Isnin, 24 Mac 2014

TIPS GAYA HIDUP UNTUK KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI


GAYA hidup yang sibuk membuat anda tidak duduk diam sepanjang hari. Anda mendapat kepuasan daripada pembahagian masa antara kerja dan komitmen peribadi.

Anda suka berkejar (dan memandu) ke sana sini untuk menguruskan hal kerja dan keluarga. Untuk memastikan anda mempunyai tenaga untuk melakukan kesemuanya, anda mengisi perut dengan apa sahaja yang ada.

Namun, ada kalanya anda merasa terlalu letih hingga tidak berdaya untuk membuka mata, apatah lagi untuk bangun dari katil.

Keadaan ini membuat anda tertekan (stres), lesu dan murung. Selalunya, anda juga merasakan seperti ingin merangkak semula naik ke atas katil.

Mengapa anda dibelenggu keadaan ini?

Anda makan hingga kenyang, tetapi mengapa masih kurang bertenaga? Makanan yang anda makan setiap hari seharusnya memberi cukup tenaga untuk membolehkan anda bergerak cergas sepanjang hari tetapi di mana silapnya?


5 TIPS UNTUK ANDA SENTIASA KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA

1. Elakkan dehidrasi 

Caranya perlu minum air dengan banyak. Setiap 25kg berat seseorang, air diperlukan sebanyak 1 liter, jadi jika berat anda 70kg, anda perlukan hampir 3 liter air sehari.

Air diperlukan untuk fungsi sel yang normal jadi tidak hairanlah kalau kita berasa penat jika kekurangan air.

2. Sarapan pagi


Ini adalah permulaan hari yang paling baik. Kajian menunjukkan sarapan menjadikan seseorang lebih peka, memulakan proses metabolisme badan dan mengekalkan rasa kenyang hingga tengahari. Sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.


3. Tidur Yang Mencukupi



Tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

4. Gerakkan Badan

Ya, anda perlu aktif dan bersenam! Kekal aktif adalah sama penting dengan makan secara sihat untuk mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan. Malah, pemakanan yang betul dan aktiviti fizikal perlu seiring kerana diet memberi anda tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif.


5. Supplemen Tambahan

Malangnya apabila kita mencuba sedaya upaya untuk memenuhi semua vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari, ternyata makanan yang diambil adalah kekurangan zat.
Kenapa anda mesti pilih SHAKLEE sebagai supplement tambahan anda??
Jawapannya kerana SHAKLEE merupakan Produk Pertama yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan.


Khamis, 20 Mac 2014

Rahsia Solat Berjemaah Melalui Teori Fizik

Rahsia Solat Berjemaah....



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.




Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.

TIPS REHATKAN MATA DENGAN MUDAH

Di dalam dunia yang serba teknologi dan dunia seorang kerjaya, komputer, laptop atau sebagainya merupakan satu kemestian. Majoriti pekerja sekarang mengadap komputer atau laptop merupakan satu kemestian dalam menyiapkan tugas.



Namun terfikirkah bahawa mata merupakan salah satu pancaindera yang terpenting dan adakah kita terfikir, mata juga memerlukan rehat yang secukupnya.


Mari pinjamkan mata dan masa anda untuk kita kongsi tip rehatkan mata dengan cara mudah.

1) Apabila terlalu lama fokus terhadap skrin komputer menyebabkan mata kita akan menjadi penat untuk mengelakkan mata kita penat adalah dengan alihkan mata kita ke tempat lain selama 5 minit-10 minit.
Sebagai contoh, 30 minit mata kita di skrin komputer dan selangkan 5 minit or 10 minit kefokusan mata anda di tempat lain.Ulang langkah tersebut.


2) Dalam masa selang 5 minit hingga 10 minit itu, lihatlah sesuatu yang berwarna hijau, hidupan atau aktiviti yang kita suka.
Contohnya melihat pokok hiasan dekat luar tingkap, ataupun membela ikan hiasan di meja.



3) atau sambil- sambil itu, buatlah latihan mata, dengan mengerakkan mata ke kiri ke kanan atau pejam celik.



4) Selain itu, tip nombor 4 ini lebih kepada kedudukan skrin komputer dan kerusi.

a) Skrin komputer: Dongakkan skrin komputer anda selari dengan mata anda. Dari perhatian ummi, kebanyakkan pengguna yang menggunakan komputer, keadaan skrin komputer adalah dalam keadaan yang menunduk ke bawah. Ini adalah tidak sesuai kerana kefokusan mata adalah pada skrin yang menunduk kebawah. Hal ini menyebabkan anda akan mengalami sakit tengkok.

b) Kerusi: Pilihlah kerusi yang bersuai dengan anda kerana berlalu lama duduk menyebabkan sakit belakang. Jadi rajin-rajinlah buat latihan senaman badan yang senang tetapi konsistan.



Cuba anda lakukan, alhamdulillah mata akan lebih segar dari biasa. Cubalah anda akan tahu perbezaannya?


KURUS CANTIK ATAUPUN KURUS SAKIT YANG MANA PILIHAN ANDA


Bagi pendapat anda, yang manakah anda lagi suka? KURUS CANTIK atau KURUS SAKIT. Bagi SAYA, mestilah KURUS CANTIK DAN SIHAT. Siapa yang tidak hendak cantik, semua orang hendak cantik tetapi cantik itu subjektif ianya bergantung pada seseorang.



BAGAIMANA HENDAK KURUS CANTIK?
1. Buat latihan senaman secara konsistan.
Senaman adalah faktor utama dalam mendapat bentuk badan yang cantik, tetapi senaman yang bagaimana? Senaman yang mudah tetapi konsistan dalam melakukannya. Sebagai contoh, bangun pagi, gerakkan tangan dan kaki hanya untuk 5 minit. Apabila sudah rasa selesa tempoh masa lima 5 minit setiap pagi dan bertukarlah kepada tempoh 15 minit. Lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kebiasaannya, dan untuk hari-hari seterusnya, jika anda tertinggal untuk bersenam satu hari pun anda rasa janggal. Ingat dengan bersenam cara konsistan dapat membakar lebih banyak kalori.


2. Makan makanan seimbang.
Masih ingat lagi dengan Piramid Makanan. Ikutilah piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan. Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:-

Aras pertama – nasi, roti, mi, bijirin dan ubi dalam (8-12 hidangan)

Aras kedua – sayur-sayuran dan buah-buahan ( 3-5 hidangan)

Aras ketiga – ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu (2-3 hidangan) dan produk tenusu (1-2 hidangan)

Aras keempat – lemak, minyak, gula dan garam (dalam kuantiti yang sedikit)



3. Saiz pengambilan makanan.

Ramai yang tidak sedar termasuklah juga ummi, kita mestilah mengambil saiz makanan yang bersuaian dengan diri kita. Makanlah ketika lapar dan hentilah sebelum kenyang, bukan kenyang sangat-sangat baru hendak berhenti.




4. Ambil juga makanan tambahan

Jika kita mengikut piramid makanan yang syorkan, maka tidak perlulah ambil makanan tambahan, tetapi kebanyakkan pemakanan yang kita ambil tidak mengikut aras piramid, jadi makanan tambahan amatlah diperlukan sebagai ganti, contoh paling mudah ambil vitamin C.




BAGAIMANA HENDAK KURUS SAKIT?
1. Diet yang terlampau.

Diet yang terlampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ada segelintir kawan-kawan yang diet terlampau, sampai tidak makan nasi untuk berbulan-bulan sebabkan hendak kurus. Namun kesannya anda akan rasa cepat penat, pengsan, dan tidak bermaya.



2. Emosi tertekan (stress).

Emosi tertekan juga merupakan salah satu punca sakit. Emosi tertekan akan wujud bila-bila masa sahaja, sambil memandu kereta pun tertekan, sambil makan pun tertekan, malah persaingan untuk jadi yang terbaik juga merupakan satu tekanan. Setiap kali kita mengalami tekanan emosi, kadar kortisol dalam badan akan meningkat. Kortisol berfungsi membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab pengumpulkan lemak di bahagian perut. Selain itu juga, melemahkan sistem immunisasi seterusnya mudah untuk mendapat penyakit. Jadi elakkan emosi tertekan dengan bersyukurlah dan memperbaiki dengan apa yang dapat.




3. Ubat-ubatan kurus yang memudaratkan.

Ambillah ubat-ubatan yang di jamin oleh JAKIM, jangan di sebabkan murah dan cepat kurus, terus beli tanpa fikir dan kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk.






P/S: Selain itu banyakkan minum air , minum 8 gelas satu hari!



P/S/S: Rujukkan ini di ambil dari website: slim2.org dan intim.wordpress.com.


Rabu, 19 Mac 2014

ZIKIR AMALAN HARIAN

JOM AMALKAN BERSAMA!!




MENGAPA WANITA MUDAH LETIH??

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Dalam kaji selidik Pusat Kawalan dan pencegahan penyakit , wanita yang berumur 18-44 tahun dua kali ganda lebih kerap berasa penat atau letih berbanding lelaki pada zaman yang sama. Dalam kajian tahun 2010 dan 2011 telah dilakukan di Amerika Syarikat juga menunjukkan, 15.7 peratus wanita berumur kurang daripada 45 tahun mendakwa berasa sangat letih atau '' terakhir' telah habis digunakan kebanyakan hari 'atau' setiap hari'. Bandingkan kepada 8.7 peratus lelaki yang merasakan perkara yang sama. Data sebenar tidak terlalu menghairankan. Lisa Shives, pakar-pakar tidur mengatakan wanita adalah lebih cenderung untuk mengalami insomnia. 'Ditambah pula dengan pertambahan bilangan wanita yang bekerja di luar rumah dan masih perlu bekerja pada hal ehwal rumah tangga, tidak pelik jika mereka mengaku lebih kerap letih,' kata Shives.


Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.


AURAT MUSLIMAH


AURAT.
inilah cabaran terbesar seorang wanita.
ramai antara kita mampu jadi anak yg menghiburkan hati orang tuanya..
ramai yang mampu jadi isteri yang menyenangkan suaminya...
ramai yang mampu jadi ibu yang terbaik utk anak2nya...
ramai yang mampu jadi sahabat yang baik utk sahabat2nya...
tapi tak mampu nak jadi hamba Allah yg baik utk PenciptaNYA.

dengan keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat ini...
rendahkan hati...
minta Allah beri kekuatan utk kita menutup aurat dgn sempurna...
minta Allah beri kekuatan utk istiqamah dlm menutup aurat dgn sempurna...
minta Allah berikan hidayah utk sahabat2 kita utk menutup aurat dgn sempurna...
jadikan ini sekecil-kecil jihad kita.
jihad berperang dgn nafsu kita.