Isnin, 23 Oktober 2017
Selamatkah ESP Shaklee Untuk Pesakit Diabetes Dan Ibu Hamil Yang Ada GDM
Jumaat, 20 Oktober 2017
6 Tahun Penantian Amalan Dan Ikhtiar Demi Untuk Dapatkan Anak
"Penantian satu penyeksaan" Memang benarlah maksud ayat tersebut. Tetapi penantian dengan penuh kesabaran akan membuahkan hasil, insyaallah..
Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan..Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.
Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan zuriat selepas berkahwin. Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah swt.
Kak Tun juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun Kak Tun dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..
6tahun Kak Tun diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut Kak Tun pernah mengalami keguguran.
Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi Kak Tun selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya,Kak Tun selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.
Sepanjang tempoh 6tahun tu Kak Tun dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.
Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita. Yang ni Kak Tun amalkan Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP dan GLA sebagai penguat hormon kesuburan.
Sebenarnya ada beberapa amalan yang Kak Tun amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya). Kak Tun mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm.
Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru Kak tun akan bercerita.
Demi kebaikan semua Kak Tun kongsikan amalan yang Kak Tun lakukan selama 4tahun lepas.
Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari).Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye..anda akan rasa nikmatnya.
Selain itu amalkan juga solat hajat,solat taubat,solat tahajud ,kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.
Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.
Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.
Yang keempat setiap kali solat Kak Tun akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.
(Doa inilah yang Kak Tun amalkan lepas solat)
Ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat tau. Bila kita stress, sistem imun badan kita akan menjadi lemah dan sedikit sebanyak akan mengganggu sistem kesuburan kira. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang kita sendiri tak tahu hasilnya, jadi jalanilah kehidupan seperti biasa.
Alhamdulillah Allah makbul juga doa Kak Tun untuk memiliki anak lagi pada awal tahun 2015. Selama 4 tahun penantian dengan penuh kesabaran dan mengamalkan tips dari doktor dan dari ustaz..
Pada mulanya memang tak percaya yang diri ini dah mengandung, tapi naluri Kak Tun kuat mengatakan yang Kak Tun memang mengandung. 3kali buat ujian air kencing sendiri, perasaan masa ni bagaikan nak meletup je jantung Kak Tun ni, iyerlah takut hasilnya negatifkan. Syukur Allah dah mendengar suara hati Kak Tun, hasilnya semuanya positif.. Alhamdulillah. Syukur sekali lagi pada Allah swt yang memberi rezeki yang dinanti-nantikan ini.
Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat,jangan bersedih ye,rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.
Bagi yang nak mengamalkan tips di atas, buatlah dengan seikhlas hati..Allah tu maha mengasihi umaynya. Inshaallah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..amin.
(Sorry terpanjang pula nukilan dari hati)😅😅
YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478
Cod:
Bandar Country Homes
Jalan TAR / KLCC
Selayang
Khamis, 19 Oktober 2017
Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee
Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.
Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017 hinggalah 20.10.2017.
Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!
Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?
Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-
1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.
2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.
3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.
4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.
5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita.
Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:
1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah
2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis
3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain
4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut
5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus
6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu
Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?
📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan
📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis
📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan
📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang
📍Anda yang mempunyai masalah sembelit
📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.
Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee
• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir
Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n
Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.
Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478
COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang
Isnin, 16 Oktober 2017
Awas 14 Gejala Akibat Kekurangan Protein Yang Boleh Mendatangkan Bahaya
Selasa, 10 Oktober 2017
Atasi Masalah Alergi Dan Resdung Secara Selamat
Jumaat, 6 Oktober 2017
Basic H Pencuci Serbaguna Tanpa Bahan Kimia Dengan 1001 Penggunaanya
Assalamualaikum semua..
Pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun..
Sejak bertambah lagi sorang baby kecik, rumah pun tak abis lagi berkemas.. Niat di hati nak buat semua, tapi tak sempat ler.. Baru pegang mop dah dengar jeritan si adik, itu belum lagi bila si kakak Hannah menjalankan tugas tumpahkan makanan dan minuman sana sini...abis lekit lantai rumah.
Tapikan ibu tak derlah risau sangat sebab dengan adanya Basic H Shaklee ni, senang sikit koje ibu.
Bila dah ada bayi kecik ditambah pula yang suka mengutip dan menjilat apa yang ada di depan mata,faktor keselamatan dan kebersihan memang perlu dititik beratkan.
Si ibu memang kena pastikan semua perkakas rumah dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya.
Basic H Shaklee ni sekarang dah jadi kawan karib ibu,khidmat dari Basic H memang ibu perlukan sangat untuk segala jenis koje.
Kenapa Basic H Shaklee?
Basic H ni adalah pencuci serbaguna semulajadi yang di hasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa dan yang paling penting mestilah :
:-) bebas bahan kimia berbahaya
:-) tiada toksin
:-) organik
:-) tanpa klorin
:-) tanpa baban pewangi
:-) ph seimbang
:-) lembut pada tangan
Yang paling best tahan lama sebabnya hanya beberapa titik je diperlukan sebab ianya pekat.
Yang paling si ibu suka guna Basic H ni untuk lap kitchen cabinet,oven,hood dan hob nampak licin dan berkilat je,sampaikan bayang-bayang lantai nampak ketara pada pintu kabinet,seolah -olah macam baru beli je.Si kecil kalau dia terjah ke dapur memang dia akan main dengan bayang-bayangnye sendiri dekat pintu kabinet tu..
Bukan itu aje, barang mainan dan botol susu si kecil juga si ibu akan basuh menggunakan Basic H ni.
Kalau sabun cuci baju si kecik dah abis,memang akan guna Basic H ni,tak perlu risau lagi.
Banyak kegunaan Basic H ni cuci lantai,cermin,tingkap semuanya boleh.
Kalau kasut sekolah si abang terlalu kotor si ibu akan rendam semalaman dengan Basic H,esoknye segala kotoran degil dah hilang,tak perlu menyental.
Kalau anak-anak terkena demam panas,Basic H ni jadi penyelamat,si ibu akan mandikan anak-anak dengan air yang dititikkan dengan Basic H. Inshaallah suhu badan boleh berkurang.
Pengalaman si ibu dengan Basic H ni, bila terkena air panas dan minyak panas ketika menggoreng cepat-cepat lumurkan kawasan yang terkena tadi dengan Basic H,tiada gelembung panas yang keluar.
Bahan mentah seperti sayur,buah,ikan,ayam,daging pun boleh direndamkan didalam air Basic H ni untuk buang segala toksin yang beracun yang melekat pada bahan mentah.
Yang bestnya kulit tangan tak akan mengupas sebaliknya bertambah lembut je.
Si ibu dah ada merasai kehebatan Basic H ni,anda bila lagi?? Tak rugi sebenarnya sebotol boleh tahan berbulan-bulan tau!!
Calling-calling untuk dapatkan sebotol dari Kak Tun:-)
RABIATUL
012-5584478
COD: Bandar Country Homes, Rawang,Jalan TAR/KLCC, Selayang
Rabu, 4 Oktober 2017
Rambut Gugur Teruk Akibat Anak Suka Menyembur? Fakta Atau Mitos
Sejak akhir-akhir ni, banyak pulalah rambut yang berguguran bila time mandi. Pastu penuh je rambut berkumpul kat tempat 'floor trap' tu. Belum lagi tengok masa sikatkan rambut..adui!! bertaburan kat atas lantai. Kalau hari-hari macam ni sahlah cukup sebulan botak terus rambut Kak Tun ni.
Masa lahirkan Hannah tak derlah pula rambut gugur seteruk ini.. Nasiblah badan..
Tapi betul ke orang tua-tua kata kalau lepas bersalin, bila anak dah mula menyembur dan suka buat buih rambut si ibu akan banyak yang gugur? Kalaulah betul, abislah botak terus Kak Tun lepas ni.
Tapikan daripada pemerhatian Kak Tun, bila ada baby je kenapa baru terjadinya fenomena rambut gugur?
Nak tahu kenapa?
9 PERKARA YANG PERLU IBU-IBU TAHU
1- Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru lepas bersalin hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2- Ibu-ibu harus faham, hormon yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3- Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ibu-ibu tidak perlu panik kerana ibu-ibu tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulangtahun pertama.
4- Biasanya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut, 5-15% adalah berada dalam keadaan peringkat sedang berehat.
5- . Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya terjadi ketika ibu-ibu menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut yang baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6- Ketika hamil, peningkatan hormon estrogen menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
7- Namun selepas bersalin, paras hormon kembali normal dan dua hingga tiga bulan selepas itu, ibu-ibu akan mengalami keguguran rambut berbanding dahulu.
8- Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin.
9- Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Ha! dah tahu penyebabnya?
Rupanya rambut gugur selepas bersalin adalah disebabkan oleh hormon si ibu. Jadi silalah bertabah wahai ibu-ibu sekalian..
Selain tu, ada juga punca dan penyebab lain yang menyebabkan keguguran rambut ni, antaranya seperti berikut:
1) penggunaan shampoo yang salah
2) baka atau keturunan
3) Faktor pemakanan
4) Faktor obesiti
5)kitaran haid tak menentu
6) Kekurangan sumber protein dan zat besi dalam badan
7) stress