Ahad, 14 Jun 2015

Masalah Kejang Otot Kaki Bagi Ibu Hamil: Tips Mudah Untuk Mengatasinya


Siapa pernah mengalami pengalaman ketika tidur tiba-tiba kaki kita mengalami kekejangan otot? Rasanya ramai ibu-ibu yang hamil diluar sana pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya juga pernah mengalami beberapa kali situasi begini. Bila dah terkena memang tak boleh nak bayangkan rasa kesakitan yang dialami. Kadang-kadang tu, kesakitan akibat kekejangan kaki ni saya boleh rasai sehingga keesokan harinya.

Di sini ada sedikit info yang boleh kita kongsi bersama dan dijadikan panduan bersama mengenai masalah kekejangan otot kaki bagi ibu hamil.

Bagaimana kejang otot kaki boleh berlaku?

Kekejangan kaki ataupun lebih di kenali sebagai 'Simpul Mengkarung' di kalangan masyarakat Melayu kita. Selalunya kekerapan terjadi pada trimester kedua dan juga ketiga, terutama pada waktu malam ketika ibu hamil sedang tidur.
Apakah Simptom Kekejangan Kaki?

Selalunya kita akan berasa sakit pada otot betis, seperti meregang dan otot kita tertarik. sehingga kita akan terasa uratnya menegang hingga kebahagian tapak kaki.

Faktor Penyebab Kekejangan Otot Kaki

Keletihan yang melampau dan tahap cecair dalam badan tinggi
Kemungkinan kekurangan Kalsium dalam badan
Pertambahan berat badan yang harus ditanggung dimana ia boleh memberi tekanan kepada otot kaki.
Apabila kandungan makin membesar dan semakin mengembang daripada saiz asal membuatkan lebih tekanan terhadap sistem peredaran darah terutama dibahagian kaki.
Faktor pemakanan juga dikatakan mempengaruhi terjadinya kekejangan otot kaki.

10 Tips Mudah Elak Kekejangan Otot Kaki


Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kita Sedang Mengalami Kekejangan Otot Kaki
  • Luruskan kaki dan dengan lembut betulkan kedudukan tumit. Kemudian tarik ibu jari kaki menghala ke badan secara perlahan-lahan beberapa kali.
  • Boleh juga berdiri dipermukaan yang sejuk seperti lantai kerana kadangkala ia boelh menghentikan kekejangan kaki.
  • Letakkan pad suam pada betis bagi melegakan kekejangan otot kaki.


Semoga dengan maklumat yang diberi dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang selalu mengalami masalah ini dapat kualiti tidur yang mencukupi dan nyenyak tanpa sebarang gangguan.


Lagi info mengenai masalah kekejangan otot kaki : http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2014/04/kejang-kaki-ketika-hamil.html


Ikhlas Dari Hati,
Rabiatul



Jumaat, 5 Jun 2015

Get Clean Shaklee: Membantu Tugas Harian Anda Dengan Lebih Mudah!!


Bila kita membicarakan tentang kesihatan diri, sudah tentulah rumah menjadi tempat yang paling bersih dan selamat untuk didiami di atas muka bumi ini. Namun adakah anda memilih produk pencuci yang digunakan itu yang betul dan SELAMAT lebih-lebih lagi terhadap insan yang tersayang; BERKESAN terhadap segala jenis kotoran degil; MESRA ALAM untuk bumi kita; dan yang paling penting JIMAT untuk wang perbelanjaan kita.

Apakah pilihan anda? Adakah produk kebersihan dipasaran sekarang mengandungi semua elemen diatas?

Cuba jadikan GET CLEAN SHAKLEE sebahagian daripada produk kebersihan anda. Bila pertama kali anda guna, mesti anda akan jatuh cinta berkali-kali. Tak percaya? Bila anda dah menggunakannya anda akan tahu keberkesanannya yang sememangnya multi purpose.


Apa itu GET CLEAN SHAKLEE.

Sebenarnya ada 4 jenis produk kebersihan yang boleh kita miliki yang mempunyai pelbagai fungsi bagi setiap satu. Antaranya:-
  • Basic H - Organic Super Cleaning Concentrate
  • Hand Dish Wash Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate (Powder)
  • Soft Fabric Concentrate


Basic H Organic Super Cleaning Concentrate 

Tanpa Toksik, Cara Membersih Secara Semulajadi

Sebotol pencuci Basic H Organic Ianya memang amat menjimatkan dan benar-benar berkesan. Untuk 1001 kegunaan pembersihan dan cucian - membuang kotoran, menanggalkan minyak gris yang degil dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam; dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, ketuhar dan mana-mana bahagian tertutup dan perabot.


Hand Dish Wash Concentrate 

Pencuci Pinggan Basuhan Tangan 

Anda hanya perlukan beberapa titisan bagi mencucui setimbun pinggan yang berminyak. Memudahkan tugas anda tanpa perlu menyental dan membilas berkali-kali. Malah dengan penggunaan dish wash concentate ini dapat:-

  • Melembutkan tangan
  • kaya dengan buih dan tahan lebih lama
  • membuat pinggan lebih berkilat



Fresh Laundry Concentrate (Powder)

Formula semulajadi untuk pakaian lebih bersih

Formula enzim semulajadinya menjadikan pakaian anda lebih bersih dan anda tidak perlu risau jika ada ahli keluarga anda yang alah pada sabun biasa, sabun ini memang sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai alahan (Ekzema) dan pada pakaian bayi.


Soft Fabric Concentrate

Ia berbau segar, selembut sutera dan dapat mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada pakaian yang mungkin ada pada pencuci yang anda gunakan sebelum ini.

Tercari- cari produk semulajadi untuk bahan cucian anda? Apa kata anda cuba Set Get Clean Shaklee yang sememangnya berkesan, disamping selamat pada alam sekitar dan yang paling penting diperbuat daripada bahan dan sumber SEMULAJADI yang semestinya bebas daripada unsur bahan kimia.




Ingin membuat pembelian??

boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

ATAU 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .


Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC,KL






Kencing Malam Bagi Kanak-Kanak: Normal Atau Tidak??


“Alamak!! Adam, kamu kencing lagi ke? Mama baru je lepas tukar cadar katil kamu”.. Kenapa kamu tak bangun pergi ke toilet? Pernah tak anda mengalami situasi seperti begini? Anak yang kerap terkencing pada waktu malam? Adakah kencing malam ni satu penyakit yang serius bagi kanak-kanak? Sebenarnya Enuresis (terma dalam perubatan) atau kencing malam adalah keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.

Satu kajian telah dilakukan yang 10 - 14 peratus daripada kanak-kanak yang berumur lima hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang. Di Malaysia sahaja masih terdapst lebih kurang 6.2 peratus daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun masih lagi kencing malam.

Bagaimana Kencing Malam Boleh Berlaku

  • Ruang pundi kencing yang kecil
  • Gangguan tidur. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil ‘Vasopressin’ semasa tidur. Hormon Vesopressin ini penting untuk mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Jenis-jenis Kencing Malam

  • Kencing malam hanya pada waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam pada waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Kes seperti ini mesti segera mendapat nasihat dan rawatan doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kencing malam memerlukan ujian kesihatan?

Tidak semestinya jika anak kita hanya kencing malam tanpa disedari pada waktu malam sahaja.

Kesan pada anak-anak jika kerap kencing malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan masalah ini boleh menyebabkan faktor risiko untuk mengalami masalah psikiatri.
  • Tekanan dalam keluarga

Cara Rawatan

  • Mengubah tabiat kencing malam anak-anak kita dengan selalu mengingatkan mereka supaya kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pengambilan ubat untuk membantu anak anda mengawal kencing.
  • Faktor usia - akan bertambah baik bila umur semakin meningkat.
  • Ibu bapa perlu main peranan dengan selalu mengerakkan anak anda diwaktu malam untuk membangunkan mereka untuk kencing.

Alternatif untuk mengatasi kencing malam yang boleh dipraktikkan

  • Jangan salahkan anak kita, sebenarnya kencing malam ini di luar kawalan mereka. Sentiasalah bercakap secara terbuka untuk menasihati mereka.
  • Kurangkan pengambilan air terutama di waktu malam
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air

Semoga tips yang diberikan ini dapat memberi pengetahuan dalam menangani masalah kencing malam bagi anak-anak kita.



Ikhlas dari hati,
Rabiatul
(012-5584478)

Isnin, 1 Jun 2015

Penyakit Asma Boleh Membawa Maut? Bahayakah Pada Diri Kita.


Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini saya nak share sedikit info tentang penyakit asma/semput atau lelah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk terkena serangan asma.

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Adakah penyakit asma berbahaya di kalangan orang dewasa? Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000.

Bagaimana Asma / Lelah boleh Terjadi?

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyper aktif (oversensitive). Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?

  • jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  • alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
  • asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  • perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
  • iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  • ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
  • sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  • senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  • stres, emosi

Apakah simptom atau tanda-tanda asma yang kronik?

  • susah bernafas
  • sesak dada
  • mengeluarkan bunyi 'wheezing' bila bernafas
  • batuk yang berterusan (terutama pada waktu malam)
  • Pengggunaan yang kerap inhaler
  • Kebiruan pada bibir
  • Kegelisahan
  • Pertukaran warna kulit muka
  • Susah untuk bercakap
  • Berdebar-debar 

Ada harapankah untuk pulih seperti biasa kembali?

Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyaki asma, Selalulah berjumpa dengan doktor secara rutin supaya anda boleh mengetahui tahap penyakit anda. Selain itu anda perlu elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan asma seperti:-
  • Membela haiwan peliharaan yang jenis berbulu seperti ayam, kucing.
  • Jangan menghampiri persekitaran yang mempunyai banyak debu, hama dan kulat. 
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, dextran, hydrocortisone dan penicillin. 
  • Hindarkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan Asma seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet, monosodium L-glutamate dan alkohol.
  • Kurangkan ketawa atau menagis secara keterlaluan kerana boleh menggalakkan Asma.
  • Hindarkan daripada bahan-bahan seperti asap rokok, asap kayu, semburan minyak wangi dan cat baru boleh juga menyebabkan Asma.
  • Keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan lembap