Kalau sekali sekala, ini tiada masalah. Kalau anda dalam golongan orang yang bercinta,memang tidur xlena mandi tidak basah. Tapi kalau sudah sering tidur tak lena walaupun tidak bercinta dengan sesiapa? Ha!! Ini memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Kita harus perhatikan sebab musababnya apakah yang menyebabkan permasalahan tidur anda tidak lena ini boleh terjadi.
Ia bukan sahaja boleh menjejaskan masa rehat anda tetapi juga memberi kesan pada kesihatan anda jika berlaku secara berterusan.
Kebanyakan daripada masalah tidur tidak lena biasanya disebabkan oleh gaya hidup seharian. Terdapat beberapa rutin yang diamalkan setiap hari mengganggu tidur. Cuba lihat, mana tahu ada di antara sebab di bawah yang mungkin menyababkannya. Saya petik sebab-sebab di bawah daripada majalah dan akhbar.
Tekanan
Tekanan di tempat kerja seperti timbunan kerja atau persaingan yang tidak sihat di tempat kerja sering menyebabkan keadaan yang menekan. Tidak kurang juga masalah keluarga dan masalah lain yang sekaligus menyebabkan tidur anda tidak lena. Sementara itu, meneguk minuman alkohol tidak akan sesekali membantu menghilangkan stres malah membuatkan ia semakin parah.
Tidur Tidak Teratur
Disebabkan mengejar masa bagi menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, ramai yang sanggup bersengkang mata sehingga mengabaikan waktu tidur. Sebaik selesai menyiapkan tugasan, anda tidur semahu-mahunya. Itu pun, jika tiada lagi tugasan lain menanti. Jika masih ada, maka waktu tidur anda akan terus terganggu hingga akhirnya menyebabkan ia menjadi kebiasaan anda. Pola tidur sebegini sebenarnya akan mengganggu kesihatan anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi keadaan fikiran anda. Sebaiknya, aturlah waktu tidur anda agar tidur dengan lebih lena.
Keadaan Kesihatan
Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh tekanan atau pola tidur yang tidak teratur. Tetapi boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang. Rasa cemas atau gangguan bipolar serta kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan tidur. Dalam kes seperti ini, amat penting untuk mendapatkan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Penyakit Lain Dan Ubat- Ubatan
Bagi yang mengidap penyakit-penyakit lain seperti narkolepsi, catapleksi dan halusinasi ia turut mampu mengakibatkan gangguan tidur. Sesetengah pesakit yang bergantug pada ubat juga mungkin berhadapan masalah tidur akibat pengambilan ubat-ubatan tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, cuba berbincang dengan doktor anda dan dapatkan panduan yang membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan