Selasa, 19 September 2017
Tips Dan Amalan Untuk Mengurangkan Bacaan Tekanan Darah Tinggi
Rabu, 13 September 2017
ESP Untuk Kulit Cantik Dan Gebu Seperti Artis Korea: The Radiant 4
Memandangkan bulan ni ada promo Set Radiant 4, hari ni Kak Tun nak berkongsi cerita mengenai ESP. Salah satu elemen terpenting yang terdapat dalam Set Radiant 4, iaitu Build (bina) dengan ESP.
Apa yang menarik sangat tentang ESP shaklee ni?
🔘ESP mengandungi protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan).
🔘Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.Yang penting memang ESP ni rendah lemak dan tanpa kolestrol tau!!
🔘ESP ni juga diproses pada kadar suhu rendah sebabnya untuk menjaga kualiti protin yang tinggi dalam soya ini.
🔘Untuk hasilkan ESP ni, dalam 1 canister mengandungi 850g memerlukan 30kg kacang soya. Dah tak perlu susah beli 30kg kacang soya untuk ditelan ye 😄.
🔘ESP ni diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
Bagaimana ESP Shaklee membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat, anjal & cantik?
🔘Tahu tak korang, setiap hari beribu-ribu sel kulit kita mati/musnah, untuk menghasilkan sel2 baru protein diperlukan.
ESP adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tahu tak korang protein dapat membantu menghasilkan kolagen dalam badan dan seterusnya membantu menghasilkan kesihatan dan kecantikan kulit terjamin.
🔘ESP Shaklee adalah sumber protein terbaik yang berasaskan tumbuhan, dimana bagi yang mengamalkannya membantu kita untuk :-
🌹Kekal Muda
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
🌹Kulit berseri dan anjal
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
🌹Memulihkan Pigmentasi
Memudarkan parut jeragat yang sedia ada dan menghalang jeragat bermaharajalela di wajah kita.
🌹Membantu Menghilangkan parut ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.
Semestinya pemilihan produk yang betul yang boleh memberikan pemulihan sel dari dalam tubuh badan barulah dapat menghasilkan kulit luaran yang sihat dan cantik.
Nak tahu lebih lagi..jangan segan silu untuk contact Kak Tun ye :-)
RABIATUL
012-5584478
Cod: Bandar Country Homes Rawang, Jalan TAR, KLCC
Selasa, 12 September 2017
Set Radiant 4 Shaklee Untuk Kesihatan Kulit Luar Dan Dalam
CANTIK DILUAR SIHAT DARI DALAM DENGAN SET RADIANT 4⃣ SHAKLEE
Kalau pasal nak cantik,semua orang akan teruja,tak kiralah pompuan ke lelaki ke semuanya nak kelihatan segak dan cantik sentiasa..
Korang memang bertuah sebabnya bulan ni ada tawaran hebat dari SHAKLEE untuk semua pelanggan kami yang hendak kelihatan cantik dan sihat luar dan dalam..
Bagus sangat ke Set Radiant 4⃣ ni?
Belum cuba,belum tahu... Kalau korang nak sentiasa gojes,menarik, nak build up kecantikan, awet muda selalu tanpa secalit mekap, meh cuba SET RADIANT 4⃣.
Sebelum tu korang tahu ke apa maksud RADIANT ni?
RADIANT bermaksud BERSINAR, BERCAHAYA dan BERSERI-SERI.
Bila korang ambil confirm wajah anda glowing dan shining "like a diamond".
Kenapa digelar Radiant 4⃣?
Sebenarnya ada 4⃣ Elemen yang perlu dan wajib korang ikuti.
🌸Elemen 1
Build -Membina sel baru dengan protein (ESP)
🌸Elemen 2
Moisture -Melembapkan kulit (GLA Complex)
🌸Elemen 3
Protect - Melindungi kulit (Vitamin C)
🌸Elemen 4
Firm - Menganjal / Menegangkan.kulit ( Collagen)
Set Radiant 4⃣ ni terdiri daripada 4 suplemen KECANTIKAN yang tiada tandingnya tau: ESP, VITAMIN C,GLA COMPLEX & COLLAGEN.
Kak Tun teruja juga tau!!
Mari Kak Tun ceritakan kebaikan setiap satunya.
✅ESP @ Protein
ESP ni memberikan keperluan asid amino yang tak der dalam tubuh badan kita. Ianya dapat nembantu pertumbuhan sel yang sihat, dan membaiki tisu yang rosak dan membina sel baru. ESP ni juga baik untuk hormon kita,bila paras hormon dah stabil,kulit wajah akan kekal awet muda dan masalah pigmentasi atau jeragat boleh diatasi.
✅Collagen
Collagen ni salah satu HOT SELLING produk tau! Makin kita tua, collagen dalam badan kita makin menyusut,sebab tu kulit kita mudah berkedut dan dah tak anjal.. Bukan tu je,Collagen ni juga boleh memudarkan parut jerawat dan jeragat yang degil kat muka tau! Dan yang paling Kak Tun suka bila ambil Collagen kulit muka bewarna pinkish gitu!! :-)
✅Vitamin C
Siapa yang tak kenal dengan kehebatan Vitamin C kan? Mana taknya Vitamin C ni dapat mengurangkan risiko kulit kering dan kusam. Bukan itu aje, boleh membina collagen dalam kulit,mencerahkan kulit,melambatkan penuaan dan bertindak sebagai antioksidan untuk memerangi radikal bebas bila kita konsisten mengamalkannya.
✅GLA Complex
Masalah utama bagi wanita adalah hormon tak stabil. Bila hormon tak stabil pelbagai masalah timbul seperti jeragat dan jerawat tumbuh bermaharajalela.. Dengan GLA Complex Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat membantu memelihara kelembapan kulit, mengurangkan radang kulit dan kulit lebih glowing dan bersinar.
Siapa yang nak miliki kulit cantik, glowing, gorgeous dan sihat bolehlah dapatkan SET THE RADIANT 4⃣ ni..
Apa yang best SET THE RADIANT 4⃣ untuk bulan September ni?
Korang akan dapat Rm60.00 DISCOUNT VOUCHER kalau membeli set ni,tau!!
Best kan!
RABIATUL
012-5584478
COD:-
BANDAR COUNTRY HOMES,RAWANG
JALAN TAR / KLCC
Khamis, 7 September 2017
Kulit Wajah Sihat Dan Cantik Dengan Set Kecantikan Shaklee
Rabu, 9 Ogos 2017
Susu Meriah Ibu Gembira Tiada Lagi Kerisauan : Set Penyusuan Shaklee
Banyak faktor yang boleh menyebabkan proses penyusuan tidak berjaya. Antara rungutan yang selalu kita dengar seperti air susu kurang sejak dilahirkan.Bukan itu aje ada juga ibu-ibu yang kekurangan ilmu penyusuan yang menyebabkan mereka hanya bertahan separuh jalan sahaja.
Eh!, banyak pula bebelan Kak Tun dalam entry kali ni, minta ampun...😅😅
Sebenarnya,Kak Tun nak bercerita dan berkongsi pengalaman proses penyusuan untuk ketiga-tiga cahaya mata Kak Tun.
Masa anak sulung Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif hanya 4bulan sahaja, bukan air susu tak ada tau tapi kekurangan ilmu didadakan, almaklumlah baru pertama kali ada anak,Kak Tun lebih mendengar kata-kata "orang dewasa" disekeliling Kak Tun. Kak Tun dah selamat beri susu formula untuk menyenangkan tugas pengasuh yang menjaga Haziq di taska.
Yerlah Kak Tun dulu keje dengan Company Contractor, jadi kadang-kadang jika ada tender terpaksa balik lambat dan jika ada meeting diluar,memang tak sempat nak pam susu badan. Siapa yang pernah melalui saat bengkak susu tu memang menyakitkan.
Masa ni memang tak ambil sebarang suplemen atau makanan tambahan untuk memperbanyakkan air susu, tapi dah tertulis rezeki untuk Haziq, air susu Kak Tun sentiasa ada sehinggalah Haziq berusia hampir 5tahun.
Haziq ni walaupun di taska minum susu formula,tapi dekat rumah langsung tak nak minum susu formula,pegang botol susu pun dia buat muka geli. Pernah satu ketika botol susu yang ada dirumah dicampaknya dalam tong sampah gara-gara tak nak minum susu botol dirumah.
Maybe disebabkan bercampur susu di awal usia,antibodi badan pun tak berapa nak kuat kot, kerap juga si Haziq ni kena demam,selsema, dan yang paling teruk sekali dua kali terkena chicken pox yang jenis besar dan yang jenis halus. Dua kali juga terkena virus HFMD sebelum usianya menjangkau 3tahun.
Untuk anak yang kedua Hannah, alhamdulillah Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif sehingga hannah berumur 1 tahun sahaja.
Masa Hannah ni,Kak Tun dah mengamalkan supplemen. Bukan suplemen untuk memperbanyakkan susu, tetapi supplemen untuk kesihatan diri Kak Tun. Bila dah terbiasa makan suplemen, jadi bila si Hannah dilahirkan, Kak Tun continue aje amalan makan suplemen ni. Cuma Kak Tun add on alfalfa yang terkenal sebagai penggalak penghasilan susu ibu.
Masa Hannah ni, Kak Tun memang bersungguh untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuknya, yerlah dah belajar daripada kesilapan yang lepaskan..
Masa Hannah ni, kuantiti susu tak sama macam Haziq dulu, susu tak semeriah sangat, lagipun susu daripada breast sebelah kanan tidak memberi kerjasama, kalau dipam, paling banyak boleh dapat 4oz je, berbezalah dengan air susu disebelah kiri yang penghasilannya melebihi sebelah kanan. Dari situlah bermulanya Kak Tun mengambil suplemen Shaklee untuk memperbanyakkan air susu untuk Hannah.
Waktu mengepam hanya di ofis semata-mata sebanyak 3kali,sebab kalau dirumah memang tak sempat nak mengepam, cuma bila weekand days baru berkesempatan boleh mengepam untuk dijadikan stok.
Alhamdulillah,bila dah mengamalkan suplemen ni, susu jadi lebih pekat dan meriahlah,sehinggalah usia Hannah menjangkau 8bulan, air susu jadi semakin berkurang.
Masa ni memang sedih sangat, selalunya bila sekali pam boleh dapat dalam 8-9oz,tetapi kali ni susu drop ke 6oz sahaja. Ape lagi Kak Tun memang risau sangat, mulalah mencuba pelbagai resepi untuk memperbanyakkan air susu.
Malangnya, air susu semakin drop, dan pada masa yang sama, rupa-rupanya Kak Tun 'terpregnant' sekali lagi. Bila keadaan semakin berlarutan, Kak Tun cuba bercerita masalah yang Kak Tun hadapi pada pakar laktasi, barulah Kak Tun tahu, makin meningkat usia kandungan kita, setengah orang hormon susu semakin berkurang. Ini ilmu baru juga ni,barulah Kak Tun tahu kenapalah air susu semakin berkurang.
Jadinya Kak Tun tekad dan berusaha untuk buat stok susu sehinggalah Hannah berusia setahun. Masa ni memang Kak Tun struggle untuk menyimpan stok susu Hannah, nasib baik si Hannah ni, dah start diberi makanan tambahan, jadinya susu hanya diperlukan ketika waktu tertenru sahaja, bukan setiap masa.
Memang sedih tau bila bekalan susu makin berkurang, bayangkan bila 10minit pam hanya dapat 2oz je..Masa ni hanya Allah yang tahu perasaan Kak Tun.. Air susu Kak Tun terus tiada bila kandungan Kak Tun mencecah umur 3bulan. Masa ni Hannah lagi 3minggu nak setahun.. Sedih sangat, bila malam Hannah merenget susu tak cukup, terpaksa berkorban beri stok yang ada di taska. Stok susu pyn makin berkurang dan licin teruslah dari peti ais tu..
Tapi perancangan Allah maha hebat, Allah mempermudahkan urusan Hannah minum susu formula tanpa sebarang masalah, 1st time beri terus je minum minum tanpa menolak..syukur sangat.Tapi walaupun hanya setahun aje dapat merasai susu badan Kak Tun, tapi berkat Kak Tun mengamalkan Shaklee ni, Hannah jarang terkena demam, selsema mahupun batuk yang berpanjangan.. Kalau ada pun demam manja gitu, hari ni kena esok lusa dah sembuh..
Bila si adik lahir, masalah baru pula timbul.. Si kakak juga nak menyusu bersama.. Nak tak nak terpaksalah Kak Tun beri juga sebab hati seorang ibukan tak sampai hati tengok si Hannah ni merajuk dan protes tak nak makan dan minum, asyik merengek nak susu badan aje.
Sekali lagi suplemen untuk ibu menyusu diperlukan.. Kali ni Kak Tun amalkan sepenuhnya, dah 2orang anak yang menyusu, jadi kuantiti susu perlu banyak untuk menampung keperluan dua orang puteri Kak Tun.
Alhamdulillah walaupun baru 2bulan perjalanan menyusuan untuk si Husna, kali ni kuantiti susu amatlah banyak, sekali pam Kak Tun boleh dapat 12oz, syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk anak Kak Tun kali ni..
Ha! lagi satu Kak Tun dah amalkan LECITHIN ni dari hari pertama lagi untuk elak dari berlakunya susu tersumbat terutama sekali untuk breast sebelah kanan Kak Tun ni.
Nak tau hasilnya? Alhamdulillah breast sebelah kanan ni mampu menghasilkan kuantiti susu sebanyak 5-6oz sekali pam dalam masa 5minit saje. Masa Hannah dulu memang susah sangat nak dapat kuantiti susu sebegitu..
Kekerapan direct breastfeeding pun menjadi punca pengeluaran susu menjadi banyak..mana taknya bila dirumah seorang melekat disebelah kiri, seorang lagi melekat disebelah kanan..
Dan yang paling bestnya walaupun kakak dan adik menyusu bersama, tidur memang sah-sah tak cukup ler, lepas turn adik menyusu, baru lelap 10minit, kakak pula nak menyusu.
Tapi Kak Tun rasa syukur sangat badan tak terasa penat dan letih yang terlampau, sebabnya set penyusuan Shaklee memang banyak membantu memberi tenaga yang cergas sepanjang hari, ESP memang Kak Tun amalkan supaya perut tak terasa lapar bila 2orang anak memerlukan serentak.
Bukan aje kesihatan Kak Tun bertambah baik, malah anak-anak Kak Tun juga dapat manfaat bersama.
Bekalan susu pun makin meriah dan pekat, pendek kata cepat kenyanglah..
Tau tak berat badan Kak Tun pun dah makin menunjukkan penyusutan juga. Kak Tun suka!!
Nak tahu apa yang Kak Tun amalkan?
Set Penyusuan yang lengkap seperti B Complex, Vitamin C, Vitalea,Alfalfa, ESP, Lecithin dan Ostematrix add on Omega Guard.
Buat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif, sememangnya terbaiklah dan disyorkan bagi ibu-ibu yang ingin mencuba untuk memperbanyakkan susu untuk anak yang dicintai.
Berjuang sebelum mengalah, berusaha selagi terdaya.. Carilah ilmu penyusuan supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita..
Rabiatul
SID SHAKLEE
012-5584478
Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang