"Penantian satu penyeksaan" Memang benarlah maksud ayat tersebut. Tetapi penantian dengan penuh kesabaran akan membuahkan hasil, insyaallah..
Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan..Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.
Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan zuriat selepas berkahwin. Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah swt.
Kak Tun juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun Kak Tun dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..
6tahun Kak Tun diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut Kak Tun pernah mengalami keguguran.
Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi Kak Tun selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya,Kak Tun selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.
Sepanjang tempoh 6tahun tu Kak Tun dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.
Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita. Yang ni Kak Tun amalkan Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP dan GLA sebagai penguat hormon kesuburan.
Sebenarnya ada beberapa amalan yang Kak Tun amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya). Kak Tun mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm.
Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru Kak tun akan bercerita.
Demi kebaikan semua Kak Tun kongsikan amalan yang Kak Tun lakukan selama 4tahun lepas.
Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari).Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye..anda akan rasa nikmatnya.
Selain itu amalkan juga solat hajat,solat taubat,solat tahajud ,kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.
Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.
Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.
Yang keempat setiap kali solat Kak Tun akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.
(Doa inilah yang Kak Tun amalkan lepas solat)
Ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat tau. Bila kita stress, sistem imun badan kita akan menjadi lemah dan sedikit sebanyak akan mengganggu sistem kesuburan kira. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang kita sendiri tak tahu hasilnya, jadi jalanilah kehidupan seperti biasa.
Alhamdulillah Allah makbul juga doa Kak Tun untuk memiliki anak lagi pada awal tahun 2015. Selama 4 tahun penantian dengan penuh kesabaran dan mengamalkan tips dari doktor dan dari ustaz..
Pada mulanya memang tak percaya yang diri ini dah mengandung, tapi naluri Kak Tun kuat mengatakan yang Kak Tun memang mengandung. 3kali buat ujian air kencing sendiri, perasaan masa ni bagaikan nak meletup je jantung Kak Tun ni, iyerlah takut hasilnya negatifkan. Syukur Allah dah mendengar suara hati Kak Tun, hasilnya semuanya positif.. Alhamdulillah. Syukur sekali lagi pada Allah swt yang memberi rezeki yang dinanti-nantikan ini.
Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat,jangan bersedih ye,rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.
Bagi yang nak mengamalkan tips di atas, buatlah dengan seikhlas hati..Allah tu maha mengasihi umaynya. Inshaallah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..amin.
(Sorry terpanjang pula nukilan dari hati)😅😅
YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478
Cod:
Bandar Country Homes
Jalan TAR / KLCC
Selayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan