Rabu, 4 Oktober 2017

Rambut Gugur Teruk Akibat Anak Suka Menyembur? Fakta Atau Mitos

Sejak akhir-akhir ni, banyak pulalah rambut yang berguguran bila time mandi. Pastu penuh je rambut berkumpul kat tempat 'floor trap' tu. Belum lagi tengok masa sikatkan rambut..adui!! bertaburan kat atas lantai. Kalau hari-hari macam ni sahlah cukup sebulan botak terus rambut Kak Tun ni.

Masa lahirkan Hannah tak derlah pula rambut gugur seteruk ini.. Nasiblah badan..


Tapi betul ke orang tua-tua kata kalau lepas bersalin, bila anak dah mula menyembur dan suka buat buih rambut si ibu akan banyak yang gugur? Kalaulah betul, abislah botak terus Kak Tun lepas ni.

Tapikan daripada pemerhatian Kak Tun, bila ada baby je kenapa baru terjadinya fenomena rambut gugur? 


Nak tahu kenapa?

9 PERKARA YANG PERLU IBU-IBU TAHU

1- Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru lepas bersalin hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2- Ibu-ibu harus faham, hormon yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3- Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ibu-ibu tidak perlu panik kerana ibu-ibu tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulangtahun pertama.

4- Biasanya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut, 5-15% adalah berada dalam keadaan peringkat sedang berehat.

5- . Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya terjadi ketika ibu-ibu menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut yang baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6- Ketika hamil, peningkatan hormon estrogen menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.

7- Namun selepas bersalin, paras hormon kembali normal dan dua hingga tiga bulan selepas itu, ibu-ibu akan mengalami keguguran rambut berbanding dahulu.

8- Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin.

9- Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Ha! dah tahu penyebabnya? 

Rupanya rambut gugur selepas bersalin adalah disebabkan oleh hormon si ibu. Jadi silalah bertabah wahai ibu-ibu sekalian..

Selain tu, ada juga punca dan penyebab lain yang menyebabkan keguguran rambut ni, antaranya seperti berikut:

1) penggunaan shampoo yang salah 

2) baka atau keturunan

3) Faktor pemakanan

4) Faktor obesiti

5)kitaran haid tak menentu

6) Kekurangan sumber protein dan zat besi dalam badan

7) stress

Adudu.. seram pula bila terpandang jumlah rambut yang berguguran tu..
Tapikan Kak Tun percaya mesti ada jalan penyelesaian untuk masalah rambut gugur lepas bersalin.

Disini ada beberapa cara yang boleh kita praktikkan untuk mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin,antaranya:

1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.

2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.

3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.

4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.

5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.

6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.

7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.

Nak lagi mudah ambil je vitamin tambahan untuk rambut seperti :

Energizing Soy Protein

Mendandungi 9 jenis asid amino penting dan sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita. ESP membantu menguatkan akar rambut dan menghasilkan rambut yg sihat .

B complex

Mengandungi 8 jenis sumber vitamin B yang lengkap. Pengambilan B Complex amatlah penting untuk mencegah uban, perbentukan rambut yg sihat tidak bercabang dan tidak mudah retak.

Vita-lea

Merupakan multivitamin yang lengkap dan memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan kita. Vitalea membantu dalam menguatkan rambut dan menghasilkan rambut lebih tebal dan lebat.

Korang NAK rambut yang SIHAT ?

Pasti kan zat-zat dalam badan mencukupi untuk keperluan seharian kita..

Jangan pandang remeh tau rambut gugur ni, silap hari bulan langsung botak yeee..

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Rawang
          Jalan TAR/ KLCC
          Selayang 

Tiada ulasan: