Selasa, 21 Januari 2014

Nak Kurus? 10 Kesilapan Diet Paling Besar

Kesilapan berikut TIDAK akan membantu andakurangkan berat badan
Jadi pastikan anda tidak amalkan kesalahan berikut.




  • Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning
  • Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
  • Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
  • Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
  • Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  • Harapkan makanan tambahan. TIADA masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
  • Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.


SUMBER: http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kesilapan-diet-untuk-kurus/

8 TIP DIET MUDAH ALA MALAYSIA

Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.



2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.


3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.


4. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.


7. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.


8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.


"Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda."








SUMBER : http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tip-mudah-diet-malaysia/

Rabu, 15 Januari 2014


Air Penting Demi Kesihatan






Kepentingan air, sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting demi kelangsungan hidup seseorang manusia.

Ramai di kalangan kita yang hanya minum air setelah dahaga. Sedangkan, kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pakar pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Jika termasuk di dalam golongan yang “malas” minum air, anda seharusnya berubah sikap dan mula memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air.

Air membentuk kira-kira 55 - 57 % daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan “memaksa” buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkannya rosak.

Antara lain, air turut menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.

Ketahuilah, tubuh anda terdiri daripada 70% air. Sekiranya air yang terkandung di dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.

Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa input air perlu sekurang-kurangnya sama dengan output air. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

Malah rasa mengantuk selepas makan tengah hari pun merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Seperti yang anda sedia maklum, air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Bagi menyempurnakan proses ini, tubuh menggunakan air daripada sel badan. Apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Inilah puncanya anda mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian sewaktu kerja selepas makan.

Ramai yang tidak sedar diri sebenarnya mengalami kekurangan air yang kronik. Sekiranya anda hanya ke tandas 1 atau 2 kali sehari, kerap dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah takungan air, itu petanda anda kekurangan air! Tahukah anda, tanda-tanda seperti perut terasa kembung atau kaki kelihatan bengkak merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Bukannya kerana terlalu banyak air.

Kurangkan Berat Badan
Ramai yang keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini menyebabkan segelintir daripada anda mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum air kosong dalam jumlah yang banyak adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.

Jika anda mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali berasa lapar. Memandangkan air tidak mengandungi kalori, jadi tidak timbul isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, pakar pemakanan sering menyarankan individu agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Tanpa disedari, ia dapat mengelakkan diri anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Perlu diingatkan bahawa air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis yang hanya mengandungi kalori kosong!

Malas Ke Tandas?
Biarpun tahu manfaat air pada kesihatan, tidak ramai yang punya “kekuatan” untuk berulang-alik ke tandas. Oleh kerana itulah golongan ini minum hanya sedikit air dan pada masa yang sama turut mengelak makanan yang mengandungi air yang banyak. Faktanya, kerap berulang ke tandas perlu dianggap sebagai perkara yang positif. Secara purata, pundi kencing dikosongkan di setiap 4 jam. Jadi, membuang air kecil antara 6 hingga 7 kali sehari adalah sesuatu yang normal.

Usah risau jika perlu kerap ke tandas kerana ia adalah antara cara meningkatkan kepekaan fikiran khususnya bagi anda yang lebih banyak duduk ketika bekerja. Terdapat kajian yang menasihatkan individu untuk berehat seketika setiap 1 atau 1 ½ jam ketika bekerja. Oleh itu, anggaplah aktiviti ke tandas sebagai rehat yang bukan sahaja membantu anda membersihkan dalaman tubuh, malah merangsang tumpuan fikiran.


KEKURANGAN ZINK


TANDA - TANDA  KEKURANGAN ZINK DALAM BADAN
Zink merupakan bahan kimia penting yang penting untuk fungsi manusia. Zink memainkan peranan penting dalam banyak aspek sistem imun. Ia membantu dalam pembahagian sel, pembekuan darah, penyembuhan luka, sintesis DNA, pertumbuhan dan perkembangan janin, dan sintesis protein.


Lima tanda-tanda utama kekurangan zink:


1. Mengganggu sistem imun: Zink menjejaskan aktiviti sel. Kekurangan zink boleh menyebabkan lemah antibodi dan menjejaskan sistem imun. Oleh itu, orang yang kekurangan akan terdedah kepada jangkitan atau selesema.


2. Cirit-birit: Apabila sistem imun terganggu, ia membuatkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan. Salah satu daripada jangkitan adalah bakteria yang menyebabkan cirit-birit.


3. Kehilangan rambut dan lesi kulit: Zink adalah penting untuk pertumbuhan sel normal. Kekurangan Zink melemahkan sel-sel, yang boleh menyebabkan kehilangan rambut pada kulit kepala dan luka-luka pada kulit. Ini adalah salah satu tanda-tanda utama kekurangan zink.


4. Hilang selera makan dan / atau anoreksia: Kekurangan punca zink menurun hilang selera makan. Jika kekurangan zink tidak dikenal pasti dan dirawat, hilang selera makan menurun akhirnya boleh membawa kepada anoreksia.


5. Kemerosotan kognitif dan fungsi motor: Kekurangan zink dalam ibu mengandung bukan sahaja boleh melemahkan ibu, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf janin, merosakkan kemahiran motor dan kemahiran kognitif bayi.


Lain-lain tanda-tanda kekurangan zink 
  • mengganggu kesuburan
  • ruam pada kulit
  • bintik pada kuku
  • gangguan tidur
  • kehilangan nafsu seks
  • kehilangan rasa atau bau
  • dan dalam beberapa kes anemia yang ringan.


*** SUPPLIMEN YANG SESUAI ADALAH ZINK COMPLEX ***

UNTUK CEPAT HAMIL



GLA Membantu Cepat Hamil.





Kepada yang telah mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan anak, anda mungkin boleh mencuba GLA Shaklee. Menurut kajian, ia mampu membantu wanita untuk hamil dengan izin Allah.

GLA sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dalam penyembuhan penyakit.
GLA (asid gamma linolenik) merendahkan kolesterol, membantu untuk mengurangkan gejala sindrom prahaid dan membantu dalam pengeluaran cecair kualiti subur serviks. Asid gamma linolenik (GLA) ditukar kepada bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin E1 yang mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga boleh bertindak sebagai pencair darah dan membesarkan saluran darah. Ciri-ciri anti-radang GLA membantu melegakan kesakitan dan kekejangan.

GLA dan PMS (Sindrom Prahaid)
GLA juga mempunyai kesan ke atas gejala sindrom prahaid dan memberi kesan kepada lendir serviks. Jika anda mengalami sindrom prahaid(PMS), ia mungkin kerana anda kekurangan GLA. Antara sindrom PMS adalah senggugut, stress dan keletihan.


GLA dan Proses Hamil
GLA membantu wanita untuk menghasilkan lebih subur cecair serviks yang berkualiti dan lebih subur.Cecair serviks menjadi subur, nipis, berair, jelas dan 'elastik' dan mudah membantu sperma untuk melalui rahim, tiub fallopio dan telur. Cecair serviks ini juga membantu sperma untuk terus hidupsehingga lima hari di dalam tiub fallopio, sekali gus membolehkan proses hamil berlaku walaupun walaupun hubungan dilakukan bukan masa ovulasi berlaku.

Jika cecair serviks anda adalah tebal, coklat atau kering, ia boleh menghalang persenyawaan. Sesetengah wanita mengalami cecair serviks yang sangat kering sekaligus menghalang pembentukan cecair serviks yang subur.

Jika anda mempunyai masalah seperti itu, anda disarankan minum banyak air dan mengambil GLA dalam membantu pengeluaran cecair serviks subur wanita.

KEKURANGAN KALSIUM

Tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium




Mungkin ramai yang tak sedar tubuh mereka kekurangan kalsium. Kekadang corak pemakanan kita yang lebih mementingkan rasa dari khasiat menyebabkan masalah itu terjadi ditambah lagi dengan faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin pengurangan kalsium pada tubuh.

Jom ketahui makanan dan minuman yang mempercepatkan Osteoporosis.

1. caffeine
Dengan pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan kalsium.

2. soda
Minuman bersoda juga boleh mengganggu kekuatan tulang.

3. garam
Semakin banyak garam yang masuk ke dalam tubuh, semakin banyak pula kalsium yang terbuang melalui air kencing dan peluh.

4. alkohol
Pengambilan alkohol menyebabkan kekuatan tulang akan berkurangan.

5. protein
jika berlebihan protein akan mengganggu keseimbangan pada tubuh badan. Jadi pastikan anda mengambil protein dalam kadar yang betul.

Simptom kekurangan kalsium dalam badan

1. pada otot dan saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm

2) pada saraf sahaja :
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih
Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

3) pada jantung:
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum:
Kekejangan atau "kram" otot
sukar/susah nak tidur
Perasaan berdebar-debar
Eczema (penyakit kulit)
Rapuh kuku
Sakit Sendi
Tekanan darah tinggi
Gigi reput
Paras Kolestrol tinggi
Kebas-kebas kaki dan tangan
Rheumatiod arthritis
Rickets

JGN TUNGGU LAMA2 NANTI PENYAKIT YANG LAIN BERTANDANG.. JOM CUBA OSTIMATRIX SHAKLEE UNTUK MERAWAT ANDA..
Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Rabiatul melalui atulrazali@yahoo.com/
call / whatapps : 0125584478

KELEBIHAN ALFALFA PADA LELAKI

Bagaimana Alfalfa Complex boleh membantu si jejaka idaman hati anda??

1. Alfalfa membuang toksin dalam badan dan mengurangkan keasidan tubuh.
Alfalfa adalah tumbuhan beralkali tinggi yang sangat penting untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkkan kulit!


Jadi, jejaka2 di luar sana yg ada masalah gout sebab terlebih asid tu elok sangat makan alfalfa! Alfalfa memang sesuai bg mereka yg mengidap penyakit gout.

2. Alfalfa perbaiki tahap kolesterol
Jika makan alfalfa bersama produk pemecah lemak lecithin dan Omega, alfalfa membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan memecahkan lemak dan membuangnya dari tubuh. Oleh itu si jejaka akan rasa sihat, dan penyakit seperti sakit jantung, stroke, dan darah tinggi dapat dicegah.


3. Memperbaiki alahan dan resdung
Terutamanya untuk mereka yang ada resdung. Penggunaan secara berterusan (3-10 biji sehari) dapat mengurangkan masalah resdung dan memulihkannya!. Ramai testimoni yg bgtau dah boleh makan seafood, belacan dan dah tak bersin-bersin waktu pagi lagi.


4. Mengurangkan masalah badan berbau
Mulut berbau, badan berbau, ketiak berbau, nafas berbau adalah tanda terlebih asid dalam badan. So lepas makan alfalfa insyaAllah masalah berbau -berbau ni dapat diatasi. Jangan biarkan hidup anda diselubungi bau busuk! Si isteri pasti suka jika bau badan si suami dh tiada lagi..hehe


5. Mengatasi sembelit
Walaupun orang lelaki jarang sembelit tapi ada juga yang kena sembelit. Alfalfa kaya serat dan ia agen pelawas yang terbaik!!


6. Mengurangkan masalah jerawat
Jerawat pada muka dan wajah adalah tanda lebihan toksin dalam badan, jadi untuk memulihkannya, makanlah alfalfa 10 biji sehari supaya toksin2 dalam badan dapat dibuang.


Bestkan? Ha siapa kata ALFALFA NI untuk wanita saja, lelaki pun boleh jg amalkan ALFALFA ni.. Tak kira bujang atau sudah berkahwin. Banyak khasiat alfalfa bagi diri kita..
Sebab tulah ALFALFA di gelar raja segala tumbuhan!!!Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.


---------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan harga ALFALFA yang lebih murah pada Bulan Januari ni dengan pembelian 6 percuma 1 boleh hubungi saya ye.. Cepat dapatkan. Rugi kalau xder sebotol di rumah anda...

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi supplimen SHAKLEE boleh WHATAPPS/SMS/CALL : 012-5584478
Email: atulrazali@yahoo.com

COD : BANDAR COUNTRY HOME RAWANG, BATU CAVES, PURTAJAYA, ULU YAM

ALFALFA UNTUK PEREMPUAN

Alfalfa teman sejati wanita??? Boleh percaya ke?


Kenapa xpercaya? Anda ragu2 dgn statement ni?
Jgn rasa ragu – ragu lagi ye.
Alfalfa memang teman sejati bagi wanita.Bestkan!!
Kenapa Alfalfa ye?

Hari ini jom kita cerita pasal Alfalfa..
Kenapa Wanita Perlu Pilih!!!
Kenapa ianya penting untuk para wanita dan bagaimana ia membantu...

Antara khasiat dan kebaikannya:
1. Memberi kelegaan pada semasa haid
Masalah ni memang banyak dialami oleh kita terutama ketika remaja. Ada yang sakit sampai terguling2 menanggung rasa sakit datang haid. Dengan pengambilan alfalfa boleh mengurangkan rasa sakit ketika dating haid.


2. Merawat masalah keputihan
Wah masalah keputihan ni mmg susah bagi kaum wanita nak bercerita. Yerlah ini melibatkan bahagian keintiman kita mestilah rasa malu dan segankan.
Keputihan merupakan sesuatu yang tidak disenangi oleh para wanita. Selain menimbulkan ketidakselesaan, keputihan yang berlebihan menyebabkan perasaan rendah diri terutamanya bagi wanita yang telah berkahwin.


3. Memulihkan urat semasa bersalin
Boleh mengecutkan rahim selepas bersalin.


4. Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada para isteri
Untuk bab ni untuk yg dah berumah tangga je tau, kacip Fatimah ni tahu-tahu lah sinonim dengan apa kan? Eh, tak tahu? Sila google ye.. segan pula nk bercerita di sini..hehe.


5. Bertindak sebagai MILK BOOSTER bagi yang menyusukan bayi
Bagi yang tengah menyusukan bayi, kalau amalkan alfalfa ni susu mmg melimpah ruah sampai boleh basah baju kita sebabnya alfalfa ni akan mempertingkatkan keluaran susu kita.



6. Melegakan sakit sendi dan belakang


7. Membuang angin dalam badan
Baik utk perubahan patologi di dalam usus & perut memperbaiki masalah saluran pencernaan seperti kembung perut.



8. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Alfalfa boleh mencuci hati, darah, serta usus
Alfalfa terbukti dapat menghilangkan toksin dr badan, membersihkan hati, usus, darah & mencantkkan kulit & otot.



Bestkan? Patutlah, ramai wanita yang tergila-gilakan Alfalfa ni ye? Tak kira bujang atau sudah berkahwin rupanya banyak khasiat untuk wanita yang kita tidak ketahui…

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan harga ALFALFA yang lebih murah pada Bulan Januari ni dengan pembelian 6 percuma 1 boleh hubungi saya ye.. Cepat dapatkan. Rugi kalau xder sebotol di rumah anda...

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi supplimen SHAKLEE boleh WHATAPPS/SMS/CALL : 012-5584478
Email: atulrazali@yahoo.com

COD : BANDAR COUNTRY HOME RAWANG, BATU CAVES, PURTAJAYA, ULU YAM

Jumaat, 10 Januari 2014

FAKTOR PEMAKANAN PENYEBAB KEPUTIHAN


Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.


Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. 


NENAS
SENGKUANG
TIMUN

MASALAH KEPUTIHAN PADA WANITA

Apa itu keputihan (fluor albus) ?
Keputihan adalah keluarnya cairan bukan darah yang berlebihan dari kelamin perempuan (vagina)

Apakah keputihan selalu berarti ada yang tidak normal?
Keputihan dapat bersifat normal/fisiologis maupun abnormal/patologis.

Dari mana sumber keputihan normal ?
Keputihan normal mengandung lepasan jaringan vagina, jaringan leher rahim, lendir endoserviks dan bakteri yang baik terutama golongan Lactobacillus. Sekret vagina ini adalah sesuatu yang alamiah untuk membersihkan diri, sebagai pelicin dan pertahanan dari berbagai infeksi. Siklus mens berpengaruh pada jumlah cairan yang keluar dari vagina. Pada fasa pematangan telur (fasa folikel) jumlah cairan yang keluar makin meningkat dan mencapai puncaknya pada saat ovulasi. Setelah itu kualiti cairan menjadi lebih kental.



Bagaimana ciri-ciri keputihan yang normal ?
Keputihan masih tergolong normal bila :
1. Bentuknya cair/encer
2. Warna bening atau sedikit putih
3. Jumlahnya sedikit
4. Hampir tidak berbau
5. pH asam, antara 3,8 – 4,5
6. Tidak menimbulkan rasa gatal atau nyeri.


Bagaimana ciri-ciri keputihan yang abnormal/patologis ?
Bila cairan yang keluar dari vagina memiliki karakteristik seperti di bawah ini :
1. Bentuknya kental
2. Berwarna putih susu, kuning atau hijau
3. Dalam jumlah banyak
4. Berbau tidak sedap
5. Menimbulkan gatal kadang nyeri pada genital dan sekitarnya
6. Mengandung darah

Apa penyebab keputihan yang abnormal/patologis ?
1. Hygiene yang jelek
2. Pemakaian ubat-ubatan dalam waktu lama, terutama antibiotik
3. Stress
4. Infeksi. Boleh disebabkan oleh bakteri, gonorrhoe, parasit trichomonas, jamur Candida dan virus (HPV, Herpes, AIDS)
5. Kanser pangkal rahim


Adakah Bahaya Komplikasi keputihan abnormal/patologis ?
Infeksi vagina yang tidak dibersih dengan baik dapat menyebar ke sistem reproduksi bahagian atas sehingga menyebabkan radang, penyumbatan lubang dan saluran sistem reproduksi. Ini dapat mengakibatkan infertilitas/kemandulan.


Bagaimana Cara Mengatasi Keputihan ?
1. Tanpa Ubat
Menjaga daerah genital agar tetap bersih dan higienis
Hindari mandi / berendam pada kolam umum
Gunakan seluar dalam dari bahan fabrik kapas, tidak menggunakan seluar dalam yang ketat.
Mengurangi stress


2. Dengan Ubat
Dapatkan khidmat nasihat doktor supaya  mendapatkan ubat-ubatan sesuai dengan penyebab keputihan yang dialami. Jika ubat -ubatan dari doktor (umumnya dengan antibiotik dan anti jamur) keputihan tidak juga sembuh, maka sebaiknya perlu berjumpa doktor kembali. Keputihan yang terus menerus dapat disebabkan karana ada nya penyakit serius seperti kanser pangkal rahim. Ini biasanya ditandai dengan cairan banyak, bau busuk, sering disertai darah .

PETUA ALTERNATIF UNTUK ATASI KENCING TAK LAWAS

Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing. Walhal pada masa tu memang dah sampai waktu untuk melepaskannya.

Tapi, usahlah anda terlalu bimbang. Mesti ada cara untuk mengatasi dan seterusnya menyembuhkan masalah tersebut.


1.BUAH NENAS UNTUK ATASI KENCING TIDAK LAWAS

Apa yang anda perlukan adalah 1 biji buah nanas yang belum masak betul. Bagaimana caranya? Ikuti langkah sejurus selepas gambar hiasan di bawah:



Gambar hiasan - Wikimedia

1.  Memula, buangkan kulit nanas tu dan seperti biasa, bersihkanlah dulu

2. Seterusnya, potong nanas secara memanjang. Lebih kurang macam "style" orang jual buah kat kedai tu. Tapi buat masa sekarang nie, anda perlukan 2 potong saja. Selebihnya boleh simpan.

3. Lepas tu, kisar potongan nanas tadi bersama-sama dengan 2 gelas air putih. Kemudian, tapis dulu air tu sebelum diminum.

4. Amalkan meminumnya sebanyak 2 kali dalam sehari. Lakukan secara berterusan sehingga masalah kencing tak lawas anda tu berkurangan dan sembuh.



2. AIR BASUHAN BERAS


Begini petuanya;

1. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir.

2. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas.

3. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi.


Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tak lawas anda tu sembuh.


KAEDAH TRADITIONAL ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.


Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.


Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.




Rumput Sambau



Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;



Rumput Sambau 2



Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;



1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.



Akar Rumput Sambau


2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.


3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.



Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.



Selamat Mencuba ya!




P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS


KEBAIKAN  DAUN SIREH UNTUK KENCING TIDAK LAWAS



Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, mudah sahaja cara untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.


1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.


2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.


3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang


4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.


5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.


6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.


7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.


9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.


10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.


11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.


12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.


13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata

RAHSIA AYAT EMPAT QUL

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..

Sabda RASULULLAH s.aw 
“Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.