Rabu, 14 Mei 2014

PETUA HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA

Pandangan mata mempunyai maksud tersendiri.. kalau tak xkan ada pepatah yang mengatakan "dari mata turun ke hati"... Pandangan mata seseorang mempunyai maksud tersirat dan tersendiri. So penjagaan mata amatlah penting kerana first impression adalah dari raut wajah kita. Sebab tulah mata memainkan peranan yang penting bagi seseorang.

 Salah satu masalah yang selalu kita hadapi pada bahagian mata adalah lingkaran bawah mata.Siapa pernah mengalami masalah seperti ini? Rasanya ramai yang berhadapan dengan masalah lingkaran bawah mata.. teman salah seorang yg mengalami masalah seperti nie terutama sekali bila tidak cukup tidur. Memang ketaralah lingkarannya.

Tahu tak cara untuk menghilangkan lingkaran bawah mata tanpa membelanjakan sejumlah wang yang banyak.. Petua tradisional ni kadang2 memang menjadi pada diri kita.  So disini saya nak kongsikan petua hilangkan lingkaran hitam kt mata tu..




Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata

Petua 1


Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis, Lepas tu letakkan hirisan kentang tu pada keliling di kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10 - 20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.Masa letak anda akan terasa sejuk je disekeliling mata,memang bestlah..

Cuba amalkan selalu kerana kentang ni dikatakan kandungan enzim di dalamnya bukan saja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat bawah mata tapi boleh mencerahkan kulit muka kita juga.. tidak percaya??? trylah dulu memang berbaloi.


Petua 2


Perah lemon dalam cawan, kemudian sapukan perahan lemon tu secara perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diiingini.

Petua 3


Sediakan satu cawan air panas kiranya suamlah kalau tak melecur nanti kulit anda dan kain lembut. Celup kain tersebut dalam air suam tadi, angkat dan perahkanairnya pastu letakkan di bahagian mata kita tadi. Biarkan selama 15 minit. Lepas tu barulah kita sapu sedikit krim pelembab di sekeliling mata. Amalkan selalu untuk menghilangkan lingkaran hitam dimata.


selamat beramal..

2 ulasan:

puteraduyong berkata...

petua ni utk orang muda la kan... kalau orang tua mesti tak hilang kedut... ;)

Unknown berkata...

Kalau orang tua amalan rohani yang jadikan mereka sentiasa awek muda..xpyh pakai petua..salah satunya wudhuk mmg terbukti dapat kembalikan wajah berseri..inshaallah