"Balik kampung hoho balik kampung, hati riang"
Wow!! Mood beraya dah on, jadinya jalanraya akan menjadi sesak bermula dari hari ini,so berhati-hati ketika memandu ye rakan-rakan fb semua..biarlah lambat asalkan selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai Taiping dalam 3.30 pagi semalam,kereta dah mula banyak di highway tp masih lagi bergerak tanpa jam yang teruk.
Saya dan husband suka perjalanan malam sebab cuaca sejuk dan anak-anak tak banyak meragam sebab sepanjang perjalanan tidur saje..
Sebelum bergerak tadi, gabungan #Cinchtea dan #Performancedrink wajib diambil dulu untuk pastikan husband kekal bertenaga, tidak penat dan tidak mengantuk,yerlah disiang hari badan dah penat dengan keje di opiskan...Saya? Oh semestilah joint minum segelas air #cinchtea + #performancedrink ni, mana boleh skip minum,sebab bau aroma cinch tea ni pun dah wangi dan ditambah pula rasa masam orange dari performance drink,memang menyelerakan..lagipun
tugas sebagai co-pilot ni penting sebenarnya,ada keje-keje khas yang perlu dilakukan mcm jadi rakan bersembang,rakan menyuap makanan dan minuman,rakan mengurut tengkuk kalau en husband dah hilang fokus dalam pemanduan.
Ini antara tips dari kami untuk pemanduan selamat balik ke kampung,anda bagaimana?
Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing,amin.
Rabiatul 012-5584478
CID: RawangKLSelayang
#tsunamishaklee
#ptstim9
#tipspemanduanselamat
#cinchteashaklee
#performancedrinkshaklee
#sihatsemulajadi
#inikisahsaya
Sabtu, 17 September 2016
Si Pemberi Tenaga
Apa Kegunaan Botol Vitamin anda
Recycle bottle Shaklee
Nak tanya koranglah kan,selalunya bekas vitamin yang tak digunakan tu kome buat ape ye? Buang je ke? Dulu ye saya buang juga semua bekas vitamin yang dah abis guna,tetapi sejak setahun yang lepas terasa rugi pula buang botol vitamin ni terutamanya bekas yang bosar-bosar macam ESP,PD,MealShakes dan Cinch shakes mix.
Jadinye saya recyclelah semula bekas yang ada dalam simpanan saya.
Bekas ni saya buat tabung sedekah saya dan family.Kat dapur pula,saya letakkan bahan-bahan bakery saya macam tepung kek,gula icing, beras pulut..
Bukan itu aje,untuk permainan anak pun saya menggunakan bekas vitamin,terutama permainan macam lego yang mempunyai component yang kecik dan halus supaya tak hilang.
Macam-macam boleh buat dengan bekas vitamin ni,bestkan!! Duit pun boleh dijimatkan..
Rabiatul 012-5584478
#tsunamishaklee
#ptstim9
#recyclebottleshaklee
#sihatsemulajadi
#esp
#mealshakes
#Performancedrink
#cinchshakesmix
Kenapa Basic H Shaklee Terbaik
Assalamualaikum semua..
Pejam celik cuti sekolah pun dah nak abis. Rumah pun tak abis lagi berkemas..tapi mujur ada Basic H Shaklee ni, senang sikit koje ibu.
Bila dah ada bayi kecik ditambah pula yang suka mengutip dan menjilat apa yang ada di depan mata,faktor keselamatan dan kebersihan memang perlu dititik beratkan.si ibu memang kena pastikan semua perkakas rumah dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya.
Basic H Shaklee ni sekarang dah jadi kawan karib ibu,khidmat dari Basic H memang ibu perlukan sangat untuk segala jenis koje.
Kenapa Basic H Shaklee?
Basic H ni adalah pencuci serbaguna semulajadi yang di hasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa dan yang paling penting mestilah :
:-) bebas bahan kimia berbahaya
:-) tiada toksin
:-) organik
:-) tanpa klorin
:-) tanpa baban pewangi
:-) ph seimbang
:-) lembut pada tangan
Yang paling best tahan lama sebabnya hanya beberapa titik je diperlukan sebab ianya pekat.
Yang paling si ibu suka guna Basic H ni untuk lap kitchen cabinet,oven,hood dan hob nampak licin dan berkilat je,sampaikan bayang-bayang lantai nampak ketara pada pintu kabinet,seolah -olah macam baru beli je.si kecil kalau dia terjah ke dapur memang dia akan main dengan bayang-bayangnye sendiri dekat pintu kabinet tu..
Bukan itu aje, barang mainan dan botol susu si kecil juga si ibu akan basuh menggunakan Basic H ni.
Kalau sabun cuci baju si kecik dah abis,memang akan guna Basic H ni,tak perlu risau lagi.
Banyak kegunaan Basic H ni cuci lantai,cermin,tingkap semuanya boleh.Kalau kasut sekolah si abang terlalu kotor si ibu akan rendam semalaman dengan Basic H,esoknye segala kotoran degil dah hilang,tak perlu menyental.
Kalau anak-anak terkena demam panas,Basic H ni jadi penyelamat,si ibu akan mandikan anak-anak dengan air yang dititikkan dengan Basic H. Inshaallah suhu badan boleh berkurang.
Pengalaman si ibu dengan Basic H ni, bila terkena air panas dan minyak panas ketika menggoreng cepat-cepat lumurkan kawasan yang terkena tadi dengan Basic H,tiada gelembung panas yang keluar.
Bahan mentah seperti sayur,buah,ikan,ayam,daging pun boleh direndamkan didalam air Basic H ni untuk buang segala toksin yang beracun yang melekat pada bahan mentah.
Yang bestnya kulit tangan tak akan mengupas sebaliknya bertambah lembut je.
Memang bestlah Basic H ni,banyak lagi kegunaannya,nanti si ibu akan ceritakan lagi.
Si ibu dah ada merasai kehebatan Basic H ni,anda bila lagi?? Tak rugi sebenarnya sebotol boleh tahan berbulan-bulan tau!!
Calling-calling untuk dapatkan sebotol dari saya:-)
Rabiatul 012-5584478
COD RawangKLSelayang
#tsunamishaklee
#ptstim9
#basichshaklee
#pencuciserbaguna
#sihatsemulajadi
#bebasbahankimia
#organik
Jatuh Hati Dengan ESP
Jatuh Hati pada ESP
Dalam banyak produk keluaran Shaklee ni,ESP merupakan produk HOT SELLING Shaklee. Walaupun ESP ni pernah terpalit dengan kontroversi panazz,tapi ramai juga penggemar tegar ESP ni.
ESP ni memang dah jadi bestfriend saya di awal pagi dan malam.Disebabkan tuntutan kerja sampai rumah dah malam,memang tak sempat nak jamah makanan,sebabnya dah bertukar title bibik pula nak kena uruskan anak-anak dan keje rumah,jadi ESP lah jadi peneman perut,memberi tenaga segera untuk saya. Risau terkena gastrik sebab tu di awal pagi memang wajib ambil satu gelas dulu sebelum pergi keje.
Lagilah sekarang ni saya menyusukan si baby,memang banyak membantu dalam penghasilan susu dan kuantiti susu pun meriah.
KENAPA ESP
ESP ni merupakan satu-satunya produk yang mempunyai 9asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita.
ESP ni diperbuat daripada sumber kacang soya NON GMO. ESP ni mempunyai 14gram protein soya NON GMO yang berkualiti tinggi. Pentingnya NON GMO berbanding GMO adalah produk GMO boleh menyebabkan Alergik, Tosik dan Potensi Kanser.
APA ITU NON GMO
NON GMO itu " genetically modified organism" yang bermaksud tidak diubah suai secara genetik.
Bukan itu aje,kandungan Glycemic Index (GI) dalam ESP adalah rendah. GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos.
Makanan yang mempunyai GI yang rendah lebih baik kerana ia tidak menyebabkan glukos dalam badan naik mendadak.
Bagi pesakit KENCING MANIS memang sesuai ambil ESP ni untuk membantu mereka kekal kenyang sentiasa.
Tahu tak ESP ni TIADA KOLESTROL, TIADA ASID URIK.
Pesakit JANTUNG dan pesakit GOUT boleh menggunakan ESP ni.
ESP ni tersangatlah best sebab ianya mudah diserap oleh badan kerana strukturnya yang semulajadi tanpa pengubahsuaian genetik..
Saya dah mencuba dan menjadi penggemar tegar ESP ni,anda bila lagi?
Belum cuba belum tahu keistimewaannya,calling-calling saya untuk dapatkannye ye :-)
#tsunamishaklee
#ptstim9
#espshaklee
#sihatsemulajadi
My Big Why
Haziq dan Hannah my big why kenapa terjebak dengan bisness Shaklee. Hanya untuk anak-anak ibu..mereka adalah segalanya bagi ibu.Walau susah macam mana pun,priority tetap untuk mereka.
Mereka penguat semangat,penghibur dikala duka,walau penat macam mana pun,bila pandang muka anak-anak ibu ni,hilang segala penat lelah ibu.
Doakan ibu,agar ibu boleh sentiasa berada disisimu setiap masa dengan tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja yang lain.Ibu ingin lari dari tugasan ofis yang panjang dan yang pasti memilih kerjaya yang boleh bersama anak-anak ibu setiap masa..menjadi WAHM dengan Shaklee,bebas kemana-mana bersama anak-anak tercinta.
Aamin..
Rabiatul 012-5584478
COD Rawang KL Selayang
#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#wahm
Khamis, 15 September 2016
Klinik Bergerak Ketika Bercuti
Mood cuti dah datang..adui malas dah rasa nak pg keje,rumah pun tak abis berkemas lagi,si bambam Hannah ni langsung tak nak berenggang dengan ibu.Susah ibu nak bergerak untuk buat koje.
Kena buat checklist nampak gayanya ni,kalau tak,ada yang tertinggal barang nanti.
Hrmm antara barang yang wajib bawa sekali vitamin harian saya ler..perkara pertama yang akan disimpan dalam beg,supaya nanti tak lupa.
Ada beg khas untuk vitamin ni,segala jenis vitamin yang nak bawa memang terus masuk dalam beg ni.Tak boleh nak bayangkan kalau terlupa bawa,mesti rasa tak sempurna je..Dalam beg ni bukan aje vitamin si ibu aje,malah untuk hubby dan anak-anak mesti ada sekali.
Tak kisah angkut sebotol-sebotol, kalau ada emergency pada ahli family yang lain,boleh bagi je stok yang ada.lagipun naik kete pegi travel mana-mana tak penat pun nak angkut beg vitamin ni..
Bak kata pepatah lama " sediakan payung sebelum hujan.saya dah sediakan 'klinik bergerak',anda bagaimana?
#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#traveldenganvitamin
Ada Apa Di Dalam Handbag
Sejak dah ada baby ni dan pegi koje dengan mr hubby dengan motor, memang Say NO pada handbag. Bukan apa, kalau pakai handbag,beg susu anak dah tak muat nak simpan dalam handbag,dengan pencil box,buku nota,flyer dan nota shaklee wallet lagi memang tak der space untuk beg susu.Kalau pegang, banyak pula nak kena gendong naik motor,silap hari bulan ada juga yang tertinggal nanti.Jadinya saya lebih selesa pakai beg galas,semua benda boleh simpan.
Tapi bab vitamin ni,saya memang tak bawa hari - hari ke opis,tapi saya akan simpan stok vitamin yang akan saya makan pada siang hari.senang tak payah nak refill tiap2 hari.
Set Kesihatan Asas ni (BComp+Vitalea+Vit C) adalah rutin harian saya setiap hari plus dengan Alfalfa untuk support stock susu saya.
Set Kesihatan ni banyak kegunaannya, disebabkan naik motor pegi keje,badan dah terdedah dengan asap kenderan yang berasid, memang patut ambik set ni untuk kuatkan ketahanan badan. Vitalea terkenal sebagai multivitamin san untuk memperkuatkan sistrm pertahanan badan.Selain tu,B Comp ni sesuai kalau saya stress kat ofis dan pening kepala akibat terdedah dengan matahari kat site.Bukan itu aje,kalau ada ada kawan-kawan yang sakit perut akibat senggugut boleh juga berijan B comp ni untuk mengurangkan rasa sakit buat sementara waktu.
Vitamin C pula,selain memperkuatkan sistem imun badan, baik juga untuk kulit.Seharian terperap dalam aircond,vitamin C ni elok untuk melembapkan kulit juga.Jadi tak derlah masalah kulit kering.
Time weekand pula kalau nak kemana-mana barulah saya pakai handbag,kali ni vitamin saya saya bekalkan dalam pill box.Bila dah ada baby ni,Herbal Blend memang sentiasa dalam handbag.
Anda ingin mencuba? Jom calling-calling
Rabiatul 012-5584478
#Tsunamishaklee
#ptstim9
#setkesihatanasasshaklee
#bcomplex
#vitalea
#vitc
#alfalfa
#inikisahsaya