Jumaat, 10 Januari 2014

KENCING TIDAK LAWAS BAGI WANITA





Mengapa Wanita sering mengalami kencing tidak lawas ?

 Pundi Kencing Wanita dan bagaimana ia berfungsi

Saluran kencing wanita adalah berbeza dengan lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Walaupun ini kadang kala membawa kebaikan, ia juga menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Ini bermakna masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti mengandung, beranak, sakit dan infeksi, serta menopaus.

Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh otot lantai pelvik, yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.

Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:

~ Buah pinggang menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan didalam pundi kencing.

~ Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan kencing sehingga kita berasa penuh (lebih kurang 300ml).

~ Di tandas, kita mengendurkan otot lantai pelvik dan otak anda akan memberi isyarat untuk otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar air kencing melalui uretra – tiub dari pundi kencing ke luar badan.

~ Apabla otot pundi mengecut, otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing (dipanggil otot sfinkter), akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.

~ Seluruh sistem ini disokong oleh otot-otot lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).

~ Wanita dengan masalah lemah kawalan kencing mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak dan tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal (bersenam, batuk dan mengangkat barangan).

Wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak, menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh dan ini menyebabkan masalah untuk mengawal otot sfinkter di sekeliling uretra. Hal ini menyukarkan pengawalan air kencing dan air kencing boleh keluar tanpa disedari dengan kerap atau banyak.

Rujukan : http://www.poise.com.my/

Tiada ulasan: