Sejak dah terjebak dengan Shaklee ni,banyak betul perubahan yang berlaku pada diri sendiri dan family.
Dulu memang takut makan ubat.Kalau demam sekalipun tak kan sentuh ubat demam.Nak tau sebab apa? Sebab rasa pahit pada ubat tu yang membuatkan saya tak lalu nak telan.Kadang-kadang tu air dah minum setengah gelas tapi ubat tak juga berjaya di telan.
Bila dah jumpa Shaklee, langsung tak der rasa takut makan ubat.Dah tak der lagi rasa pahit ubat tu. Bukan itu aje,tahap kesihatan saya juga bertambah baik.Kalau dulu saya selalu pitam dan pening kepala akibat tekanan darah rendah dan kadang-kadang mengalami masalah Vertigo,iaitu ketidakseimbangan bendalir dalam badan. Tapi sekarang berkat konsisten makan set kesihatan optimum dah tiada lagi mengalami masalah tersebut.
Dengan Shaklee ni juga, saya banyak belajar mengenai jenis ubat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.Selama ni ingatkan semua jenis ubat sama je,rupa-rupanya tak sama langsung..kena perhati ingrediant setiap ubat setiap kali hendak membeli sebabnya ada setengah ubat yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman kita..Sekarang ni dah boleh tahu simptom-simptom penyakit yang bakal menyerang tubuh badan kita.Best juga dapat belajar bidang yang tak pernah saya tahu selama ni.
Bukan itu je, saya dah mempunyai ramai rakan-rakan shaklee diseluruh Malaysia.Diaorang ni semuanya ramah dan senang nak berkongsi pengalaman, berkongsi idea dan kami saling membantu antara satu sama lain untuk berjaya dalam Shaklee.Kami juga diajar sentiasa dekatkan diri pada maha pencipta,buang segala sifat riak,sifat negatif dalam diri.Sentiasa berfikiran positif selalu.Barulah kita dapat jalani hidup dalam keadaan tenang.
Tahu tak sebelum ni saya langsung tak didedahkan dan tak ingin pun nak bust apa-apa biz,sebab perasaan malu yang menebal dalam diri.Tapi dengan Shaklee, jadi lain pula,perasaan malu tu dah hilang sebaliknya sentiasa rasa berkobar-kobar untuk berkongsi kebaikan Shaklee pads semua,supaya setiap orang berpeluang untuk hidup sihat disamping family tercinta.Duit boleh dicari,tetapi kesihatan diri dan family tak boleh ditukar ganti.
Effect Shaklee ni buatkan saya setia sampai sekarang.Seronok sebenarnya bila customer yang amalkan Shaklee dan resultnya positif,makin sihat dan tak perlu bergantung pada ubat ubatan hospital lagi.
Ini adalah serba sedikit kesetiaan saya pada Shaklee..Sebenarnya Nak citer lagi tapi takut panjang pula nak membacanya.
Jom sertai kami bersama Shaklee,bila anda dah bersama kami anda akan tahu nikmat seronoknya bersama Shaklee..
SHAKLEE DISTRIBUTOR &
BUSINESS LEADER
Rabiatul
012-5584478
Khamis, 8 Disember 2016
Perubahan Diri Dengan Shaklee
Rabu, 7 Disember 2016
Siapakah Pengasas Shaklee? Kenali Beliau Anda Akan Jatuh Hati
TAHU TAK SIAPA PENGASAS SHAKLEE?
Beliau adalah Dr. Forrest Cell Shaklee.Beliaulah yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956. Dah lama sebenarnya Company Shaklee ni.
Antara Falsafah penting beliau pegang ialah "Living in Harmony With Nature".
Berasaskan prinsip inilah Dr. Shaklee telah menghasilkan suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesrs alam sekitar.
JOM KENALI DR. FORREST C. SHAKLEE
Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November 1894 di Carlisles,lowa.Semasa kelahiran beliau, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering) dan doktor yang merawatnya meramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8tahun sahaja.
Disebabkan penyakit yang beliau alami, keluarganya telah membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan arang batu) ke utara lowa iaitu kawasan pendalaman yang udaranya belum lagi tercemar,masih lagi bersih,segar dan di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang. Setelah 4 tahun ibunya berusaha mengubatinya dengan herba2 yang terpilih, akhirnya beliau sembuh dari penyakitnya.
Dr Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik , persekitaran yang sihat dan senaman.
Dr Shaklee memutuskan untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasaskan alam semulajadi kerana keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-
"Saya tidak pernah memperlekehkan profession perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan. "
LANGKAH PERTAMA SEBAGAI NUTRITIONIST
Sewaktu menjadi seorang Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi semakin bercambah.Beliau banyak membaca dan mengkaji tentang biochemist dan kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta Suplemen Pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan sebagai VITALIZED MINERALS yang sekarang ni dikenali sebagai VITALEA yang kini telah berusia 100 tahun.
Bukan itu aje,Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan.
Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia.
Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan kini menjadi tugas kami pula pengedar2 sah Shaklee untuk menyebarkan tentang kebaikan Shaklee..
Sebenarnya kisah Dr. C Shaklee ni panjang sangat, saya hanya merumuskan saja kisah beliau.Nak tahu lebih lanjut pasal beliau boleh baca buku "The Shaklee Story" hasil tulisan Robert L.Shook.
Saya berbangga menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee, anda bila lagi?
Nak join saya buat Shaklee?
PM Kak Tun 012-5584478
Kata-Kata Semangat Untuk Terus Berjaya
Di setiap kejayaan seseorang semestinya ada kata-kata semangat dari orang tersayang. Begitu juga dengan saya, bila perasaan kita tengah down atau bersedih merekalah yang selalu memberi galakan dan support untuk kita kembali bersemangat semula..
Antara kata-kata positif, kata-kata semangat yang selalu saya dengar.
"Setiap kali solat mak mesti doakan kejayaan untuk anak-anak mak."
"Inshallah selagi kita berusaha dan berusaha tanpa henti,Allah akan berikan ganjaran yang setimpal"
"Perbetulkan niat,setiap hari nak mulakan keje niatkan kerana Allah"
"InshaAllah klong boleh lakukan,ada sesuatu dalam diri klong yang perlu dikeluarkan"
"Buat sesuatu yang kita suka dan seronok,inshaallah keje kita akan lebih mudah"
"Kita bergerak bersama-sama dan berjaya bersama-sama, kejayaan bukan milik seorang tapi,milik kita semua"
"Ibu boleh buatnye! Chaiyok"
Ini antara kata-kata semangat dari orang yang tersayang untuk diri saya. Banyak lagi sebenarnya kata-kata semangat dari insan-insan tersayang disekeliling saya.
Insan-insan yang banyak menberi kata semangat,pendorong dan nasihat yang terbaik untuk diri saya.
Tanpa mereka, mak yang tersayang,adik-beradik tercinta,suami tersayang, upline,super upline,group dan rakan-rakan seperjuangan dalam team Naila,dan tak dilupakan 2orang buah hati saya,tanpa mereka ni saya dah hanyut dari Shaklee..
Saya bersyukur sangat sebab Saya dikelilingi insan-insan yang menyayangi saya. Mereka tidak pernah putus menghantar dan mengungkapkan kata-kata semangat dan nasihat yang berguna pada saya.
Demi mereka saya akan teruskan perjuangan saya dalam Shaklee untuk membantu mereka yang memerlukan.
Semoga kejayaan yang bakal saya perolehi merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka yang menyokong saya tanpa henti.Inshaallah...
SHAKLER DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER
Rabiatul 012-5584478
Isnin, 5 Disember 2016
Buku Feveret : Padanya Ada Hikmah
Ini antara buku feveret saya..sebenarnya buku ni dah lama saya beli masa pesta buku di PWTC beberapa tahun dulu.Walaupun dah baca tapi saya suka mengulang baca setiap kali ada masa lapang.
Padanya Ada Hikmah tulisan tokoh motivasi yang tersohor,Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad Bahruddin Bekri. Buku ni sebenarnya sarat sangat dengan kisah motivasi yang dikaitkan dengan sang pencipta.
Buku ini mengajar saya erti kesabaran,erti mendidik jiwa kita jika berlaku sebarang dugaan dari Allah, hanya padanya tempat kita bergantung.Lagi kuat, lagi banyak dugaan yang Allah beri, sebagai seorang hambanya kita mesti mengharungi dugaan yang diberi dengan tenang dan selalu mencari salah silap kita disisiNya.Bila kita mula mengaudit diri kita,kita akan merasakan setiap ujian yang diberi,rupanya tersembunyi hikmah yang begitu besar untuk kita.
Percayalah setiap dugaan yang Allah berikan pada umatnya,sebenarnya untuk mendidik hati,jiwa dan raga umatnya lebih bertawaduk dan beriman padaNya. Dan setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan dan jika kita berjaya mengatasinya, kita akan nampak begitu besar hikmah dan ganjaran yang Allah hadiahkan disetiap pengorbanan yang kita lakukan..
Ameen
Khamis, 1 Disember 2016
Tips Menghadapi Musim Hujan
"Macam mana aku tak hujan"
"Katak panggil aku"
"Katak panggil aku"...
Eh awatnya Kak Tun nyani pulak ni?
Saje je, nak hiburkan hati,dengan cuaca sejuk disebabkan hujan ni,mata pun turut sama nak melabuhkan tirai.
Hari ni Jak Tun nak bagi tips untuk ibu-ibu diluar sana yang risaukan kesihatan anak-anak dan orang tersayang bila keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan!!.
Seperti yang kita tahu,bulan November dan Disember ni sememangnya terkenal dengan musim hujannye.Bila dah start musim hujan ni,banyak perkara kena alert untuk family kita. Lagilah dah masuk musim cuti sekolah,kesihatan family mesti kena titik baratkan.Yerlah dah elok kita planning nak pergi cuti, tiba-tiba ada pula ahli family yang tak sihat,abislah program percutian kita.
Bak kata orang tua sediakan payung sebelum hujan.So saya akan pastikan SET KESIHATAN ASAS mesti kena
amalkan setiap hari.Set ni khas untuk Kak Tun dan husband.Kami kena pastikan kesihatan diri lebih baik dari biasa lebih-lebih lagi masa hujan ni.Almaklumlah kami ni travel ke ofis dengan motor setiap hari.
Untuk anak-anak memang sentiasa standy NUTRIFERON dan OMEGA GUARD ni kat rumah,ini kiranya sebagai perisai untuk memperkuatkan lagilah sistem imun badan mereka.Lebih - lebih lagi anak-anak Kak Tun berada ditaska sepanjang hari,kebarangkalian virus selsema,demam dan batuk memang sentiasa aktif sentiasa.Tapi Nutriferon dan Omega ni orang dewasa pun boleh amal juga tau! Lagi pun senang nak bawa travel kemana-mana.
Bila dah musim hujan ditambah pula musim cuti sekolah,kain baju makin bertambah daripada hari persekolahan.Jadinya memang sukarlah time hujan ni kain baju nak kering cepat.Bila dalam keadaan lembap,mestilah ada bau kepam,masam kat kain baju yang tak kering tu.Kalau dah jadi macam ni, alamatnya Kak Tun akan basuh semulalah jawabnya..tak suka bau tu melekat kat baju.
Untuk elakkan perkara ini terjadi, Kak Tun memang guna Set Pencuci Shaklee ni yang terdiri daripada Get Clean Fresh Laundry Concentrate dan pewanginya boleh guna Get Clean Soft Concentrate. Yang bestnye set pencuci ni jika kain baju kita tak kering seharian pun tak der bau masam kepam yang melekat,sebaliknya bau fresh alam semulajadi yang bau harum semerbak kat baju.Dah tak perlu basuh kembali baju yang berbau.Masalah bau settle.Lagipun set pencuci tahan lama, selamat dan dihasilkan dari bahan semulajadi,jadi baju baby pun boleh gunakannya juga tanpa ragu-ragu.
Korang macam mana? Dah prepare untuk musim hujan ni? Jom kongsi tips bersama-sama saya.
Shaklee Distributor
Rabiatul
012-5584478
Rabu, 30 November 2016
BILA IBU BERBICARA : TIPS MUDAH REDAKAN DEMAM PANAS ANAK
Anak ke2 saya ni kalau demam suhu mesti akan cecah 39-40 walaupun baru 1stday demam.Cik Hannah ni tak macam abangnye bila badan dah start panas akan nampak merah kt hidung,telinga,mulut dan pipi,tapi cik Hannah ni langsung tak nampak tanda-tanda macam abangnye,yang ketara tapak tangan dan ubun kepala je yang panas,bila check suhu mak ai, terkejut ibu mendadak naik.
Doktor ada bagi tips mudah bila baby demam panas mendadak,bila suhu dah meningkat naik dan tiada bekalan ubat demam di rumah, cepat-cepat tanggalkan pakaian anak dan lakukan teknik sponging dan jerlum kepala dan badan dengan air sejuk dari peti ais selama 30 minit. Ini untuk jangka waktu pendek supaya suhu tak meningkat naik lagi sebelum berjumpa dengan doktor.
Demam panas ni jangan dibuat main boleh terkena sawan tau, boleh memudaratkan anak nanti.
Selain tu, ada lagi petua orang tua-tua dengan menggunakan air asam jawa dan bunga raya.Tetapi disebabkan tak semua rumah ada bunga raya dan penggunaan asam jawa pada bayi agak merenyahkan saya ada tip mudah yang saya belajar dari kawan-kawan dengan menggunakan Cream Herbal Blend dan Basic H.
Saya dah buat beberapa kali menggunakan tips ni dan alhamdulillah memang ada perubahan pada suhu badan Hannah.
BAGAIMANA CREAM HERBAL BLEND BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN SUHU PANAS
Cream Herbal Blend ni saya akan lumur dikepala dan seluruh badan Hannah.
Basic H ni,saya akan drop beberapa titik dalam air mandian atau air rendaman dan dimandikan dan dilapkan ke badan anak.
Disebabkan Hannah sepanjang masa di taska,ibu memang akan standby BASIC H dan Cream Herbal Blend kat taska jika Hannah tiba-tiba demam panas di sana.
At least suhunya dapat dikawal sebelum ibu bawa ke klinik.
Selain tu,tips lain jika bayi kita masih lagi bawah setahun,si ibu boleh upkan sistem imun dengan mengambil nutriferon dan susikan bayi sekerap yang mungkin.
Bagi bayi yang dah berumur setahun ke atas, si ibu boleh memberi 1/3 sachet nutriferon kepada bayi anda.Ini untuk membantu tubuh badan bayi anda dapat melawan virus demam yang dialami.
Bagi ibu bapa yang prihatin, hendaklah pastikan 3sekawan ni sentiasa berada di rumah.Lagipun 3sekawan ni senang nak dibawa kemana-mana jika anda selalu travel.
Korang ada tips lain? Meh share dengam kak tun ye..
Shaklee Distributor
Rabiatul 012-5584478
Kenapa Perlu Pilih Gaya Hidup Sihat Bersama Shaklee
Kenapa saya memilih Shaklee untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat?
Bersesuaian dengan prinsip Shaklee "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam".
Shaklee sebenarnya adalah sebuah Organisasi yang menjaga kelestarian dunia untuk generasi masa depan, dan bukannya hanya menjual vitamin semata-mata tau. Di Shaklee kesemua produk yang dihasilkan adalah mesra alam dan benar-benar selamat untuk diri kita,rumah kita dan bumi kita juga.
Ini bersesuaian dengan konsep pengasas Shaklee sendiri, Dr. Forest Shaklee iatu "Living in Harmony With Nature" - Hidup Secara Alami.
Tahu tak korang,pemilihan bahan mentah untuk kesemua produk Shaklee adalah dari ladang-ladang yang mengamalkan cara penanaman organik, tanpa guna pestisid herbisid gmo etc. Bila menggunakan ladang organik 100%, tiada langsung penggunaan racun, baja GMO (bahan kimia) sebaliknya guna cara semulajadi untuk singkirkan perosak. Ia bukan je selamatkan kita dari termakan benda-benda racun yg tak disedari ni, tetapi juga untuk menjaga populasi haiwan-haiwan ternakan.Almaklumlah kalau guna racun dan bahan kimia ni, bukan je haiwan perosak saja yang mati, malah semua yg berdekatan pun akan terkesan, termasuklah manusia juga.
Tau tak Omega Guard keluaran Shaklee ni,ikan-ikan yang digunakan diperolehi dengan menggunakan satelit untuk menangkap ikan yang berkualiti dan telah mendapat persetujuan daripada Pertubuhan Friends of The Sea yang ditugaskan untuk menjaga populasi ikan-ikan sedunia.
Bukan itu sahaja, Shaklee juga banyak menganjurkan program tanam sejuta pokok diseluruh negara termasuklah Malaysia. Shaklee mula bertindak untuk mengadakan program sebegini apabila angkasawan Shaklee naik ke angkasa dan mereka terkejut dan mendapati banyak kerosakan yang telah berlaku di bumi kita.
Jadinya,mulai saat ni marilah kita sama-sama bertindak untuk bertukar kepada produk yang lebih mesra alam dan semulajadi bukan hanya makan suplemen aje tau malah penggunaan produk kegunaan harian di rumah seperti sabun,syampoo,pencuci muka,pencuci lantai, pewangi baju, penyembur serangga dan banyak lagilah akan boleh mendatangkan kemudaratan dimasa akan datang seperti boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
Disebabkan oleh keprihatinan pihak Shaklee terhadap banyaknya penggunaan bahan kimia di dalam rumah, Shaklee juga telah mencipta "produk Get Clean" nya sendiri yang sememangnya mesra alam dan semulajadi.
Jadinya, mulai hari ni marilah kita bersama-sama bertukar kepada produk yang lebih mesra alam dan semulajadi yang sememangnya baik untuk kebaikan kita semua dan juga untuk generasi kita dimasa akan datang.
Shaklee Distributor
Rabiatul 911010
012-5584478