Isnin, 17 Mac 2014

TUKAR DIET, CEGAH KANSER

Kanser merupakan penyebab kematian KEEMPAT terbanyak yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara. Mengikut statistik KKM, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian kanser yang paling banyak bagi seluruh kematian akibat kanser.
Kes kanser dilihat semakin meningkat dan selalunya dikaitkan semakin meningkat dan selalunya dikaitkan dengan diet dan gaya hidup kita seperti kurangnya bersenam, banyak mengambil makanan berproses selain sebab genetik dan lain-lain.
Secara amnya, diet antikanser ialah cara pemakananyang sihat dan seimbang, banyak mengambil makanan bijiran penuh, sayur dan buah terutamanya kumpulan sayur cruciferous yang amat bagus untuk cegah kanser.
Sekarang semua orang mahukan sesuatu yang pantas sedangkan kesemua makanan segera amat tidak baik untuk kesihatan anda kerana mengandungi bahan tambahan yang bukan semula jadi.
Secara tidak langsung, perlahan-lahan ia akan membina toksik di dalam sistem badan kita dan sel kanser gemar tumbuh di bahagian toksik.

MEMBELI BELAH SENARAI BARANGAN ANTI KANSER

1 TENUSU 


  • Susu Soya
  • keju Jarlsburg dan Gouda
2 SAYUR & BUAH-BUAHAN
  • sayur-sayuran hijau
  • kubis brussels
  • tomato
  • lobak
  • ubi keledek
  • labu
  • brokoli
  • bawang besar,putih dan merah
  • cendawan butang
  • cili benggala
  • bayam
  • oren
  • anggur
  • lemon
  • epal
  • aprikot
  • mangga
3 BIJIRAN PENUH 
  • Oat
  • Flaxsed
  • Quinoa
4 IKAN / MAKANAN LAUT
  • Sotong
  • Salmon
  • Tuna
  • Kembung
5 HERBA DAN REMPAH
  • Kunyit
  • Halia
  • Kulit Kayu manis
  • Rosemary
  • kari
  • Kucai
  • Selasih
6 KEKACANG / MINYAK
  • kacang pekan
  • kacang hazel
  • walnut
  • badam
  • minyak zaitun
  • minyak canola
7 MANISAN
  • Coklat gelap
8 MINUMAN
  • Teh hijau

6TIPS UNTUK ELAKKAN KANSER

1 Banyakkan makan sayur 'CRUCIFEROUS' 
 -(brokoli, kubis bunga, kubis brussels, lobak putih dan kubis daun)
- Kesemua sayur ini mengandungi fitokimia, vitamin dan mineral serta serat yang    pentingkan untuk kesihatan.
- komponen yang ada dalam sayur ini boleh merangsang enzim di dalam badan untuk 
   menyahtoksik
  karsinogen sebelum ia merosakkan sel badan.

2 Perbanyakkan Serat
- Diet serat makanan yang tinggi amat bagus untuk mencegah kesemua kanser 
   terutamanya kanser kolorektal yang terjadi akibat kurangnya makanan menyihatkan.

3 Organik dan Segar
- Ramai berpendapat, makanan organik merupakan yang terbaik untuk kesihatan 
   terutamanya untuk mencegah kanser. Tetapi pilihan makanan yang SIHAT DAN SEGAR
   adalah pilihan terbaik untuk mencegah kanser.

4 KURANGKAN DAGING
- Kajian menunjukkan kurang 50% vegeterian mendapat kanser berbanding mereka yang
   memakan daging.
- Ini kerana daging mengandungi serat yang kurang dan nutrien lain yang boleh 
   menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Sebaliknya ia mengandungi lemak yang banyak terutamanya lemak tepu dan diet lemak 
   tinggi selalunya dikaitkan dengan kadar kanser yang tinggi

5 PENYEDIAAN MAKANAN
- Bukan sahaja memilih makanan yang menyihatkan, cara penyediaan juga amat penting 
   bagi mengurangkan risiko mengidap kanser.
- Antara tips yang boleh dilakukannya ialah:
 a) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana ia mengandungi   
      jumlah vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
b) Pastikan sayur dan buah-buahan dibasuh sebelum memakannya bagi mengurangkan 
     racun perosak.
c) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana mengandungi jumlah 
    vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
d) Apabila masak sayur, stimkan ia sehingga lembut menggunakan sedikit air sahaja 
    bagi mengekalkan vitamin di dalamnya.
e) Berhenti mengambil makanan yang diproses kerana ia mengandungi bahan kimia yg 
     membahayakan kesihatan 
f) Elakkan makanan yang hangit seperti sate dan barbeku
g) Simpan minyak di dalam bekas kedap udara
h) Pilih daging yang segar berbandingkan yang dikeringkan, diawet atau disalai.

6 UBAH GAYA HIDUP
-  Selain dari mengamalkan diet yang seimbang dan menyihatkan gaya hidup juga perlu 
   diubah dengan sering bersenam. Setiap minggu kita perlu bersenam selama 150 minit.













Tiada ulasan: