Setiap ibu-ibu yang hamil pasti akan melalui proses kelahiran. Semestinya pengalaman bersalin setiap ibu tidak sama antara satu sama lain. Setiap ibu hamil, ALLAH dah tentukan bagaimana rasa nikmat bersalin yang perlu ditempuh oleh semua ibu.
Bagi saya pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman sakit selama 17jam semasa melahirkan anak pertama 6 tahun lepas, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betullah kata orang tua, seorang ibu sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi melahirkan anak yang telah dikandung selama 9 bulan. Tidak kira kesakitan yang dialami itu terlalu sakit atau mengalami kompilasi bersalin yang pelbagai, seorang ibu sanggup menempuh rintangan demi melahirkan anak yang disayangi.
Saya ingin berkongsi tip mudah bagi para ibu di luar sana untuk mengatasi proses kelahiran yang menyakitkan dan berpanjangan.
Selalu Bersenam
Senaman penting untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang memuaskan. Keraplah bersenam dan pada bulan terakhir kehamilan, buat senaman dengan berjalan selama 30 minit sambil mempraktikkan latihan pernafasan. Langkah ini penting untuk membantu dan mengawal diri ketika menahan sakit dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan.Elakkan Terlalu Banyak Berehat
Jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika mengemas rumah umpanya, anda digalakkan untuk berkeadaan duduk itik. Graviti keadaan anda ketika itu akan merangsang bayi untuk “turun” dan memudahkan proses kelahiran.Jaga Pemakanan
Langkah menjaga pemakanan perlu sentiasa dititikberatkan. Pastikan makanan yang diambil adalah makanan ysng sihat dan seimbang. Pastikan pemakanan seharian anda lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Selain itu, minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.Pemakanan Sunnah
Selain mengamalkan kurma yang dikatakan bagus dalam mengekalkan tenaga semasa proses bersalin, anda juga boleh mengamalkan kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Selain memudahkan bersalin, amalan pemakanan ini dipercayai dapat membantu mengelakkan bayi daripada mengalami jaundis.Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil
Ada sesetengah wanita hamil memilih surah tertentu untuk dibaca ketika hamil. Sebenarnya tidak perlu memilih surah untuk diamalkan, sebaliknya baca kesemua surah adalah lebih baik. Sebaik-baiknya dalam tempoh sembilan bulan kehamilan, cuba khatam Al-Quran, paling kurang sekali.Amalkan Surah Maryam
Sepanjang hamil, jangan mengelak dan malas untuk membaca Surah Maryam setiap hari. Surah ini sesuai diamalkan dengan tujuan memudahkan proses bersalin. Ada pendapat menyarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam keadaan sujud itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan bersalin.Kerap Bersama Suami
Pada saat akhir menanti kelahiran, keraplah melakukan hubungan seks dengan suami. Doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh merangsang kontraksi.Berendam Sebelum Ke Hospital
Sebelum ke hospital, si ibu hamil di galakkan berendam di dalam tab mandi berisi air suam.Ia di percayai dapat mempercepatkan proses bersalin. Jika tiada tab mandi di rumah, si ibu boleh juga menggunakan kolam mandi kanak-kanak bagi tujuan ini.Pastikan Tenaga Mencukupi
Tenaga mencukupi adalah penting sebelummemasuki bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya bagi mengelakkan si ibu berasa lapar dan mudah letih sewaktu dalam proses bersalin.Posisi Bersalin
Semasa dalam proses bersalin, si ibu juga boleh mengaplikasi apa jua jenis posisi yang dirasakan selesa bagi mereka. Apa yang penting di ibu jangan berbaring sahaja, kerana akan melambatkan proses pembukaan serviks. Sebaliknya, banyakkan berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selepas mengalami fasa kontraksi.Jangan Meneran
Jika belum tiba waktu yang betul-betul untuk bersalin, jangan sesekali meneran. Kawal pernafasan dengan menarik nafas secara mendalam dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.Amalan doa dan Selusuh
Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan, disamping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Selain itu boleh juga dipraktikkan menyapu minyak selusuh di perut dari atas ke bawah, untuk tujuan memudahkan bayi keluar bila tiba masanya kelak.
ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
Tiada ulasan:
Catat Ulasan