Khamis, 19 Julai 2018

Cara Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dan Stabil

Korang pernah ambil kisah tak mengenai waktu kedatangan haid anda?

Sebagai seorang wanita isu kedatangan haid ni, korang perlu risau dan ambil kisah tau! Menurut Dr. Zubaidi Ahmad, pusingan haid yang teratur dapat menentukan tahap kesuburan,kewanitaan dan kesihatan seseorang wanita.

Sebenarnya setiap wanita mempunyai corak haid yang berlainan antara satu sama lain. Lagipun jumlah hari dalam kitaran haid masing-masing mungkin tidak sama diantara 28-35 hari.

Jadinya untuk mengetahui haid yang normal diri kita sendiri perlu mencatat hari atau tarikh yang kita didatangi haid dari mula datang hinggalah haid kita berhenti.

Ini kerana bila kita dah ada rujukan mengenai waktu haid kita datang, dari situ kita boleh mengenal pasti corak dan pola haid kita.

Mengikut kajian yang dilakukan, hampir 40% wanita di Malaysia ni gagal untuk mengingati tarikh hari pertama mereka datang haid. Ini boleh mengakibatkan kita tersalah mengira waktu subur sendiri.

Kitaran haid yang tidak teratur adalah yang kurang daripada 25 hari atau melebihi daripada 35 hari. Ada sesetengah wanita haidnya boleh datang dua atau tiga bulan sekali dalam setahun.

Haid yang tidak teratur akan mendatangkan masalah besar untuk wanita yang merancang untuk mengandung.

Tetapi jika kitaran haid kita tidak teratur dan tak stabil setiap bulan, bagaimana kita nak tentuksn hari subur supaya ovum yang matang dapat disenyawakan setiap bulan.

Nak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah haid tidak teratur dan tak stabil? Mari layari video ini..


Semoga dengan sedikit perkongsian dari saya dapat membantu anda diluar sana untuk mencari solusi mengenai masalah haid yang anda hadapi.

Segala pertanyaan boleh hubungi saya nanti.

PENGEDAR SAH SHAKLEE
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Rawang, sekitar KLCC, Jalan TAR





Rabu, 18 Julai 2018

Kenapa Lelaki Perlu Ambil B Complex

Bila sebut pasal BComplex ni pasti ramai yang mengatakan keperluan nutrisi untuk kaum Hawa terutama wanita yang hamil.

Sebenarnya tidak tepat sama sekali. Tahu tak rupanya BComplex ni bukan untuk kaum wanita aje,

tetapi...

LELAKI, pun bolah ambil juga.

Banyak kebaikan BComplex ni untuk tubuh badan kita tau! Sebab tu wajib ambil hari-hari..

Zaman sekarang ni, ramai sangat orang stress memanjang dengan masalah masing-masing, bila selalu stress, automatik sistem imun badan pun boleh jadi lemah, bila dah lemah selalulah sakit datang menjelma, macam-macam jenis penyakit yang datang serentak. Bila dah sakit ditambah pula stress lagi, lambatlah tubuh badan nak recover balik.

Untuk elak perkara ni berlaku, wajib ambil B Complex setiap hari. Tahu tak, B COMPLEX juga dikenali  sebagai ubat penenang.

B complex ni fungsinya untuk elakkan stress juga.. kalau tengah hot, angin puting beliung datang tak tentu pasal dengan tiba-tiba, elok la amalkan Bcomplex ni.

Ia  juga bertindak untuk menstabilkan hormon, dan memberi ketenangan.

Ok disini saya terangkan kenapa B Complex ni penting untuk tubuh badan kita.

B-Complex merupakan vitamin asas untuk badan kita.
Vitamin B sangat penting untuk fungsi tubuh, kerana vitamin B akan bertindak membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan.

Ada banyak pilihan Vitamin B yang boleh kita dapati di pasaran.

Namun, kenapa perlu memilih B-Complex  Shaklee? 

LENGKAP 8 JENIS VITAMIN B

B-Complex Shaklee mengandungi KESEMUA 8 jenis vitamin B iaitu
1. Vitamin B1 (Thiamine)
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
3. Niacin
4. Vitamin B6
5. Folic Acid
6. Vitamin B12
7. Biotin
8. Calcium D-Panthothenate

Saya tak pernah jumpa lagi vitamin B jenama lain yang lengkap sebegini. Kalau ada, bolehlah kongsikan bersama. 

Namun, ianya tetap berbeza jikapun ada, kerana suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi.

SISTEM PENYERAPAN BIOAKTIF BERPATEN

Asid folik, salah satu jenis vitamin B adalah kritikal dan tidak mudah diserap oleh badan. Maka, Shaklee telah membangunkan sistem penyerapan bioaktif yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap.

Dan, teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.
Tiada company lain yang boleh tiru teknologi ini tau...          

Untuk para lelaki di luar sana yang inginkan kesihatan yang terbaik dan berpanjangan supaya anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari, bolehlah cuba Set Kecergasan Lelaki ini.


Pengedar Sah Shaklee

RABIATUL

0125584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang, Jalan TAR, KLCC

Sabtu, 14 Julai 2018

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Rawang

Hai, salam perkenalan.. Pernah dengar dan tahu mengenai suplemen Shaklee? Saya Rabiatul,merupakan Pengedar Shaklee yang sah.

Anda berminat untuk mencuba,tapi tak tahu nak beli kat mana? Ok, Anda boleh menghubungi saya di talian 012-5584478,saya sedia berkhidmat untuk anda.

Kalau anda yang berada di sekitar Rawang terutama di area Bandar Country Homes, Rawang,Selangor anda tak perlu risau saya boleh menghantar pesanan anda terus di hadapan pintu rumah anda setiap hari.

Bagi yang berada dikawasan sekitar Jalan TAR dan KLCC yang ingin saya cod, pesanan barangan anda boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja.

Untuk pelanggan yang diluar kawasan Rawang, anda tak perlu risau ye, jika ingin membuat pembelian, hubungi saya dan saya akan terus buat order secara online dan pihak Shaklee akan menguruskan pesanan anda. Inshaallah dalam masa 2-3hari minimum barang anda akan sampai ke tuannya.

Nak tahu kelebihan membeli dengan saya?

Kalau anda membeli dengan saya, inshaallah saya akan beri konsultasi terbaik untuk diri anda..saya akan guide anda cara pemakanan suplemen Shaklee ni bersesuaian dengan masalah kesihatan anda. Kalau anda mempunyai sebarang masalah, boleh wasap saya,saya akan cuba mencari solusi yang terbaik untuk anda.

Ha!! Tunggu apa lagi, mai lekaih beli vitamin dengan saya! Jom tonton video dari saya..




Rabiatul
0125584478

COD:
Bandar Country Homes, Rawang
Sekitar Jalan TAR dan KLCC

Jumaat, 13 Julai 2018

Cara Mengatasi HB Rendah Ketika Hamil

Pengalaman mengandung anak pertama 10tahun yang lepas dengan HB Rendah memang menakutkan sebenarnya.. Sebenarnya bila HB kita rendah boleh mendatangkan masalah pada di ibu dan juga pada baby yang dikandung..

Ok berbalik pada citer saya, dari 2bulan sampailah ke 9bulan bacaan HB tak pernah naik, semuanya paras 9 aje.. Setiap kali Check up, mesti bising ler nurse kat Klinik Kesihatan, tambahan pula nurse kat KK Seri Kembangan tu majoriti dah berusia,apelagi makin bingit telinga mendengar bebelan diaorang. Masa ni saya hanya makan ubat yang dibekalkan oleh pihak klinik dan ambil Obimin dengan harapan untuk naikkan HB saya. Almaklumlah zaman ni FB semua tak femes lagi, jadi tak tahu sangat pasal suplemen semua ni..

Sampai satu tahap bila kandungan mencecah 7bulan, sampai nak kena cucuk kat punggung.. Tapi nasib menyebelahi saya,masa kandungan memasuki 7bulan saya minta pertukaran tempat check up yang dekat dengan ofis,jadinya tak jadilah kena cucuk..hihi

Bila HB rendah ni, sepanjang tempoh kehamilan tu, saya kerap sangat pitam, pening kepala, badan cepat letih dan lesu, bayangkan dengan jarak perjalanan dari ofis ke rumah sepanjang 45kilo sehala, badan memang penat sangat tau.

Bila pregnantkan anak kedua dan ketiga, diawal kehamilan lagi saya dah mula consume Set Kehamilan Shaklee yang sememangnya mempunyai set HB Rendah juga iaitu BComplex,Vitalea dan Vitamin C.


Alhamdulillah memang banyak sangat perubahan pada diri saya semasa mengandung anak pertama dan kedua. Bila dah consume Set HB Rendah ni, bacaan HB saya dah kembali normal, mengandung anak kedua dan ketiga ni memang jarang kena pitam, badan pun kekal bertenaga.

Bagi bakal ibu ataupun ibu yang mengandung yang pernah mengalami masalah HB Rendah, cubalahlah ikhtiar dengan Set HB Rendah dari Shaklee, insyaallah dengan izin Allah ada perubahan nanti.

Jom layari video pengalaman saya mengatasi masalah HB rendah ketika hamil.Semoga perkongsian saya ni dapat memberi manfaat pada ibu-ibu
diluar sana.



Rabiatul
0125584478
Pengedar Sah Shaklee

COD :
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR
KLCC

Jumaat, 4 Mei 2018

Tips Elak Rasa Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa

Kurang dua minggu dari sekarang kita akan start berpuasa. Biasalah bila dah lama tak berpuasa, tiba-tiba nak kena puasa 30 hari pulak tu, mahunya perut kita terkejutkan!

Bagaimana kita nak elak daripada rasa lapar dan dahaga?

Saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk elak rasa lapar dan dahaga semasa berpuasa.



Antara tips yang boleh kita amalkan seperti berikut:

1. Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Seeloknya elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur.

2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan. 

Kalau nak kekal segar dan tak rasa dahaga boleh ambil PERFORMANCE DRINK..

3. Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam sebelum bersahur dan waktu sahur.

4. Elakkan makanan ringan semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan, fast food dan sebagainya kerana ia mengandungi terlalu banyak garam. 

Tahukah anda garam yang berlebihan akan menyebabkan badan  ternyah hidrat.

5. Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi,roti, Oat, pengambilan protein seperti  ikan atau daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.

6. Di nasihatkan memakan 3 hingga 7 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian  juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan Puasa. 

Kalau tak boleh nak telan kurma yang banyak, boleh blend kurma dengan susu segar ataupun ESP..sedap beb!! Pasti jatuh cinta.

7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan  dahaga.

8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih  mudah ternyah hidrat. Kalau anda penggemar teh atau kafein, boleh cuba Cinch Energy Tea Mi.

Jom kita amalkan, supaya puasa kali ni kita dapat banyak keberkatan dari Allah swt..

SELAMAT BERPUASA
dan 
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.

NUKILAN
Rabiatul
0125584478

PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
PENGEDAR SHAKLEE JALAN TAR / KLCC
PENGEDAR SHAKLEE SELAYANG

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Khamis, 8 Mac 2018

Promosi Mac 2018 YOUTH Shaklee Skincare Memang Berbaloi!! Wajib Dapatkan

Sana sini asyik citer pasal YOUTH. Laku keras betul Youthskincare ni.

Hari ni je berpusu-pusu order masuk. Almaklumlah produk satu-satunya Skincare yang ada selamat, berkesan dan ada ujian klinikal bukan pada haiwan tapi pada wanita yang mempunyai kulit muka yang bermasalah!! :-)

Teruja dengan keberkesannnya ibarat kata kawan Kak Tun "beli kete Vios tapi hasilnya dapat kete Lamborgini"

Rugi wei tak grab peluang yang ada!!
Memamg berbaloi penjimatan berganda tau! Lagi-lagi kalau daftar jadi ahli..

Nak tahu keistimewaam yang korang boleh dapat?

🌹Free ahli
🌹Free postage
🌹Cash bonus bulan depan
🌹Free Radiance C and E yang berharga 400/-
🌹Free Bag YOUTH yang bernilai RM50/-
🌹Free mirror yang boleh nampak clear tahap muka memasing macam mana..

Banyaknya FREE ni !

Suka tak?
Teruja tak?




RABIATUL
0125584478
COD Bandar Country Homes, Rawang
COD KLCC, JALAN TAR KL