Khamis, 12 Disember 2013

KELEBIHAN SUSU BADAN



MENYUSU BADAN MEMBUATKAN KANAK-KANAK LEBIH CERDIK




Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.

Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.



ISU PENTING SEBELUM HAMIL


Perkara penting yang anda perlu buat sebelum anda bercadang untuk hamil



Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, tapi tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik. Ada beberapa isu penting yang anda harus buat sebelum melangkah kealam kehamilan.

Makan asid folik

Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.

Jangan merokok dan meminum alkohol

Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.

Kurangkan minuman berkafin

Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.

Pastikan berat badan optimal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.

Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.

Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Bersenamlah
Mulalah bersenam secara teratur dan anda akan dihadiahkan dengan badan yang sihat semasa hamil. Tambahan pula, peluh yang keluar boleh mengurangkan tekanan yang boleh menganggu peluang anda untuk hamil. Senamrobik, weight training dan yoga 2-3 kali seminggu boleh menambah stamina anda sekaligus meninggikan peluang anda untuk kehamilan yang sihat.

Jumpa doktor gigi anda!
Jangan sesekali lupakan tentang kesihatan mulut anda. Gigi dan gusi yang terkena jangkitan dikaitkan dengan keguguran dan kelahiran pra-matang. Ada juga penyelidikan mengatakan ia boleh meninggikan risiko pre-eclampsia, sejenis penyakit darah tinggi semasa mengandung. Pastikan anda mendapat kesihatan gusi dan gigi yang optimal kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil boleh menyebabkan gigi dang gusi anda yang dah tersedia rosak, menjadi semakin teruk semasa hamil.

Pastikan anda tahu sejarah perubatan keluarga anda dengan mendalam.

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah kelahiran cacat, down syndrome, kelahiran kembar, thalasemia dan sebagainya, pastikan doktor anda diberitahu kerana sekiranya ada, mungkin anda dan pasangan anda perlu untuk menjalani ujian genetik sebelum anda bercadang untuk hamil.

Jumpa doktor anda

Sebelum cuba untuk mengandung, disarankan, anda berjumpa dengan doktor anda untuk beberapa siri ujian dan pemeriksaan untuk memastikan samada badan anda benar-benar bersedia untuk hamil. Ujian antibodi untuk chicken pox dan rubella mungkin akan diambil sekiranya anda belum masih belum dijangkiti. Anda mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan immunisasi terhadap jangkitan ini sekiranya ujian antibodi didapati negatif. Sekiranya anda mendapat jangkitan ini semasa hamil, anda boleh mendapat komplikasi yang serius. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil vaksin tersebut pastikan anda tidak hamil sekurang kurang untuk sebulan selepas suntikan.

Kira hari anda subur

Mengetahui hari subur anda dengan tepat boleh meninggikan peluang hamil. Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang normal, anda boleh mengira hari subur anda dengan mengira tarikh ovulasi. Untuk lebih tepat, catatkan suhu badan asas (BBT) setiap pagi dan perhatikan perubahan mukus yang keluar dari faraj. Terdapat juga kit ovulasi di farmasi dan kedai ubat tapi ia mungkin agak mahal.


Hindari dari jangkitan!

Sangat penting untuk anda mengubati segala jenis jangkitan kuman yang ada sebelum hamil terutamanya yang mungkin akan memudaratkan kandungan anda. Jauhkan dari makanan separa masak seperi susi mentah. Makanan sebegini mungkin mengandungi kuman-kuman berbahaya yang boleh memudaratkan bayi anda dan meninggikan risiko untuk keguguran dan kematian anak dalam rahim. Basuh tangan selalu apabila mengendalikan makanan dan pastikan perti sejuk anda berada pada suhu yang optimal untuk mgurangkan pembiakkan kuman pada makanan. Pakailah sarung tangan semasa mengendalikan tanah atau semasa menguruskan najis kucing. Toxoplama yang terdapat dalam tanah dan najis kucing boleh menjangkiti anda dan memberi kesan kepada kandungan anda.

Hindarkan bahaya persekitaran!
Sesetengah kerja boleh memberikan bahaya untuk anda dan bayi. Sekiranya anda secara rutin terdedah kepada bahan kimia dan radiasi, anda perlu membuat sedikit perubahan sebelum mencuba untuk hamil. Perlu diingatkan, sesetengah produk seperti pestisid, alat pencuci dan plumbum dalam air minuman boleh memberi bahaya kepada bayi yabg terbentuk. Berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengatasinya

Dan juga,....fikirkan..adakah anda betul-betul bersedia untuk menimang cahayamata! Menjadi ibu dan bapa merupakan tanggunjawap seumur hidup dan adalah penting untuk anda dan suami bersedia sepenuhnya untuk itu.

Terdapat beberapa kunci pertanyaan untuk diambil kira:
Adakah anda berdua sudah komited untuk menjadi ibubapa
Adakah anda sudah terfikir bagaimana untuk menangani tangungjawap menjaga anak dan mengimbangi kerja dan keluarga
Adakah anda bersedia untuk membuat tabiat lama seperti tidur pada hari ahad, menuntun wayang dan sebagainya
Adakah anda bersedia untuk mengaji orang gaji atau mencari penjaga untuk menjaga anak sekiranya sekranya anda perlu keluar tanpa bayi.
Adakah anda sudah bersedia secara emosi, fizikal dan financial. Sekiranya jawapan anda adalah YA…anda sudah bersedia untuk jadi ibu dan bapa.

MERANCANG UNTUK HAMIL

FAHAMI SISTEM REPRODUKSI

Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

Kitaran Haid
Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.



Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.

Ovulasi



Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.

Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.


Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.


Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.
Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?



Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim. Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.

Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .


*** Ehsan dari: alamhamil.com
(portal kehamilan Malaysia)

SISTEM KESUBURAN WANITA

Sistem kesuburan wanita disebabkan banyak punca, misalnya organ ovari yang besarnya hanya 2.5 hingga 3 cm mempunyai fungsi yang besar seakan-akan testis bagi lelaki. Kekurangan hormon wanita menyebabkan wanita ditumbuhi bulu-bulu halus di wajah seperti misai. Hormon wanita yang seimbang amat penting dalam menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan.


Sistem Reproduksi wanita



4 hormon yang terlibat dalam kesuburan wanita.


FSH - 
bertindak ke atas ovari bagi membantu telur membesar 
LH - membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia utk                            persenyawaan.
Estrogen - menyediakan tempat selesa dan sesuai utk telur membesar 


Progesteron - menyokong janin agar dapat membesar dgn baik

FSH dan LH dirembeskan dari kelenjar pituitari di otak untuk bertindak ke atas ovari. Manakala estrogen dan progesteron pula dikeluarkan dari ovari dan kelenjar adrenal di puncak buah pinggang. Antara sebab empat hormon utama tidak seimbang adalah pemakanan tidak teratur atau produk kesihatan tidak sesuai menyebabkan hormon lelaki semakin tinggi dan hormon wanita berkurangan.Ini akan menyebabkan SIndrom Polisistik Ovari atau Polycstic Ovarian Syndrome (PCOS). Biasanya setiap bulan satu telur membesar dengan bantuan hormon FSH dan pada masa yang sama, rahim tidak mengeluarkan hormon tetapi mendapat arahan daripada ovari. Organ rahim menerima arahan ovari dan menyediakan tempat selesa dan sesuai seakan tilam yang diuruskan oleh hormon estrogen.

"Apabila telur membesar sehingga 2cm, LH akan membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia di mana persenyawaan berlaku. Selepas persenyawaan secara semulajadi berjaya, ia akan bergerak dan menetap di tilam rahim", Kata Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran

Sementara itu hormon progesteron akan menyokong janin agar dapat membesar dengan baik.

berjuta sperma akan berenang untuk memasuki kilang telur


Punca hormon lelaki meningkat pada wanita

1. Pemakanan

2. gaya hidup

3. usia hamil yg meningkat

4. penyakit seperti diabetes yg menyebabkan hormon lelaki meningkat lebih drpd biasa

Bila salah salah satu hormon terganggu ini akan menyebabkan wanita sukar hamil dan mudah mengalami keguguran. Bagaimanapun terdapat beberapa hormon lain yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan:-

1. Hormon tiroid yang tidak stabil boleh menyebabkan hormon FSH/LH tidak stabil.

2. Hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas bertugas menghadamkan gula dalam darah. Diabetes akan menyebabkan pengeluaran insulin rendah dan gula tidak dapat dihadamkan tetapi masuk ke dalam aliran darah dan bukan ke organ yang memerlukan. Ini memberikan kesan buruk kepada fungsi ovari.

3. Hormon prolaktin biasanya dirembeskan dari kelenjar pituitari berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu. Apabila ibu sedang menysusu, paras prolaktin adalah tinggi dan mereka biasanya tidak di datangi haid. Wanita dengan prolaktin tinggi akan menyebabkan pusingan haid menjadi kacau bilau. Tempoh pusingan haid normal bagi seorang wanita adalah 24 hingga 35 hari.

4. Obesiti juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil maka wanita perlu mempunyai berat badan yang ideal.

5. Stress atau tekanan biasanya akan menyebabkan pengaliran darah semakin laju dan jantung berdegup kencang. Ketika stress darah akan mengalir ke organ penting seperti otak dan jantung. Darah akan kurang mengalir ke organ lain seperti ovari.

Rawatan:
Kebiasaannya pesakit akan di diagnosis mengenai sejarah kesihatan, menjalani pemeriksaan hormon dalam darah dan ujian ultrasound. Jika persenyawaan semulajadi tidak berjaya terdapat kaedah alternatif seperti:


IUI 
adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah dibersihkan/diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.



ICSI 
di mana ia dapat mengatasi masalah sperma atau kadar persenyawaan lemah. Kaedah in hanya memerlukan satu sperma untuk disuntik ke dalam ovum dan persenyawaan berlaku secara manual.



IVF 

di mana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub dan dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopia.
Keinginan wanita utk mendapatkan anak setelah berkahwin memang tinggi

 

SET KESUBURAN

Apabila melalui alam perkahwinan, semua pasangan mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi mengeratkan dan menceriakan rumahtangga mereka.

Namun ada ramai pasangan yang telah berkahwin lebih dari 2 tahun ke atas, tidak begitu bertuah untuk memiliki anak dari darah daging mereka sendiri. Alhamdulillah...... syukur kepada Allah SWT kepada pasangan yang berjaya memiliki anak2 yg comel dan sihat. Didik dan jagalah mereka dengan baik.

Adakalanya wanita mengalami masalah hormon yang tidak seimbang atau mempunyai lebih hormon lelaki. Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang.


Jom Cuba Set Kesuburan Shaklee yang memang terbukti berkesan pada yang telah mencubanya.. Tapi perlu diingatkan Set Kesuburan Shaklee hanyalah salah satu cara kita berikhtiar untuk mendapatkan anak... Yang penting kita perlu meningkatkan doa pada ALLAH SWT dan MESTI bergantung harap pada ALLAH SWT. Dia Maha Mendengar setiap rintihan kita dan Maha Memberi apa yang di minta..INSYAALLAH..



Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  1. Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  2. Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  3. Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  4. Meningkatkan kiraan sperma.
  5. Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  6. Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  7. Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  8. Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.


Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

ESP
Membantu membentuk tisu rahim yang sihat.
Membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna bagi meningkatkan peluang persenyewaan.
Mengekalkan tenaga.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 


Untuk mendapatkan set kesuburan ni dengan harga diskaun bolehlah hubungi saya di talian 012-5584478 (sms/whatapps). or email di : atulrazali@yahoo.com. Anda boleh mendapatkan konsultasi percuma dari saya.

Boleh COD area: Batu Caves, Rawang dan Putrajaya.



Selasa, 10 Disember 2013

PUNCA PERUT BUNCIT


Bagi kebanyakan orang , semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan.Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 


Faktor pertama adalah makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. 
Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Oleh itu untuk mencegah perut buncit kita perlu makan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, roti berserat penuh, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran. 



Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. 
Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu elakkan makan berat sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur malam.




Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. 
Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. Kerana itulah dalam Islam , arak itu diharamkan. Untuk mengelakkan perut buncit , maka janganlah minum arak.




Faktor kedua adalah stress yang tidak terkawal
Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh kerana itu , kita perlu mengawal stress dengan banyak beriadah, rekreasi, bersikap positif, hidup beragama dan makan banyak buah-buahan. Kurangkan kopi kerana kandungan kafein yang berlebihan akan meningkat stress. 



Faktor ketiga yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. 
Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.



Faktor keempat adalah tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat
Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.





Faktor kelima, mempunyai kaitan dengan perubahan hormon akibat penuaan
Bagi wanita ia berlaku ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang tua yang bertubuh kecil tetapi perutnya buncit. Senaman dan makanan yang baik akan mengurangkan kesan penuaan kepada perubahan hormon.







Elakkan faktor-faktor yang menyebabkan perut buncit dengan mengamalkan tip-tips yang telah diberi.





KURUS DENGAN OMEGA??

BOLEH KURUS DENGAN PENGAMBILAN OMEGA???




Entry kali ni nak share lagi pasal Omega Guard…kali ni nak cerita bagaimana Omega Guard dapat membantu untuk kempiskan perut dan kurangkan berat badan…

Ramai dah tahu kebaikan dan khasiat Omega Guard ni kan??? Bagi yang belum pernah tengok entry2 sebelum ni tentang kebaikan Omega Guard bolehlah baca ye..

Bagaimana Omega Guard membantu anda untuk kurus???

Bila sebut minyak ikan je, saya selalu ingat ianya bagus untuk perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun badan saja, Tapi itu dululah masa zaman 'jahiliah', hehe sebelum saya try Omega pada diri sendiri... Rupa - rupanya salah satu khasiat Omega Guard ni untuk menguruskan badan juga. Memang bestlah perut pun rasa selesa jer.. xperlulah risau kalau 1 hari x ke bilik air, memang confirm akan ke bilik airlah sebabnya pembuangan toksin dan lemak yang tidak diperlukan oleh badan kita seharian.

Macam tak percayakan??? Tapi kita kenalah percaya sebab sememangnya ianya telah terbukti secara saintifik melalui kajian mengenai Omega guard ni boleh menurunkan berat badan kita..


Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega -3 Fatty Acides secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet.Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk Berjaya dalam diet…


"Fish oil suppliment may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. "
(sumber dari: http://www.live.strong.com/article/)

Ok sebenarnya Omega Guard ni fungsinya sama seperti Lechitin juga iaitu membakar lemak, tetapi yang membezakan adalah dari segi kosnya yang lebih mahal sikit dari lechitin, TETAPI Omega ni mempunyai kesan yang lebih cepat..


BAGAIMANA LEMAK OMEGA-3 BOLEH MEMBAKAR LEMAK?


  • Asid lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis)
  • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) utk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan.
  • Leptin meningkatkan metabolisma anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisma anda)
  • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga.

3 CARA OMEGA-3 LEMAK AKAN MEMBANTU ANDA MEGURANGKAN BERAT BADAN

  • Lemak Omega-3 membantu anda mengawal kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah anda
  • Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega-3
  • Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech Republik mencadangkan bahawa Omega-3 lemak menghalang pembentukan lemak badan dan kajian ini juga menyatakan bahawa Omega-3 lemak menggalakkan pembakaran lebihan lemak.

Kesimpulannya, Omega memang dapat membantu kita mengurangkan selera makan di samping membakar lemak dengan lebih cepat.





Anda berminat untuk kempiskan perut dan menurunkan berat badan??
Bertindaklah sekarang, Masa tidak akan menunggu kita, hargailah masa semasa kita dalam keadaan sihat.
Dapatkan Omega Guard anda dengan menghubungi saya untuk order dan sebarang pertanyaan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan HARGA ISTIMEWA serta tips-tips dan konsultansi secara PERCUMA
SMS / CALL : 012-5584478

FB PAGE : http://www.facebook.com/vitaminsihatalami
EMAIL : atulrazali@yahoo.com