Isnin, 26 Mei 2014

SET PELANSINGAN SHAKLEE ADA KESAN SAMPINGAN???

Tercari- cari Set pelansingan?

Cer guna en.google, berapa banyak produk yang dikeluarkan setiap tahun? Banyakkan? Dengan pelbagai jenama, sampaikan kita sendiri tidak tahu mana satu yang paling baik untuk diri kita.
Zaman sekarang ramai yang telah mementingkan penampilan diri terutama sekali bagi kaum hawa, betul tak? Perempuan ni tidak sah kalau ada je produk yang terbaru dipasaran terutama untuk kuruskan badan mesti menjadi pelanggan yang pertama untuk mencuba.Tak percaya? Tepuk dada tanya nafsu kita.

Tahukah anda set pelansingan shaklee ada kesan sampingan pada diri kita?

Rasanya siapa yang dah mencuba set pelansingan shaklee ni mesti terkejut bila saya katakan ada kesan sampingan lain.. Kesan sampingan yang macam mana tu ye? Kesan baik ke? Kesan buruk ?

Ha! Jangan rasa cuak lagi ye..memang tajuk ni menyeramkan tapi jangan takut sebabnye kesan sampingan yang saya nak kongsi disini adalah dari Kesan yang baik..

Kesan sampingan baik?

Ha! Tidak percaya? Betul tidak tipu. Nak tahu kesan lain yang anda boleh dapat?

Kesan paling ketara pada kulit wajah kita.. Kulit makin gebu dan lembut je, bukan itu saja malah siapa yang mempunyai masalah kulit kusam, akan berubah jadi lebih berseri, licin dan kemerah merahan.. Best tak?

Bukan itu aje, bagi yang menyusukan anak anda dapat kelebihan lain yang tak dijangka. Pengeluaran susu yang makin meriah dan banyak dari biasa. Wah bukan aje anda dapat bentuk badan yang diidamkan malah anak pun dapat bonus susu extra.

Bukan itu saja, bagi pasangan suami isteri yang sama-sama menggunakan set ini dapat juga extra kelebihan lain. Malu pula nak citer, pendek kata menghangatkan hubungan suami isteri. Selain itu juga alfalfa dapat dijadikan sebagai kacip fatimah bagi si isteri. Bukan isteri saje, sang suami juga dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan dalaman mereka.

Tak ketinggalan juga bagi pelajar / remaja ada juga kelebihannya, bukan saja badan comel tapi dapat tingkatkan perkembangan daya fikir dan boleh mengurangkan masalah tekanan.

Nak mencuba set pelansingan Shaklee yang super best ni, jom tengok apa yang disesuai untuk anda.

SET 1 : HEBLAX + LECHITIN + ESP


Khas untuk orang biasa dan ada bajet sedikit


SET 2 : ALFALFA + LECHITIN + ESP


Khas untuk ibu yang lepas pantang dan ibu yang menyusukan bayi


SET 3 : HEBLAX / ALFALFA / OMEGA + LECHITIN + ESP + CINCH MIX 


Khas untuk mereka yang mempunyai bajet lebih.



Sebenarnya banyak pilihan yang boleh diambil dari Shaklee. Maksudnya pelanggan boleh diberi pilihan dalam pelbagai situasi.

Sebagai contoh untuk ibu yg menyusukan bayi, tidak boleh ambil set pelansingan yang sama dengan orang yang tidak menyusukan bayi, so kita tidak perlu risau bayi kita akan dapat effect dari apa yang kita makan.

Antara testimoni yang sudah berjaya menggunakan SET PELANSINGAN SHAKLEE










Anda berminat boleh dapatkan konsultasi daripada saya. Jangan malu dan segan boleh hubungi saya:

iR Rabiatul

012-5584478

Selasa, 20 Mei 2014

HARGA SHAKLEE TERLAJAK MAHAL; TERLARIS DIPASARAN?

Harga Shaklee terlajak mahal???

Ramai orang beranggapan harga supplimen Shaklee ni terlebih mahal daripada supplimen yang terdapat dalam pasaran sekarang. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa produk Shaklee ni mahal sangat yer? Tiap kali diberitahu harga pasti ada juga segelintir yang kata “eh mahalnya Shaklee?” dan ada juga segelintirnya membandingkan produk Shaklee dengan vitamin-vitamin lain yang ada di pasaran Anggapan macam ni hanya bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu bila membeli sesuatu produk.

Kenapa saya katakan begitu? Cuba kita perhatikan selain daripada Shaklee lah, contohnya produk yang berasaskan Organik seperti syampu or pencuci wajah, sama tak harganya dengan produk biasa yang dijual dipasaraya? Untuk pengetahuan harga bagi produk organik adalah jauh lebih mahal daripada produk biasa yang terdapat dipasaran. Dan satu lagi produk yang betul-betul organic tidak terdapat di pasaraya yang biasa kita kunjung.. sebaliknya ianya hanya dijual tempat tertentu saja dan sudah tentu ianya betul –betul exclusive.

Bukan itu saja, kualiti dan kuantitinya seiring dengan harganya.. Mana nak dapat supplimen yang boleh beri kedua-duanya sekali..Hanya Shaklee yang mampu member i kedua manfaat ini. Kenapa Saya kata begitu?

Sebagai contoh untuk supplimen Carotomax mengandungi 30biji harga pasarannya RM 74.00, apa yang kita boleh dapat dari Carotomax? Untuk info 1 kapsul Carotomax ni mengandungi lebih dari 13mg (21,B5001U), mengandungi 6 fitokimia semulajadi yang penting. Ramai yang beranggapan Carotomax hanya untuk kesihatan mata saja,tapi tahukah anda manfaatnya boleh diaplikasikan untuk kesihatan kulit juga. Ianya boleh memberikan kulit yang sihat dan selain itu boleh mengukkuhkan system imun badan. Ha!! Nampak tak 2 in 1 khasiat supplimen Carotomax ni..

Satu lagi Supplimen Ostimatrix mengandungi 120 biji, harga pasaran RM 61.00. Ia mengandungi bukan saja kalsium, malah ada juga magnesium,fosforus , vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Cuba kita perhatikan Ostimatrix jenama lain ada tak khasiat 1 tabletnya mengandungi semua elemen ini yang penting untuk badan kita. Sebab itulah Ostimatrix Shaklee ni bukan saja terhad pada kesihatan tulang saja, tapi bagi yang dah mengamalkan anda akan triple kelebihan yang lain. Ostimatrix ini bagus juga untuk system pembuangan kita.memang bestlah sebab saya dah mencuba memang setiap pagi mencari toilet.. Satu lagi Siapa sangka Ostimatrix Shaklee ni boleh meredakan period pain dan boleh mendapatkan tidur yang lena.

Rata-rata kita hanya melihat pada harga dan quantity saja,tapi kita terlepas pandang pada quality bahan yang ada dalam supplimen yang kita cari. Sebagai contoh vitamin paling asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin). Harga Vitalea RM 88.75 dan mempunyai 120 biji sebotol. Harga satu biji lebih kurang 74 sen je. Vitalea biasanya sehari diambil 1-2 biji saja. Jadi tahanlah untuk 2-4 bulan. Nampak tak pada mata kasar kita harganya agak mahal tapi bila kita kaji balik harga Rm88.00 ni rupanya untuk kos 2-4 bulan. Bukankah dah banyak jimat tu..

Lagi satu, B Complex Shaklee Harga sebotol adalah RM 53.75. Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji. Setiap hari kita hanya perlu makan sebiji je B complex sehari. Jadi sebotol B Complex Shaklee tahan sehingga 4 bulan. Percaya tak sebulan kita hanya membelanjakan lebih kurang RM 13.00 je, dan bukan itu sahaja kita boleh dapat pelbagai khasiat dan faedah untuk fungsi badan kita.

Banyak lagi kelebihan supplimen Shaklee yang lain.. Mana nak dapat manfaat yang pelbagai dengan hanya 1tablet sahaja. Best kan?? Inilah dikata Value For Money, Walaupun Harganya TERLAJAK MAHAL tetapi ia tetapi TERLARIS DIPASARAN.
Tambahan lagi dengan kualitinya yang memang tak dapat disangkal lagi. Kalau tak masakan Shaklee ni dah bertahan di Malaysia sudah hampir 50 tahun lebih.

Jika dibanding dan dilihat dengan keberkesananya, sebenarnya tak mahal sangat pun produk Shaklee ni. Kira harga masih diparas mampu milik. Kalau nak produk Shaklee dengan harga murah lagi, berdaftarlah sebagai ahli shaklee. Anda akan menikmati potongan sehingga 25%. Lebih lanjut mengenai daftar ahli Shaklee?

Jadi masih tak percaya produk Shaklee ni memang berbaloi harganya seiring dengan kualiti dan kuantiti bagi setiap supplimen.





Yang Ikhlas,

iR Rabiatul Adwiyah Bt. Razali

Rabu, 14 Mei 2014

PETUA HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA

Pandangan mata mempunyai maksud tersendiri.. kalau tak xkan ada pepatah yang mengatakan "dari mata turun ke hati"... Pandangan mata seseorang mempunyai maksud tersirat dan tersendiri. So penjagaan mata amatlah penting kerana first impression adalah dari raut wajah kita. Sebab tulah mata memainkan peranan yang penting bagi seseorang.

 Salah satu masalah yang selalu kita hadapi pada bahagian mata adalah lingkaran bawah mata.Siapa pernah mengalami masalah seperti ini? Rasanya ramai yang berhadapan dengan masalah lingkaran bawah mata.. teman salah seorang yg mengalami masalah seperti nie terutama sekali bila tidak cukup tidur. Memang ketaralah lingkarannya.

Tahu tak cara untuk menghilangkan lingkaran bawah mata tanpa membelanjakan sejumlah wang yang banyak.. Petua tradisional ni kadang2 memang menjadi pada diri kita.  So disini saya nak kongsikan petua hilangkan lingkaran hitam kt mata tu..




Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata

Petua 1


Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis, Lepas tu letakkan hirisan kentang tu pada keliling di kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10 - 20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.Masa letak anda akan terasa sejuk je disekeliling mata,memang bestlah..

Cuba amalkan selalu kerana kentang ni dikatakan kandungan enzim di dalamnya bukan saja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat bawah mata tapi boleh mencerahkan kulit muka kita juga.. tidak percaya??? trylah dulu memang berbaloi.


Petua 2


Perah lemon dalam cawan, kemudian sapukan perahan lemon tu secara perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diiingini.

Petua 3


Sediakan satu cawan air panas kiranya suamlah kalau tak melecur nanti kulit anda dan kain lembut. Celup kain tersebut dalam air suam tadi, angkat dan perahkanairnya pastu letakkan di bahagian mata kita tadi. Biarkan selama 15 minit. Lepas tu barulah kita sapu sedikit krim pelembab di sekeliling mata. Amalkan selalu untuk menghilangkan lingkaran hitam dimata.


selamat beramal..

Khamis, 8 Mei 2014

SHAKLEE OH SHAKLEE:KENAPA SAYA SUKA JOIN SHAKLEE



Bila Bermula?
Sebenarnya pertemuan saya dengan Shaklee adalah secara tidak dirancang pun.Semuanya berlaku bila hasrat saya dan tekanan dari keadaan sekeliling yang mahukan saya dapatkan anak kedua, setelah mengalami keguguran hampir 2 tahun. Kisahnya bila adik ipar saya Ainul Malik memerangkap mommy saya dalam Shaklee telah pregnant anak kedua setelah mencuba set kesuburan.

Saya pun tidak ketinggalanlah mencuba set kesuburan bajet yang dicadangkan oleh ain. GLA + Alfalfa dan Vitamin E + Zink. Walaupun sehingga kini belum lagi diberi rezeki untuk mengandung lagi, tapi saya masih lagi mengamalkan set kesuburan shaklee sehingga kini. Saya redha, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.


Kenapa Saya Masih Lagi Setia Dengan Shaklee?

Sebabnya walaupun hasrat mengandung belum lagi tercapai tapi ada pula kebaikan lain yang saya dapat hasil daripada saya amalkan supplimen Shaklee ni. Antaranya, Sejak saya amalkan GLA ni saya dah tak rasa sakit di bawah ari-ari lagi.Sebenarnya lepas melakukan D&C semasa keguguran, saya selalu saje rasa sakit di bawah ari- ari. Dah jumpa pakar O&G tapi tiada apa-apa kesan,tapi alhamdulillah 2 minggu mengamalkan GLA memang dah tiada rasa sakit sampailah sekarang.

Alfalfa? Kesannya pada saya memang nampak ketara, air susu saya makin menjadi pula..lagi seronoklah Haziq dapat menyusu, Haziq memang bertuah sebab dia memang 100% susu badan dari saya, kalau nampak botol susu awal-awal lagi dah ada signal geli.Sudahnya jadi ketagih pula si haziq ni sampai sekarang..huhu

ESP?Esp ni saya dah amalkan setahun untuk kuatkan rahim tapi alhamdulillah dapat pula extra kesan pada kulit muka saya, ramai yang tegur kulit saya makin cerah dan berseri-seri.. Yerlah saya bekerja di sektor pembinaan selalu masuk site dan kena panas selalu, memang ketaralah belangnye, tapi bila dah amalkan ESP, belangnya jarang ada.


Kenapa Jatuh Cinta Dengan Bisness Shaklee?

Sebenarnya saya join Shaklee ni langsung tiada niat nak berniaga maybe saya tidak nampak lagi kelebihan yang ada pada Shaklee ni, lama jugalah hampir setahun setengah juga saya makan sendiri baru berjinak-jinak dengan bisness Shaklee setelah saya nampak Shaklee ni tidak seperti MLM yang lain. Yang banyak memberi semangat dan dorongan sape lagi kalau bukan mommy saya Ainul Malik. Terima kasih membuka pandangan saya untuk mencuba dan merasai kenikmatan berbisness Shaklee.

Ada Apa Dengan Bisness Shaklee?

1. Keyakinan Diri Yang Tinggi
Perasaan MALU, BOLEHKAH, KALAU untuk berniaga kian menghilang dalam diri saya. Untuk berjaya saya mesti kena lawan perasaan negatif ni..Jangan bagi bersarang dalam fikiran ni. kalau tidak saya tidak akan kemana pun. Ini semua berkat hasil dari sokongan dan dorongan daripada ahli kumpulan GROUP yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya memotivasikan diri. Saya ingin membuktikan yang saya boleh berjaya kepada mereka yang selalu berkata negatif terhadap apa yang saya lakukan ini.Bukan itu saja dapat pula kawan-kawan baru dari latar belakang yang berbeza membuatkan saya kagum dengan kebolehan mereka berjaya dalam bisness Shaklee ni.







2. Sokongan Dari Group yang sememangnya Owesome!!
Alhamdulillah saya dapat Group yang mempunyai upline yang banyak membantu dan semuanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya dalam bisness Shaklee ni. Bukan itu sahaja rakan-rakan seperjuangan yang menasihati dan saling mengingati antara satu sama lain membuatkan saya tidak rasa ketinggalan jauh daripada mereka. Tidak kira pangkat yang meraka ada masing-masing boleh memberi pandangan dan bimbingan pada saya sebagai rujukan saya jika saya kekurangan maklumat tentang ilmu supplimen Shaklee ni.



3. Dapat Ilmu Business Shaklee
Bila saya dah jatuh cinta dengan produk Shaklee, dah dapat menguasai ilmu setiap supplimen ini, perasaan untuk berbisness itu membuak-buak. Upline dari Group saya ni memang tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar pada sesiapa ahli baru yang ingin berbisness. Syukur dan beruntung saya dapat susur galur dari mereka yang sudah berjaya, tanpa erti penat,putus asa dalam membimbing saya dah ahli lain untuk berjaya seperti mereka juga.



4. Amalan Rohani Yang Berterusan
Percayalah! Bisness Shaklee tidak seperti bisness MLM yang lain, Saya dikelilingi oleh aura positif dan fikiran yang positif untuk berjaya. Amalan kerohanian seperti zikir, solat tahajud, taubat,solat sunat dhuha dan  juga amalan sentiasa bersedekah   selalu dititip beratkan dalam Group untuk mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Sebabnya Setiap rezeki yang datang kepada kita adalah dari ALLAH SWT Sang Pencipta Alam Semesta ini. Nak berjaya kena yakin setiap rezeki itu datang dariNYA. Dia yang menentukan segalanya.sebab itulah saya diajar untuk sentiasa dekat dan yakin dihatiNya untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan.



5. Peluang Menjana Pendapatan Bersama Shaklee.
Dalam banyak-banyak business, hanya Shaklee je menawarkan business yang bermodalkan RM65.00 untuk pendaftarn ahli seumur hidup. Tiada yuran tahunan yang dikenakan untuk setiap tahun..memang berbaloikan!! Bukan itu saje saya dan anda juga berpeluang menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh shaklee. "Dengan izin Allah akanku gagah dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diidamkan oleh semua ahli Shaklee yang berbisness!!! SEMUANYA DALAM GENGGAMANKU, AMIN "


BONUS PRESTASI - Bonus peribadi setiap bulan
BONUS KEPIMPINAN - Bonus leadership
BONUS SUBSIDI KERETA 
INSENTIF COORDINATOR
KONVENSION PELANCONGAN




Kenapa Saya Perlukan Semua INSENTIF diatas?


SEBAB :
  1. Saya ingin bebas daripada hutang piutang - financial freedom terutama skali hutang belajar PTPTN dan hutang kereta
  2. Saya nak jadi WAHM - Nak BEKERJA DARI RUMAH supaya anak saya tidak terabai dari segi pelajaran dan sosial.
  3. Saya nak perbanyakkan SEDEKAH DAN ZAKAT pada mereka yang memerlukan
  4. Saya nak MEMBAHAGIAKAN mak dan abah
  5. Saya nak jejakkan kaki saya ke KOTA SUCI MEKAH
  6. Saya nak buka KELAS TAHFIZ sendiri
  7. Saya nak memberi PENDIDIKAN yang sempurna pada anak saya
  8. Saya nak KUMPUL HARTA sendiri



"Ya Allah kau permudahkan segala urusanku, lancarkan perjalanan bisness Shakleeku demi keluargaku dan agamamu...amin"

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Firman Allah SWT.yang bermaksud : 

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." 

(Surah At-Talaq ayat 2-3) 



Rabu, 7 Mei 2014

KEISTIMEWAAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Kenapa Meal shakes?
Meal Shakes Shaklee adalah sejenis minuman kesihatan yang memang mudah disediakan oleh kita. Senang citer hanya perlukan 2 sudu besar Meal Shakes untuk dibancuh bersama air suam / sejuk ataupun boleh dikisar / dicampur bersama - sama dengan air buah - buahan. Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila) memang lazat sekali dengan aroma vanila yang memang superb..

Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

Kandungan Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee nie mengandungi satu set hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi mudah diserap untuk kegunaan seharian kita. Ia sebenarnya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah - buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain - lain.

Apa itu Lactalbumin?
Lactalbumin adalah protein yang kaya dengan asid amino penting. Ia adalah protein whey (dadih ) dominan dalam susu manusia. Lactalbumin memainkan peranan penting dalam banyak mamalia kerana ia membentuk 'subunit of the lactose synthase'.

Selain itu terdapat juga Nutrisi - Nutrisi penting yang terkandung dalam Mealshakes Shaklee ini, antaranya :

Serat, kalsium, Protein, Sodium, Vitamin C,E, B6, B12, A dan D, Niacin, Zat Besi, Zinc, Thiamine, Riboflavin, Folic acid, iodin, Yeast dan lain-lain.

Adakah Whey Protein (dadih) Selamat untuk Kanak-kanak?
Whey protein adalah selamat untuk kanak-kanak melainkan jika mereka alah kepada produk tenusu. Malah, protein whey berkongsi bahan iaitu alpha-lactalbumin sumber utama dengan susu ibu.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Bayi 
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Ibu menyusu / remaja yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
  • Mereka yang suka mengambil makanan segera dengan kerap
  • Para Atlet
  • Pengamal Vegiterian

Meal Shakes Sesuai Untuk Bayi ?
Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara sendirinya.

Siapa Yang Tidak Sesuai Mengambil Meal Shakes?
Mereka yang mempunyai alergik dengan kacang soya, Alergik dengan susu lembu dan lactose intolerance. Ini kerana antara kandungan Meal Shakes ini mengandungi sumber kacang soya, susu lembu dan sedikit lactose.

Kebaikan Meal Shakes 

1. Pengurusan Berat Badan 
  • Membantu mencapai berat badan yang sihat 
  • Meningkatkan metabolisme dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak 
  • Menggalakkan penurunan berat badan dengan merangsang kawalan selera makan 
  • Mengoptimumkan hasil dari program diet dan senaman dengan meningkatkan kehilangan lemak 

(Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. )

2. Kesihatan Dalaman dan Luaran 
  • Membantu menggalakkan sistem imun yang kuat 
  • Menggalakkan kesihatan dan pencegahan penyakit 
  • Membantu menyahtoksik badan 
  • Membantu menggalakkan imuniti kuat dan melindungi kesihatan individu aktif 
  • Sumber protein berkualiti tinggi dengan semua asid amino penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik - membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ.
  • Sebagai agen detoksifikasi kerana ianya kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
3. Membaiki dan Membina Tisu Otot
  • Membantu mencapai berat badan yang menggalakkan dan komposisi 
  • Boleh meningkatkan otot badan tanpa lemak selepas latihan; membaiki, membina semula dan mengekalkan. 
  • Boleh meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan 
  • Meningkatkan jisim badan tanpa lemak bersama dengan latihan senaman 
  • Menyediakan sumber semula jadi tenaga untuk membantu mengoptimumkan latihan anda 
  • Membantu mencegah kehilangan otot dikaitkan dengan tekanan yang disebabkan oleh senaman
  • Membangunkan tisu badan baru selama masa pertumbuhan, seperti zaman kanak-kanak dan remaja

4. Anti Penuaan
  • Membantu mengurangkan kesan negatif yang dikaitkan dengan penurunan umur yang berkaitan dalam tahap glutation 
  • Menggantikan sel - sel lama, sel-sel mati dengan sel-sel baru yang sihat
  • Mengembalikan seri wajah dan komplekasi wajah dan kulit yang cantik dengan membina sel-sel darah merah yang sihat.


hubungi saya di talian : 012 - 5584478 (Rabiatul) jika anda berminat dengan supplimen Shaklee ini.
Boleh COD : Batu Caves, Bandar Country Homes, Bandar Tasik Puteri, KLCC

Selasa, 6 Mei 2014

TEKANAN DARAH TINGGI : TIPS UNTUK MENGATASI


Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.

Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.


Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.


Apabila tekanan darah tinggi, ia akan merosakkan saluran darah, jantung dan buah pinggang. Ini boleh membawa kepada SERANGAN JANTUNG, STROK dan masalah lain.

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebahagai "PEMBUNUH SENYAP" kerana ia tiada tanda gejala bila ianya berlaku.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Sebenarnya senang saja, kita perlulah menukar gaya hidup kita ke arah lebih sihat.

  1. Kurangkan berat badan yang berlebihan
  2. kurangkan pengambian garam
  3. Lebihkan senaman
  4. Berhenti merokok atau pengambilan tembakau
  5. Limitkan pengambilan alkohol sekurang - kurangnya 2 kali sehari.
  6. Dapatkan 3500 mg Kalium dalam diet kita setiap hari.

Makanan segar yang tidak diproses keseluruhannya mempunyai sumber kalium yang tinggi. Contoh sumber makanan yang mengandungi kalium tinggi : Daging, ikan, produk tenusu yang tanpa lemak / rendah lemak, buah - buahan segar dan sayur sayuran.


Sebut pasal kalium, tahukah kita apa tu KALIUM??



Kalium  atau potassium adalah mineral penting yang membantu mengatur fungsi jantung, tekanan darah, dan saraf dan aktiviti otot. Kalium juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan protein dan membantu menjaga pH yang tepat dalam tubuh. Mereka yang mendapat pengambilan kalium lebih tinggi cenderung mempunyai tekanan darah lebih rendah dan orang dengan tingkat darah rendah kalium yang sedang menjalani pembedahan jantung berisiko lebih tinggi untuk mengembangkan aritmia jantung. Pengambilan natrium yang berlebihan boleh meningkatkan keperluan tubuh kalium.

sumber : http://www.healthspannetwork.com/members/healthy-living/managing-blood-pressure/

BOLEH DAPATKAN SET TEKANAN DARAH TINGGI SHAKLEE 


hubungi saya : 
012 - 558 4478 (rabiatul)
FB: vitaminsihatalami
COD: Batu Caves, Bandar Country Homes, Bandar Tasik Puteri, KLCC 









Isnin, 5 Mei 2014

BIBIR KERING DAN PECAH


Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan.

PUNCA-PUNCA


  • Pencemaran udara serta debu. 
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. 
  • Makanan yang terlalu masam atau masin. 
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol. 
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran. 
  • Kurangnya minum air. 
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu. 
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. 
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur. 

TIP PENCEGAHAN
Gunakan balm bibir yang mengandungi pelembap.
Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah.

Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap.
Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.


Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih.
Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.


Minum air putih lapan gelas setiap hari.
Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.


Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur.
Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.


Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.


Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol.
Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.


Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur.
Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.


Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun.
Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.



PETUA TRADISIONAL

Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:

  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari. 
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh. 
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan. 
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Rawatan Bibir kering DENGAN SHAKLEE
Bagi yang malas untuk melakukan perkara seperti diatas anda bolehlah mengamalkan dengan pengambilan supplimen seperti Vitamin E dan B Complex. Dengan pengambilan berturutan selama 2 minggu anda akan dapat hasilnya.. Bibir mula kelihatan cantik kembali.

vitamin B Complex Shaklee

Vitamin E Complex Shaklee

Hubungi Saya Sekarang !!
Call / Wassup : 012-558 4478
Email: atulrazali@yahoo.com
FB : vitaminsihatalami

Dapatkan INFO PERCUMA
Daftar Keahlian SHAKLEE Sekarang!