Jumaat, 20 Jun 2014

HERBAL BLEND CREAM: PASTINYA PILIHAN YANG TERBAIK

Wah teruja kali ni sebab HERBAL BLEND CREAM dah ada kembali!!!!

Sebenarnys produk ni memang terlajak laris! pantang Shaklee announce kata dah ada restok kt HQ tak sampai ke petang dah sold out.. Memang ramai yang memperakui keberkesanan HERBAL BLEND CREAM ni.. dan semestinya yang semulajadi memang menjadi pilihan pengguna sekarang.

HERBAL BLEND CREAM? KENAPA BEGITU ISTIMEWA?
  • Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daunsage, dan juga rosemary).
  • Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. 
  • Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

APA FUNGSI HERBAL BLEND

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Inilah tujuan asal saya membeli Herbal Blend. Anak saya, Haziq memang jenis darah manis,pantang pegi ke mana-mana je mesti dia orang yang pertama kena gigit nyamuk. Bukan sekor dua nyamuk yang datang, tapi banyak pula tu... Yang peliknya orang keliling tak kena gigit, tapi si haziq dah selamat kena beberapa das gigigtan nyamuk..huhu. Sebab tulah saya sentiasa bawa kemana je saya pergi untuk saya sapukan dengan Herbal Blend, sebab gatal kena gigit nyamuk.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak remaja lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal di farmasi. Tapi, tak berapa nampak hasilnya ditambah pula dengan sifat pelupa untuk sapu kt tumit, lagilah bertambah parah keadaan tumit kaki. Tapi, bila dah cuba memang puas hati. Lembut je tumit tu.

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...Multipurposelah katakan!!!

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat. Memang sengsara bila ibu-ibu yang menyusukan bayi memang tidak terlepas daripada terkena luka akibat gigitan si manja, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau kalau untuk bayi kita..Inshaallah..

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, parut akibat kudis ke cer cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu nanti ada kesan pada kulit anak kita.

7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa. best kan?




Harga Herbal Blend Cream Shaklee?


Harga sebotol Vitamin RM27.50 (113gram)




Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.




COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC


Rabu, 18 Jun 2014

VITAMIN E SHAKLEE;ADAKAH SEMULAJADI ATAU TIRUAN?


Zaman sekarang ni lambakan pelbagai jenis supplimen kecantikan yang berada di pasaran. Sampai kita sendiri tidak mengetahui mana satu yang berkesan pada tubuh badan kita. Terjadinya pelbagai jenis supplimen sekarang ni kerana faktor permintaan yang tinggi dari pengguna di negara kita; semua orang tidak kira remaja,dewasa semuanya hendak mengambil kesempatan untuk mencantikkan diri sendiri.

Tapi diantara semua jenis supplimen kecantikan yang berada dipasaran sekarang ni adakah ianya dihasilkan daripada kandungan semulajadi ataupun telah bercampur dengan 'chemical' yang semestinya mempunyai kesan sampingan di masa akan datang nanti.

PILIH DENGAN TELITI
Di pasaran terdapat dua jenis vitamin E, sama ada dalam bentuk kapsul mahupun dalam bentuk minyak tulen. Tahukah anda vitamin E ni ada yang semulajadi ada yang tiruan? Macam mana nak tahu vitamin E yang kita ambil setiap hari tu adalah semulajadi?

Sebab itu setiap kali kita hendak membeli supplimen / vitamin kita perlulah mempunyai sedikit ilmu tentang vitamin yang kita pilih..Sangat penting untuk kita meneliti dahulu kandungan yang tertera di belakang botol supplimen / vitamin sebelum kita membelinya.

BAGAIMANA NAK TAHU VITAMIN E SEMULAJADI
Ha! senang je, cuba korang perhatikan kandungan dibelakang botol vitamin ada tak tertera perkataan D-alpha tocopherol? Kalau ada perkataan D-alpha tocopherol bermakna vitamin E anda adalah yang berasaskan daripada bahan semulajadi, tidak dipinda, dan kaya dengan perkara-perkara yang baik untuk kulit anda.

TETAPI bagi Vitamin E yang tiada perkataan D-alpha tocopherol bermaksud vitamin anda bukan dari bahan semulajadi. Maksudnya Vitamin E anda adalah diperbuat daripada bahan sintetik. besar kemungkinan bahan yang dihasilkan adalah dengan menggunakan minyak kereta!!!

Cuba bayangkan apa akan terjadi pada kulit muka / badan anda untuk jangka masa panjang jika anda mengambil sikap sambil lewa dalam pemilihan vitamin E anda..Kemungkinan anda akan mendapat penyakit Kanser Kulit!!

So, bagi pengguna yang prihatin cuba semak dahulu kandungan vitamin anda dan berhati-hati dalam pemilihan vitamin yang anda ambil untuk kesihatan anda.


VITAMIN E SHAKLEE SEMULAJADI KE?

Alhamdulillah Vitamin E Shaklee memang diperbuat daripada bahan semulajadi.. Tak percaya? Cer korang belek dibelakang botol Vitamin E Shaklee. Memang ada tertulis perkataan D-alpha tocopherol ,maksundnya semestinya SEMULAJADI!!!








Harga Vitamin E Shaklee?

Harga sebotol Vitamin E Shaklee hanya RM149.00 untuk 120 biji. 
Boleh tahan sehingga 4 bulan bergantung kepada fokus penggunaan. 


Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC











Rabu, 11 Jun 2014

KESAN MAKANAN KEPADA KULIT WAJAH

"Eh Mira! cantiklah kulit muka ko; bersih je tak der pun jerawat yg keluar!! jeles aku". Ko pakai produk ape ye? Cer kongsi kat aku? aku nak juga kulit wajah macam ko!! Dah macam-macam produk guna ni tapi semuanya xder kesan kat kulit wajah aku ni.."

Pernah tak anda mengalami situasi seperti di atas? Terutamanya bagi kaum hawa kalau boleh kulit wajah mesti nak nampak cantik dan tiada cacat cela.. al-maklumlah 1st impression datang dari wajah kita..hehe.

Sebenarnya faktor pemakanan harian memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Begitu juga dengan kulit wajah kita. Zaman sekarang ni banyak makanan yang dikeluarkan tanpa kita sedari mempunyai kesan sebaliknya pada kulit kita; terutamanya pada kulit wajah kita yang sememangnya adalah kawasan sensitif apabila kita tersalah memilih makanan..

Untuk pengetahuan semua sebenarnya penggunaan pencuci muka dan toner saja tidak mencukupi untuk menjaga kulit wajah kita dengan baik.





Ada 6 jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kepada kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi / banyak.


1. GARAM




Sifat garam yang mempunyai air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.


2. MAKANAN LAUT





Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumput laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka berjerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukannya dua kali seminggu.


3. SUSU



Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibandingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.


4. MAKANAN BERKANJI




Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasa, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.


5. GULA





Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.


6. MINUMAN BERALKOHOL




Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.


Isnin, 9 Jun 2014

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E




Siapa kata Vitamin E hanya untuk dimakan dan penggunaannya untuk dalaman saja? Siapa yang berkata YA maknanya sudah salah tanggapan anda!! Sebenarnya banyak kegunaan Vitamin E ni; salah satunya boleh digunakan pada bahagian luaran juga seperti mengurangkan parut dan merawat parut luka yang baru mahupun lama.


Bagaimana Vitamin E Dapat Mengurangkan Parut



  • Beli Vitamin E yang berbentuk minyak atau kapsul. Jika anda memilih bentuk kapsul, cucuk kapsul tadi sampai mengeluarkan minyaknya . 
  • Bersihkan parut atau kawasan luka dengan berhati-hati. Vitamin E bukan sebagai anti-bakteria atau anti-kulat. Jika terdapat kulat atau bakteria pada kawasan parut atau luka , perlulah dibersihkan dulu,
  • Kemudian barulah disapu minyak Vitamin E ke bahagian yang ada parut atau luka.
  • Jika anda menggunakan Vitamin E berbentuk kapsul, picit minyak dan letakkan ke putik kapas. 
  • Sapukan minyak Vitamin E tadi pada parut atau luka. Sapu dengan secara lembut dan teliti di kawasan tersebut, jangan gosok pada permukaan parut atau luka tadi.
  • Gunakan kain kasa bagi melindungi kawasan parut atau luka yang telah disapu Vitamin E tadi.Sebaliknya jangan gunakan pembalut untuk menutup parut atau luka tadi; ini boleh memerangkap bakteria atau kulat juga.
  • Biarkan kawasan parut atau luka yang telah diletakkan Vitamin E sekurang-kurangnya 4-5 jam sebelum membasuh kawasan tersebut. Basuh kawasan selepas 8 jam, untuk menghilangkan bakteria atau kulat yang terperangkap.
  • Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari untuk beberapa minggu, atau sehingga luka telah sembuh. Untuk parut, anda mungkin perlu untuk melakukan untuk satu hingga dua bulan untuk hasil yang terbaik.

Selamat mencuba!!!



Tips & Amaran

Minyak Vitamin E boleh melekat pada pakaian; berhati-hati apabila menggunakannya supaya tidak terkena pada pakaian.

Jangan mengambil Vitamin E lebih daripada dos harian yang disyorkan. Ia adalah vitamin larut.




Harga Vitamin E Shaklee?


Harga sebotol Vitamin E Shaklee hanya RM149.00 untuk 120 biji. 

Boleh tahan sehingga 4 bulan bergantung kepada fokus penggunaan. 


Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.

COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC





Rabu, 4 Jun 2014

JANTUNG ANDA BERMASALAH? KENALI PUNCANYA!!



Kesihatan jantung adalah satu perkara penting yang perlu sentiasa dipertimbangkan. Sebagai organ yang penting, tidak kira betapa kecil masalah yang dialami oleh janung perlu dirawat secepat mungkin .Oleh itu kita perlu mengenali gejala-gejala yang tidak normal pada jantung kita.

Tanda-Tanda Jantung Mengalami Masalah
1. Cepat letih

Jika kita sering berasa letih dengan mudah maka kita perlu berhati-hati . Otot jantung yang lemah tidak mampu mengepam darah ke seluruh. Akibatnya anggota badan lain seperti tangan dan kaki akan kekurangan bekalan darah dan oksigen.

2. Sesak nafas

Apabila saluran darah tidak melaksanakan tugasnya untuk mengepam oksigen daripada paru-paru ke jantung, darah akan kembali ke dalam saluran darah. Hasilnya, pesakit akan mengalami sesak nafas.

3. Batuk yang berpanjangan.
Batuk yang berterusan boleh menunjukkan masalah dengan jantung kita . Ini berlaku kerana lendir paru-paru yang terkumpul yang menjadikan bekalan oksigen ke seluruh badan akan berkurangan termasuk juga organ-organ penting seperti jantung .

4. Degupan jantung yang tidak teratur

Apabila kadar pengepaman darah ke seluruh badan dan organ jantung tidak dapat mencapai seluruh badan, maka secara automatik ia akan mempercepatkan denyut. Apabila kadar denyutan jantung menjadi cepat jadi degupan jantung menjadi tidak teratur dan perlahan.

5. Mudah lupa

Oleh kerana aliran darah ke otak berkurangan, keupayaan otak untuk mengingati sesuatu telah mengalami penurunan sedikit. Akibatnya seseorang menjadi mudah lupa atau dilihat disorientasi.


Anda ada mengalami masalah seperti diatas? Maka berwaspadalah kemungkinan anda mengalami masalah jantung!! Dapatkan rawatan, bersegeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan awal,kerana penyakit jantung merupakan pembunuh No.1 bagi kita..

SUPPLIMEN CoQ10 SUPPLIMEN JANTUNG ANDA!!



Kenapa CoQ10
CoQ10 Health Shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang direka untuk ppenguraian dan serapan maksimum.

Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
Jantung kuat dapat memastikan darah dapat dipam dengan lancar ke suluruh pelusuk badan.

Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL

LDL adalah kolestrol jahat. Jumlah LDL yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular. Kolestrol ini menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah dan jika saluran darah semakin sempit ini akan menyebabkan serangan jantung atau strok.

Meningkatkan peredaran darah

Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar. Hasilnya, semua organ di dalam tubuh kita mendapat oksigen mencukupi.

Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar.

Harga Vitamin CoQ10 Shaklee?

Harga sebotol  hanya RM124.00 untuk 30 biji. 

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 
Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC



Selasa, 3 Jun 2014

VITAMIN E :VITAMIN SEKS SUAMI ISTERI

Ops! Tajuk terlebih 18sx pula, hehe.. tapi itulah hakikat sebenarnya bagi pasangan yang dah lama mengamalkan vitamin E ni.Memang betul vitamin E ni vitamin seks tapi untuk pasangan yang berkahwin saje ye.Yang belum belum lagi..no no no!!!!



Kenapa vitamin E diberi jolokan "Vitamin Seks"
Sebabnya Vitamin E banyak manfaat dalam membantu dalam penghasilan HORMON SEKS yang membantu dalam mendapatkan tarikan, keinginan dan mood pasangan masing-masing. Selain itu juga vitamin E ini dapat menghalang pelbagai penyakit dan secara tidak langsung akan meningkatkan gaya hidup seksual yang berpanjangan.

Ada sesetengah pasangan yang menggunakan vitamin E ini sebagai pelincir semasa hubungan seks untuk meningkatkan pengalaman masing-masing.




Kaitan Vitamin E Dengan Masalah Kegagalan Eraksi.

Samaada lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai masalah kegagalan mendapatkan kepuasan eraksi. Banyak faktor penyebab yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi. Tapi apa kaitannya dengan Vitamin E? Dalam permasalahan hubungan suami isteri, Vitamin E ni boleh dikenali sebagai 'drugs sexs' kerana banyak kesan baik kepada fungsi seksual.

Fungsi Vitamin E bagi meningkatkan fungsi seksual :-

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membaiki kerosakan tisu
  • Mencegah kencing manis
  • Mengurangkan sindrom prahaid
  • Sebagai ejen pelincir
  • Mengurangkan pembesaran prostat
  • Membantu gejaka menopaus


Kesimpulannya Vitamin E boleh dijadikan makanan tambahan bagi mengatasi masalah kegagalan eraksi bagi setiap pasangan. Jika masalah kian berlarutan, anda dinasihatkan merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.





Harga Vitamin E Shaklee?

Harga sebotol Vitamin E Shaklee hanya RM149.00 untuk 120 biji. 
Boleh tahan sehingga 4 bulan bergantung kepada fokus penggunaan.


Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat)
Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.

COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC

















Jumaat, 30 Mei 2014

MAKANAN SEGERA PUNCA ASMA, EKZEMA DAN ALAHAN PADA ANAK

Apa Itu Makanan Segera?


MAKANAN SEGERA
VS
ANAK KITA

Menurut Wikipedia makanan segera adalah makanan yang boleh disediakan dengan kadar yang cepat. Makanan segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Selalunya makanan segera ini banyak terdapat di restoran makanan segera yang terdapat di negara kita ni. Makanan dan minuman yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Sekiranya anak kita menggemari makanan segera maka kita perlu tahu yang makanan segera mengandungi kandungan lemak – trans fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi.

Ia biasanya tidak berkhasiat serta boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Selalunya proses penghasilan makanan segera ini melibatkan pelbagai proses yang tidak baik untuk kesihatan .Aduhai tak kesian kah pada anak-anak kita?

Makanan ini merupakan penyumbang terbesar kepada pelbagai jenis penyakit yang terdapat di negara kita sekarang ni… Bayangkan hampir keseluruhan pelajar sekolah kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan segera . Dan anak-anak kita sudah awal-awal lagi terdedah dengan gejala penyakit kritikal di usia yang muda. Ini kerana kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara racun yang tersembunyi dalam makanan segera.

Kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin dan zat yang berfaedah terutama untuk kanak- kanak yang sedang membesar. Selain itu jumlah kalori yang masuk dalam badan anak-anak kita juga sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan yang kritikal seperti penyakit obesiti, asma, eczema, alahan, kegagalan buah pinggang, kencing manisl, darah tinggi dan jantung.




Sebagai ibu bapa kita perlu tahu keburukan mengambil makanan segera,kerana anak kita tidak akan memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan cara kita mempraktikkan pengambilan makanan segera ini pada anak-anak kita. 



Antara Makanan Segera Yang Banyak Terdapat Dipasaran:
  • Makanan dalam tin
  • Sosej / hotdog
  • Burger daging / ayam
  • Kentang goreng
  • Daging burger
  • Coklat / gula – gula
  • Nugget
  • Bijirin
  • Keropok / jajan
  • Aiskrim
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bertukarlah Pada MEAL SHAKES yang sememangnya diperbuat daripada bahan organik dan semulajadi, tiada perasa, pewarna tiruan dan gula tambahan.






7 Sebab Meal Shakes Penting Untuk Anak Anda:-
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Lengkap dengan 24 jenis VITAMIN dan MINERAL
  • Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.
  • Minuman multivitamin perasa vanilla yang lengkap, tanpa perwarna dan gula tiruan.
  • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, besi, untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
  • Mengandungi vitamin A,C.E, Zink, Selenium sebagai anti-oksidan
  • Kaya dengan PROTEIN yang membantu menyihatkan sel - sel.
Jika anda sayangkan anak anda bersedialah melakukan perubahan dalam pemakanan anak kita seharian.. Pemakanan yang simbang merupakan faktor penting dalam tumbesaran anak-anak kita. Inshaallah...



Rabiatul Adwiyah Razali
Pengedar Shaklee Sah
SMS/Call/Whatapps : 012 - 5584478
Email : atulrazali@yahoo.com
COD : Bandar Country Home Rawang,Bandar Tasik Puteri, Batu Caves,KLCC DAN Ulu yam


-UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA-