Sabtu, 17 September 2016

Kenapa Basic H Shaklee Terbaik



Assalamualaikum semua..
Pejam celik cuti sekolah pun dah nak abis. Rumah pun tak abis lagi berkemas..tapi mujur ada Basic H Shaklee ni, senang sikit koje ibu.

Bila dah ada bayi kecik ditambah pula yang suka mengutip dan menjilat apa yang ada di depan mata,faktor keselamatan dan kebersihan memang perlu dititik beratkan.si ibu memang kena pastikan semua perkakas rumah dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya.

Basic H Shaklee ni sekarang dah jadi kawan karib ibu,khidmat dari Basic H memang ibu perlukan sangat untuk segala jenis koje.

Kenapa Basic H Shaklee?
Basic H ni adalah pencuci serbaguna semulajadi yang di hasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa dan yang paling penting mestilah :

:-) bebas bahan kimia berbahaya
:-) tiada toksin
:-) organik
:-) tanpa klorin
:-) tanpa baban pewangi
:-) ph seimbang
:-) lembut pada tangan

Yang paling best tahan lama sebabnya hanya beberapa titik je diperlukan sebab ianya pekat.

Yang paling si ibu suka guna Basic H ni untuk lap kitchen cabinet,oven,hood dan hob nampak licin dan berkilat je,sampaikan bayang-bayang lantai nampak ketara pada pintu kabinet,seolah -olah macam baru beli je.si kecil kalau dia terjah ke dapur memang dia akan main dengan bayang-bayangnye sendiri dekat pintu kabinet tu..

Bukan itu aje, barang mainan dan botol susu si kecil juga si ibu akan basuh menggunakan Basic H ni.

Kalau sabun cuci baju si kecik dah abis,memang akan guna Basic H ni,tak perlu risau lagi.

Banyak kegunaan Basic H ni cuci lantai,cermin,tingkap semuanya boleh.Kalau kasut sekolah si abang terlalu kotor si ibu akan rendam semalaman dengan Basic H,esoknye segala kotoran degil dah hilang,tak perlu menyental.

Kalau anak-anak terkena demam panas,Basic H ni jadi penyelamat,si ibu akan mandikan anak-anak dengan air yang dititikkan dengan Basic H. Inshaallah suhu badan boleh berkurang.

Pengalaman si ibu dengan Basic H ni, bila terkena air panas dan minyak panas ketika menggoreng cepat-cepat lumurkan kawasan yang terkena tadi dengan Basic H,tiada gelembung panas yang keluar.

Bahan mentah seperti sayur,buah,ikan,ayam,daging pun boleh direndamkan didalam air Basic H ni untuk buang segala toksin yang beracun yang melekat pada bahan mentah.

Yang bestnya kulit tangan tak akan mengupas sebaliknya bertambah lembut je.

Memang bestlah Basic H ni,banyak lagi kegunaannya,nanti si ibu akan ceritakan lagi.

Si ibu dah ada merasai kehebatan Basic H ni,anda bila lagi?? Tak rugi sebenarnya sebotol boleh tahan berbulan-bulan tau!!

Calling-calling untuk dapatkan sebotol dari saya:-)

Rabiatul 012-5584478
COD RawangKLSelayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#basichshaklee
#pencuciserbaguna
#sihatsemulajadi
#bebasbahankimia
#organik


Jatuh Hati Dengan ESP

Jatuh Hati pada ESP

Dalam banyak produk keluaran Shaklee ni,ESP merupakan produk HOT SELLING Shaklee. Walaupun ESP ni pernah terpalit dengan kontroversi panazz,tapi ramai juga penggemar tegar ESP ni.
ESP ni memang dah jadi bestfriend saya di awal pagi dan malam.Disebabkan tuntutan kerja sampai rumah dah malam,memang tak sempat nak jamah makanan,sebabnya dah bertukar title bibik pula nak kena uruskan anak-anak dan keje rumah,jadi ESP lah jadi peneman perut,memberi tenaga segera untuk saya. Risau terkena gastrik sebab tu di awal pagi memang wajib ambil satu gelas dulu sebelum pergi keje.
Lagilah sekarang ni saya menyusukan si baby,memang banyak membantu dalam penghasilan susu dan kuantiti susu pun meriah.

KENAPA ESP
ESP ni merupakan satu-satunya produk yang mempunyai 9asid amino penting yang diperlukan oleh  badan kita.
ESP ni diperbuat daripada sumber kacang soya NON GMO. ESP ni mempunyai 14gram protein soya NON GMO yang berkualiti tinggi. Pentingnya NON GMO berbanding GMO adalah produk GMO boleh menyebabkan Alergik, Tosik dan Potensi Kanser.

APA ITU NON GMO
NON GMO itu " genetically modified organism" yang bermaksud tidak diubah suai secara genetik.
Bukan itu aje,kandungan Glycemic Index (GI) dalam ESP adalah rendah. GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos.

Makanan yang mempunyai GI yang rendah lebih baik kerana ia tidak menyebabkan glukos dalam badan naik mendadak.

Bagi pesakit KENCING MANIS memang sesuai ambil ESP ni untuk membantu mereka kekal kenyang sentiasa.
Tahu tak ESP ni TIADA KOLESTROL, TIADA ASID URIK.

Pesakit JANTUNG dan pesakit GOUT boleh menggunakan ESP ni.

ESP ni tersangatlah best sebab ianya mudah diserap oleh badan kerana strukturnya yang semulajadi tanpa pengubahsuaian genetik..

Saya dah mencuba dan menjadi penggemar tegar ESP ni,anda bila lagi?
Belum cuba belum tahu keistimewaannya,calling-calling saya untuk dapatkannye ye :-)

#tsunamishaklee
#ptstim9
#espshaklee
#sihatsemulajadi


My Big Why

Haziq dan Hannah my big why kenapa terjebak dengan bisness Shaklee. Hanya untuk anak-anak ibu..mereka adalah segalanya bagi ibu.Walau susah macam mana pun,priority tetap untuk mereka.
Mereka penguat semangat,penghibur dikala duka,walau penat macam mana pun,bila pandang muka anak-anak ibu ni,hilang segala penat lelah ibu.
Doakan ibu,agar ibu boleh sentiasa berada disisimu setiap masa dengan tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja yang lain.Ibu ingin lari dari tugasan ofis yang panjang dan yang pasti memilih kerjaya yang boleh bersama anak-anak ibu setiap masa..menjadi WAHM dengan Shaklee,bebas kemana-mana bersama anak-anak tercinta.
Aamin..

Rabiatul 012-5584478
COD Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#wahm


Khamis, 15 September 2016

Klinik Bergerak Ketika Bercuti

Mood cuti dah datang..adui malas dah rasa nak pg keje,rumah pun tak abis berkemas lagi,si bambam Hannah ni langsung tak nak berenggang dengan ibu.Susah ibu nak bergerak untuk buat koje.
Kena buat checklist nampak gayanya ni,kalau tak,ada yang tertinggal barang nanti.
Hrmm antara barang yang wajib bawa sekali vitamin harian saya ler..perkara pertama yang akan disimpan dalam beg,supaya nanti tak lupa.
Ada beg khas untuk vitamin ni,segala jenis vitamin yang nak bawa memang terus masuk dalam beg ni.Tak boleh nak bayangkan kalau terlupa bawa,mesti rasa tak sempurna je..Dalam beg ni bukan aje vitamin si ibu aje,malah untuk hubby dan anak-anak mesti ada sekali.
Tak kisah angkut sebotol-sebotol, kalau ada emergency pada ahli family yang lain,boleh bagi je stok yang ada.lagipun naik kete pegi travel mana-mana tak penat pun nak angkut beg vitamin ni..
Bak kata pepatah lama " sediakan payung sebelum hujan.saya dah sediakan 'klinik bergerak',anda bagaimana?

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#traveldenganvitamin


Ada Apa Di Dalam Handbag

Sejak dah ada baby ni dan pegi koje dengan mr hubby dengan motor,  memang Say NO pada handbag. Bukan apa, kalau pakai handbag,beg susu anak dah tak muat nak simpan dalam handbag,dengan pencil box,buku nota,flyer dan nota shaklee wallet lagi memang tak der space untuk beg susu.Kalau pegang, banyak pula nak kena gendong naik motor,silap hari bulan ada juga yang tertinggal nanti.Jadinya saya lebih selesa pakai beg galas,semua benda boleh simpan.
Tapi bab vitamin ni,saya memang tak  bawa hari - hari ke opis,tapi saya akan simpan stok vitamin yang akan saya makan pada siang hari.senang  tak payah nak refill tiap2 hari.
Set Kesihatan Asas ni (BComp+Vitalea+Vit C) adalah rutin harian saya setiap hari plus dengan Alfalfa untuk support stock susu saya.
Set Kesihatan ni banyak kegunaannya, disebabkan naik motor pegi keje,badan dah terdedah dengan asap kenderan yang berasid, memang patut ambik set ni untuk kuatkan ketahanan badan. Vitalea terkenal sebagai multivitamin san untuk memperkuatkan sistrm pertahanan badan.Selain tu,B Comp ni sesuai kalau saya stress kat ofis dan pening kepala akibat terdedah dengan matahari kat site.Bukan itu aje,kalau ada ada kawan-kawan yang sakit perut akibat senggugut boleh juga berijan B comp ni untuk mengurangkan rasa sakit buat sementara waktu.
Vitamin C pula,selain memperkuatkan sistem imun badan, baik juga untuk kulit.Seharian terperap dalam aircond,vitamin C  ni elok untuk melembapkan kulit juga.Jadi tak derlah masalah kulit kering.
Time weekand pula kalau nak kemana-mana barulah saya pakai handbag,kali ni vitamin saya saya bekalkan dalam pill box.Bila dah ada baby ni,Herbal Blend memang sentiasa dalam handbag.

Anda ingin mencuba? Jom calling-calling
Rabiatul 012-5584478

#Tsunamishaklee
#ptstim9
#setkesihatanasasshaklee
#bcomplex
#vitalea
#vitc
#alfalfa
#inikisahsaya


Bagaimana Perkenalan Saya Dengan Shaklee

Orang yang perkenalkan saya dengan Shaklee adalah adik ipar saya Ainul Malik.Mula diperkenalkan dengan Set Kesuburan Shaklee.Masa ni langsung tak tahu pasal bisness dengan Shaklee.Rasanya adalah dalam 2tahun makan sendiri,Ainul memerangkap upline saya suggest saya jadi ahli dan ceburi bisness Shaklee.
Dengan tiada langsung background berbisness,mula-mulanya memang blur jugalah,bagai orang disorong bantal, tiada hala tuju, main redah je..Lama-lama perasaan negatif muncul..
Tapi saya beruntung sangat dapat upline macam MAK saya yang tak jemu-jemu beri kata perangsang,kata semangat,untuk saya dan ahli group Naila dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kami..Ketika kami terleka dan terlupa Mak yang banyak mengingatkan kami tujuan sebenar kenapa saya dan ahli lain dipilih oleh Allah untuk membantu orang yang memerlukan.
Dalam Shaklee Mak selalu berpesan,bahawa setiap rezeki kita dipegang oleh Allah,jangan malu untuk minta padaNya,kita tidak diajar untuk hidup mewah,bergaya dengan barang mewah dan mahal,sebaliknya diajar mengenal yang Maha Pemberi Rezeki kepada umatnya.kami di ajar lagi banyak keuntungan yang kami dapat lahi banyak kami perlu memberi pada mereka yang memerlukan.
Semangat juang Mak yang tak kenal erti mengalah,tidak putus asa,sentiasa berkongsi ilmu dan pendapat dan  mempunyai semangat juang yang tinggi memberi sumber inspirasi pada saya dan ahli Naila.Bukan itu aje,ahli-ahli Naila yang lain memang support antara satu sama lain,saling mengingati antara kami.

Saya berbangga kerana diberi peluang dalam Shaklee untuk bersama-sama dengan mereka yang berjaya dan mempunyai semangat juang yang tinggi.Semoga ukhwah yang telah dibina bersama Mak dan ahli Shaklee yang lain akan berkekalan berpanjangan..amin

Rabiatul - 012.5584478

#tsunamishaklee
#ptstim9
#Inikisahsaya


Set Mighty 3 Gems


Kali ni saya nak bercerita mengenai Set Mighty 3Gems.Set ni mengandungi ESP,Mealshakes dan Performance Drink. Sebelum ni hanya amalkan ESP aje, tapi sejak tahun lepas saya mula mengamalkan fullset M3G ni bila diri ini mengandung 7bulan masa bulan puasa,dan bulan ni 1st time puasa dalam mood menyusukan si bam bam Hannah.
Berpuasa dalam dua mood ni memang menguji ketahanan badan saya. Sebab tu pengambilan M3G ni penting bagi ibu hamil dan menyusukan bayi..Eh jangan salah sangka pula,bukan golongan ini aje yang boleh ambil tau,tapi untuk kanak-kanak,warga emas,ahli sukan memang sesuai ambik set ni juga.
Selalunya waktu bersahur,bangun aje dari tidur sambil tengah panaskan lauk saya akan ambil Performance Drink dulu, dan saya akan ambil 3scoop ESP+ 2scoop Mealshakes sebelum bersahur.Waktu berbuka pula,saya akan minum dulu air Performance Drink segelas bagi mengembalikan bendalir  dalam badan yang hilang sepanjang hari.ESP dan Mealshakes pula saya akan minum selepas menjamah sedikit kuih,sebabnya saya akan solat maghrib dahulu sebelum makan,kiranya untuk mengelakkan perut kelaparan ler.Sebenarnya saya dan husband bergilir-gilir menjaga si bam bam Hannah yang nak berdukung je selepas ambil dari taska, rindu agaknya pada ibunye.

Apa yang best sangat dengan Set Mighty 3Gems ni?

Performance Drink
Flavor seperti oren dan rasanya sedap dan lazat. Fungsinya untuk elakkan diri kita dari mengalami dehidrasi,mengimbangi cecair dalam tubuh badan maksudnya seimbangkan semula proses kehilangan air dalam badan,jadi kita akan kurang rasa dahaga dan haus sepanjang hari.Sebab itu ibu yang tengah menyusukan anak memang sesuai ambil supaya badan tidak mengalami kekurangan air.

Mealshakes
Buka je canister Mealshakes pasti terbau wangian vanilla je, berperisa ala-ala vanilla,lemak,berkrim memang menjadi kesukaan terutamanya anak-anak.Mengandungi multivitamin lengkap dan mempunysi 35% protein yang diperlukan oleh badan.Merupakan nutrisi penting untuk membantu menambahkan berat badan dan selera makan kanak-kanak dan warga emas.

ESP
Ni memang feveret saya sejak dulu lagi.ESP ni rendah index glisemix,maknanya kandungan gula dalam darah terkawallah.Nak bagitahu rahsia ESP ni, kalau dibulan puasa ni mengamalkannya  boleh menurunkan berat badan tau!! Selain tu,ESP ni TIADA sebarang pengawet,perisa dan pewarna yang dibenarkan..memang original dari soya.ESP ni merupakan sumber protein yang sangat penting dalam pembentukan sel baru dalam badan.Bagi yang mengalami gastrik memang sesui ambil ESP ni sebab perut kita skan rasa kenyang sentiasa.Untuk ibu hamil dan menyusu juga wajib ambil bagi memastikan anda kekal cergas dan aktif sepanjang bulan puasa macam saya.

Masih belum terlambat lagi bagi anda yang ingin mencuba Set Mighty 3Gems,lebih-lebih lagi untuk mengejar 10 malam terakhir untuk mendapat malam lailatulqadar..bila badan cergas nak beribadat pun rasa seronok.

Hubungi saya: Rabiatul 012-5584478
COD:RawangKLSelayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#setmighty3gems
#sihatsemulajadi
#kekalcergasdanaktifdibulanpuasa
#ibuhamilibumenyusuwargaemaskanakkanak
#espperformancedrinkmealshakes
#codrawangklselayang