SAYUR-SAYURAN VS SUPLEMEN? MANA YANG PENTING?
"Eh perlu ke akak makan suplemen? Hari-hari akak makan sayur tau!"
Pernah tak korang berfikiran sebegitu? Rasanya ramai je rakyat Malaysia yang berfikiran makan sayur dah cukup segala nutrisi dalam badan.
Tetapi tahukah korang bukan semua sayur mampu memberikan 100% nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita? Kecuali jika anda betul-betul mengamalkan sayur-sayuran yang betul-betul organik, bermula dari tanah yang digunakan,baja dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia langsung.
Bukan itu aje, kalau korang jenis yang memang masak setiap hari dan menggunakan bahan semulajadi tanpa msg dan sebagainya dan sayur yang dimasak tidak terlebih masak. Ha! Ini boleh dikatakan hampir 100% ,korang dapat segala nutrisi daripada sayur tersebut.
Rata-rata ramai juga rakyat Malaysia yang jarang memasak dirumah, kebanyakannya makan diluar, disebabkan kengkangan masa untuk mereka menyediakan juadah di rumah. Walaupun dalam juadah korang ada juga sayur-sayuran, tetapi bukan semua kedai / restoran makanan menggunakan sayur sayuran organik. Ini kerana sayur -sayuran organik ni harganya agak mahal dipasaran tau!.
Sebab tu ada juga yang makan makanan yang seimbang dan cukup pengambilan vitamin melalui sayur dan buah tetapi tetap juga mengalami penyakit kronik.
TAHU TAK SEBAB APA?
Ini kerana kandungan nutrien dalam sayur tersebut telah berkekurangan kerana disebabkan banyak faktor.
Antaranya:
🍀Tanah pertanian didapati kurang berkualiti Rata-rata peniaga sekarang hanya mengira keuntungan semata-mata. Penggunaan racun perosak,serangga dan penggunaan baja kimia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti nutrien dalam sayur tersebut. Keadaan tanah zaman atok -atok kita dahulu dah tak sama dengan zaman sekarang.
🍀Tubuh badan kita yang setiap hari terdedah dengan pencemaran alam seperti asap kereta,asap kilang,pencemaran radiasi daripada hphone,barangan elektrik dan komputer, merupakan penyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh badan kita dan boleh mengakibatkan penyakit kronik datang menyerang.
🍀Seringkali dalam keadaan stress dan tertekan juga penyumbang kepada sistem imun badan menjadi rendah.
🍀Barangan yang kita guna hari-hari juga banyak mengandungi bahan kimia seperti sabun, barang plastik, pewangi dan sebagainya boleh menyebabkan tubuh badan kita terdedah dengan penyakit.
🍀Cara sayur tu dimasak dan penggunaan bahan perasa juga boleh menyebabkan hilang nutrien yang terkandung di dalam sayur.
Jadi sebab itulah pada zaman kini, walau kita pengamal sayur organik sekalipun, ada juga yang mengalami penyakit kronik.
Ini kerana jumlah nutrien yang terkandung dalam sayur tidak mencukupi untuk menghalang serangan radikal bebas yang setiap hari menyerang tubuh badan kita, yang boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah. Bila sistem imun dah lemah,penyakit pun senanglah bertandang..
Disebabkan faktor inilah fungsi suplemen diperlukan untuk top upkan bekalan nutrien yang tidak mencukupi dalam tubuh badan kita.
Makanan seimbang tetap menjadi pilihan utama disamping penggunaan vitamin/suplemen sebagai pelengkap nutrien kita untuk bantu sel dalam badan sihat dan dapat melawan radikal bebas yang menjadi punca kepada penyakit kronik.
Jadi memanglah penting untuk kita ambil sayur-sayuran dan suplemen setiap hari. Kedua-dua amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sayur-sayuran dan suplemen saling melengkapi keperluan nutrisi dalam tubuh kita.
Fikirlah secara bijak, pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Jika kita ingin hidup dalam keadaan sihat disamping keluarga tercinta, perlulah mengamalkan sayur-sayuran dan suplemen dalam keperluan harian kita bagi mengimbangi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari.
SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER
RABIATUL Sayur-5584478
pengedarShakleeRawang
pengedarShakleeJalanTARKLCC
pengedarShakleeSelayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan