatah lagi menguap. Memang bertenagalah memang powerlah Cinch Energy Tea ni,kalahlah minuman tenaga ke kopi ke yang ada kat pasaran! Husband saya yang kaki bola ni pun terasa perubahan dalam diri dia, sebelum ni boleh tersengguk-sengguk depan computer kat ofis akibat terlalu mengantuk, tapi dah mencuba Cinch Energy Tea ni langsung hilang letih,mengantuk dalam diri dia. Sebaliknya setiap hari minta saya sediakan minuman Cinch Energy Tea ni semasa bersahur.




APA ITU 
Cinch Energy Tea Mix?
Mengandungi adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

KENAPA Cinch Energy Tea Mix?

1. Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
2. Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
3. Peningkatan tenaga segera.
4. Bungkusan berbentuk sichet mudah bagi setiap satu hidangan – boleh dibawa kemana
     saja dan diminum bila-bilam masa
5. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


JOM KITA KAJI MANFAAT SETIAP RAMUAN DALAM 
Cinch Energy Tea Mix

Taurina (asid amino)
  • Bersifat detoks
  • Antioksida, dan melindungi sel dari bahan toksik
  • Membantu melarutkan lemak
  • Meningkatkan pengeluaran hempedu di dalam hati - mengelakkan batu karang
  • Bagus untuk perkembangan otak - digunakan untuk merawat keresahan, sawan, hiperaktif dan sawan
  • Bagus untuk mata
  • Baik untuk kesihatan otak, jantung dan hati· membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol
  • Bertindak seperti diuretik, tanpa kesan sampingan diuretik farmaseutikal
  • Mengurangkan gejala diabetes jenis 1 atau Insulin dependent Diabetes dengan 
  • Mengukuhkan sel-sel beta dalam pankreas
  • Membantu pesakit cystic fibrosis untuk mencerna lemak
  • Memberikan perlindungan pernafasan dan berguna dalam rawatan Asthma

Teh hijau (melindungi kesihatan & melambatkan penuaan)
  • 2 cawan teh hijau adalah kira-kira dua kali ganda antioksidan wain merah dan 7x bahawa jus oren dan 20x bahawa jus epal. 
  • Mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan pengurangan lemak badan, oleh itu membantu dalam penurunan berat badan 
  • Meningkatkan metabolisme 
  • Memperbaiki saluran usus dengan menyekat pertumbuhan bakteria tidak baik dan meningkatkan bakteria baik seperti bifidus.. 
  • Laporan epidemiologi menunjukkan ia mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. 
  • Melindungi sistem kardiovaskular dan mengurangkan risiko kematian dari penyakit jantung, dan mengawal tekanan darah) 
  • Melindungi otak dan buah pinggang 
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah yang lebih rendah dalam pesakit kencing manis 
  • Menghalang bakteria penyebab yang menyumbang kepada pembentukan plak gigi dan kaviti. (Teh hijau telah didapati menjadi ejen chemopreventative potensi untuk rawatan leukoplakia lisan, luka pelopor kepada kanser mulut) 
  • Membantu dalam detoksifikasi logam berat (seperti plumbum, merkuri, kadmium, dan lain-lain) 

secawan teh hijau mengandungi kira-kira 15 hingga 30 mg kafein, tetapi kerana teh hijau juga mengandungi theanine (asid amino yang menenangkan) 


Rooibos Red Tea

  •  sejenis tumbuhan asli ( herba ) hanya terdapat di pergunungan Cedarburg , Afrika  Selatan di mana ia dikenali sebagai " Teh Keajaiban " atau "Teh Life Long"
  • Mempunyai 50 kali ciri-ciri anti-oksida teh hijau
  • Tinggi kandungan Super Oxide Dismutase (SOD) , sejenis antioksidan yang sangat baik dalam pencegahan utama kerosakan radikal bebas.
  • Bermanfaat dalam merawat insomnia , cepat marah, sakit kepala, katarak, ketegangan saraf dan tekanan darah tinggi
  • Membantu melegakan kekejangan perut dan kolik
  • Di Afrika Selatan ia digunakan untuk merawat alahan seperti demam alergi , asma & ekzema
  • Mengandungi alpha-hydroxy - untuk kulit yang sihat
  • Mengandungi anti-oksidan yang melindungi daripada kerosakan radikal bebas yang boleh membawa kepada kanser, serangan jantung, dan strok ( melambatkan proses penuaan & meningkatkan sistem imun)

Teh putih

  • Dibuat dari tunas dan daun muda 
  • Mempunyai lebih anti-mutagen (anti-kanser) aktiviti daripada teh hijau (amat disyorkan untuk mengurangkan risiko kanser kolon) 
  • Mengandungi kepekatan tinggi catechin termasuk EGCG

Matcha Green Tea Powder

Matcha adalah gred tertinggi teh Jepun, ia dibuat daripada Gyokuro , teh hijau yang telah berkembang di bawah sehingga 90%, 21 hari sebelum dituai.

  • Matcha mengandungi 10 hingga 200 kali tahap antioksidan teh hijau biasa
  • Ia mengandungi 9x beta- karotena bayam dan 4x karotena yang beta lobak
  • Meningkatkan tahap tenaga, tanpa kesan sampingan seperti kopi ( juga lembut pada perut dan usus )
  • Meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 35 hingga 40% , oleh itu membantu dalam kehilangan berat badan
  • Meningkatkan daya detoksifikasi hati, seluruh badan, termasuk otak
  • Satu hidangan Matcha mengandungi kira-kira 70x lebih banyak antioksida daripada segelas jus oren.
  • Asid amino L-theanine yang banyak, dan mempunyai kesan paradoks memberikan rasa relaks & peka.

KEBAIKAN dan KHASIAT 

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha disenaraikan sebagai bahan-bahan yang memberi kesihatan terkemuka dalam perubatan tradisional Cina.

Ia telah dikenali selama berabad-abad untuk mempunyai banyak sifat-sifat positif:

  1. Rendah Kandungan Kafein (Teh Putih)
  2. Tinggi AntiOksidan
  3. Mencegah Kanser
  4. Bantu rendahkan tekanan darah tinggi
  5. Mengurangkan kolestrol
  6. Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
  7. Menguatkan tulang
  8. Antibakteria dan antiviral
  9. Menggalakkan kulit yang sihat
  10. Mengurangkan gula dalam darah. Bantu kurangkan gejala kencing manis
  11. Meningkatkan metabolisme dan menggalakkan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  12. Baik untuk pencernaan .boleh mengelakkan cirit birit
  13. Bantu lawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan.
  14. Perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular
  15. Proses detoks
Yang istimewanya Cinch Energy Tea Mix tidak mempunyai bahan pengawet, pewarna tiruan dan yang seangkatan dengannya. Yang paling penting Cinch Energy Tea Mix ni mempunyai aromanya yang tersendiri.Menariknya Cinch Energy Tea Mix ni boleh dipelbagaikan kegunaannya mengikut selera anda.Mahu dibancuh panas, sejuk, dicampurkan dengan lemon, madu, buah buahan lain, boleh juga dicampur dalam jus buah-buahan tak pun minuman bershakes. Sesuai untuk sesi keluarga.

Ha! Tunggu apa lagi jom ORDER Cinch Energy Mix Tea sekarang!! Jom pertingkatkan lagi waktu ibadah anda pada bulan ramadhan yg mulia ni. Inshaallah bila anda dah mencuba pasti puas hati.. amin.


Ingin membuat pembelian sendiri? Hanya tekan butang  'ORDER NOW' 





ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC