Selasa, 31 Oktober 2017

Set Kesuburan Lelaki: Sperma Tidak Sihat Punca Isteri Tidak Hamil

SPERMA TIDAK SIHAT PUNCA ISTERI SUKAR HAMIL


Mentaliti masyarakat kita apabila jika ada pasangan yang berkahwin tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat akan menyalahkan kepada pihak perempuan. Mereka terus menunding jari mengatakan si isteri tidak subur dan mandul.

Tapi tahukah anda, masalah ketidaksuburan ni juga berlaku pada kaum lelaki. Lelaki juga mempunyai masalah yang sama seperti perempuan, mandul dan tidak subur salah.


Kemandulan lelaki boleh berlaku disebabkan banyak faktor termasuklah dalaman dan luaran.

Menurut Dr. Muhilan Parameswaran, perunding Urologi, MBBS (India), beliau mendapati melalui sebuah kajian dalam nisbah enam orang lelaki, salah seorang lelaki akan mengalami masalah sperma tidak berkualiti.


Apakah faktor yang menyebabkan Sperma tidak berkualiti dan tidak sihat?

Faktor-faktornya adalah seperti berikut:

1 )Pengambilan Ubat Terlarang 
Pengambilan ubatan terlarang akan menyebabkan suami mengalami impotensi dan ereksi yang lemah.

2) Pengambilan Stroid 
Seperti sedia kita maklum, kesan daripada pengambilan stroid dalam jangka masa amat merbahaya, salah satunya kesan terhadap kesuburan contohnya, mengambil suntikan untuk otot.

3)Alkohol /Minuman Keras 
Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan sperma akan menjadi lemah dan tidak berkualiti dan seterusnya tidak dapat hidup lama dan berenang mencari Sel telur isteri.

4)Senaman Yang Melampau 
Senaman yang melampau akan menyebabkan suhu tubuh meningkat terutama daerah skrotom, iaitu daerah sperma dibentuk. Lingkungan sperma harus suhu lebih rendah daripada badan.

5) Kekurangan Vitamin C  
Vitamin C amat penting bagi lelaki untuk sistem reproduksi lelaki.   Kekurangan vitamin c didalam makanan boleh sebabkan kemandulan!
Haa serius je bunyinya. Vitamin C ni sebenarnya membantu pergerakan sperma , salah satu syarat sperma yang bagus adalah pergerakan yang bagus untuk mencari sel telur isteri. jangan abaikan ye lepas ni. 

6)Merokok 
Merokok yang terlampau juga boleh menjejaskan kesihatan. Sebenarnya merokok boleh menjejaskan kesuburan  sperma lelaki.
Kenapa?
Merokok yang terlampau akan akan menyebabkan pembuluh darah  menyepit sehingga zat-zat yang membantu pembentukan sel sperma akan terjejas.

7)Pengambilan Nutrisi Makanan Yang Rendah 
Pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak teratur juga penyumbang kepada masalah ini kerana ia menurunkan kualiti sperma.

8)Pekerjaan
Pekerjaan yang lingkungan merbahaya,seperti mengendalikan bahan-bahan kimia , sinar radioaktif , ini akan mengurangkan kualiti sperma. 

9)Jenis Seluar 
Jenis seluar yang terlampau ketat juga adalah faktor tidak elok , kerana bila pakai seluar yang terlampau ketat, suhu bahagian penghasilan sperma menjadi panas. suhu yang panas tidak elok untuk penghasilan sperma.

10)Ubat Antibiotik 
Jika terlampau banyak dan jangka masa lama pengambilan ubatan jenis ini untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu, akan menurunkan kualiti sperma atau boleh menjadi mandul. jadi berbincanglah dengan doktor sebelum mengambil sebarang antibiotik.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Jika ada perkara-perkara di atas pada diri anda, silalah ubahkan gaya kehidupan kepada lebih bagus untuk menjaga kualiti sperma anda supaya si isteri boleh hamil.

Sebaiknya berbincanglah dengan isteri untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Seelok-eloknya suami dan isteri perlu bersepakat untuk pergi berjumpa doktor dan menjalani ujian kesuburan supaya peluang untuk mendapatkan zuriat adalah cerah.
In Shaa Allah .

Untuk menghasilkan kualiti sperma yang baik, boleh juga mengamalkan vitamin sebagai makanan tambahan anda. Antaranya  VivixVitamin ECOQ Health Plus dan disamping boleh juga mengamalkan set kesihatan optimum seperti BComplex, Vitamin C dan Vitalea.

Vitamin E

 
📍Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormon seks samaada kepada kelaki mahupun perempuan.
📍Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki.
📍Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
📍Kajian lain juga mendapati bahawa vitamin E mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti sperma. 📍Dalam satu kajian menunjukkan bahaea pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada sperma normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.
📍Dalam masa yang sama, Vitamin E sangat bagus untymuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testisterone.

CoQ Health Plus


 📍CoQ10 amat penting untuk kesuburan lelaki kerana tahap kesuburan lelaki dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma.
📍Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesuburan Sperma. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi.
📍CoQ10 juga dapat meningkatkan kualiti air mani dan sel sperma serta meningkatkan pergerakan sperma.
📍CoQ10 ini juga mengandungi vitamin E dan ekstrak teh hijau untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan.

Vivix

 
📍Kaya dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang mampu meningkatkan penghasilan sperma,memanjangkan jangka hayat sperma dan memberi tenaga pada sperma.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai Set Kesuburan Lelaki bolehlah PM Kak Tun di talian berikut..

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang, Jalan TAR / KLCC dan Selayang.

Selasa, 24 Oktober 2017

Pentingnya Protein Untuk Kecantikan Seseorang Wanita

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh fitnessxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan Protein bagi kaum wanita sangatlah diperlukan bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga.



Beberapa lagi kajian menunjukkan bahawa wanita lebih memerlukan protein untuk mencapai tahap kesihatan yang sama dengan lelaki.
Sesetengah pakar pemakanan menyarankan bahawa wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 hingga 60gram protein setiap hari. 
Kenapa  pengambilan Protein penting dalam diet harian kita?

Sebenarnya pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzin dan hormon, menyokong sistem imun badan dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Sebenarnya sumber protein dalam diet kita ni adalah daripada sumber berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya protein daripada haiwan adalah seperti daging, telur, ikan, ayam dan susu. Manakala protein daripada tumbuh tumbuhan pula daripada sumber sayue dan  kekacang seperti kacang soya, badam, gajus,brokoli, bayam, asparagus dan lain-lain.


Protein berasaskan haiwan


Protein berasaskan tumbuhan

So, apa kaitannya pengambilan protein dengan kecantikan wanita?



Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan KESIHATAN dan KECANTIKAN.

1. Membantu Mengekalkan Berat Badan Ideal
Melebihkan protein di dalam diet pemakanan kita dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membantu mengurangkan TISU LEMAK dalam tubuh. Jika kita mengamalkan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Jadinya para wanita yang nak kuruskan badan,make sure korang ambil lebih protein tau! 

2. Membantu Mengawal Lapar
Jika kita mengamalkan pengambilan sajian tinggi protein seawal pagi seperti salad dan yorgurt bersama-sama dengan buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3.  Membuat Anda Rasa Kenyang
Pengambilan makanan yang tinggi protein membantu kita mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protein Membantu Membakar Lebih Banyak Kalori
Jika dibandingkan diet tinggi karbohidrat dengan diet tinggi protein ia akan mencetuskan "proses thermogenesis" yang lebih tinggi. Apa itu Proses Thermogenesis ni? Thermogenesis ini adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5. Penting Untuk Penjagaan Tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap KALSIUM dalam badan. 

Biar betul?

Tahu tak jika kita mengamalkan diet rendah protein, iakan memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium dalam badan kita akan diperolehi daripada sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang. Sebab tulah wanita mudah mengalami masalah OSTEOPOROSIS.

Jadinya ibu hamil dan yang menyusukan anak, wajib melebihkan pengambilan protein dalam pemakanan mereka kerana mereka berkongsi zat  dengan bayi mereka.

6. Membantu Melawan Penuaan
Apabila wanita meningkat umur, mereka akan mudah kehilangan jisim otot melalui proses penuaan seseorang. Jadi untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot, maka pengambilan protein yang betul sangatlah penting disamping melakukan senaman yang teratur.

7. Melindungi Diri Daripada Stress
Stress ni bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah stress juga membuatkan segaka sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon kita. 

Apabila seseorang itu mengalami stress, hormon kortisol akan meningkat. Bila kortisol tinggi, pembinaan protein akan menurun dan asid amino akan diproses menjadi gula.

Jadi wanita sememangnya disarankan mengambil lebih protein daripada jumlah yang disarankan kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8. Bagus Untuk Kesihatan Kulit
Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pemgambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv atau sunburn pada kulit wajah kita. Protein juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa kelihatan mulus, gebu, awey muda dan sentiasa tegang.

9. Bagus Untuk Rambut
Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Jadinya jika korang inginkan rambut yang sihat dan lebat maka perlulah memgambil jumlah protein yang memcukupi. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, masalah keguguran serta pertumbuhan rambut dapat diatasi. Jangan stress selalu tau!

10. Kerap Makan Makanan Yang Berunsurkan Protein
Ramai yang beranggapan untuk memiliki tubuh badan yang cantik dan mengiurkan perlu mengambil jumlah sayur sayuran yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein dan karbohidrat. Jika anda berfikir begitu, anda SALAH
Ini kerana pengambilan jumlah protein yang mencukupi untuk tubuh badan kita melalui diet seimbang amatlah penting kerana protein mempunyai asid amino yang membantu tubuh badan kita dalam pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut. Jadi janganlah korang menyekat atau menghadkan  hidangan yang mengandungi sumber Protein ni dalam menu pemakanan anda seharian.

Ha! Sekarang korang dah tahulah kan wanita sememangnya lebih memerlukan Protein berbanding lelaki. 

Jadi mulai daripada hari ni, jika anda seorang WANITA yang mementingkan KECANTIKAN, maka perbanyakkan jumlah protein dalam menu harian kita seharian. Ini kerana dengan pengambilan protein yang betul, secara tidak langsung akan membuatkan anda kelihatan cantik sentiasa dan dalam pada masa yang sama mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan wanita. 

Untuk kelihatan Cantik sentiasa bijaklah memilih menu pemakanan anda! 

Kalau nak senang dan mudah untuk dapatkan sumber PROTEIN setiap hari, Kak Tun cadangkan korang amalkan aje ESP - Soy Protein Isolate Powder ni.

✔️Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

✔️Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.




YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Selayang, Jalan TAR / KLCC

Isnin, 23 Oktober 2017

Selamatkah ESP Shaklee Untuk Pesakit Diabetes Dan Ibu Hamil Yang Ada GDM

Adakah minuman ESP ni sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu hamil yang ada GDM?



Diabetes atau kencing manis adalah satu penyakit yang boleh dikatakan sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. 

Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit diabetes sehinggalah mengalami pelbagai gejala penyakit yang boleh menjejaskan kualiti hidup mereka.

 Sebelum itu mari kita ambil tahu dahulu bagaimana diabetes boleh terjadi kepada kita.

Faktor Penyebab Penyakit Diabetes atau Kencing Manis

1. Stress / Tension 
Apabila kita gagal menguruskan stress, stress yang tinggi akan melemahkan sistem imun badan kita. 

2. Kurang Bersenam 
Faktor yang selalu dipandang ringan adalah akibat daripada kurang melakukan aktiviti fizikal (sedentary). Senaman dapat melindungi seseorang daripada mendapat penyakit diabetes iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensiviti insulin. Apabila kita bersenam, ia dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dan gula dalam otot-otot dalam badan kita sekaligus dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah. 

3. Makan Makanan Tinggi Gula dan Lemak
Salah satu punca utama penyebab diabetes adalah makan makanan yang  tinggi gula dan lemak. Makanan seperti ini menjadi punca kepada kenaikan berat badan yang pada akhirnya meningkatkan insulin sehingga terkena risiko diabetes.

4. Berat Badan Berlebihan atau Obesiti 
Lebih daripada 85%   penderita diabetes adalah daripada faktor memiliki berat badan yang berlebihan.

5. Keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke dalam hospital mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif.



Tahukah anda, diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Adakah minuman soya ESP Shaklee boleh membantu pesakit Diabetes dan Ibu Hamil Yang Ada GDM?

Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 

Indeks Glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. 

Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang...



ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.

Tahukah anda, diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Pesakit Diabetes dan Ibu-ibu Hamil yang ada sejarah GDM?

Tahu tak korang ESP ni mempunyai kaitan terhadap sensitiviti insulin.

Antara sebab  pesakit diabetes mengalami rintangan terhadap insulin ialah kerana sel badan mereka telah kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.

Kajian menunjukkan pengambilan asid amino arginine dapat meningkatan dan memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin.

Dalam bahasa yang mudah, kehadiran arginine dalam tubuh dapat membantu sel badan untuk  lebih sensitif terhadap hormon insulin. Maka  kadar gula dalam darah pada sesuatu masa dapat dikawal dengan lebih baik.

Tahukah anda,
Dalam ESP Shaklee ada kesemua jenis asid amino termasuklah arginine tadi.

Maka sebab itulah ESP sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes bagi membantu mengawal gula dalam darah mereka.




















Kesimpulannya ESP Shaklee memang sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu-ibu hamil yang mengalami masalah GDM untuk mengamalkannya. Jangan takut untuk mencuba kerana ESP shaklee memang terbukti keberkesanannya.

Jadi lebih baik mencegah sebelum melarat.

Boleh dapatkan full set kurangkan gula untuk tahap keberkesanan yang lebih efektif lagi.



Atau jika anda tak mampu untuk mengambil  atau menelan tablet, boleh juga mengamalkan Vivix Shaklee untuk mengurangkan tahap bacaan gula anda.



YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/ KLCC
Selayang


Jumaat, 20 Oktober 2017

6 Tahun Penantian Amalan Dan Ikhtiar Demi Untuk Dapatkan Anak

"Penantian satu penyeksaan" Memang benarlah maksud ayat tersebut. Tetapi penantian dengan penuh kesabaran akan membuahkan hasil, insyaallah..


Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan..Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.

Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan  zuriat selepas berkahwin. Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah swt.

Kak Tun juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun Kak Tun dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..

6tahun Kak Tun diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut Kak Tun pernah mengalami keguguran.

Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi Kak Tun selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya,Kak Tun selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.

Sepanjang tempoh 6tahun tu Kak Tun dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.

Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita. Yang ni Kak Tun amalkan Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP dan GLA sebagai penguat hormon kesuburan.


Sebenarnya ada beberapa amalan yang Kak Tun amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya). Kak Tun mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm.

Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru Kak tun akan bercerita.

Demi kebaikan semua Kak Tun kongsikan amalan yang Kak Tun lakukan selama 4tahun lepas.

Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari).Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye..anda akan rasa nikmatnya.

Selain itu amalkan juga solat hajat,solat taubat,solat tahajud ,kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.

Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.

Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.

Yang keempat setiap kali solat Kak Tun akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.




(Doa inilah yang Kak Tun amalkan lepas solat)

Ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat tau. Bila kita stress, sistem imun badan kita akan menjadi lemah dan sedikit sebanyak akan mengganggu sistem kesuburan kira. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang kita sendiri tak tahu hasilnya, jadi jalanilah kehidupan seperti biasa.

Alhamdulillah Allah makbul juga doa Kak Tun untuk memiliki anak lagi pada awal tahun 2015.  Selama 4 tahun penantian dengan penuh kesabaran dan mengamalkan tips dari doktor dan dari ustaz.. 

Pada mulanya memang tak percaya yang diri ini dah mengandung, tapi naluri Kak Tun kuat mengatakan yang Kak Tun memang mengandung. 3kali buat ujian air kencing sendiri, perasaan masa ni bagaikan nak meletup je jantung Kak Tun ni, iyerlah takut hasilnya negatifkan. Syukur Allah dah mendengar suara hati Kak Tun, hasilnya semuanya positif.. Alhamdulillah. Syukur sekali lagi pada Allah swt yang memberi rezeki yang dinanti-nantikan ini.

Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat,jangan bersedih ye,rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang nak mengamalkan tips di atas, buatlah dengan seikhlas hati..Allah tu maha mengasihi umaynya. Inshaallah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..amin.

(Sorry terpanjang pula nukilan dari hati)😅😅


YOUR TRUSTED SID

RABIATUL

012-5584478

Cod:

Bandar Country Homes

Jalan TAR / KLCC

Selayang

Khamis, 19 Oktober 2017

Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.


Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017  hinggalah 20.10.2017.

Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!

Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?

Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-

1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.

2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.

3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.

4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.

5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita. 

Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis

3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain

4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut

5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus

6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu

Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?

📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan

📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis

📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan

📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang

📍Anda yang mempunyai masalah sembelit

📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.

Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee

• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir


Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n

Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang

Isnin, 16 Oktober 2017

Awas 14 Gejala Akibat Kekurangan Protein Yang Boleh Mendatangkan Bahaya

TAHUKAH ANDA?

"25% daripada badan kita berasal daripada PROTEIN?
Kuku, rambut,kulit, otot, urat-urat rawan dan tendon adalah dihasilkan daripada sumber PROTEIN"
- Dr. Bruce Miller -

 Kenapa PROTEIN begitu penting?

Tubuh badan kita diPERBUAT daripada protein.  Sebab, setiap SEL dalam badan kita, terbina dari rangkaian PROTEIN.

Protein diperlukan dalam tubuh badan kita untuk menggantikan TISU badan yang lama dan rosak kepada tisu yang baru.

Beberapa jenis HORMON dan beribu-ribu ENZIM juga dihasilkan daripada protein.  

Bukan itu aje, SISTEM IMUN kita yang menentang penyakit-penyakit hampir kesemuanya dihasilkan daripada protein. Jadi ia dapat menguatkan ANTIBODI badan.

Perkataan “PROTEIN” itu sendiri datangnya daripada PROTEUS yang bermaksud “YANG MENGDAHULUI" yang paling penting la maknanya.

PROTEIN terdiri daripada unit-unit yang dikenali sebagai AMINO ASID. 
SEMBILAN daripadanya dikenali sebagai AMINO ASID perlu. Maknanya perlu diambil dari sumber makanan yang kita makan hari-hari.

Oleh itu, sumber protein yang sihat diperlukan untuk membentuk sel yang sihat dan membantu organ berfungsi dengan baik.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN
🔸Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
🔸Masalah Penyakit Buah Pinggang
🔸Masalah Penyakit Hati
🔸Masalah Kolestrol Tinggi
🔸Masalah Tekanan Darah Rendah
🔸Masalah Kandungan Gula Darah Rendah
🔸Masalah Fungsi Saraf Tak Stabil 
🔸Ulser Perut dan Usus
🔸Masalah Luka Lambat Sembuh
🔸Masalah Pengaliran Darah Tidak Lancar
🔸Penglihatan Kurang Baik
🔸Masalah Badan Menggeletar
🔸Masalah Selalu letih dan Lesu
Lemah
🔸Tinggi Kandungan Air Dalam Tisu Badan
🔸Masalah Terencat Akal
🔸Masalah Ketahanan Badan Rendah Terhadap Jangkitan

GEJALA AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN

1. Anda Ingin Makan Makanan Manis

Salah satu gejala utama kekurangan protein adalah memiki keinginan yang tinggi untuk makan makanan yang manis.

Mengapa?

Ini kerana fungsi protein itu sendiri adalah mengawal kadar gula dalam darah. Bila anda kekurangan protien, kadar turun naik paras glukosa sangat ketara, kesannya anda akan terasa berkeinginan untuk mengambil makanan yang manis. Bila anda makan makanan manis,gangguan tersebut akan hilang dan meningkatkan tenaga, tetapi tenaga tersebut akan hilang dengan cepat.

2. Anda Akan Merasa Pening Kepala

Pernahkah anda terasa pening kepala secara tiba-tiba dan tidak fokus. Kalau YA itu petandanya anda mengalami gejala kekurangan protein. Ini terjadi apabila gula dalam darah anda berada dalam keadaan tidak seimbang. Ini kerana anda memerlukan sumber protein untuk keperluan tenaga.

3. Edema (Pembengkakan)

Edema @ Pembengkakan adalah gejala pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Ianya sering terjadi pada anggota kaki. Edema adalah salah satu gejala dimana tubuh mengalami kekurangan protein. Ini kerana protein sangat penting dalam menjaga keseimbangan air didalam tubuh. Tanpa protein proses penyimpanan air didalam tubuh akan terganggu.

4. Rambut Gugur

Keguguran dan rambut semakin menipis juga merupakan gejala dari kekurangan protein. Ini kerana zat protein berperanan penting dalam membangun semua sel tubuh termasuk folikel rambut itu sendiri. Bila kita kekurangan protein, kesuburan sel folikel rambut akan terganggu sehingga kesannya rambut akan mengalami keguguran yang drastik.

5. Badan Terasa Letih Dan Tak Bermaya

Kalau anda selalu dan sering mengalami keketihan yang melampau..itu tandanya annda,kekurangan sumber protein. Jika protein tidak cukup dalam badan, maka otot-otot kita mengalami keletihan sehingga tidak dapat melakukan sebarang aktiviti.
Antara ciri-ciri kekurangan protein seperti anda mudah rasa letih, sering tertidur ketika melakukan sebarang aktiviti,mudah terasa marah, merasa kurang keseimbangan pada tubuh anda dan sukar untuk fokus.

6. Mudah Jatuh Sakit

Protein juga memainkan peranan penting untuk memastikan sistem pertahanan dalam tubuh badan kita berada dalam keadaan yang kuat. Jadinya jika anda sering jatuh sakit, bukan disebabkan anda kekurangan antioksidan tetapi berkemungkinan penyebabnya juga disebabkan oleh kekurangan protein.

7. Luka Lambat Sembuh

Kulit merupakan organ yang melindungi tubuh manusia dan mudah terdedah kepada luka. Jika berlakunya kecederaan asid amino yang terkandung didalam protein berperanan dalam menyembuhkan luka. Bila tubuh kekurangan protein, maka proses penyembuhan luka menjadi lambat sembuh.

8. Sukar Untuk Tidur

Bila anda mengalami kesukaran untuk tidur, itu tandanya tubuh badan anda kekurangan zat serotonin,iaitu salah satu asid amino yang terkandung  di dalam protein.

9. Sakit Kepala

Pernah tak terjadi secara tiba-tiba anda mengalami sakit kepala? Ini juga merupakan gejala kekurangan protein dalam badan.

10. Garis Putih Pada Kuku

Cuba korang perhatikan, ada tak tanda-tanda garis putih dibahagian bawah kuku jari tangan dan kaki? Jika ada, petandanta anda kekurangan protein.

11. Ruam

Salah satu petanda anda mengalami kekurangan protein adalah munculnya ruam dibahagian kulit. Bukan itu aje malah boleh disertai dengan kulit kering dan mengelupas.
 
12. Turunnya Berat Badan

Penurunan berat badan secara mendadak adalah salah satu faktor anda mengalami kekurangan protein. Perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh penyusutan otot akibat kekurangan pengambilan protein.  Ini kerana otot kita dihasilkan daripada protein, jadi bila jumlah protein tidak mencukupi otot akan menyusut dan akan mengalami penurunan berat badan. 

13. Penyakit Jantung

Kadar degupan jantung seseorang dipengaruhi oleh jumlah protein di dalam tubuh badan. Ini kerana, jika tubuh seseorang kekurangan protein, maka kadar denyut jantung yang boleh dihasilkan adalah sangat rendah iaitu dibawah 60 kali denyutan dalam satu minit.

14. Gangguan Otak

Otak merupakan pusat saraf manusia agar kita dapat mengawal, berfikir serta mampu menggerakkan tubuh. Jika seseorang kekurangan protein, maka kecepatan berfikir seseorang itu menjadi rendah bahkan boleh mengakibatkan gangguan, mudah stress, mengami depresi atau tekanan emosi yang teruk.

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. 

Penyakit akibat kekurangan protein boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan makan makanan yang mempunyai diet harisn yang mencukupi dan seimbang dengan mengambil kira keperluan nutrisi protein sekali.

Oleh itu, PROTEIN yang berKUALITI ialah yang mengandungi semua SEMBILAN ASID AMINO perlu dengan amaun yang sesuai. 

Sesetengah protein tidak mengandungi semua asid amino perlu dan ini akan memdatangkan masalah pada tubuh badan kita.

Terdapat banyak jenis protein yang dijual di pasaran. Tapi kualiti perlu diteliti untuk meyakinkan diri kita mendapat keperluan protein sepenuhnya demi mencapai kesihatan optimum.

Jadi buatlah pilihan yang bijak. ESP SHAKLEE adalah sumber prorein yang terbaik untuk anda kerana ia 
menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.


YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/ KLCC dan Selayang