Ahad, 18 September 2016

Tips Basuh Baju Dan Kasut Sekolah Dengan Mudah


Semalam 1hari memang keje mendobi aje,mana taknye seminggu cuti sekolah kain toksah nak cakap ler,memang berbakul -bakul. Nasib baiklah semalam cuaca pun agak cerah dan berangin kain pun cepat kering.Memandangkan hari ni start sekolah semalam kerah jugalah si Haziq cuci kasut sekolah dia skali.

Sejak ada Set Get Clean Laundry Shaklee ni,memang memudahkan tugas si ibu macam saya.

Tugas mencuci jadi mudah dengan adanya Get Clean Fresh Laundry a.k.a sabun pencuci pakaian. Hanya 1auns sudah memadai untuk cucian muatan serdahana,jimatkan!! Yang bestnya sabun ni tidak mengandungi bahan perengsa yang boleh diserap melalui kulit, tiada klorin,tanpa bahan kimia berbahaya,sesuai pada semua jenis suhu sejuk dan panas dan sesuai untuk semua jenis fabrik.

Lepas dah mencuci, tak lengkap rasanya kalau pakaian ini tak direndam dengan Soft Fabrik Concentrate a.k.a pelembut pakaian.

Baunya yang lembut dan fresh ala-ala bau bayi, tidak bertoksik,sesuai untik semua jenis fabrik,tanpa bahan kimia bahaya,gas beracun dan mempunyai ph yang seimbang.

Hanya diperlukan 1/2 aun untuk setiap cucian,memang menjimatkan. Yang buat si ibu teruja pakaian kurang kedutan dan tiada kesan statik. Ini memudahkan tugas mengosok,tak perlu iron lama,bil elektrik pun boleh dijimatkan!!

Kasut sekolah Haziq pula, hanya rendam dengan BasicH dulu dalam setengah jam,segala kotoran senang dicuci tanpa perlu disental berulang kali..senangkan!!

Apa keistimewaan Set Get Clean Laundryc Shaklee  ni berbanding dengan jenama lain di pasaran? Semestinya produk Shaklee ni mesra alam dengan ramuan semulajadi sesuai untuk pesekitaraan kita.

Rabiatul 012-5584478
COD: Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#setgetcleanlaundryshaklee
#sihatsemulajadi


Anak Cergas Ke Sekolah

Kejap je masa berlalu,dah seminggu anak-anak bercuti sekolah.Esok bermulalah drama untuk ke sekolah,para ibulah yang pening dengan perangai anak-anak yang banyak ragamnye untuk ke sekolah setelah bercuti panjang.
Jadi sebelum terjadinya drama yang panjang,si ibu akan sediakan bekalan #vitaleaforkids, #omegaguard, dan #chewablevitaC untuk si anak lebih bertenaga,mood ceria dan lebih fokus untuk kembali ke sekolah.
Fungsi ketiga-tiga vitamin seperti berikut:-

:-) vitalea for kids
Untuk mentokong sistem imun anak
Membantu memberi nutrisi yang lengkap untuk anak-anak

:-) omegaguard
Mengatasi masalah mengantuk dan hilang tumpuan dalam kelas
Membantu daya ingatan yang bagus dan sistem penglihatan yang sempurna

:-) chewable vita C
Menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan penyakit,selsema dan batuk.

Si ibu tak perlu risau,tak perlu telan vitamin ni,hanya kunyah2 aje macam gula-gula.
Anak ceria ibu bahagia..

Rabiatul 012-5584478
COD Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya


Sabtu, 17 September 2016

Si Pemberi Tenaga

"Balik kampung hoho balik kampung, hati riang"

Wow!! Mood beraya dah on, jadinya jalanraya akan menjadi sesak bermula dari hari ini,so berhati-hati ketika memandu ye rakan-rakan fb semua..biarlah lambat asalkan selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai Taiping dalam 3.30 pagi semalam,kereta dah mula banyak di highway tp masih lagi bergerak tanpa jam yang teruk.
Saya dan husband suka perjalanan malam sebab cuaca sejuk dan anak-anak tak banyak meragam sebab sepanjang perjalanan tidur saje..
Sebelum bergerak tadi, gabungan #Cinchtea dan #Performancedrink wajib diambil dulu untuk pastikan husband kekal bertenaga, tidak penat dan tidak mengantuk,yerlah disiang hari badan dah penat dengan keje di opiskan...Saya? Oh semestilah joint minum segelas air #cinchtea + #performancedrink ni, mana boleh skip minum,sebab bau aroma cinch tea ni pun dah wangi dan ditambah pula rasa masam orange dari performance drink,memang menyelerakan..lagipun
tugas sebagai co-pilot ni penting sebenarnya,ada keje-keje khas yang perlu dilakukan mcm jadi rakan bersembang,rakan menyuap makanan dan minuman,rakan mengurut tengkuk kalau en husband dah hilang fokus dalam pemanduan.
Ini antara tips dari kami untuk pemanduan selamat balik ke kampung,anda bagaimana?
Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing,amin.

Rabiatul 012-5584478
CID: RawangKLSelayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#tipspemanduanselamat
#cinchteashaklee
#performancedrinkshaklee
#sihatsemulajadi
#inikisahsaya


Apa Kegunaan Botol Vitamin anda



Recycle bottle Shaklee

Nak tanya koranglah kan,selalunya bekas vitamin yang tak digunakan tu kome buat ape ye? Buang je ke? Dulu ye saya buang juga semua bekas vitamin yang dah abis guna,tetapi sejak setahun yang lepas terasa rugi pula buang botol vitamin ni terutamanya bekas yang bosar-bosar macam ESP,PD,MealShakes dan Cinch shakes mix.
Jadinye saya recyclelah semula bekas yang ada dalam simpanan saya.
Bekas ni saya buat tabung sedekah saya dan family.Kat dapur pula,saya letakkan bahan-bahan bakery saya macam tepung kek,gula icing, beras pulut..
Bukan itu aje,untuk permainan anak pun saya menggunakan bekas vitamin,terutama permainan macam lego yang mempunyai component yang kecik dan halus supaya tak hilang.

Macam-macam boleh buat dengan bekas vitamin ni,bestkan!! Duit pun boleh dijimatkan..

Rabiatul 012-5584478

#tsunamishaklee
#ptstim9
#recyclebottleshaklee
#sihatsemulajadi
#esp
#mealshakes
#Performancedrink
#cinchshakesmix


Kenapa Basic H Shaklee Terbaik



Assalamualaikum semua..
Pejam celik cuti sekolah pun dah nak abis. Rumah pun tak abis lagi berkemas..tapi mujur ada Basic H Shaklee ni, senang sikit koje ibu.

Bila dah ada bayi kecik ditambah pula yang suka mengutip dan menjilat apa yang ada di depan mata,faktor keselamatan dan kebersihan memang perlu dititik beratkan.si ibu memang kena pastikan semua perkakas rumah dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya.

Basic H Shaklee ni sekarang dah jadi kawan karib ibu,khidmat dari Basic H memang ibu perlukan sangat untuk segala jenis koje.

Kenapa Basic H Shaklee?
Basic H ni adalah pencuci serbaguna semulajadi yang di hasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa dan yang paling penting mestilah :

:-) bebas bahan kimia berbahaya
:-) tiada toksin
:-) organik
:-) tanpa klorin
:-) tanpa baban pewangi
:-) ph seimbang
:-) lembut pada tangan

Yang paling best tahan lama sebabnya hanya beberapa titik je diperlukan sebab ianya pekat.

Yang paling si ibu suka guna Basic H ni untuk lap kitchen cabinet,oven,hood dan hob nampak licin dan berkilat je,sampaikan bayang-bayang lantai nampak ketara pada pintu kabinet,seolah -olah macam baru beli je.si kecil kalau dia terjah ke dapur memang dia akan main dengan bayang-bayangnye sendiri dekat pintu kabinet tu..

Bukan itu aje, barang mainan dan botol susu si kecil juga si ibu akan basuh menggunakan Basic H ni.

Kalau sabun cuci baju si kecik dah abis,memang akan guna Basic H ni,tak perlu risau lagi.

Banyak kegunaan Basic H ni cuci lantai,cermin,tingkap semuanya boleh.Kalau kasut sekolah si abang terlalu kotor si ibu akan rendam semalaman dengan Basic H,esoknye segala kotoran degil dah hilang,tak perlu menyental.

Kalau anak-anak terkena demam panas,Basic H ni jadi penyelamat,si ibu akan mandikan anak-anak dengan air yang dititikkan dengan Basic H. Inshaallah suhu badan boleh berkurang.

Pengalaman si ibu dengan Basic H ni, bila terkena air panas dan minyak panas ketika menggoreng cepat-cepat lumurkan kawasan yang terkena tadi dengan Basic H,tiada gelembung panas yang keluar.

Bahan mentah seperti sayur,buah,ikan,ayam,daging pun boleh direndamkan didalam air Basic H ni untuk buang segala toksin yang beracun yang melekat pada bahan mentah.

Yang bestnya kulit tangan tak akan mengupas sebaliknya bertambah lembut je.

Memang bestlah Basic H ni,banyak lagi kegunaannya,nanti si ibu akan ceritakan lagi.

Si ibu dah ada merasai kehebatan Basic H ni,anda bila lagi?? Tak rugi sebenarnya sebotol boleh tahan berbulan-bulan tau!!

Calling-calling untuk dapatkan sebotol dari saya:-)

Rabiatul 012-5584478
COD RawangKLSelayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#basichshaklee
#pencuciserbaguna
#sihatsemulajadi
#bebasbahankimia
#organik


Jatuh Hati Dengan ESP

Jatuh Hati pada ESP

Dalam banyak produk keluaran Shaklee ni,ESP merupakan produk HOT SELLING Shaklee. Walaupun ESP ni pernah terpalit dengan kontroversi panazz,tapi ramai juga penggemar tegar ESP ni.
ESP ni memang dah jadi bestfriend saya di awal pagi dan malam.Disebabkan tuntutan kerja sampai rumah dah malam,memang tak sempat nak jamah makanan,sebabnya dah bertukar title bibik pula nak kena uruskan anak-anak dan keje rumah,jadi ESP lah jadi peneman perut,memberi tenaga segera untuk saya. Risau terkena gastrik sebab tu di awal pagi memang wajib ambil satu gelas dulu sebelum pergi keje.
Lagilah sekarang ni saya menyusukan si baby,memang banyak membantu dalam penghasilan susu dan kuantiti susu pun meriah.

KENAPA ESP
ESP ni merupakan satu-satunya produk yang mempunyai 9asid amino penting yang diperlukan oleh  badan kita.
ESP ni diperbuat daripada sumber kacang soya NON GMO. ESP ni mempunyai 14gram protein soya NON GMO yang berkualiti tinggi. Pentingnya NON GMO berbanding GMO adalah produk GMO boleh menyebabkan Alergik, Tosik dan Potensi Kanser.

APA ITU NON GMO
NON GMO itu " genetically modified organism" yang bermaksud tidak diubah suai secara genetik.
Bukan itu aje,kandungan Glycemic Index (GI) dalam ESP adalah rendah. GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos.

Makanan yang mempunyai GI yang rendah lebih baik kerana ia tidak menyebabkan glukos dalam badan naik mendadak.

Bagi pesakit KENCING MANIS memang sesuai ambil ESP ni untuk membantu mereka kekal kenyang sentiasa.
Tahu tak ESP ni TIADA KOLESTROL, TIADA ASID URIK.

Pesakit JANTUNG dan pesakit GOUT boleh menggunakan ESP ni.

ESP ni tersangatlah best sebab ianya mudah diserap oleh badan kerana strukturnya yang semulajadi tanpa pengubahsuaian genetik..

Saya dah mencuba dan menjadi penggemar tegar ESP ni,anda bila lagi?
Belum cuba belum tahu keistimewaannya,calling-calling saya untuk dapatkannye ye :-)

#tsunamishaklee
#ptstim9
#espshaklee
#sihatsemulajadi


My Big Why

Haziq dan Hannah my big why kenapa terjebak dengan bisness Shaklee. Hanya untuk anak-anak ibu..mereka adalah segalanya bagi ibu.Walau susah macam mana pun,priority tetap untuk mereka.
Mereka penguat semangat,penghibur dikala duka,walau penat macam mana pun,bila pandang muka anak-anak ibu ni,hilang segala penat lelah ibu.
Doakan ibu,agar ibu boleh sentiasa berada disisimu setiap masa dengan tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja yang lain.Ibu ingin lari dari tugasan ofis yang panjang dan yang pasti memilih kerjaya yang boleh bersama anak-anak ibu setiap masa..menjadi WAHM dengan Shaklee,bebas kemana-mana bersama anak-anak tercinta.
Aamin..

Rabiatul 012-5584478
COD Rawang KL Selayang

#tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#sihatsemulajadi
#wahm