Rabu, 15 Januari 2014

ALFALFA UNTUK PEREMPUAN

Alfalfa teman sejati wanita??? Boleh percaya ke?


Kenapa xpercaya? Anda ragu2 dgn statement ni?
Jgn rasa ragu – ragu lagi ye.
Alfalfa memang teman sejati bagi wanita.Bestkan!!
Kenapa Alfalfa ye?

Hari ini jom kita cerita pasal Alfalfa..
Kenapa Wanita Perlu Pilih!!!
Kenapa ianya penting untuk para wanita dan bagaimana ia membantu...

Antara khasiat dan kebaikannya:
1. Memberi kelegaan pada semasa haid
Masalah ni memang banyak dialami oleh kita terutama ketika remaja. Ada yang sakit sampai terguling2 menanggung rasa sakit datang haid. Dengan pengambilan alfalfa boleh mengurangkan rasa sakit ketika dating haid.


2. Merawat masalah keputihan
Wah masalah keputihan ni mmg susah bagi kaum wanita nak bercerita. Yerlah ini melibatkan bahagian keintiman kita mestilah rasa malu dan segankan.
Keputihan merupakan sesuatu yang tidak disenangi oleh para wanita. Selain menimbulkan ketidakselesaan, keputihan yang berlebihan menyebabkan perasaan rendah diri terutamanya bagi wanita yang telah berkahwin.


3. Memulihkan urat semasa bersalin
Boleh mengecutkan rahim selepas bersalin.


4. Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada para isteri
Untuk bab ni untuk yg dah berumah tangga je tau, kacip Fatimah ni tahu-tahu lah sinonim dengan apa kan? Eh, tak tahu? Sila google ye.. segan pula nk bercerita di sini..hehe.


5. Bertindak sebagai MILK BOOSTER bagi yang menyusukan bayi
Bagi yang tengah menyusukan bayi, kalau amalkan alfalfa ni susu mmg melimpah ruah sampai boleh basah baju kita sebabnya alfalfa ni akan mempertingkatkan keluaran susu kita.



6. Melegakan sakit sendi dan belakang


7. Membuang angin dalam badan
Baik utk perubahan patologi di dalam usus & perut memperbaiki masalah saluran pencernaan seperti kembung perut.



8. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Alfalfa boleh mencuci hati, darah, serta usus
Alfalfa terbukti dapat menghilangkan toksin dr badan, membersihkan hati, usus, darah & mencantkkan kulit & otot.



Bestkan? Patutlah, ramai wanita yang tergila-gilakan Alfalfa ni ye? Tak kira bujang atau sudah berkahwin rupanya banyak khasiat untuk wanita yang kita tidak ketahui…

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan harga ALFALFA yang lebih murah pada Bulan Januari ni dengan pembelian 6 percuma 1 boleh hubungi saya ye.. Cepat dapatkan. Rugi kalau xder sebotol di rumah anda...

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi supplimen SHAKLEE boleh WHATAPPS/SMS/CALL : 012-5584478
Email: atulrazali@yahoo.com

COD : BANDAR COUNTRY HOME RAWANG, BATU CAVES, PURTAJAYA, ULU YAM

Jumaat, 10 Januari 2014

FAKTOR PEMAKANAN PENYEBAB KEPUTIHAN


Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.


Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. 


NENAS
SENGKUANG
TIMUN

MASALAH KEPUTIHAN PADA WANITA

Apa itu keputihan (fluor albus) ?
Keputihan adalah keluarnya cairan bukan darah yang berlebihan dari kelamin perempuan (vagina)

Apakah keputihan selalu berarti ada yang tidak normal?
Keputihan dapat bersifat normal/fisiologis maupun abnormal/patologis.

Dari mana sumber keputihan normal ?
Keputihan normal mengandung lepasan jaringan vagina, jaringan leher rahim, lendir endoserviks dan bakteri yang baik terutama golongan Lactobacillus. Sekret vagina ini adalah sesuatu yang alamiah untuk membersihkan diri, sebagai pelicin dan pertahanan dari berbagai infeksi. Siklus mens berpengaruh pada jumlah cairan yang keluar dari vagina. Pada fasa pematangan telur (fasa folikel) jumlah cairan yang keluar makin meningkat dan mencapai puncaknya pada saat ovulasi. Setelah itu kualiti cairan menjadi lebih kental.



Bagaimana ciri-ciri keputihan yang normal ?
Keputihan masih tergolong normal bila :
1. Bentuknya cair/encer
2. Warna bening atau sedikit putih
3. Jumlahnya sedikit
4. Hampir tidak berbau
5. pH asam, antara 3,8 – 4,5
6. Tidak menimbulkan rasa gatal atau nyeri.


Bagaimana ciri-ciri keputihan yang abnormal/patologis ?
Bila cairan yang keluar dari vagina memiliki karakteristik seperti di bawah ini :
1. Bentuknya kental
2. Berwarna putih susu, kuning atau hijau
3. Dalam jumlah banyak
4. Berbau tidak sedap
5. Menimbulkan gatal kadang nyeri pada genital dan sekitarnya
6. Mengandung darah

Apa penyebab keputihan yang abnormal/patologis ?
1. Hygiene yang jelek
2. Pemakaian ubat-ubatan dalam waktu lama, terutama antibiotik
3. Stress
4. Infeksi. Boleh disebabkan oleh bakteri, gonorrhoe, parasit trichomonas, jamur Candida dan virus (HPV, Herpes, AIDS)
5. Kanser pangkal rahim


Adakah Bahaya Komplikasi keputihan abnormal/patologis ?
Infeksi vagina yang tidak dibersih dengan baik dapat menyebar ke sistem reproduksi bahagian atas sehingga menyebabkan radang, penyumbatan lubang dan saluran sistem reproduksi. Ini dapat mengakibatkan infertilitas/kemandulan.


Bagaimana Cara Mengatasi Keputihan ?
1. Tanpa Ubat
Menjaga daerah genital agar tetap bersih dan higienis
Hindari mandi / berendam pada kolam umum
Gunakan seluar dalam dari bahan fabrik kapas, tidak menggunakan seluar dalam yang ketat.
Mengurangi stress


2. Dengan Ubat
Dapatkan khidmat nasihat doktor supaya  mendapatkan ubat-ubatan sesuai dengan penyebab keputihan yang dialami. Jika ubat -ubatan dari doktor (umumnya dengan antibiotik dan anti jamur) keputihan tidak juga sembuh, maka sebaiknya perlu berjumpa doktor kembali. Keputihan yang terus menerus dapat disebabkan karana ada nya penyakit serius seperti kanser pangkal rahim. Ini biasanya ditandai dengan cairan banyak, bau busuk, sering disertai darah .

PETUA ALTERNATIF UNTUK ATASI KENCING TAK LAWAS

Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing. Walhal pada masa tu memang dah sampai waktu untuk melepaskannya.

Tapi, usahlah anda terlalu bimbang. Mesti ada cara untuk mengatasi dan seterusnya menyembuhkan masalah tersebut.


1.BUAH NENAS UNTUK ATASI KENCING TIDAK LAWAS

Apa yang anda perlukan adalah 1 biji buah nanas yang belum masak betul. Bagaimana caranya? Ikuti langkah sejurus selepas gambar hiasan di bawah:



Gambar hiasan - Wikimedia

1.  Memula, buangkan kulit nanas tu dan seperti biasa, bersihkanlah dulu

2. Seterusnya, potong nanas secara memanjang. Lebih kurang macam "style" orang jual buah kat kedai tu. Tapi buat masa sekarang nie, anda perlukan 2 potong saja. Selebihnya boleh simpan.

3. Lepas tu, kisar potongan nanas tadi bersama-sama dengan 2 gelas air putih. Kemudian, tapis dulu air tu sebelum diminum.

4. Amalkan meminumnya sebanyak 2 kali dalam sehari. Lakukan secara berterusan sehingga masalah kencing tak lawas anda tu berkurangan dan sembuh.



2. AIR BASUHAN BERAS


Begini petuanya;

1. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir.

2. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas.

3. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi.


Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tak lawas anda tu sembuh.


KAEDAH TRADITIONAL ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.


Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.


Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.




Rumput Sambau



Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;



Rumput Sambau 2



Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;



1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.



Akar Rumput Sambau


2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.


3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.



Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.



Selamat Mencuba ya!




P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS


KEBAIKAN  DAUN SIREH UNTUK KENCING TIDAK LAWAS



Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, mudah sahaja cara untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.


1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.


2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.


3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang


4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.


5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.


6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.


7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.


9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.


10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.


11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.


12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.


13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata

RAHSIA AYAT EMPAT QUL

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..

Sabda RASULULLAH s.aw 
“Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.