Rabu, 28 Mei 2014

TIPS CEPAT HAMIL


Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti mengimpikan mempunyai anak yang ramai dalam sesebuah keluarga. Kehamilan merupakan sebuah harapan yang besar dan dinantikan oleh pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan.

Hadirnya permata hati dalam kehidupan kita dapat mengeratkan lagi tali kekeluargaan. Pengalaman di saat sang isteri menunjukkan tanda positif kehamilan, ia merupakan masa yang ditunggu-tunggu bagi pasangan suami isteri bagi mereka yang mengharapkan hadirnya generasi baru dalam keluarga.

Namun tidak semua pasangan diberi kelebihan oleh ALLAH SWT untuk mendapatkan anak.Kadangkala harapan untuk dikurniakan cahaya mata hany tinggal harapan. Perasaan stress dan putus asa banyak membelengu pasangan suami isteri yang telah lama menanti. Betul orang kata, penantian itu satu penyiksaan. Tapi Allah itu maha Adil ada hikmah disebalik ujian yang diberi pada hambanya..

Di sini saya kongsikan beberapa tips mudah yang dapat dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat mendapatkan anak:-

BANYAKKAN BERDOA PADA ALLAH SWT.



Kita ni hanya manusia biasa, Ye manusia hanya mampu merancang dan berusaha sedangkan yang menentukan semuanya adalah Yang Maha Kuasa, ALLAH SWT. Jangan mudah mengalah dan putus asa, pertingkatkan doa kita pada ALLAH SWT Pemberi Rezeki agar segala yang kita hajati akan termakbul. Lagi berat ujian yang diberikan pada kita lagi kuat lagi saying ALLAH pada hambanya.Inshaallah. Jadi Berdoalah!!

PERIKSA TAHAP KESIHATAN KITA



Hal pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan pemerikasaan untuk kesihatan luaran dan dalaman.Bagi pasangan yang telah lama berkahwin , segeralah berjumpa dengan doctor pakar sakit puan/tuan bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai sistem peranakan bagi perempuan dan ujian sperma bagi lelaki. Pemeriksaan ini penting bagi pasangan suami isteri untuk mengetahui masalah yang kita hadapi.

Pastikan kita bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid kita teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, kita mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian kita tidak tersumbat.

DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL



Sekiranya kita terlalu gemuk dan terlalu kurus juga, berkemungkinan boleh memberikan masalah kepada kesuburan kita. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) kita. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

KETAHUI WAKTU SUBUR  





Setiap wanita tidak sama waktu subur dan kitaran haid. Hari subur kita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, kita boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid kita teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) kita dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Kita boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

HUBUNGAN SEKS YANG LEBIH KERAP



Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan kita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, jadi berhubunganlah setiap hari. 


Sesetengah posisi seks boleh membuatkan kita lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung kita selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI



Ha! jangan ingat kegagalan untuk mendapatkan anak adalah berpunca daripada wanita saja,tapi lelaki pun turut menyumbang masalah kesukaran untuk hamil.

Pastikan kesihatan reproduksi suami kita pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah berbincang dengan doktor. Mana tahu ini merupakan salah satu masalah kita lambat hamil.

MENGAMBIL MULTIVITAMIN 



Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

BERSENAM SECARA RUTIN 


Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
MENGAMBIL MAKANAN YANG SEIMBANG



Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila kita mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi kita.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

KURANGKAN TEKANAN 



Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda.

JAUHI DADAH, MEROKOK DAN MINUMAN KERAS 


Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. 

Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.




KREDIT : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/merancang-untuk-hamil/231-11-tip-untuk-hamil-dengan-cepat.html

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SET KEHAMILAN SHAKLEE



hubungi saya jika inginkan konsultasi,pembelian dan menjadi ahli Shaklee.
RABIATUL ADWIYAH RAZALI
Call/sms/what apps : 012-5584478
email : rabiarazali@gmail.com
FB : vitaminsihatalami


Tiada ulasan: