Selasa, 12 September 2017

Set Radiant 4 Shaklee Untuk Kesihatan Kulit Luar Dan Dalam

CANTIK DILUAR SIHAT DARI DALAM DENGAN SET RADIANT 4⃣ SHAKLEE

Kalau pasal nak cantik,semua orang akan teruja,tak kiralah pompuan ke lelaki ke semuanya nak kelihatan segak dan cantik sentiasa..

Korang memang bertuah sebabnya bulan ni ada tawaran hebat dari SHAKLEE untuk semua pelanggan kami yang hendak kelihatan cantik dan sihat luar dan dalam..

Bagus sangat ke Set Radiant 4⃣ ni?
Belum cuba,belum tahu... Kalau korang nak sentiasa gojes,menarik, nak build up kecantikan, awet muda selalu tanpa secalit mekap, meh cuba SET RADIANT 4⃣.


Sebelum tu korang tahu ke apa maksud RADIANT ni?

RADIANT  bermaksud BERSINAR, BERCAHAYA dan BERSERI-SERI.

Bila korang ambil confirm wajah anda glowing dan shining "like a diamond".


Kenapa digelar Radiant 4⃣?
Sebenarnya ada 4⃣ Elemen yang perlu dan wajib korang ikuti.

🌸Elemen 1
Build -Membina sel baru dengan protein (ESP)
🌸Elemen 2
Moisture -Melembapkan kulit (GLA Complex)
🌸Elemen 3
Protect - Melindungi kulit (Vitamin C)
🌸Elemen 4
Firm - Menganjal / Menegangkan.kulit ( Collagen)



Set Radiant 4⃣ ni terdiri daripada 4 suplemen KECANTIKAN yang tiada tandingnya tau: ESP, VITAMIN C,GLA COMPLEX & COLLAGEN.

Kak Tun teruja juga tau!!

Mari Kak Tun ceritakan kebaikan setiap satunya.

ESP @ Protein
ESP ni memberikan keperluan asid amino yang tak der dalam tubuh badan kita. Ianya dapat nembantu pertumbuhan sel yang sihat, dan membaiki tisu yang rosak dan membina sel baru. ESP ni juga baik untuk hormon kita,bila paras  hormon dah stabil,kulit wajah akan kekal awet muda dan masalah pigmentasi atau jeragat boleh diatasi.

Collagen
Collagen ni salah satu  HOT SELLING produk tau! Makin kita tua, collagen dalam badan kita makin menyusut,sebab tu kulit kita mudah berkedut dan dah tak anjal.. Bukan tu je,Collagen ni juga boleh memudarkan parut jerawat dan jeragat yang degil kat muka tau! Dan yang paling Kak Tun suka bila ambil Collagen kulit muka bewarna pinkish gitu!! :-)

Vitamin C
Siapa yang tak kenal dengan kehebatan Vitamin C kan? Mana taknya Vitamin C ni dapat mengurangkan risiko kulit kering dan kusam. Bukan itu aje, boleh membina collagen dalam kulit,mencerahkan kulit,melambatkan penuaan dan bertindak sebagai antioksidan untuk memerangi radikal bebas bila kita konsisten mengamalkannya.

GLA Complex
Masalah utama bagi wanita adalah hormon tak stabil. Bila hormon tak stabil pelbagai masalah timbul seperti jeragat dan jerawat tumbuh bermaharajalela.. Dengan GLA Complex  Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat membantu memelihara kelembapan kulit, mengurangkan radang kulit dan kulit lebih glowing dan bersinar.

Siapa yang nak miliki kulit cantik, glowing, gorgeous dan sihat bolehlah dapatkan SET THE RADIANT 4⃣ ni..

Apa yang best SET THE RADIANT 4⃣ untuk bulan September ni?

Korang akan dapat Rm60.00 DISCOUNT VOUCHER kalau membeli set ni,tau!! 
Best kan!


RABIATUL
012-5584478

COD:- 

BANDAR COUNTRY HOMES,RAWANG

JALAN TAR / KLCC

Khamis, 7 September 2017

Kulit Wajah Sihat Dan Cantik Dengan Set Kecantikan Shaklee

Hari ni nak bercerita pasal kecantikan kulit. Bagaimana nak dapatkan kulit wajah yang sihat?

Pelbagai lambakan produk kecantikan yang dah ada dipasaran sekarang ni,tapi rata-ratanya hanya memulihkan dan memperbaiki kulit luaran aje. Apa akan terjadi jika korang stop pengambilan produk tersebut?

Boleh jadi muka yang cantik akan bertukar menjadi hodoh!!

Tak nakkkkk!!

Takutkan?

Sebab apa?

Kerana produk sekarang hanya memperbaiki luaran bukan dalaman. Jadinya carilah produk kulit yang membaiki dari dalam barulah luaran.

Memandangkan zaman sekarang ni ramai yang nak kulit cantik dengan cepat tapi tak selidik dulu bahan yang digunakan,  rata-rata memilih yang produk yang viral dan mempunyai duta yang sememangnya dah cantik... 

Tapi bagi pengamal Set Kecantikan Shaklee ni, mereka akan setia dan setia dengan produk yang mereka amalkan sehingga setiap bulan Set Kecantikan Shaklee ni menjadi pujaan dan terlajak laris dipasaran.. Sebabnya bukan luaran aje yang direpair malah dalaman juga turut mendapat side effect bersama.. Best kan!!



Kenapa? 

Saya terangkan serba sedikit RAHSIA

kedua-dua produk hot ni..

Kebaikan  Suatained Release Vitamin C untuk kulit
🌷Sebagai perlindungan dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit daripada radikal bebas yang terhasil dari sinaran matahari.Mengurangkan sun burn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu.
🌷penghasilan Kolagen
Menghasilkan kolagen semulajadi.Kulit boleh menjadi gebu dan warna tona pada muka sekata. Kolagen boleh melembapkan kulit dari dalam dan mengurangksn kedutan dan tanda penuaan.
(Kekurangan kolagen boleh mengakibatkan kulit jadi kusam Dan tidak bermaya.)
🌷Meningkatjan keanjalan kulit Dan mempercepatkan tisu terbentuk. 
🌷Mengandungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang boleh menyebabkan perubahan pada warna kulit. Mengelakkan penghasilan pyrimidine dimens yang menjadi punca penghasilan melanoma (masalah kulit).
🌷Membaiki tekstur kulit
Vitamin C membantu kelancaran sistem aliran darah yang berada dibawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat, untuk elak kulit menjadi kasar dan kering.
🌷Mengekalkan kelembapan
Meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan,melindungi dan memulihkan sel kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit.



Kebaikan ESP Shaklee untik kulit
🌷Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan,when anti penuaan, mengembalikan radian kulit Dan kepejalan otot, Dan mengurangkan kesan parut. 
🌷Membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua
🌷Asid Amino Yang terkandung didalam ESP membina otot Dan menegangkan kulit. Ianya sebagai frame/rangka untuk kulit tegang. 
🌷Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pads kulit dan mencerahkan kulit
🌷Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel kulit yang baru
🌷Melindungi sel - sel dari kerosakan dan mengecilkan pori-pori muka



Rugi kalau tak grab dari sekarang tau!! Banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi.

Shaklee Distributor
Rabiatul
012-5584478
Pengedar Shaklee Rawang (COD Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR/ KLCC

Rabu, 9 Ogos 2017

Susu Meriah Ibu Gembira Tiada Lagi Kerisauan : Set Penyusuan Shaklee

Setiap ibu yang melahirkan anak mesti ingin memberi penyusuan yang terbaik dan eksklusif untuk anaknya, tetapi tak semua ibu -ibu di luar sana berpeluang memberi penyusuan pada anak mereka sehingga anaknya berusia sekurang-kurangnya 2tahun.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan proses penyusuan tidak berjaya. Antara rungutan yang selalu kita dengar seperti air susu kurang sejak dilahirkan.Bukan itu aje ada juga ibu-ibu yang kekurangan ilmu penyusuan yang menyebabkan mereka hanya bertahan separuh jalan sahaja.


Eh!, banyak pula bebelan Kak Tun dalam entry kali ni, minta ampun...😅😅

Sebenarnya,Kak Tun nak bercerita dan berkongsi pengalaman proses penyusuan untuk ketiga-tiga cahaya mata Kak Tun.

Masa anak sulung Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif hanya 4bulan sahaja, bukan air susu tak ada tau tapi kekurangan ilmu didadakan, almaklumlah baru pertama kali ada anak,Kak Tun lebih mendengar kata-kata "orang dewasa" disekeliling Kak Tun. Kak Tun dah selamat beri susu formula untuk menyenangkan tugas pengasuh yang menjaga Haziq di taska.
Yerlah Kak Tun dulu keje dengan Company Contractor, jadi kadang-kadang jika ada tender terpaksa balik lambat dan jika ada meeting diluar,memang tak sempat nak pam susu badan. Siapa yang pernah melalui saat bengkak susu tu memang menyakitkan. 

Masa ni memang tak ambil sebarang suplemen atau makanan tambahan untuk memperbanyakkan air susu, tapi dah tertulis rezeki untuk Haziq, air susu Kak Tun sentiasa ada sehinggalah Haziq berusia hampir 5tahun.

Haziq ni walaupun di taska minum susu formula,tapi dekat rumah langsung tak nak minum susu formula,pegang botol susu pun dia buat muka geli. Pernah satu ketika botol susu yang ada dirumah dicampaknya dalam tong sampah gara-gara tak nak minum susu botol dirumah. 

Maybe disebabkan bercampur susu di awal usia,antibodi badan pun tak berapa nak kuat kot, kerap juga si Haziq ni kena demam,selsema, dan yang paling teruk sekali dua kali terkena chicken pox yang jenis besar dan yang jenis halus. Dua kali juga terkena virus HFMD sebelum usianya menjangkau 3tahun.


Untuk anak yang kedua Hannah, alhamdulillah Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif sehingga hannah berumur 1 tahun sahaja.  

Masa Hannah ni,Kak Tun dah mengamalkan supplemen. Bukan suplemen untuk memperbanyakkan susu, tetapi supplemen untuk kesihatan diri Kak Tun. Bila dah terbiasa makan suplemen, jadi bila si Hannah dilahirkan, Kak Tun continue aje amalan makan suplemen ni. Cuma Kak Tun add on alfalfa yang terkenal sebagai penggalak penghasilan susu ibu.

Masa Hannah ni, Kak Tun memang bersungguh untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuknya, yerlah dah belajar daripada kesilapan yang lepaskan..

Masa Hannah ni, kuantiti susu tak sama macam Haziq dulu, susu tak semeriah sangat, lagipun susu daripada breast sebelah kanan tidak memberi kerjasama, kalau dipam, paling banyak boleh dapat 4oz je, berbezalah dengan air susu disebelah kiri yang penghasilannya melebihi sebelah kanan. Dari situlah bermulanya Kak Tun mengambil suplemen Shaklee untuk memperbanyakkan air susu untuk Hannah. 

Waktu mengepam hanya di ofis semata-mata sebanyak 3kali,sebab kalau dirumah memang tak sempat nak mengepam, cuma bila weekand days baru berkesempatan boleh mengepam untuk dijadikan stok.

Alhamdulillah,bila dah mengamalkan suplemen ni, susu jadi lebih pekat dan meriahlah,sehinggalah usia Hannah menjangkau 8bulan, air susu jadi semakin berkurang.

Masa ni memang sedih sangat, selalunya bila sekali pam boleh dapat dalam 8-9oz,tetapi kali ni susu drop ke 6oz sahaja. Ape lagi Kak Tun memang risau sangat, mulalah mencuba pelbagai resepi untuk memperbanyakkan air susu.

Malangnya, air susu semakin drop, dan pada masa yang sama, rupa-rupanya Kak Tun 'terpregnant' sekali lagi. Bila keadaan semakin berlarutan, Kak Tun cuba bercerita masalah yang Kak Tun hadapi pada pakar laktasi, barulah Kak Tun tahu, makin meningkat usia kandungan kita, setengah orang hormon susu semakin berkurang. Ini ilmu baru juga ni,barulah Kak Tun tahu kenapalah air susu semakin berkurang.

Jadinya Kak Tun tekad dan berusaha untuk buat stok susu sehinggalah Hannah berusia setahun. Masa ni memang Kak Tun struggle untuk menyimpan stok susu Hannah, nasib baik si Hannah ni, dah start diberi makanan tambahan, jadinya susu hanya diperlukan ketika waktu tertenru sahaja, bukan setiap masa.

Memang sedih tau bila bekalan susu makin berkurang, bayangkan bila 10minit pam hanya dapat 2oz je..Masa ni hanya Allah yang tahu perasaan Kak Tun.. Air susu Kak Tun terus tiada bila kandungan Kak Tun mencecah umur 3bulan. Masa ni Hannah lagi 3minggu nak setahun.. Sedih sangat, bila malam Hannah merenget susu tak cukup, terpaksa berkorban beri stok yang ada di taska. Stok susu pyn makin berkurang dan licin teruslah dari peti ais tu..

Tapi perancangan Allah maha hebat, Allah mempermudahkan urusan Hannah minum susu formula tanpa sebarang masalah, 1st time beri terus je minum minum tanpa menolak..syukur sangat.Tapi walaupun hanya setahun aje dapat merasai susu badan Kak Tun, tapi berkat Kak Tun mengamalkan Shaklee ni, Hannah jarang terkena demam, selsema mahupun batuk yang berpanjangan.. Kalau ada pun demam manja gitu, hari ni kena esok lusa dah sembuh..


Bila si adik lahir, masalah baru pula timbul.. Si kakak juga nak menyusu bersama.. Nak tak nak terpaksalah Kak Tun beri juga sebab hati seorang ibukan tak sampai hati tengok si Hannah ni merajuk  dan protes tak nak makan dan minum, asyik merengek nak susu badan aje.

Sekali lagi suplemen untuk ibu menyusu diperlukan.. Kali ni Kak Tun amalkan sepenuhnya, dah 2orang anak yang menyusu, jadi kuantiti susu perlu banyak untuk menampung keperluan dua orang puteri Kak Tun.

Alhamdulillah walaupun baru 2bulan perjalanan menyusuan untuk si Husna, kali ni kuantiti susu amatlah banyak, sekali pam Kak Tun boleh dapat 12oz, syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk anak Kak Tun kali ni..


Ha! lagi satu Kak Tun dah amalkan LECITHIN ni dari hari pertama lagi untuk elak dari berlakunya susu tersumbat terutama sekali untuk breast sebelah kanan Kak Tun ni.

Nak tau hasilnya? Alhamdulillah breast sebelah kanan ni mampu menghasilkan kuantiti susu sebanyak 5-6oz sekali pam dalam masa 5minit saje. Masa Hannah dulu memang susah sangat nak dapat kuantiti susu sebegitu.. 

Kekerapan direct breastfeeding pun menjadi punca pengeluaran susu menjadi banyak..mana taknya bila dirumah seorang melekat disebelah kiri, seorang lagi melekat disebelah kanan..

Dan yang paling bestnya walaupun kakak dan adik menyusu bersama, tidur memang sah-sah tak cukup ler, lepas turn adik menyusu, baru lelap 10minit, kakak pula nak menyusu.

Tapi Kak Tun rasa syukur sangat badan tak terasa penat  dan letih yang terlampau, sebabnya set penyusuan Shaklee memang banyak membantu memberi tenaga yang cergas sepanjang hari, ESP memang Kak Tun amalkan supaya perut tak terasa lapar bila 2orang anak memerlukan serentak.

Bukan aje kesihatan Kak Tun bertambah baik, malah anak-anak Kak Tun juga dapat manfaat bersama.

Bekalan susu pun makin meriah dan pekat, pendek kata cepat kenyanglah..

Tau tak berat badan Kak Tun pun dah makin menunjukkan penyusutan juga. Kak Tun suka!!  

Nak tahu apa yang Kak Tun amalkan?
Set Penyusuan yang lengkap seperti B Complex, Vitamin C, Vitalea,Alfalfa, ESP, Lecithin dan Ostematrix add on Omega Guard.


Buat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif, sememangnya terbaiklah dan disyorkan bagi ibu-ibu yang ingin mencuba untuk memperbanyakkan susu untuk anak yang dicintai. 

Berjuang sebelum mengalah, berusaha selagi terdaya.. Carilah ilmu penyusuan supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita..

Rabiatul
SID SHAKLEE
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang


Jumaat, 4 Ogos 2017

Kelebihan Set Sendi Shaklee Yang Perlu Anda Tahu!

APA YANG ISTIMEWA SET SENDI SHAKLEE??



Set sendi shaklee terdiri daripada 🔸Collagen Powder
🔸Omega Guard  
🔸Ostematrik.

Sakit lutut dan sakit sendi saling berkait rapat. Sakit lutut berlaku sebab tulang rawan mula haus dan terhakis dan sebab bahan yang dinamakan sebagai Collagen dalam tulang rawan mula rosak dan berkurangan.

BAGAIMANA SET SENDI SHAKLEE BERTINDAK

📍Bila kita sakit sendi, Collagen Powder ini akan diserap oleh tubuh dan meresap ke bahagian sendi seperti lutut tadi.

📍Bila sendi menyerap Collagen, secara perlahan Collagen akan memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak dan menggantikan Collagen yang rosak.

📍Secara perlahan-lahan juga bengkak akan dipulihkan dengan bantuan Omega Guard dan tulang yang terkeluar daripada rangka lutut akan masuk semula ke dalam rangka.

📍Collagen bersifat elastik dan sangat kuat. Menurut kajian, dengan penggunaan selama 8 minggu boleh nampak kesan penggunaan Collagen Powder ni, ada yang kurang daripada itu atau seawal 3hari.

Set Sendi Shaklee bukanlah drugs, tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya dan tiada kesan sampingan.

Insyaallah dengan pengambilan supplemen set sendi shaklee, dapat membantu anda untuk kembali sihat dan dapat menjalankan aktiviti tanpa sakit sendi lagi.

Hubungi:

Rabiatul
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Selayang (cod Selayang Mutiara)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC



Jumaat, 21 April 2017

Tips Hadapi Stress Dan Depresi Supaya Hidup Anda Lebih Tenang

"Aahh stress nye!! Tension! Rasa nak menjerit je ni.."

"Serabutlah macam ni" 



Siapa yang pernah mengalami perasaan stress macam situasi di atas?

Rasanya sejak kebelakangan ni,dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil, memang ramai rakyat Malaysia yang mengalami stress yang kronik. 

Stress dan tekanan boleh berlaku dalam pelbagai sebab seperti masalah kewangan, masalah ditempat kerja,masalah keluarga,masalah kesihatan dan sebagainya.

Bila kita stress minda kita  tak boleh berfikir secara logik dan akhirnya kita akan buat sesuatu keputusan diluar kawalan rasional kita.

Saya kongsikan 11-tips tangani stress dengan mudah.

1)Tenangkan diri kita dari segala tekanan
 2)Cuba bernafas secara dalam
3)Sentiasa berkata pada diri sendiri dengan perkataan yang positif, contoh "relaxlah"
4)Lakukan solat sunat, membaca Al Quran
5)Berkongsi perasaan dan masalah pada orang yang tersayang
6)Sekali sekala pergi ke spa atau berurut
7)Berehat dan mendengar muzik
8)Beriadah dan pergi bercuti ke tempat yang jauh dan mendamaikan seperti ke pulau, kawasan pendalaman
9)Bersenam
10)Berfikiran positif
11)Ambil supemen anti stress B Complex.

🎀Cara saya, kalau stress,selalunya saya akan cuba tenangkan fikiran saya dengan mendengar alunan ayat AlQuran.

Ayat AlQuran ni merupakan penghibur kita dikala kita bersedih dan berserabut. 

🎀Bila tiba waktu rehat ( di ofis) saya akan cuba take a nap atau dalam islam dikenali sebagai tidur Qailullah dalam 10 minit.Dengan cara begini mampu mengelakkan diri kita dari stress,
keletihan dan burn out. 

🎀Saya juga akan luangkan masa bersama orang tersayang .Bila kita ketawa,bercerita dan berkongsi masalah duka lara akan buatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

💓Yang paling penting, saya akan pastikan setiap hari mesti makan B Complex.


🎀Eh! Bukan ke BComplex ni sesuai untik ibu hamil je ke?

🎀Jangan tak tahu ye,BComplex Shaklee ni special tau sebab mengandungi 8jenis vitamin B yang tiada pada keluaran lain di pasaran.

🎀BComplex Shaklee ni mengandungi Vitamin B1,B2,B3,B5,B6,B12, Asid Folik dan 100% Biotin.

🎀kalau kita tengah stress dan tertekan memang elok telan BComplex ni setiap hari, kerana BComplex dapat membantu melancarkan perjalanan darah untuk membawa oksigen yang secukupnya ke otak. 

🎀BComplex juga mampu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi sarafnya,boleh meredakan sakit kepala,mengurangkan kelesuan, keresahan dan meningkatkan stamina badan.

Jadi,start dari hari ni,mari kita amalkan pengambilan BComplex setiap hari.

Free Consultation
Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang

Khamis, 20 April 2017

Set Kesihatan Kanak -Kanak : Tiada Lagi Kerisauan Anak Kerap Sakit

TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANAK-ANAK ANDA!!

Dulu masa tahun 2009-2011 masa tak kenal lagi Shaklee,Haziq kerap demam,selsema dan dalam usia mencecah setahun lebih,Haziq dah 2kali terkena virus HFMD (virus tangan,kaki dan mulut) dan 2kali terkena virus demam campak, sebabnya memang lepas pantang Haziq berada di taska sepanjang ibu bekerja. Haziq kena demam campak yang berlainan jenis,satu yang jenis bintik kecil-kecil dan satu lagi yang jenis besar ala-ala macam pelentung.

Masa ni memang ibu kena struggle menjaga Haziq, yerlah budak kecik bila dah kena virus macam ni badan akan rasa tak selesa,jadi merengek je,tak nak makan dan minum..Memang ibu risau dengan kesihatan Haziq.

Tapi itu kisah dulu,sebelum ibu kenal dengan Shaklee.. Sekarang lepas ibu dah bersama Shaklee,alhamdulillah tahap kesihatan Haziq bertambah baik. Tiada lagi serangan demam,batuk dan selsema setiap bulan. Ibu akan pastikan Haziq akan diberi OMEGA GUARD dan CHEWABLE VITAMIN C setiap hari supaya sistem imun badan haziq bertambah baik.

Tahun ni Haziq catat rekod bersih dari segi tahap kesihatannya...alhamdulillah sehingga bulan 10, 2016 ni, Haziq tak pernah dijangkiti virus demam,selsema yang teruk.Walaupun adakalanya balik dari sekolah dalam keadaan lenjun disebabkan hujan.Kalau Haziq rasa dirinya macam tak berapa sihat,cepat-cepat ibu upkan dose OMEGA GUARD,dan bekalkan NUTRIFERON untuk Haziq,supaya tak melarat keesokan harinya.

Untuk si adik,Hannah yang baru mencecah umur setahun 7bulan, boleh dikiralah dengan jari demam dan selsema yang dialami setiap bulan. Hannah juga seperti abangnya duduk di taska juga sepanjang ibu bekerja. 

Jadinya memang akan terdedah dengan virus yang senang berjangkit.Tapi ibu tak risau sangat,biasalah kadang-kadang bila terkena demam dan selsema ni, untuk menunjukkan sistem pertahanan badannya sedang bertindak balas untuk menentang virus jahat menyerang. Tak pun nak belajar benda baru..hihi.

Si Hannah ni beruntung tau, sebab dari dalam perut Ibu lagi, ibu dah bekalkan suplemen untuk pertahanan badannya.Bila dah lahir,ibu yang akan makan vitamin setiap hari dan Hannah akan mendapat manfaatnya melalui air susu ibu.

Sekarang Hannah dah setahun lebih,ibu dah mula perkenalkan Hannah dengan OMEGA GUARD. Pantang balik dari taska,sampai rumah je  mesti dah berlari ke counter bar minta vitamin.. "Bu nak bat", perkataan ini akan selalu diulang-ulang, selagi tak dapat Omega. Memang feveret cik Hannah, kadang-kadang tu minta lagi, tak cukup dengan 1kapsul. 

Satu lagi Cik Hannah ni memang suka minum MEALSHAKES setiap hari.. Abangnye je tak berapa suka dengan mealshakes sebab rasa macam susu tepung..Si Haziq ni memang anti dengan semua susu tepung, air yang bewarna putih memang dia tak kan minum.. Kalau beli susu berkultur tu pun, hanya perisa strawberi je dia minum..itupun bila umur dah cecah 6tahun..kalau tak memang tak akan minum punya.. 

Kalau mereka dah mula rasa macam nak demam ke, batuk ke, selsema ke, ibu jarang berikan ubat klinik dulu, sebaliknya akan bekalkan mereka dengan NUTRIFERON dan OMEGA GUARD setiap hari sehinggalah demam, batuk atau selsema dah tak der lagi..

Alhamdulillah sejak kenal dengan Shaklee ibu memang puas hati dengan tahap kesihatan anak-anak ibu. 

Terima kasih Shaklee.. 
Keranamu Shaklee tahap kesihatan anak anak bertambah baik.



Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 0125584478

PENGEDAR SHAKLEE RAWANG (COD Bandar Country Homes dan sekitarnya)
PENGEDAR SHAKLEE JALAN TAR/ KLCC
PENGEDAR SHAKLEE SELAYANG


Selasa, 18 April 2017

Sembelit Ketika Berpantang: Tiada Lagi Mimpi Ngeri Yang Menyakitkan

Siapa yang pernah alami sembelit ketika dalam pantang?  Mesti rasa ngeri kalau nak hadapi sekali lagikan..



Kak Tun pun ada pengalaman yang sama masa berpantang anak pertama dulu.

Masa anak pertama dulu, Kak Tun mengalami pendarahan dan koyakan teruk dan panjang pula tu sehingga 3kali kena jahit.

Dari bidan, doktor senior sehinggalah ke doktor pakar..Dah jahit buka balik tau..memang sakit toksah nak cakaplah, tak boleh nak imagine rasa sakitnya..

Nak buang air kecil pun rasa takut sangat sebab rasa berdenyut, memang sakit sangat. 

Lagilah nak duduk memang terasa denyutan sakit lepas ubat bius dah abis. Jalan pun berkepit je..

Masuk hari ke3 perut dah start memulas-mulas untuk ke toilet..
Bayangkan duduk dalam toilet sejam tak berani nak teran,perut memang sakit sangat..masa ni bukan setakat menangis,memang dah melalak pun dalam toilet,sebabnya setiap kali nak teran, terasa denyut sakit dekat bahagian luka..nak teran kuat takut terbuka jahitan balik..memang Kak Tun tak beranilah..last tak jadi nak membuang..

Masuk hari keesokannya, terasa lagi nak ke toilet,menangis lagi nak teran bagi keluar tapi tak berani juga.. Akhirnya mak suruh encik husband belikan pil berak kat farmasi.

Faham-faham jerlah bila dah makan pil tu kan.. Memang memulas juga perut, tapi disebabkan beberapa kali cubaan membuang tak jadi, jadi benda alah tu (tahi) jadi keras jugalah, tapi terpaksalah juga teran sebab perut dah sakit yang teramat..

Akibatnya dinding dubur tu membengkak kot, berdenyut-denyut sakitnya..masa ni Kak Tun tak boleh nak duduk dengan sempurna, terpaksa letak bantal dan duduk sebelah punggung je..betapa seksanyalah masa tu.Sampaikan Kak Tun terfikir dah serik dan fobia nak beranak lagi.

Berpantang anak pertama memang menakutkan dan mengerikan bila rasa nak ke toilet.. Tapi ini dululah, masa berpantang anak kedua, alhamdulillah Kak Tun dah tak alami perkara yang sama.

Eh !awatnya anak kedua dah tak kena sembelit pula?

Masa anak kedua Kak Tun dah kenal dengan Shaklee. Dari hamil sampailah berpantang memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee dan Set Berpantang Shaklee.

Bukan nak promote produk ye, tapi nak share kebaikan yang Kak Tun rasai.. 

Alhamdulillah bila dah mengamalkan dah tak der ler adegan menangis dalam toilet setiap kali nak 'membuang'. Bila dah amalkan Alfalfa waktu siangnya dan  Ostematrix setiap malam sebelum tidur. Esok pagi confirm perut rasa nak membuang dan perjalanannya pun senang, tak perlu teran kuat-kuat. Memang mudahlah, syukur dipertemukan dengan Shaklee.

Kat sini Kak Tun nak berkongsi info kebaikan Ostematrix dan Alfalfa untuk rawat sembelit ketika dalam pantang.

OSTEMATRIX



Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Apa Peranan Ostematrix Dalam Set Sembelit Shaklee?

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.

ALFALFA


Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang,amatlah disyorkan ambil Ostematrix dan Alfalfa supaya tiada lagi mimpi ngeri untuk ke toilet..

Testimoni pengguna:-







Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang(cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Selayang
Pengedar Shaklee Jalan TAR/KLCC