Sabtu, 14 Mac 2015

PENGALAMAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DAN KEKAL SIHAT SENTIASA

Gambar Hiasan 
Assalamualaikum semua….
Siapa ada pengalaman pergi ke ofis menaiki motor? Meh kongsikan pengalaman anda dengan saya.. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman baru saya pada anda semua. Maybe bagi sesetengah orang ianya dah menjadi kebiasaan dan rutin harin setiap hari; tapi bagi saya yang memang tiada pengalaman pergi keje dengan menaiki motorsikal memang sesuatu yang luar biasa.
Kenapa saya kata luar biasa? Hihi selama hampir 9 tahun bekerja saya memang drive sendiri je ke ofis, tapi tahun ni actually dari tahun lepas dalam pertengahan bulan 9 memang catat sejarahlah (bagi diri saya) buat pertama kalinya merasa pergi kerja ada orang hantar and ambil. Dah tak perlulah mengadap jam hari-hari,lagi-lagi kat area KL ni memang boleh stress dibuatnya. 
Kebetulan rezeki saya kali ni dapat tempat kerja betul-betul di tengah bandarraya KL, memang cari nahaslah kalau nak drive sendiri ke ofis. Dah alang-alang husband saya pun bekerja di KL, SO pergilah bersama-sama. Lagipun dapat jimat duit tol, minyak dan parking.
Pertama kali naik motor pergi keje, memang satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan, yerlah macam-macam dalam fikiran ni, risau, takut, perasaan gayat yang memang dah sebati dalam diri semua ada; lebih-lebih lagi bila lalu sebelah lori or trailer dekat highway memang terasa gegarannya, ketaq lutut dibuatnya. Bayangkan lori tu kan besar, kalaulah dia himpit kitaorang, Allahuakhbar... Bukan itu je cabaran lain, bila en. Hubby mula speed memang terasa macam nak melayang je, ibarat naik roller coster expecially bila time selekh, aduyai boleh buat jantung gugur terus. Apalagi mulut pun secara automatiknya terkumat kamilah baca segala surah.
Pengalaman lucu yang tidak dapat saya lupa ketika menaiki motosikal ni, saya terlupa nak sarung helmet di kepala. Dah beberapa kali terkena situasi macam ni, semua tak perasan, saya mula terperasan bila rasa angin sejuk di kepala, tapi pada masa tu tak dapat fikir lagi, hinggalah lalu di sebelah kereta baru saya perasan xpakai helmet rupanya. Nasib baiklah  baru on the way nak hantar anak ke tadika,kenalah patah balik ambil helmet.
Di sebabkan saya memang tak pernah merasai menunggang motosikal ke ofis,ditambah pula jarak perjalanan dari rumah ke ofis lebih kurang 45 minit jauhnya,memang terasa kebas punggung duduk lama-lama kat atas motor tu. Bukan tu je, pinggang pun mulalah terasa lenguh, expecially bila kena hujan lebat, memang terasa hingga ke tulang,menyucuk-nyucuk dibuatnya. Tapi nasib baiklah ada teman setia yang boleh melegakan kebas dan lenguh-lenguh badan, sebelum tidur memang saya wajib telan dulu 4 biji Ostematrix. Alhamdulillah bangun pagi esok dah hilang kesan lenguh-lenguh yang saya alami.
Masuk hari ketiga naik motor, saya dah mula alami selsema,sakit tekak,batuk-batuk, cukup seminggu badan terus tak boleh nak bertahan, terus ambik mc sebab dah dapat dapat demam + batuk + selsema, complete semua penyakit. Mana tak kena semua penyakit ni, hari-hari sedut asap kenderaan dengan musim hujan pula waktu tu, memang sistem imun badan mengalami kejutan buat sementara. 
Belajar dari kesilapan sendiri, yang ingatkan sistem imun badan kuat, rupanya jangkaan saya tersasar. Sejak dari hari tu saya mula mengamalkan supplimen set kesihatan optimum yang terdiri daripada B Compleks, Vitamin C dan Vitalea. Alhamdulillah sekarang dah hampir 7 bulan saya menunggang motor memang ada perubahan bila kita betul-betul istiqamah mengamalkannya. Kesihatan kena jaga, kalau asyik MC je rekod perkhidmatan tak cantiklah nanti, lagilah aru je bertukar tempat keje baru kenalah jaga prestasi kita.
Sebenarnya bukan setakat menguatkan sistem imun badan je, kulit muka saya pun tidak mengalami kesan sun burn dan yang paling penting walaupun setiap hari muka saya   terdedah dengan asap dan debu kotor  di jalanraya, tapi alhamdulillah dengan adanya Vitamin C ni memang dapat membantu, pendek kata dapat extra protection dari dalaman.
Sebenarnya ada lagi keistimewaan set kesihatan optimum ni,tapi saya akan berkongsi pengalaman saya ni di entry yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca..  

ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com)

Tiada ulasan: