Khamis, 20 Mac 2014

KURUS CANTIK ATAUPUN KURUS SAKIT YANG MANA PILIHAN ANDA


Bagi pendapat anda, yang manakah anda lagi suka? KURUS CANTIK atau KURUS SAKIT. Bagi SAYA, mestilah KURUS CANTIK DAN SIHAT. Siapa yang tidak hendak cantik, semua orang hendak cantik tetapi cantik itu subjektif ianya bergantung pada seseorang.



BAGAIMANA HENDAK KURUS CANTIK?
1. Buat latihan senaman secara konsistan.
Senaman adalah faktor utama dalam mendapat bentuk badan yang cantik, tetapi senaman yang bagaimana? Senaman yang mudah tetapi konsistan dalam melakukannya. Sebagai contoh, bangun pagi, gerakkan tangan dan kaki hanya untuk 5 minit. Apabila sudah rasa selesa tempoh masa lima 5 minit setiap pagi dan bertukarlah kepada tempoh 15 minit. Lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kebiasaannya, dan untuk hari-hari seterusnya, jika anda tertinggal untuk bersenam satu hari pun anda rasa janggal. Ingat dengan bersenam cara konsistan dapat membakar lebih banyak kalori.


2. Makan makanan seimbang.
Masih ingat lagi dengan Piramid Makanan. Ikutilah piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan. Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:-

Aras pertama – nasi, roti, mi, bijirin dan ubi dalam (8-12 hidangan)

Aras kedua – sayur-sayuran dan buah-buahan ( 3-5 hidangan)

Aras ketiga – ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu (2-3 hidangan) dan produk tenusu (1-2 hidangan)

Aras keempat – lemak, minyak, gula dan garam (dalam kuantiti yang sedikit)



3. Saiz pengambilan makanan.

Ramai yang tidak sedar termasuklah juga ummi, kita mestilah mengambil saiz makanan yang bersuaian dengan diri kita. Makanlah ketika lapar dan hentilah sebelum kenyang, bukan kenyang sangat-sangat baru hendak berhenti.




4. Ambil juga makanan tambahan

Jika kita mengikut piramid makanan yang syorkan, maka tidak perlulah ambil makanan tambahan, tetapi kebanyakkan pemakanan yang kita ambil tidak mengikut aras piramid, jadi makanan tambahan amatlah diperlukan sebagai ganti, contoh paling mudah ambil vitamin C.




BAGAIMANA HENDAK KURUS SAKIT?
1. Diet yang terlampau.

Diet yang terlampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ada segelintir kawan-kawan yang diet terlampau, sampai tidak makan nasi untuk berbulan-bulan sebabkan hendak kurus. Namun kesannya anda akan rasa cepat penat, pengsan, dan tidak bermaya.



2. Emosi tertekan (stress).

Emosi tertekan juga merupakan salah satu punca sakit. Emosi tertekan akan wujud bila-bila masa sahaja, sambil memandu kereta pun tertekan, sambil makan pun tertekan, malah persaingan untuk jadi yang terbaik juga merupakan satu tekanan. Setiap kali kita mengalami tekanan emosi, kadar kortisol dalam badan akan meningkat. Kortisol berfungsi membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab pengumpulkan lemak di bahagian perut. Selain itu juga, melemahkan sistem immunisasi seterusnya mudah untuk mendapat penyakit. Jadi elakkan emosi tertekan dengan bersyukurlah dan memperbaiki dengan apa yang dapat.




3. Ubat-ubatan kurus yang memudaratkan.

Ambillah ubat-ubatan yang di jamin oleh JAKIM, jangan di sebabkan murah dan cepat kurus, terus beli tanpa fikir dan kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk.






P/S: Selain itu banyakkan minum air , minum 8 gelas satu hari!



P/S/S: Rujukkan ini di ambil dari website: slim2.org dan intim.wordpress.com.


Tiada ulasan: