Rabu, 19 Mac 2014

BUATMU MUSLIMAH


Oh muslimah berbahagialah
kita telah dilahir-Nya dengan mulia
subhanallah Tuhan telah berkati
surga di telapak kaki ibu

Oh muslimah kau selalu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan tuntunan sejati

Oh muslimah dekatkanlah diri
selalu pada Ilahi demi cinta-Nya 
insyaallah Tuhan kan memberi
kecantikan yang abadi dalam ridha-Nya

Oh muslimah,
peliharalah diri dari fitnah duniawi
Moga rahmat-Nya selalu mengiringi..

Oh Muslimah,
Engkaulah si solehah yang dirindui Syurga.

KREDIT : Kalam Bidadari Official

Selasa, 18 Mac 2014

ATASI MASALAH TIDUR DENGAN OSTEMATRIX

ANDA MENGHADAPI MASALAH TIDUR? CUBALAH OSTEMATRIX PASTI ANDA PUAS HATI!!



Masalah susah tidur atau Insomnia adalah apabila seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam.

3 kategori Insomnia: 

· Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

· Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

· Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep) 

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Beberapa kajian menunjukkan yang insomnia dikaitkan dengan kekurangan MAGNESIUM dalam tubuh badan kita. Magnesium ini adalah mineral yg membantu otot dan saraf kita lebih releks yg turut membantu kita utk tidur dengan lebih lena.

Pada org yg berumur, menurut kajian yg dibuat penambahan supplemen MAGNESIUM telah menunjukkan perubahan pada kualiti tidur dengan mengurangkan hormon kortisol yg menganggu tidur malam dengan lena, Magnesium juga boleh membuatkan kita lebih releks dan bersifat anti stress.

Semasa kita tidur, otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan pada esok hari dan magnesium diperlukan untuk bekerja dgn kalsium bg membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu untut otot mengecut dan magnesium pula membantu utk otot releks, Bermakna tanpa magnesium otot tidak boleh berehat selepas mengecut yg membawa kepada tidur yg tidak lena dan kiga kekejangan otot juga boleh berlaku.


KENAPA PERLUNYA OSTEMATRIX??
Kelebihan OSTEMATRIX SHAKLEE ini kerana kandungan dalam 1 tablet mengandungi kalsium dan magnesium sekali yg penting untuk otot2 kita bekerja dalam tubuh kita.Dengan adanya vitamin kalsium lagi cepat diserap ke dalam tulang dan kesannya cepat juga untuk kita rasai.

Pengalaman saya sendiri selepas ambil OSTEMATRIX ni tidur saya lebih lena tiada lagi terjaga setiap 2 jam kalau tak dulu bila dah terjaga nak tidur balik memanglah payah.  Tidur yg berkualiti juga membuatkan kita lebih senang terbangun dan lebih bertenaga pada keesokan harinya

Antara kebaikan OsteMatrix: 

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Meringankan stress - Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
  • Menguatkan tulang - menghalang osteoporosis, menguatkan kuku,kuku rapuh,eczema
  • Meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil
  •  Melawaskan sistem penghadaman 
=  


CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE PALING BERKESAN


Supplimen Shaklee yang kita ketahui memang banyak, tapi tahukah anda yang mana satu perlu diberi keutamaan dahulu mengikut susunan kepentingannya dahulu?? Jawapannya adalah ESP dan VITALEA. 

Kenapa ESP dan Vitalea?

1. ESP
    Sekiranya hanya ada satu je pilihan supplimen yang perlu anda pilih mengikut budjet anda, bermulah dengan Shaklee ESP. Ini kerana ESP sangat bagus dalam berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah diibaratkan seperti ikatan batu bata yang mesti kukuh bagi sesebuah bangunan yang dibina. Sebabnya lebih kukuh sesebuah ikatan batu bata itu maka ketahanannya lebih berganda. Begitu jua dengan sel dalam badan kita. Sel - sel dalam badan kita mestilah kukuh diantara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang sebarang penyakit yang boleh merebak dalam tubuh kita.

2. VITALEA
Supplimen vitalea ini mengandungi hampir kesemua vitamin yang lengkap dengan nutrisi dalam 1 tablet. Percaya tak dalam 1 tablet Vitalea = 30 nutrisi yang terkandung di dalamnya.Sebab tulah Supplimen Vitalea ni memang di kenali dengan MULTI VITAMIN. Ia diibarat makan makanan yang seimbang dan dapat memenuhi setiap keperluan sel dalam badan kita dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.



CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

1. ESP
Mari kita mulakan hari kita dengan sebotol ESP. Caranya : Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk / air suam. kacau dan goncangkan supaya ESP sebati dalam air dan diminum segera.

ESP ni boleh juga dicampurkan dengan air buah-buahan, air yorgurt, susu dan jus mengikut citarasa masing-masing.

** Sekiranya anda ada mengambil collagen boleh dicampurkan sekali dalam ESP. Begitu juga Mealshake boleh dicampurkan sekali.

SARANAN WAKTU AMBIL : 1 SUDU PAGI DAN 1 SUDU PETANG/MALAM
                                               **boleh diambil 2 sudu malam terus


2. LECHITIN DAN OMEGA - Mesti diambil SEBELUM MAKAN


Lechitin adalah bertindak sebagai PEMECAH LEMAK manakala Omega pula bertindak sebagai PEMECAH KOLESTROL.Sebaiknya Supplimen ini diambil 15 minit sebelum makan tengah hari dan makan malam supaya ia boleh bersedia untuk emnguraikan lemak dan kolestrol yang terdapat dalam makanan.

SARANAN WAKTU AMBIL : 
Sebelum makan tengahari dan malam - sukatan 3 kapsul LECHITIN  + 1 kapsul OMEGA



3. ALFALFA  - Mesti diambil SEBELUM MAKAN

Alfalfa mengandungi banyak mineral dan fitonutriens dan ia merupakan sumber serat yang tinggi. Apakah peranan serat dalam tubuh kita? Serat berperanan apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti penapis yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolestrol, gula, toksik, logam berat dan lain lain semasa perjalanan semua yang diambil dari mulut hinggalah ke usus besar kita.

Pembuangan air besar akan menjadi lebih lawas apabila fiber mencukupi di dalam badan kita dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga baik untuk bagi yang mengalami masalah angin dalam badan seperti gastrik dan alergik.

SARANAN WAKTU AMBIL : 
Sebelum makan tengahari dan malam - sukatan 5 ALFALFA


4. ZINC - Mesti diambil SEBELUM MAKAN
Zinc disarankan diambil SEMASA PERUT KOSONG ( iaitu 1 jam - 30 minit SEBELUM MAKAN).

Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, zink akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikatdirinya dengan unsur bahan lain.

** Roti dan bijirin mengandungi unsur phytates yang boleh mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan menggangu proses penyerapan.


LAIN-LAIN SUPPLIMEN BOLEH DICADANGKAN DIAMBIL SELEPAS MAKAN.

Disarankan supaya tidak mengambil semua vitamin dalam satu masa yang serentak tetapi diselang selikan diantara selepas beberapa waktu makan seperti selepas sarapan, selepas lunch, selepas minum petang dan selepas makan malam. Ini kerana untuk memastikan penyerapan  yang terbaik dan perlindungan berterusan di sepanjang hari dalam tubuh kita.


CONTOH CARA PENGAMBILAN VITAMIN :

Selepas sarapan pagi : 1biji Vitamin C dan 1biji B-Complex

Selepas makan tengah hari : 1biji Vitalea , 3biji B-Complex, 1biji Vitamin C

Selepas makan malam : 2biji osteomatrix, 1biji B complex 1biji Vitamin E


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN: 

1. Elakkan mengambil VITALEA dan OSTEOMATRIX serentak. Ini kerana iron di dalam VITALEA boleh menggangu penyerapan CALCIUM yang terkandung dalam OSTEOMATRIX.

2. Jangan sesekali menggunakan AIR PANAS untuk membancuh ESP. Ini kerana ia akan merosakkan kandungan protin dalam ESP.

3. Elakkan mengambil supplimen dengan minuman yang berunsurkan kafien seperti Teh, Kopi, Nescafe. Jarakkan masa dari 30 minit - 2 jam sebelum mengambil supplimen Shaklee bagi mengelakkan daripada gangguan penyerapan vitamin.

4. Elakkan juga mengambil serentak supplimen Shaklee dengan ubat ubatan hospital / tradisional. Jarakkan pengambilannya dalam tempoh 30 minit - 2 jam.

5. Jangan membuat andaian sendiri dengan berhenti mengambil ubat ubatan daripada doktor jika mahu mengambil supplimen, sebaliknya dapatkan pengesahan dari doktor anda terhadap pengurang dos ubat ubatna anda.



Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah call/whatapps/msg/sms : 012-5584478 dan Sila like FB PAGE saya : vitaminsihatalami

Isnin, 17 Mac 2014

CARA / TIPS SUPAYA MUDAH TIDUR PADA WAKTU MALAM

Di sini saya kongsikan beberapa cara/tips supaya kita mudah tidur pada waktu malam.
* Menurut studi dari University of Pittsburgh School of Medicine, melakukan olahraga minimal 150 minit dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Dan, berolahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.

* Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang – seperti neon – kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.

* Switch off tv/komputer/laptop . Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.

* Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!

* Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.

* Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. ManakalaVitalea pula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan utk pertumbuhan sel2 baru yg lebih sihat. Bagi mereka yang mudah tidur tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur boleh amalkan Ostematrix.

* Minum air yang banyak dan sekurang2nya segelas air masak sebelum tidur.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke atulrazali@yahoo.com atau whatapps/call/msg di no: 012-5584478 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda!!! 

4 Sebab Kenapa Tidur Anda Tidak Lena

Kalau sekali sekala, ini tiada masalah. Kalau anda dalam golongan orang yang bercinta,memang tidur xlena mandi tidak basah. Tapi kalau sudah sering tidur tak lena walaupun tidak bercinta dengan sesiapa? Ha!! Ini memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Kita harus perhatikan sebab musababnya apakah yang menyebabkan permasalahan tidur anda tidak lena ini boleh terjadi.

Ia bukan sahaja boleh menjejaskan masa rehat anda tetapi juga memberi kesan pada kesihatan anda jika berlaku secara berterusan.

Kebanyakan daripada masalah tidur tidak lena biasanya disebabkan oleh gaya hidup seharian. Terdapat beberapa rutin yang diamalkan setiap hari mengganggu tidur. Cuba lihat, mana tahu ada di antara sebab di bawah yang mungkin menyababkannya. Saya petik sebab-sebab di bawah daripada majalah dan akhbar.


Tekanan

Tekanan di tempat kerja seperti timbunan kerja atau persaingan yang tidak sihat di tempat kerja sering menyebabkan keadaan yang menekan. Tidak kurang juga masalah keluarga dan masalah lain yang sekaligus menyebabkan tidur anda tidak lena. Sementara itu, meneguk minuman alkohol tidak akan sesekali membantu menghilangkan stres malah membuatkan ia semakin parah.

Tidur Tidak Teratur

Disebabkan mengejar masa bagi menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, ramai yang sanggup bersengkang mata sehingga mengabaikan waktu tidur. Sebaik selesai menyiapkan tugasan, anda tidur semahu-mahunya. Itu pun, jika tiada lagi tugasan lain menanti. Jika masih ada, maka waktu tidur anda akan terus terganggu hingga akhirnya menyebabkan ia menjadi kebiasaan anda. Pola tidur sebegini sebenarnya akan mengganggu kesihatan anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi keadaan fikiran anda. Sebaiknya, aturlah waktu tidur anda agar tidur dengan lebih lena.

Keadaan Kesihatan

Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh tekanan atau pola tidur yang tidak teratur. Tetapi boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang. Rasa cemas atau gangguan bipolar serta kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan tidur. Dalam kes seperti ini, amat penting untuk mendapatkan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.

Penyakit Lain Dan Ubat- Ubatan

Bagi yang mengidap penyakit-penyakit lain seperti narkolepsi, catapleksi dan halusinasi ia turut mampu mengakibatkan gangguan tidur. Sesetengah pesakit yang bergantug pada ubat juga mungkin berhadapan masalah tidur akibat pengambilan ubat-ubatan tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, cuba berbincang dengan doktor anda dan dapatkan panduan yang membantu.


TUKAR DIET, CEGAH KANSER

Kanser merupakan penyebab kematian KEEMPAT terbanyak yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara. Mengikut statistik KKM, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian kanser yang paling banyak bagi seluruh kematian akibat kanser.
Kes kanser dilihat semakin meningkat dan selalunya dikaitkan semakin meningkat dan selalunya dikaitkan dengan diet dan gaya hidup kita seperti kurangnya bersenam, banyak mengambil makanan berproses selain sebab genetik dan lain-lain.
Secara amnya, diet antikanser ialah cara pemakananyang sihat dan seimbang, banyak mengambil makanan bijiran penuh, sayur dan buah terutamanya kumpulan sayur cruciferous yang amat bagus untuk cegah kanser.
Sekarang semua orang mahukan sesuatu yang pantas sedangkan kesemua makanan segera amat tidak baik untuk kesihatan anda kerana mengandungi bahan tambahan yang bukan semula jadi.
Secara tidak langsung, perlahan-lahan ia akan membina toksik di dalam sistem badan kita dan sel kanser gemar tumbuh di bahagian toksik.

MEMBELI BELAH SENARAI BARANGAN ANTI KANSER

1 TENUSU 


  • Susu Soya
  • keju Jarlsburg dan Gouda
2 SAYUR & BUAH-BUAHAN
  • sayur-sayuran hijau
  • kubis brussels
  • tomato
  • lobak
  • ubi keledek
  • labu
  • brokoli
  • bawang besar,putih dan merah
  • cendawan butang
  • cili benggala
  • bayam
  • oren
  • anggur
  • lemon
  • epal
  • aprikot
  • mangga
3 BIJIRAN PENUH 
  • Oat
  • Flaxsed
  • Quinoa
4 IKAN / MAKANAN LAUT
  • Sotong
  • Salmon
  • Tuna
  • Kembung
5 HERBA DAN REMPAH
  • Kunyit
  • Halia
  • Kulit Kayu manis
  • Rosemary
  • kari
  • Kucai
  • Selasih
6 KEKACANG / MINYAK
  • kacang pekan
  • kacang hazel
  • walnut
  • badam
  • minyak zaitun
  • minyak canola
7 MANISAN
  • Coklat gelap
8 MINUMAN
  • Teh hijau

6TIPS UNTUK ELAKKAN KANSER

1 Banyakkan makan sayur 'CRUCIFEROUS' 
 -(brokoli, kubis bunga, kubis brussels, lobak putih dan kubis daun)
- Kesemua sayur ini mengandungi fitokimia, vitamin dan mineral serta serat yang    pentingkan untuk kesihatan.
- komponen yang ada dalam sayur ini boleh merangsang enzim di dalam badan untuk 
   menyahtoksik
  karsinogen sebelum ia merosakkan sel badan.

2 Perbanyakkan Serat
- Diet serat makanan yang tinggi amat bagus untuk mencegah kesemua kanser 
   terutamanya kanser kolorektal yang terjadi akibat kurangnya makanan menyihatkan.

3 Organik dan Segar
- Ramai berpendapat, makanan organik merupakan yang terbaik untuk kesihatan 
   terutamanya untuk mencegah kanser. Tetapi pilihan makanan yang SIHAT DAN SEGAR
   adalah pilihan terbaik untuk mencegah kanser.

4 KURANGKAN DAGING
- Kajian menunjukkan kurang 50% vegeterian mendapat kanser berbanding mereka yang
   memakan daging.
- Ini kerana daging mengandungi serat yang kurang dan nutrien lain yang boleh 
   menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Sebaliknya ia mengandungi lemak yang banyak terutamanya lemak tepu dan diet lemak 
   tinggi selalunya dikaitkan dengan kadar kanser yang tinggi

5 PENYEDIAAN MAKANAN
- Bukan sahaja memilih makanan yang menyihatkan, cara penyediaan juga amat penting 
   bagi mengurangkan risiko mengidap kanser.
- Antara tips yang boleh dilakukannya ialah:
 a) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana ia mengandungi   
      jumlah vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
b) Pastikan sayur dan buah-buahan dibasuh sebelum memakannya bagi mengurangkan 
     racun perosak.
c) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana mengandungi jumlah 
    vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
d) Apabila masak sayur, stimkan ia sehingga lembut menggunakan sedikit air sahaja 
    bagi mengekalkan vitamin di dalamnya.
e) Berhenti mengambil makanan yang diproses kerana ia mengandungi bahan kimia yg 
     membahayakan kesihatan 
f) Elakkan makanan yang hangit seperti sate dan barbeku
g) Simpan minyak di dalam bekas kedap udara
h) Pilih daging yang segar berbandingkan yang dikeringkan, diawet atau disalai.

6 UBAH GAYA HIDUP
-  Selain dari mengamalkan diet yang seimbang dan menyihatkan gaya hidup juga perlu 
   diubah dengan sering bersenam. Setiap minggu kita perlu bersenam selama 150 minit.













Selasa, 11 Mac 2014

ESP KHAS UNTUK GASTRIK

Apa itu Gastrik?
Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.





Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.




Tanda-tanda penyakit gastrik:
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Makanan Bahaya Pesakit Gastrik
  • Elakkan lada, atau lada hitam/lada sulah. 
  • Kentang kerana banyak angin. 
  • Makanan berasaskan susu. 
  • Gantikan daging merah kepada ayam atau ikan. 
  • Elak makanan yang berminyak. 
  • Kurangkan gula dan garam dalam makanan. 
  • Elakkan kopi, alkohol dan minuman yang ada kaffein. 

Makanan Selamat Pesakit Gastrik 


  • Hampir semua sayuran dan buah-buahan selamat dimakan. 
  • Pilih makanan yang tinggi antioksidan dan flavonoids, seperti 'grape fruit' 
  • Makanan yang kaya fiber seperti kacang, peas juga baik untuk di makan. 
  • Nasi, roti, biskut, dan oatmeal. 
  • Makanan yang tinggi protein, seperti Soya Shaklee juga amat baik. 
  • Pilihan makanan laut, ayam atau daging juga tak mendatangkan mudarat.
  • Guna minyak sayuran seperti 'olive oil' ketika memasak

Senang cerita, amalkan cara hidup yang sihat. Makan berpada-pada. Jangan aniaya badan sendiri. Amanah Allah untuk kita. Jangan pasrah tak tentu pasal, sedangkan tak usaha lagi cari penawar.