Di sini ada sedikit info yang boleh kita kongsi bersama dan dijadikan panduan bersama mengenai masalah kekejangan otot kaki bagi ibu hamil.
Bagaimana kejang otot kaki boleh berlaku?
Kekejangan kaki ataupun lebih di kenali sebagai 'Simpul Mengkarung' di kalangan masyarakat Melayu kita. Selalunya kekerapan terjadi pada trimester kedua dan juga ketiga, terutama pada waktu malam ketika ibu hamil sedang tidur.Apakah Simptom Kekejangan Kaki?
Selalunya kita akan berasa sakit pada otot betis, seperti meregang dan otot kita tertarik. sehingga kita akan terasa uratnya menegang hingga kebahagian tapak kaki.
Faktor Penyebab Kekejangan Otot Kaki
Keletihan yang melampau dan tahap cecair dalam badan tinggiKemungkinan kekurangan Kalsium dalam badan
Pertambahan berat badan yang harus ditanggung dimana ia boleh memberi tekanan kepada otot kaki.
Apabila kandungan makin membesar dan semakin mengembang daripada saiz asal membuatkan lebih tekanan terhadap sistem peredaran darah terutama dibahagian kaki.
Faktor pemakanan juga dikatakan mempengaruhi terjadinya kekejangan otot kaki.
10 Tips Mudah Elak Kekejangan Otot Kaki
Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kita Sedang Mengalami Kekejangan Otot Kaki
- Luruskan kaki dan dengan lembut betulkan kedudukan tumit. Kemudian tarik ibu jari kaki menghala ke badan secara perlahan-lahan beberapa kali.
- Boleh juga berdiri dipermukaan yang sejuk seperti lantai kerana kadangkala ia boelh menghentikan kekejangan kaki.
- Letakkan pad suam pada betis bagi melegakan kekejangan otot kaki.
Semoga dengan maklumat yang diberi dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang selalu mengalami masalah ini dapat kualiti tidur yang mencukupi dan nyenyak tanpa sebarang gangguan.
Lagi info mengenai masalah kekejangan otot kaki : http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2014/04/kejang-kaki-ketika-hamil.html
Ikhlas Dari Hati,
Rabiatul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan